Tuesday, December 27, 2011

Norway 2011

Beberapa gambar buat tatapan yang sudi

Autumn in Trondheim, Norway

     The time
  
     The city

        random subjects


Winter in Trondheim, Norway

     The city


Random subjects

Saturday, November 19, 2011

Norway

Seperti yang di tulis Cik Kentang, saya sekarang bertugas sementara di Norway.  Sampai di sini hampir seminggu lepas dan turut bersama ialah Encik D & baby SJ.  Saya berjaya memujuk Encik D mengikut saya kerana saya tidak mampu untuk berpisah dengan baby SJ.

Kali kedua saya di sini.  Kali pertama dulu semasa musim bunga, maka kejakunan saya lebih kepada bunga tulip.  Kali ini di lewat autumn & menghampiri winter.  Sejuk bedi.  Saya menanti-nantikan snow yang mungkin tiba seminggu dua lagi.

Kali pertama tinggal di hotel & keseorangan.  Kali kedua lebih baik, tinggal di hotel apartment & bertiga.  Saya memasak setiap hari di sini (awww!!!!) dan jangan tak tahu pagi tadi saya berjaya memasak nasi lemak (yang tak sedap).  Kali pertama saya memasak nasi lemak sejak saya berumahtangga. 

Baby SJ masih di dalam proses menyesuaikan diri dengan cuaca di sini.  Dia masih kurang selesa di pakaikan baju yang berlapis2 & pakaikan baju tebal pada baby SJ adalah sesukar memaksa cik Kentang berkawin dengan penternak ikan keli. 

Saya akan mengupdate lagi di masa akan datang...

Monday, October 24, 2011

Sequel

Sequel dari entry saya adalah lalang, klik sini untuk membaca entry tentang itu

Suatu hari.  Baby SJ sedang belajar memegang barang dan suatu hari dia memegang makanan dengan sebelah tangan dan cuba memasukkannya ke dalam mulut.  Saya ternampak baby SJ memegang makanan dan pada saya, baby SJ memegang dengan tangan kiri.  Saya memberitahu baby SJ yang dia menggunakan tangan yang salah dan saya mengambil makanan dari tangannya dan menukar ke tangan sebelah satu lagi.  Encik D yang duduk berhampiran selama itu memerhati kami berkata dengan gaya cool yang agak kronik bahawasanya saya ni adalah ketam.  Haha, rupa-rupanya baby SJ dari awal memegang makanan di tangan kanan bukannya tangan kiri.  Bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.
Moral dari kisah di atas?  Saya adalah ketam.  Saya memang mempunyai masalah dari mengenali  kiri & kanan.  Dari mula kehidupan saya sehinggalah saya sudah mahu masuk angka 40, saya masih belum terrer dengan kiri dan kanan.  Kepada yang tertanya2, apa yang susahnya mengenali kiri & kanan, saya sendiri tidak tahu jawapannya kerana itulah soalan yang saya tujukan pada diri saya juga selama hampir 40 tahun ni. 

Selain dari isu kiri & kanan, saya juga bermasalah mengecam sign close & open di pintu lift (saya pernah hampir mengepit seorang hamba allah sehingga dia mengecam saya & sejak itu yang sudah berhenti mencuba menolong orang membuka pi ntu lift).

Moral kedua, saya amatlah berharap moga2 baby SJ tidaklah mendapat bahagian kecacatan saya yang ini.  Ngeh Ngeh!

Friday, October 14, 2011

arakiannya

Arakiannya saya cuba menulis.. setelah sekian lama.  Tapikan, saya bukanlah apa.. menulispun, saya cuma ada 2 orang follower. Itupun follower paksaan, yang perlu di paksa barulah membaca entry saya. Hahaha.

