Dari London kami mengambil train eurostar ke Brussel. Tips untuk membeli tiket train di Europe. Beli dari awal kerana kebanyakan negara yang pernah saya kunjungi ada tiket promo. Saya berjaya dapat tiket secara online 40 pound sahaja dari London ke Brussel. Tetapi jika saya membeli last minute, harga boleh mencecah 4 kali ganda. So, nasihat saya, plan your journey. Saya sebenarnya plan & beli segalanya kira2 sebulan sebelum kami bercuti. Saya prefer plan lebih awal dari itu tapi masalah terbesar saya ada boss saya. Saya fight untuk mendapat cuti sedangkan cuti saya masih ada lebih 40 hari berbaki, tetapi akhirnya trip ini menjadi selepas saya berkeras meminta cuti berkali2.
London - Brussel
Saya berjanji dengan apartment owner, Phillippe (kami menyewa apartment juga di Brussels) untuk bertemu di Brussels Central Station. Tanpa saya sedar rupanya nama station central ini berbagai2; Brussel Midi, Gare de Bruxelles Nord, Brussels Guid . Agaknya mengikut selera orang Belgium yang terbahagi kepada 2 bahasa percakapan. Belgium selatan bercakap french & Belgium utara menghala ke Holland bercakap Dutch. Phillippe menyuruh kami menunggu di Brussel Central Station & apabila sampai saya lihat nama station di tulis Gare du Nord. Kami panik, menanya orang, semuanya jawab dalam bahasa Perancis. Language barrier sangat ketara di sini. Hampir setengah jam baru kami jumpa information centre dan beratur pun agak lama untuk tanya satu soalan sahaja. Orang di kaunterpun setakat lepas2 saja english dia. Pelik bila fikirkan sebabnya Belgium terletak di sebelah UK tetapi saya agak hanya 10% orangnya tahu bercakap basic english.
Kemudian, sekali lagi kami panik kerana Phillippe telah menghantar message yang dia tersangkut di Rotterdam sekembali dia dari meeting di Amsterdam. Dia menyuruh kami mengambil train sendiri ke penginapan dimana ayahnya akan menunggu kami untuk menyerahkan kunci. The only Belgian friend yang saya kenal tiada di Belgium di waktu itu untuk saya contact menanyakan arah. Saya teraba2 nak menanya. Sekali lagi kami beratur panjang di information centre nak dapatkan maklumat train ke Apartment. Penginapan kami di kawasan Boulevard Emile Bockstael. Kami menunjuk kertas yang menulis alamat penginapan &di suruh naik upperground train. Sekian lama beratur kami train yang di sebut2 belum sampai & sedang saya berbincang dengan Encik D, kami di sapa oleh orang local yang tahu berbahasa english. Rupanya kami sepatutnya mengambil Metro train bukannya upperground train. Perjalanan metro train dari central station ke penginapan cumalah 10 minit tetapi kami spend lebih dari 2 jam mencari arah.
Sesampai kami di Apartment, bapa Phillipe sudah menunggu. Terasa bagai ayam dengan itik dengan ayah dia yang sangat baik & peramah. Sepatutnya Phillippe akan datang bertemu kami tetapi ayahnya mendapat berita yang Phillipe kemalangan kecil dan bapanya terpaksa bergegas tinggalkan kami. Selepas itu baru kami sedar heater & wifi tak berfungsi. Terpaksa call Philippe mohon dia datang selepas semua urusan kemalangan dia selesai. Menunggulah kami lebih dari sejam dalam rumah yang semakin sejuk tanpa heater. Nasib baik rumahnya sangat cantik. Terubatlah sedikit kepenatan kami. Cuma semasa buat booking saya terlupa menanyakan tingkat apartment ini. Kebanyakan building penginapan yang berharga sederhana adalah tanpa elevator dan kebiasaannya saya akan tanya tingkat berapa & kemudahan elevator, but somehow saya terlupa. Kesian Encik D terpaksa mengangkat 3 beg besar ke tingkat 5 dengan tangga yang narrow & curam. Akhirnya Phillipe sampai & menyelesaikan masalah kami. Nasib baik Phillippe bercakap basic english. By the time, Phillipe balik, jam hampir 9 malam & kami sudah kebulur. Makanan terakhir yang kami jamah adalah di London kira2 jam 11 pagi.
Makanan halal tak susah nak dapat di sekitar Brussels & ada beberapa kiosk kebab di sekitar apartment kami. Terus terang saya katakan, pada masa di Brussels saya sudah seperti nak muntah bila nampak kebab sebab sudah hampir 3 minggu kami makan kebab almost setiap hari. Nasib baik semasa di London, kami berjumpa nasi beriani yang sangat sedap & juga subway yang halal. Itupun kebab masih jadi makanan kami jika makanan halal lain tak di jumpa sebab kiosk kebab boleh di jumpa di mana2 di Europe.
By the time dinner selesai, sudah lewat malam. Kami kepenatan dan cuma fikirkan katil yang empuk. Pulang kepenginapan, mandi, tengok Tv sekejap & tido. Baby SJ kegirangan kerana Apartment Phillipe ada banyak mainan tinggalan dia.
Hari yang agak memenatkan tapi kami teruja berada di tempat baru & di katil yang empuk.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)