Saya jumpa Muezza kat tengah2 highway Bukit Jalil-Puchong pada 19/12/2012, 2 hari sebelum birthday baby SJ. Some sort of additional birthday gift to Baby SJ.
Saya pernah post cerita tentang Muezza, cuma pada ketika saya post Muezza masih belum bernama. Kalu nak baca kisah bagaimana saya jumpa Muezza, boleh klik sini muezza. Saya kemudiannya decide nak jaga Muezza (plan asalnya nak cari adopter tapi saya dah sayang sebelum saya jumpa adopter). Muezza joined 5 ekor furry siblings dan another 1 human sibling jadi anak saya.
Saya sangat sayang dia, mungkin sebab dia datang dengan cara yang paling special atau mungkin juga sebab dia sangat keletah. Seperti yang lain-lain, Muezza 100% indoor. Baby SJ & Muezza sangat rapat dan sedangkan dua2nya masih fasa kanak-kanak, selalu saya nampak mereka berebut mainan. Mainan baby SJ, Muezza cuba main. Mainan Muezza, baby SJ cuba main.
Pertengahan tahun 2013 saya foster 1 kucing untuk seorang kenalan yang sampai sekarang masih dengan saya. Tampu (the foster kitten) tak di sukai yang lain-lain tapi Muezza menerima Tampu sebaiknya. Mungkin sebab dia pun menempuhi fasa yang sama semasa saya mula-mula adopt dia. Muezza & Tampu jadi kawan baik sampai sekarang.
Muezza hilang pada 10/02/2014, waktu kami semua tidur. Sebelum saya masuk tidur rutin saya mengira jumlah anak2. Semua cukup. Saya sempat menegur Muezza & bercakap-cakap. Seperti biasa Muezza jawab. Takde apa yang pelik. Saya kemudian masuk bilik. Rutin saya setiap pagi bangun, mandi, kemas satu rumah, solat subuh dan bersiap-siap pergi kerja. Saya kira jumlah anak2, Muezza tak ada. Saya panik. Kejutkan encik D, cari seluruh rumah, turun cari sekeliling rumah & kemudian naik solat subuh sebelum turun cari lagi sekali, Sambil2 tu dah siap2 menangis. Saya syak dia terjatuh dari balcony yard. Puas keliling kawasan tapi xjumpa.
Hari ni hari ke 5 Muezza hilang. Saya dah cuba segala-gala yang saya mampu. Cari sekitar rumah, buat poster dan tampal sehingga ke pasar area rumah, offer rewards & solat hajat Saya berusaha untuk tak give up tapi jauh di dalam, saya sangat takut. Saya dah tak mampu nak nangis lagi. Saya sangat takut akan kehilangan dia yang selama-lamanya. Semasa menaip ni saya menunggu masa untuk keluar mencari lagi sementara nak tunggu hari sedikit redup dan baby SJ bangun dari tidur.
Satu sahaja yang saya mohon dari semua.. please pray for his return. Saya miss dia sangat-sangat
Muezza sehari selepas di rescue. masih cinonet
brotherhood
Jun 2013
Nov 2013
Jan 2014. Masa ni Muezza namapak cengkung sikit sebab rupanya dia hilang selera
makan masa kami tinggalkan dia selama 2 minggu. Bila saya balik dia tak nak
berenggang dengan saya selama beberapa hari. Dimana ada saya di situlah dia.
Saya masak pun dia tunggu
makan masa kami tinggalkan dia selama 2 minggu. Bila saya balik dia tak nak
berenggang dengan saya selama beberapa hari. Dimana ada saya di situlah dia.
Saya masak pun dia tunggu