Kemana saya menghilang? Tak kemana sebenarnya cuma saya mengaku saya agak overwhelming dengan tugas menjadi parent.  Baby SJ sudah berumur 9 bulan.. sudah pandai meminta perhatian dan di sebabkan masa saya di rumah terhad, saya berusaha untuk bersama2 dia sepanjang masa.  Dan masalahnya kebelakangan ini, apabila baby SJ tidur, saya akan tertidur sama.  Saya cuba untuk  berjaga lebih sedikit dari baby SJ cuma masalahnya baby SJ tidur di antara pukul 12.30 a.m ke 1.00 a.m (ada suatu kejadian dia mula tidur pada pukul 3.00 a.m), so tiada lagi ruang untuk saya tidur lebih lewat. Makanya blog saya terabai.  Ngeh ngeh

Disamping alasan2 di atas, di sebabkan saya sekarang mempunyai 2 blog yang perlukan perhatian, bila saya sempat mencuri masa di office, pasti saya mengisi masa mengupdate blog yang lagi satu.  Blog yang kedua itu agak penting kerana ia akan menjadi tinggalan saya pada baby SJ suatu masa nanti.  Saya mahu baby SJ tahu sejarah hidup dia setakat mana saya mampu meletakkannya di atas penulisan yang tunggang langgang.  heheh.

Apa yang berlaku sejak 3-4 bulan lepas.  Tiada apa sebenarnya. Kerja, balik rumah, kerja lagi, balik rumah, kadang2 berselang seli dengan balik ke kampung Encik D, balik raya ke kampung saya & kemudian kampung Encik D,balik KL, kerja.. itulah rutin saya. tak ada apa yang best sehinggalah very recently.  Saya dan Encik D berpeluang bercuti yang bersungguh selepas hampir dua tahun kami tak ergi bercuti.

Kami memandu ke Hat yai sebelum ke Langkawi.  Keseluruhannya mengambil masa selama 5 hari.  Kami bertolak ke Hat Yai sehari lewat akibat dari masalah technical dan juga faktor baby SJ agak kurang sihat.  Walaupun tripnya agak pendek, saya personally amat bersyukur kami berjaya membuat trip ini kerana ia banyak membantu memulihkan hubungan kami.  Be stuck in routine life is something we should avoid.. jadinya ia akan mengundang kepada banyak perbalahan2 kecik yang kemudiannya akan mengarah ke perbalahan2 besar sehingga ada masanya anda akan teringin lari dari rumah dengan seorang infant yang tak bersalah.

Makanya trip ke Hat Yai ini,  walaupun masih penuh dengan perbalahan2 kecik sepanjang perjalanan tetapi both of us enjoy the trip.  Nekad saya, kami perlu banyak bercuti untuk lebih banyak pendamaian di masa2 akan datang.  Hahaha.. saya suka alasan ini kerana ianya akan mengurangkan rasa bersalah saya kerana ingin sentisa bercuti.

Insyaallah akan saya cerita beberapa perkara menarik berlaku akhir2 ini di entry akan datang.

Wednesday, August 24, 2011

26

Hari ini ulang tahun ke 26 abah meninggal..

Raya ini akan saya perkenalkan pada baby SJ di mana letaknya pusara abah. Akan saya bisikkan kepada baby SJ betapa cintanya saya pada abah. 

Rindu saya tak pernah pudar & paling mengembirakan saya adalah part of him hadir pada baby SJ.  Mata baby SJ seiras mata abah.  The legacy of Abah. Alhamdullilah.

Al-fatihah..

Friday, August 19, 2011

Sengallah jugak

Wiiiiiiiiiiiiiiiii .. (ini tiru trade mark sorang blogger).

Saya sedang cuba kembali & harapnya tidaklah seperti orang itu yang tengah2 syok bercerita, tiba2 cakap malas mahu sambung cerita.. ada ka?

