Monday, March 28, 2011

Kisah sengal 2011 (part satu)

Demi memenuhi tuntutan rakan2 yang mahukan saya mengupdate setiap minggu, makanya saya ada satu cerita sengal.

Berlaku hari ini.. jadinya cerita ni belum basi.

Saya yang masih bercuti panjang (part ni memang saya suka sebut berulang-ulang supaya rakan2 yang sedang kononnya berhempas pulas berkerja di pejabat tetapi curi2 berblogging terasa tersangat iri hati) terbangun lewat pagi tadi iaitu 8.45 a.m.  Baby SJ yang sudah menjerit meminta susu pada pukul 6 pagi tadi masih lena di sebelah saya.  Appa baby SJ pun  juga masih lena akibat dari keletihan bermuzik di malam sebelumnya.

Teringat akan plan saya untuk ke imegresen hari ini untuk buatkan baby SJ passport, makanya saya bergegas mandi & mengemas rumah secara cincai2 sahaja.  Niat di pasang di dalam hati yang akan saya mengemas rumah secara besaran2 sekembalinya saya dari imegresen nanti. Saya memaksa Encik D memandikan baby SJ.  Sedang asyik baby SJ di mandikan, baby SJ me'lepas' didalam besen mandi.  Haha.. giliran si Appa hari ni, semalam sudah giliran si Amma.  Kerjanya memang leceh.. semuanya harus di cuci and pemandian harus dimulakan sekali lagi.  Pukul 11 baru kami siap & keluar dari rumah.  Berhenti makan pagi di kedai mamak sebelum ke Imegresen Putrajaya.

Sesampai di Putrajaya, kami melintasi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).  Saya & Encik D sempat berborak tentang sijil kelahiran Encik D yang pernah hilang sebelum tiba2 saya teringat saya saya terlupa bawa sijil lahir Baby SJ.  Ayoyyo.. hati sudah panas (walaupun salahnya diri sendiri tapi tetap rasanya menyalahkan Encik D yang lupa mengingatkan saya).

Saya menyuruh Encik D patah balik untuk mengambil sijil lahir tetapi Encik D yang memang senantiasa cool berkata dia mahu ke imegresen dahulu melihatkan bangunannya.  Hati semakin panas jadi sebaiknya saya diam walaupun dalam hati meronta-ronta nak cakap yang nantikan nak datang balik, buat apa nak tengok bangunannya.  Makanya dengan muka masam saya terpaksalah menunjukkan arah kepada Encik D (saya pernah ke situ akhir tahun lepas tetapi Encik D belum pernah ke situ).  Selesai menengok bangunan imegresen (bahagian passport, percint 15), kami berpatah balik ke Puchong.  Saya menconggak2 di dalam hati (belum habis panasnya) yang kami sudah kerugian lebih setengah jam akibat dari aksi menengok bangunan imegresen.  Sesampai kami di Puchong, Encik D sempat singgah ke kedai spare part kereta.  Saya yang menunggu di dalam kereta rasa macam nak keriau. Sesampai di rumah, sesambil mengambil sijil lahir, kami solat dan sesambil tu men'nyetle'kan baby SJ. 

Kami sampai balik ke imegresen hampir pukul 3 p.m.  Sementara menunggu passport siap, Baby SJ menangis2.  Mula2 saya ingatkan dia lapar & mengantuk.  Di beri susu masih menangis.  Di dodoikan juga masih menangis.  Kemudian barulah saya terbau sesuatu.  Rupanya baby SJ melepas lagi.  Memandangkan di situ tiada bilik menukar lampin makanya terpaksa saya baringkan baby SJ di sebelah sinki cuci tangan.  Agaknya di sebabkan permukaan yang keras lagi sejuk, baby SJ menangis semakin kuat. Saya agak panik sampaikan tangan mengigil. Mahu memanggil Encik D, saya di tandas wanita.  Saya teringat saya ada ternampak satu bilik kosong yang di gunakan sebagai bilik solat yang tak rasmi dan saya berlari sambil mendukung baby SJ yang bogel dari paras pinggang ke bilik kosong tadi.  Saya baringkan baby SJ di atas sejadah (terpaksa ye.. sebab takkan saya mahu baringkan baby SJ di atas kapet yang dipijak-pijak orang) dan dalam saya di dalam proses memakaikan diaper, baby SJ yang masih menangis menembak (kencing) ke arah saya dalam jumlah yang agak banyak.  Di tembaknya pulak ke arah tempat yang tak sepatutnya.  Basah kuyuplah seluar di bahagian yang tak sepatutnya tu sampaikan nampak seperti saya yang terkencing di dalam seluar.  Saya menelefon Encik D meminta di rescue dan selepas baby SJ berjaya di tenangkan saya dalam keadaan terpaksa me'collect' passport yang sudah siap.  Dapat saya perhatikan dari hujung mata yang banyak mata2 memandang seluar saya basah kuyup di tempat yang tak seharusnya.

Dalam keadaan yang basah itu jugalah kami singgah ke restoran untuk menikmati late lunch.  Dan dalam perjalan pulang sekali lagi Encik D meng'test' kesabaran saya dengan memilih jalan yang tidak sepatutnya di pilih.  Sekali lagi baik saya diam.

