Wednesday, October 30, 2013

You Raise Me Up



You Raise Me Up


When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.


Friday, October 25, 2013

Amsterdam & Europe 2012 final

Hari terakhir di Amsterdam.  Flight kami balik ke Malaysia kul 8 malam so we have ample time. Kami pilih untuk berlegar sekitar city centre sahaja.

Try to do some shopping but takde apa sangat menarik hati.  Kesudahannya kami cuma beli souvenir nak bawak balik Malaysia. Terkilan tak dapat shopping di London masih ada di hati tapi tak baik di fikirkan sangat :)


 Antara yang berjaya di capture hari ni



Kami meninggalkan bandar Amsterdam sekitar jam 4 petang & mengambil train ke Schipol Airport.


Tamat sudah Europe 2012 trip kami. 23 hari travel secara free & easy tapi alhamdullilah konsep redah jaya kami berjaya.  All I can say, this is the best trip for me and Europe memang awesome.  Not 100% smooth and tons of fighting tapi kami meninggalkan Amsterdam dengan 1001 memori.  Saya harap pengalaman saya dapat membantu jika ada yang berniat untuk travel ke Europe suatu hari nanti. 



Tuesday, October 22, 2013

Amsterdam #2

Destinasi terakhir kami di 2012 Europe.

Kami cuma singgah di Amsterdam untuk 2 hari sebelum berangkat balik ke Malaysia.  Agak menyesal sebenarnya tapi masa buat iternary saya risaukan budget tak cukup untuk travel lebih lama.  Tapi kami berkesudahan ada lebihan duit Euro & pound agak banyak juga.  Tak apalah, ada rezeki insyaallah next time nak spend dalam seminggu di Holland and it must be in spring sbb saya nak baring atas batas pokok bunga tulip.

Hari yang sedikit basah.  Hujan renyai2 tetapi ok lah.  Redahkan aje.  Breakfast di hotel & kemudian bergerak keliling Amsterdam Central.  Saya mencari I Amsterdam logo tapi tak jumpa.  Frustlah jugak sebab itu salah satu iternary.

 Sekitar Amsterdam Central. The canal city

 Sempat meninjau2 souvenir untuk di bawa balik

Kami kemudian naik bas ke satu tempat nama Szaanse Schans- a place where we can see lots of windmill, satu lagi kemashyuran Holland.  Perjalanan ambik masa setengah jam.  Tak silap saya bas no 361, dari depan station Amsterdam Central.

 Kami di sambut dengan scenery yang cantik.  Juga bau processed cheese yang menusuk hidung.  Sama macam bau yeast tapi lebih kuat. 

 Windmills.  It's like a dream comes true

 Kami singgah di clog workshop. 

Di sambut dengan beratus kalau tak beribu terompah kayu.  Kami tak beli apa sebab mahal sangat.  Siapa nak beli kalau satu terompah kayu harganya Euros 40 (RM160).  Bukan boleh pakai pun. Baik saya beli kasut Timberland.  Untuk souvenir kami bercadang beli di Amsterdam central sahaja.

 Singgah minum di kafe dan sempat bercerita mengenai Santa Claus Holland dengan waiter.  Menurut waiter, tarikh krismas di Holland berbeza dengan negara-negara lain.  Tak silap saya mereka sambut di pertengahan November instead of Dec 25th. Teringat saya cerita seorang rakan yang pernah tinggal di Holland yang memberitahu Santa Claus Holland adalah lelaki berkulit hitam. Tak pasti kesahihan cerita kawan saya.

Pemandangan semasa perjalanan balik.  Tak banyak gambar sebabnya baby SJ duduk di atas riba saya.

Kami sampai di city centre dah petang.  Kami mencari restoran halal dan sebaiknya restoran Malaysia.  Kami jumpa satu restoran Malaysia.  Tapi bila tengok harga nasi goreng, tak sampai hati nak makan (kira-kira RM 80 sepinggan).  Encik D cakap tak perlulah sebab besok kami dah nak balik ke Malaysia.  Kemudian kami jumpa restoran Indonesia yang juga tiada chop halal tapi pemiliknya orang Islam (pasinya takde pork).  Kami makan nasi putih berlaukkan tempe & sambal telur.  Kosnya RM80 untuk 2 orang.  Ok lah.  Kemudian, balik ke hotel untuk berehat dan kami keluar balik di sebelah malamnya.

 Amsterdam at night. Our hotel showed in the top photo

 Amsterdam is incomplete without bicycle

Same as without poppy which is sold legally


Another tiring day, yet also a super awesome day

Dia masih bertenaga biarpun saya & Encik D dah pancit.


Thursday, October 17, 2013

Brussel Final, Amsterdam #1


Hari tiba untuk berangkat menuju ke destinasi terakhir iaitu Amsterdam

Kami decide untuk ambik train ke Amsterdam  pukul 2 pm supaya sampai awal sedikit di Amsterdam.  Kami habiskan sepagi mengemas barang dan meninggalkan rumah sewa kira-kira jam 11 am.  Berhenti untuk lunch dan by 1 pm kami sudah terpacang di Brussel Nord memegang tiket keretapi pukul 2.  Keretapi intercity ke Amsterdam sejam sekali jadi tak perlu risau.

Tetapi saya sebenarnya sedikit menyesal membeli tiket keretapi intercity sebabnya perjalanannya kurang lancar & terlalu banyak berhenti.  Menyesal juga tak beli tiket keratapi laju Thallys tapinya kalau di beli last minute harganya sangat mahal (sekitar Euros 100 tak silap, kalau beli awal boleh dapat sekitar Euros 50).  Makanya kami pilih aje tiket intercity yang costnya cuma Euros 36.