Ada satu cerita sengal (banyak sebenarnya tetapi macam yang cakap sebelum ni, saya agak malas lately).  Cerita sengal ni berlaku dua hari lepas & bersambung sehingga semalam.  2 hari lepas saya berkali-kali menerima panggilan telefon dari 1 talian tetap tetapi setiap kali saya cuba nak jawab, mesti terputus.  Agak saya, ini mesti bank call nak mintak hutang atau nak jual barang & sebab itulah jua saya tidak berusaha nak return call.  Rupa-rupanya si pemanggil menelefon office saya selepas saya meninggalkan office.  Receptionist aka cik orangechandellier (OC) meng'text' saya meminta saya menelefon balik si pemanggil tadi.

Maka semalam saya cubalah memanggil nombor tersebut based kepada nombor yang di beri oleh OC.  Cubaan pertama di buat dari talian pejabat saya.  Perbualannya lebih kurang segini
Saya:        Boleh saya bercakap dengan cik Nisya?
Lelaki x:   Ohh.. tidak ada orang bernama Nisya di sini.  Kenapa you cari Cik Nisya?
Saya:        Ohhh.. I receive a message to return call to this number from someone name Nisya.  It's ok.  Anyway, is this **** Bank?
Lelaki x:   No! No! This is control room
Saya:       (tercenggang tapi tak lah pulak tertanya which building punya control room).  Ok sir, i guess i call a wrong number.  Thank you  (sopan tak saya).  Then saya letakkan gagang.

saya memberitahu OC yang nombor yang di beri salah & OC berlari ke tempat duduknya utk menyemak.

Cubaan kedua di buat menggunakan hand phone saya (memikirkan saya mungkin tertekan nombor yang salah sebelumnya)
Saya:        Can i speak to Cik Nisha?
Lelaki x:    There is no one name Nisha here.
saya:         Opss.. sorry. i dialled a wrong number again.  Anyway, may i know which control room is this?
Lelaki x:    This is HKL control room
Saya:         ohhh.. i'm very sorry.  Thank you

Saya pun menamatkan perbualan dan berkerut dahi saya memikirkan hal ni.  Tiba2 OC berlari ke arah saya dengan wajah panik seraya berkata
OC:       I dah call number tadi & it goes to bilik mayat HKL lah
Saya:     Ahhhh?

Berdebar2 hati saya.  Perkara pertama terlintas di hati adalah seseorang yang menyimpan nombor atau kad bisness saya di temui mati dan bilik mayat menelefon saya untuk mengecam mayat.  Takuttnya.. apa kata itu adalah saudara mara saya.  Kemudian datang telahan kedua iaitu adakah hantu yang menghubungi saya semalam?   Ishhh.. lagi takut padahal bulan puasa manalah ada hantukan.  Lagipun pangilan itu datang dalam pukul 4 petang.

Tiba2 baru saya teringat numbor yang sama mesti ada di dalam missed call list saya.  Saya pun menyemaklah nombornya, rupanya kedua2 sedikit berbeza.  hahaha.. sikit punya sengal.  sampai malam pun saya tak habis gelakkan diri sendiri.  Nak cuba?  cuba call no ni

26906000 (bilik mayat HKL)
26909600 (**** Bank)

Ok.. selamat berpuasa.  Maaf zahir Batin :-)















Friday, July 22, 2011

saya sangat malas

Saya sangat malas untuk mengupdate akhir2 ni. Ntah kenapa.. agaknya saya malu bila membandingkan diri saya yang seberapa ni dengan blogger2 lain.  Saya juga tak banyak cerita menarik.  Walaupun kadang2 ada rasa marah pada orang2  tertentu dan ia boleh jadi menarik untuk di tulis  tetapi saya berusaha untuk tidak menulis tentang kemarahan saya.  Maka tinggallah saya dengan hanya sedikit cerita menarik. 

Saya akan cuba.  Semoga saya berjaya.  Selamat maju jaya saya!

Friday, June 10, 2011

sekadar coretan...

Benarkah.. lelaki tak tahan sakit berbanding perempuan?