Kenapa saya suka marah hari ini?  Mungkin sebab saya bermula dengan bangun lambat.  Mungkin sebab saya 'peot' selepas setahun tak 'peot' jadi mood saya hari ini adalah mood 'moody + angry'.  Dan akibat dari mood moody ini jugalah saya terlupa yang saya sedang peot dan saya telah solat di dalam keadaan peot.  Minta ampun ya Allah.. saya banyak buat salah pada Mu dan pada Encik D.

Apapun, berita baiknya baby SJ dah ada passport dan saya berjaya mengemas bilik sepanjang malam ni.  Saya menghabiskan masa selama 4 jam mengemas bilik dan berjaya membuang sampah sebesar karung hadiah santa claus semasa christmas.  Itu belum di kira dengan baju-bajan yang terpaksa di bungkuskan kerana saiz saya sudah bertambah sebanyak beberapa saiz  (akan di eleboratekan di update akan datang)
.

Sekian.

Sunday, March 20, 2011

Apa ada dengan warna

Kisah bermula sebelum kelahiran.

Sebelum kelahiran, semasa Encik D dan saya membuat preparation barang2 keperluan baby SJ, Encik D melarang saya belikan baju untuk baby SJ warna yang terang seperi merah dan warna bumi (earth colour seperti coklat) atas alasan baby SJ mesti bekulit gelap dan dia tidak akan sesuai memakai baju warna terang dan warna2 bumi.  Kami end-up dengan baju2 berwarna putih dan biru muda (di masa tu kami dah tahu jantina baby SJ).  Saya personally tidak bersetuju dengan pendapat Encik D kerana walaupun akan benarlah junior kami nanti berkulit gelap, apa salahnya di pakaikan dia baju yang berwarna terang.  Dalam sembunyi2 saya belikan juga baby SJ baju berwarna coklat gelap.

Sebelum kelahiran, ramai menasihati saya meminum air kacang soya supaya baby SJ akan memiliki kulit yang cerah dan gebu.  Saya tidaklah menuruti nasihat orang ramai kerana atas sebab2 yang tertentu saya tak suka minum air soya di waktu tu.  Tetapi saya personally tidaklah kisah sangat dengan bakal warna kulit baby SJ makanya tidaklah saya memaksa diri meminum air kacang soya setiap hari.  Anyway, sejauh mana kebenarannya air kacang soya boleh memutihkan & menggebukankan kulit sedangkan genetically mak paknya memang dark sawo matang?  Usahkan masyarakat yang jauh, emak saya sendiri pun percaya dengan keajaiban air kacang soya.  Sedari awal setiap kali saya mengupdate progress diri pada emak, mesti saya akan mendapat pesanan percuma sebegini " minumlah air kacang soya tiap2 hari, nanti dapat anak putih".. heheh

Sebelum kelahiran, saya sedari awal me'warning' sedara mara sebelah Encik D yang baby SJ kami berkemungkinan besar berkulit sawo matang memandangkan ke semua anak2 saudara sebelah Encik D berkulit putih gebu.  Saya mahu mereka bersedia dari segi mental. Ngeh ngeh.

Selepas kelahiran, baby SJ yang dengan rasminya bekulit yang sah sawo matangnya (maybe pada skala 8), saya tetap merasa bangga sebagaimana orang2 yang lain merasa bangga.  Alhamdullillah saya tidak keselumitpun merasakan ia sebagai satu kekurangan pada baby SJ.

Selepas kelahiran, seseorang yang amat dekat dalam berguraunya mencadangkan kami menamakan baby SJ dengan nama Muhammad Hitam.  Apakah perasaan saya? Sedikit terguris tetapi biarlah. Hakikatnya memang itu stigma masyarakat kita yang acap kali melebelkan orang yang berkulit cerah sebagai bertuah, yang berkulit gelap sebagai kurang bertuah.  Saya tak nak ambik port.. biarpun saya sendiri semasa kecik selalu di ejek di sebabkan saya berkulit gelap.

Selepas kelahiran, saya dapati warna2 terang macamnya orange dan merah amat cantik dipadankan dengan kulit baby SJ;  Makanya saya mula mengignore pendapat2 yang tidak relevan.  Akan saya pakaikan apa sahaja warna baju pada baby SJ kerana semua warna suits baby SJ well enough.

Selepas selepas kelahiran.  Saya ingin mengutarakan pendapat saya.. apalah ada pada warna kulit seseorang.  Warna di hati itu yang penting.  Kepada baby SJ (kalaulah satu hari dia berjaya mengodek blog saya yang ini, saya mahu dia tahu yang saya amat bangga dengan keseluruhan kelahiran dia dan tidak ada secubitpun cacat celanya dia di mata saya. Dan SJ means Sweet joy).. Dan saya berjanji akan jauhkan diri baby SJ dari sebarang rasa rendah diri.

Moral dari sini.. warna itu sangat subjektif.  Dan jangan lah di baca entry saya sebagai satu bacaan yang serius.  anggaplah ini tulisan saya yang sedang seronok bercuti, bergolek2 di atas katil setiap hari bermain dengan baby SJ..  I wish my self a welcome back to the blogging.. harap2nya lah setelah sekian lama memalaskan diri.

                                                                                          3mths old baby SJ