Tunggu punya tunggu rupanya keretapi delayed sebab ada small accident kat satu tempat.  After delayed lebih dari setengah jam, kami pun berjaya bertolak ke Amsterdam.  Keretapi berhenti di banyak station.  Orang turun & orang naik di setiap perhentian. Selamat tinggal Belgium.  Come back? Probably as I will miss the Belgian waffle terribly

Train annoucer membuat pengumuman minta maaf atas kelewatan.  Sukar di fahami tapi bolehlah.  Kira-kira dua pertiga perjalanan announcer membuat pengumuman lagi.  Saya tak berapa faham sebab slang dutch sangat pekat.  Kali kedua baru faham.  Apa yang kami dengar annoucer mengumumkan yang keretapi tidak akan berhenti di station Schipol (Airport) tetapi akan terus ke Amsterdam Central.  Reasonnya sebab train dah lama delayed sebelum tu. Kami pun rileklah sebab memang kami nak ke Amsterdam Central. Penumpang2 lain ada yang bercakap2 dan saya terdengar satu couple dari Norway (agak berusia) memberitahu yang dia orang mengejar flight untuk balik ke Norway dalam masa 2 jam lagi.  Saya nampak riak mereka macam panik.

Someone yang nampak macam biasa dengan Amsterdam syorkan mereka turun di hentian Rotterdam dan naik keretapi lain dari Rotterdam ke Schipol.  Saya yang memang tak tahu kedudukan geography ni cuma pasangkan telinga ajelah.  Kemuadiannya old couple ni turun di Rotterdam.  Saya siap tolong doa moga2 dia orang sempat catch flight balik ke Norway.

Kira-kira 20 minit dari Rotterdam, satu lagi annoucement di buat.  Semua penumpang di minta turun di station berikutnya & tunggu di platform yang sama untuk ke Amsterdam Central.  Aik, tadi kata akan ke Amsterdam Central?  Semua penumpang kelam kabut sebab tak bersedia.  Pulaknya early winter, semua orang pastinya kena mengenakan baju yang berlapis sebelum turun termasuklah kami.  Saya kelam kabut mengenakan baju untuk baby SJ dan tak sempat mengenakan baju kot untuk saya.  Train stop, semua penumpang bergegas mengambil barang & turun.  Saya tak mampu menolong Encik D mengambil barang sebab menguruskan baby SJ & apapun saya tak akan tinggalkan baby SJ sendirian.  Saya membawa baby SJ & stroller turun sebelum meletakkan dia ke dalam stroller dan menunggu encik D yang masih beratur menunggu giliran mengambil beg-beg kami.  Saya memang bedebar-debar takut tak sempat.  Encik D bertungkus lumus menurunkan 3 beg besar kami.  Nasib baik ada good gentleman membantu.  Kalau kami di Paris matilah kami.

Selesai menurunkan semua barang, Encik D turun dari train.  Seminit dua selepas tu pintu train tutup & train terus berpatah balik ke arah Brussel.  Saya terus mencari nama station yang kami berhenti.  APA???  Kami di turunkan di station Schipol.  Terus teringat old norwegian couple tadi.  Kesian kan.  dalam masa yang sama memang kelakar.  Sampai hari ni saya mesti tersengih bila teringat. 

Kami kemudiannya naik train ke Amsterdam Central yang letaknya cuma dalam 10 min dari Airport.  Sesampai di Amsterdam Cental, orang sangat ramai & hujan pun tersangat lebat.  Tunggu dalam setengah jam, kami decide untuk redah hujan ke hotel yang dah di booked.  Berhenti bertanya orang untuk tanya arah tapi buat saya makin confused.  Setengah jam lebih kami meredah hujan sampaikan baby SJ dah basah kuyup & mengigil.  Saya sangat salute dengan baby SJ sebab dia sangat cool.

Akhirnya ada seorang hamba allah menunjukkan jalan yang betul.  Lega. Rupa-rupanya dalam 200m sahaja dari Amsterdam Central. Selepas check-in, saya terus mandikan baby SJ untuk elakkan dia dari demam. Selesai mandi kami rehat sementara nak tunggu hujan stop.  Bilik hotel sangat sempit walaupun ini lah kiranya accomodation yang termahal kami sepanjang kami di Europe kali ni.  Hujan stop baru kami keluar untuk dinner.  Terjumpa satu Indonesian restaurant, berialah kami masuk.  Rupanya ada jual oink oink pulak. End up dengan kebab lagi.  Heheh.

Selesai makan jalan2 sekejap sebelum berlabuh.

Hari yang panjang, penuh dengan drama & cukup letih. But out of all, it's a good experience and considered our lucky day.  Kami kemudiannya dapat tahu ada tunjuk perasaan di Brussel sehari selepas kami berangkat ke Amsterdam.  Tunjuk perasaan petani kerana membantah dengan harga susu.  Dengarnya ada sampai hays di bakar di jalan-jalanraya. Serentak dengan persidangan ahli EU yang sedang berlangsung di Brussels.






Wednesday, October 2, 2013

ramblings

Today I read a post from an honour blogger.. about A blind couple.  It gave me some kind of feeling.. the feeling that I tried to let go in all my marriage life.

A-blind-couple-who-made-me-see

Very nice writing (as always, I adore this blogger)