Seorang rakan pernah memberitahu yang suaminya pantang demam sedikit mesti merengek2 mengalahkan anak-anak.  Saya hanya ketawa ringan sambil mendengar.  Saya tidak fikir secara mendalam mahupun me'relate'kan dengan situasi diri sendiri.

Tetapi sehari dua ni saya mula memikirkannya secara mendalam.. apa yang dapat saya ulaskan ialah saya setuju 101% dengan rakan saya.  Saya sedang melaluinya.. hahaha. fullstop.

Wednesday, June 1, 2011

Sengal 2

Berlaku last weekend.  Semasa kami membeli cat di mall berhampiran rumah.  Sesambil itu saya sempat masuk FOS mencari seluar katok untuk menggantikan seluar katok saya yang banyak MIA semenjak2 akhir2 ni.

Lalu saya ternampak satu seluar katok yang mencuri pandangan.  Semua yang tinggal cumalah saiz 28.  Lalu berkata saya pada pada sang Encik D.. sayangnya sebab saiznya besar sikit dari saiz ai.  Kata Encik D, pergilah try di fitting room.  Saya membalas, tak apalah, ai  nak ambik juga walau besar sikit, harap2 taklah terlondeh.  Setelah di desak berkali2 oleh Encik D sayapun mencuba di fitting room.. Lalu apa?  Seluar katok itu ketat rupanya.  Kah kah.. perasan tahap gaban ai yang ai masih kurus. Dan dengan penuh tersipu2 saya membeli jua si seluar katok itu sambil Encik D memandang saya dengan sesinis yang mungkin.

Makanya jugalah, adalah jua ai menulis entry ini sambil memakai seluar katok ketat itu.. maka jika tertemu sebarang spelling error maknanya ianya adalah hasil ketidakselesaan seluar katok yang ketat ini.

Dan moral dari cerita; janganlah ada sebarang perasaan riak mahupun takbur sekira anda rasa anda kurus kerana mungkin ianya halusinasi semata.  Enjoy your day!! ;-)

Thursday, May 19, 2011

Book signing session

Hahah.. jangan tertipu dengan tajuk entry.  Ai tak pernah tulis buku..

Last weekend, selepas dari sambutan hari ibu yang tak kesampaian, saya telah mengheret Cik Kentang & baby SJ ke Borders untuk Awang Goneng's AMoT book signing session.  Suke suke! Ramai orang !!! Semuanya nampak bijak pandai kecuali lah saya ni yang terkulat2 dan jakun.  Tetapi saya berjaya dapat apa yang di hajati.. both GUiT & AMoT books signed by AG. Sampai ke hari ni saya tak habis2 lagi tersengih2..

AG tengah menyain buku saya.. sampai sekarang pun saya masih tersipu2.

Sunday, May 15, 2011

daily life questions

Fenomena yang biasa berlaku pada semua kita saya agak di mana ada kalanya ada soalan2 dari orang2 yang kita kenal atau pernah kenal yang kita tak tahu nak jawab.  Samada memang kita tak tahu langsung nak jawab ataupun kita memilih untuk tak menjawab untuk mengekalkan keharmonian persahabatan.

Antaranya;

1.  Kenapa tak bagitau dah ada anak?
     Puas saya fikirkan jawaban yang paling manis dapat saya bagi .. tapi tak ada.  Takkanlah saya nak hebahkan kat surat khabar (okehlah,, okehlah.. itu melampau tapi saya bukanlah fanatik FB yang semua benda nak di hebahkan di FB).  Mendapat zuriat bukanlah suatu yang terlalu personal cuma bagi saya, cuma saya bukanlah artis untuk share segala proses hidup dengan semua orang & cukuplah  mereka2 yang terdekat dengan saya sedar proses ini telah berlaku.  Apapun saya tak marah bila orang tanya saya soalan macam ni.. mungkin dia tak tahu macamana nak respon bila tiba2 terserempak dengan saya (ataupun bila saya postkan sekeping dua gambar baby SJ di FB).

