Semalam, di hari minggu yang julung2 kalinya saya berjaya menikmati sebagai hari minggu (saya tak payah pegi keje di hari minggu lagi), Encik D pulak mengambil satu kursus yang mengambil masa satu hari penuh. Makanya saya dalam riang ria yang terpaksa di sembunyikan dari Encik D (politik orang berumahtangga, jangan tunjukkan kegembiraan yang melampau jika partner anda out-station), telah mengajak Cik Kentang berpoya2. Kejamkan saya meninggalkan adik2 ipar saya berteleku di rumah sedangkan saya berpoya2. Saya akui saya adalah kakak ipar gred D dalam bab2 ambik berat ni.
Saya mengajak Cik Kentang ke salon. Hajat di hati ingin memotong rambut secara bergaya sebelum matenity leave agar bila ada tetamu tidaklah rambut saya kusut masai. Dan juga biarlah anak saya tidak terkejut melihat rupa paras maknya yang tak seberapa ni pertama kali dia menatap muka saya, Sekurang2nya biarlah dengan rambut sedikit terurus kan. Ini kali pertama dalam hidup saya memotong rambut di salon yang agak grand, sebelum2 ini saya hanya memotong rambut di kedai gunting jenama X.
Hajat di hati hanyalah cut & wash, tetapi selepas di bodek oleh amoi seksi, saya menjurus pulak ke hair treatment. Selepas 2 jam dan rambut saya di kerjakan lebih dari 3 orang, barulah siap. Fesyen rambut pun bukanlah pilihan sayayang asalnya tetapi pilihan perunding a.k.a boss kedai yang nampak macam ala2 lelaki metroseksual. Yang penting stylo & senang di jaga@ dalam ayat mudah saya tak perlu sikat sepanjang masa. Nasihat si apek metroseksual, after confinement you datanglah colorkan rambut.. rambut you cantik kalau di color...amboi, ingat aku tak payah sembahyang ke apek? Tidak cukup dengan itu, saya dibodek lagi oleh amoi seksi membeli serum.. makanya di akhir lawatan saya, terbanglah duit saya melangkaui 3 angka.
Yang paling kelakar, sesampai di rumah, selepas saya buka tudung, apa yang lihat rambut saya tidaklah ada bezanya dengan rambut yang di potong di kedai Gunting jenama X. Haha.. padan muka saya.
Bila di tanya encik D di sebelah malamnya saya hanya mampu menjawab dengan seperlahan yang mungkin sambil memandang muka anak2 berbulu yang kos potong rambut murah sahaja,, bohong sunat. Dalam pada itu, anak2 berbulu masih terkebil2 menatap wajah baru saya.
Monday, November 29, 2010
update selepas sedekad
Beberapa minggu lepas adalah minggu yg sungguh tah apa2 bg saya..
pertama: Encik D demam panas selepas kes kelam-kabut menghantar emaknya yang nak berangkat ke Mekah . Agakan saya di sebabkan hectic life semenjak dua menjak ni. menguruskan kemergian emaknya ke Mekah, mengadakan kenduri kesyukuran, berulang alik ke kampungya berselang hari akhirnya encik D tumbang. Akhirnya kami ke hospital dan result ujian darah menunjukkan bilangan platletnya jatuh dr paras normal. Takut juga saya pikirkan, manalah tahu penyakit lama jengah balik. Selepas berfasa2 sesi mengunjungi doktor pakar, akhir baru minggu lepas semuanya nampak sedikit cerah di mana ujian darah semakin positif. Tetapi kami masih menunggu keputusan detail dalam seminggu dua ni untuk memastikan semuanya 100% positif.