2.  Sejak bila balik kerja di KL?
     Baru dapat soalan ini minggu lepas di mana sudah 6 tahun saya kembali ke KL sedangkan baru 3 tahun lepas saya berhubungan dengan si kawan saya ini.  Hua Hua..

3.  Bila nak dapat anak?
     Ini soalan yang past tense tapi banyak di utarakan 2,3 tahun dulu.  Pikirlah sendiri makcik-makcik, kuasa siapalah itu.. mak cik kan belajar Rukun Iman dulu.. Hahah, kalaulah saya boleh jawab cegini.. Bentuk soalan yang sama sedang di tempuhi oleh Cik Kentang iaitu Bila nak kahwin..

4. Makan?
  Ini soalan yang paling manja.  Biasanya berlaku semasa saya tengah menyuap makanan di pantry pejabat.  Tapi inilah soalan yang saya biasa tanya kawan2 saya juga bila saya terserempak dengan dia orang yang sedang makan di pantry.. maklum ajelah lah, i'm a person with less words.

5.  Nak makan apa?
Soalan kegemaran Encik D semasa dalam perjalanan mancari restoran.  Susah nak di jawab sebab selera kami berbeza.  Encik D suka makan nasi & diet dia harus makan nasi 2 kali sehari.  Saya sederhana dengan nasi.. saya lebih selesa makan nasi sekali sehari & makan malam dengan makanan yang simple seperti spagetti, McD (simple ke tu?). Jadinya kami selalu mempunyai pendapat bercanggah pasal memilih tempat makan.  Saya benci kalau kena jawab soklan ni sebab semestinya saya kena berpura2 nak makan nasi ataupun bila saya suggest tempat makan pilihan saya, ia akan di ignore.  Kan panas tu. Tetapi ada sedikit perbahan akhir2 ini.  Lately kami seolah2 mendapat persetujuan bersama iaitu kami ketagih JM bariani.. jadinya soalan2 cepumas semakin berkurang cuma taklah kami makan di JM Bariani setiap hari ( boleh di telan sebenarnya cuma akibat kosnya yang sedikit tinggi makanya terpaksa kami menghadkan seminggu sekali sahaja).  Discussion yang membawa saya kepada soalan pada diri sendiri.. bila saya nak start memasak ni.. hmmm, susah nak jawab tu..

oklah.. saje nak meracau-racau semetara menunggu baby SJ & Encik D bangun dari nap & ingin mengajak dia orang ke JM Bariani

Pergi Hijau

Demi menyahut seruan Pergi Hijau (Go Green), saya telah mengambil langkah untuk subscribe online newspaper.  Kebetulan pula harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari membeli surat kabar sendiri.  Di samping juga lately ini sejak dua menjak Encik D babysit baby SJ, makanya kebanyakan harinya tiada bekalan surat khabar di rumah.

Saya telah mempromosikan online newspaper kepada Cik Kentang tetapi akibat terlalu excited saya mendengar komen Cik Kentang secara angin lalu.  Seminggu berlalu, barulah saya rasa kekurangannya.  Selidik demi selidik telah membongkarkan sesuatu, depa telah exclude Metro section.  Bila saya suarakan pada Cik Kentang, rupanya itulah yang dia complainkan sejak awal. Loh.. saya memang kecewa kerana tanpa Metro section, macamana saya nak tahu di mana ada lopak jalan, di mana ada orang komplain pasal MPSJ, macamana saya nak baca forthnighly article's oleh author kegemaran saya; Mary Schneider.. Dengan itu, akan saya panjangkan usul kepada web provider untuk memasukkan metro section di masa akan datang.

Sementara itu, satu lagi projek Pergi Hijau masih terbengkalai.. menggunakan cloth diaper untuk baby SJ sedangkan saya sudah melabur beberapa ratus untuk membeli cloth diaper beberapa bulan lepas.  Yang tinggal.. kerajinan untuk mencuci cloth diaper setiap hari.  Akan cukup rajinkah saya?  Sementara saya menulis inipun masih ada selonggok baju yang masih belum berlipat.  Mahu di pasang bibik, Encik D tidak suka dengan idea ada orang akan tinggal bersama kami.. maklum jugalah, teratak kami kecil.

Meanwhile.. saya akan cuba setakat mana yang saya mampu untuk kempen Pergi Hijau

Sunday, May 8, 2011

Mother's day

Yeh.. yeh. Saya entitled untuk celebrate mother's day buat julung2 kalinya.  Dari awal saya memaksa Encik D untuk ingat tarikh bersejarah ni.  Sesungguhnya ia harus bermula dari awal & saya tahu kalau kami gagal menyambut tahun ni ada kemungkinan kami akan gagal menyambut di masa2 depan.  Penting sangatkah menyambut mother's day?  Sila baca ulasan & alasan saya di bawah..

Saya anak orang kampung, mak pak saya orang susah & kami tak pernah tahu adanya hari ibu semasa kami kecik.  Yang kami tahu hari raya, hari sekolah, hari cuti sekolah & hari gaji abah (sebabnya abah mesti belikan kami makanan ringan atau belanja kami makan satay bila abah dapat gaji).  Maybe kesusahan hidup buat kami cuma tahu menghargai apa yang benar2 keperluan hidup.

Tetapi ada bendanya kita mula belajar nilai2nya bila kita meningkat dewasa.. apabila kita mulai sedar adanya benda2 kecik yang mampu membuatkan orang2 yang kita sayang gembira.  Antaranya, menyambut hari ibu (saya tak sempat menyambut hari bapa sebabnya appa saya meninggal semasa saya kecik) & semenjak itu saya tak lupa mengucapkan selamat hari ibu kepada amma, amma saudara & lately saya cuba2 pada amma mertua setiap kali hari ibu datang.  Amma saya memang menunggu & gembira setiap kali tiba hari ibu.  Kesalnya saya belum pernah berkesempatan menyambut secara besar-besaran kerana berjauhan dengan amma.  Saya menanam azam yang satu hari saya mahu meraikan amma bersungguh2 & buat amma bangga dengan saya.  Amma mertua agak kekok kali pertama saya mengucapkan kerana mereka sekeluarga tidak menyambut hari ibu sehinggakan sekarang saya pula yang kekok untuk mengucapkan dia hari ibu.

Berbalik kepada cerita sambutan pertama saya, sedari awal saya memberitahu Encik D (bukan lagi hint tapi berterus-terang yang seterang-terangnya) saya saya nak dia bawak saya makan di tempat special (kena tekankan bahagian lokasi pilihan untuk mengelakkan di bawa ke KFC mahupun McD).  Tetapi last minutenya, Encik D terjebak pulak dengan kegiatan musiknya.  Saya tahu Encik D sedaya upaya cuba mencari masa & hampir berjaya membawa saya & baby SJ celebrate tetapi mall yang berhampiran rumah kami penuh sesak memaksa kami celebrate di satu tempat sahaja yang kurang orang.  Jangan gelak ye, jangan gelak.. di foodcourt pasaraya giant.. haha, padan muka saya.

Anyway, ok lah.. yang penting effort itu ada.  And berserta hadiah jam tangan yang di idam-idamkan (bukan brand Lorex ek.. brand cap Gombak aje). Ishhh.. lomantik pulak Encik D kali ni.. malu ai.   Alangkah bagusnya kalau berserta lagi dengan ipad2 yang sangat di idam2kan ittu.. ngeh ngeh.

Selamat hari ibu buat semua...

Monday, May 2, 2011

Her story

A true story about a person that i called sister.
 