Kedua: Work load. Tak dapat di nafikan inilah waktunya dalam tempoh 5 tahun saya berkerja di the Co. kerja saya paling banyak. Hampir setiap hujung minggu saya terpaksa berkerja, hampir setiap hari saya balik paling awal pukul 8, kadangnya pukul 11. Dengan keadaan badan yang tak seberapa ok (semenggah, kata orang perak) memang saya stuggle untuk put everything in order. Nak tak nak, saya berjaya memotivasikan diri memikirkan new colleague belum berapa mahir dengah sesetengah software. Alhamdullillah, things went smooth.. Encik D memahami, colleague byk membantu & encik pengurus juga banyak bagi support. Hari ni saya udahlah berjaya menyiapkan hampir semua task. Makanya dapatlah saya bercuti panjang tanpa segan silu 2 minggu lagi.
Ketiga: Impak kehilangan Cik Kentang selama 2 minggu. Saya terpaksa memandu sendiri ke office. Perancangan aslnya Encik D akan menghantar & menjemput saya pergi & balik tetapi bila Encik D di serang demam, saya terpaksa memikirkan plan B. Saya keluar awal dari rumah setiap hari bagi mengelak traffic & ada lah jugak kemujurannya saya ada banyak kerja sepanjang 2 minggu Cik Kentang di Jakarta, makanya balik lambat memberikan saya kelebihan serampang dua mata dan dapatlah saya mengelakkan diri dari belenggu dari rasa bersalah memikirkan Cik Kentang terpaksa menunggu saya habis kerja berjam2 di surau setiap hari. Tetapi, those 2 weeks betapa saya longed to have Cik Kentang around.. saya rela biarpun terpaksa mendengar Cik Kentang bercakap tanpa henti :-)
Ke 4: Ketiadaan makmetua memberikan kami tanggungjawab baru iaitu 2 dari adik Encik D yang sebelum ini tinggal bersama makmetua di kampung telah tinggal bersama kami. Perancangan asalnya keduanya akan tinggal bersama sepanjang ketiadaan makmetua saya tapi ada rumor mengatakan akibat dari teguran seorang makcik EncikD kepada adik2 Encik D yang sudah berumahtangga untuk meringankan tanggungjawab kami, makanya tiba2 di satu petang minggu yang bening datanglah segerombolan adik2 Encik D menjemput adik2nya berdua tinggal di rumah dia orang secara bergilir. Apalah sangat bebannya menumpangkan adik2 Encik D di rumah kami kerana kedua2nya udahlah besar panjang. Apapun, apa yang datang saya terima, apa yang pergi juga saya terima. Siapalah saya untuk masuk campur urusan keluarga mereka.
Ke 5: Kurangnya perhatian yang di tumpukan pada anak2 berbulu. Anak2 berbulu agak terbiar akhir2 ni.. atas semua faktor2 di atas. Mahupun yang di rumah Cik Kentang ataupun di rumah sendiri. Kesian sungguh memikirkan anak2 berbulu di rumah Cik kentang yang lansung tak sempat saya jengok lately. Saya agak anak2 berbulu di rumah Cik Kentang mesti mengagak yang saya sudah mati. Sindiran Cik kentang semakin tajam akibat dr saya mengabaikan mereka & adakalanya menusuk terus ke jantung. Harap Cik kentang memahami & memaafkan saya. Anak2 berbulu di rumah pun sama terbiar. Dan untuk menghilangkan rasa bersalah pada diri, saya kerap memberi kebenaran anak2 berbulu masuk ke bilik kami lately. Kekononnya biarlah mereka dapat bermanja dengan saya sewaktu saya pengsan keletihan. Dan makanya katil kami udahlah menjadi scratch post terbaru mereka. Encik D semakin kerap menyindir, dan saya terpaksalah semakin kerap menyengih.
Hari ini, things dah hampir kembali normal. Hari ini saya berjaya sampai di rumah pada pukul 7 p.m.. anak2 berbulu keriangan menyambut saya balik & saya juga keriangan dapat kembali life saya. Kata orang setiap pengorbanan pasti ada ganjaran kan.. inilah ganjaran saya.. puas hati.

Labels:
General
Subscribe to:
Posts (Atom)