My sister moved to stay with her in laws 2 years ago.  She left everything in KL, including her condominium and also her job and stay with her parent in laws in their kampung.  The decision made by the husband who lost his job in KL more than 3 years ago.

So they moved back to his kampung and start an eatery business there.  From time to time i see them and i realized that they are not making a very good progress with the business.  One day, during her short trip back to KL, my sister came to visit me.  We have a long chat and she came up with a confession that she had a rough life at his husband hometown.  They have to stay together with the in laws as there is no vacant house can be rent.

I feel bad for her she was different compared to me. My sister was raised by my uncle & her life was far more better than any of us.  My uncle was a headmaster and my sister had a very easy life.  To compare her with any of us, is like to compare latte and kopi cap pisang.  She was the one who always wear a decent baju, ride her own bicycle (basikal yang handle tinggi.. where only anak2 orang berada can afford to have that bicycle).  She played squash, tennis during her free time where as the most prestigious game I ever played masa i kecik was football (with barefoot sebab takut kena rotan kalau kasut sekolah kotor atau cepat rosak as i only have a pair of shoes throughout every  schooling year). 

Back to my sister story, last 2 week my sister's mother inlaws passed away and we happened to know about it only a day after.  Encik D and I made a trip to my brother inlaw's kampung to pay the ziarah.  We reached there late noon and we had a warm welcomed from the rest of the family.  At 8 p.m we decided to leave as we didn't want to reach KL very late.  Before we leave, my brother inlaw offered us to use their room to do our maghrib prayer.  I was stunned when i enter the room.  It only has a very thin bed and a few plastic bags where they stored their belongings.  I almost cried as this is worse than i imagine.  I couldn't put my self in that condition, let alone my sister.

Today, two weeks after.  I still think about it & I still cry for her. Deep inside i pray that one day my brother inlaw willing to come back to KL and i believe with their cooking talent they will survive here.  Deep inside i know that my sister layak mendapat the payung emas.  I respect her a lot for the sacrifies she made as I know I'm not that strong & I always have the gut to find way out.  Sebab itulah agaknya kita selalu dengar yang Allah hanya menguji orang2 yang kuat sahaja.

 Still, i hope there will be a happy ending...

Tuesday, April 19, 2011

Isu terbaru

Saya masih berhutang untuk menulis tentang beberapa isu.  I decided to write about isu gemuk.  This entry is not related to others so sesapa yang rasa dirinya gemuk & mudah terasa hati baiklah jangan baca. I will only write about myself.

I have gained extra kilos for the past few months.. in exact, it starts few weeks before i gave birth.  Mulanya i thought tak apa lah, it will be a temporary process and i will lose those extra kilos after i give birth.

Genetically, my amma is wearing XL size and my arwah appa is very skinny. Most of my siblings wearing S size and as far as i remember only once i exceeded the BMI (masa i umur 20 iaitu 50kg and itupun my siblings already called me Garfield).  I then lose those exceeded weight after a year without any sacrifies (baik darah nyamuk 7 dulang atau pun my midnight eating habit).  I had a habit of eating crispy chocolate (bungkus paling besar) & coke when i was in uni and i ate it all the time.  I also ate at mamak stall (SS223, Pjaya) every late night without missed, McD every alternate days and KFC at least trice a week.  Pendek kata i had all those bad eating habit including no vege in my diet.  I wasn't really an active person.  I used to play hockey & baseball kat uni but i stopped it when the uni chase me out from the hostel (apalagi kalau tak layak, orang lain masuk segala persatuan bagai.. i sibuk heret Cik Kentang dengan motor buruk pegi shopping ke Bangsar or SS14, PJ) setiap hari.

So when I craved for oreo in my late pregnancies, i dont feel worry at all.  I dengan senang hatinya memakan oreo sebanyak berbungkus-bungkus siang & malam (out of all things, i only craved for oreo.. punyalah tak kelas).  During the confinement days, i brutally complained to my mother that the food is tasteless.  Secretly I ordered Cik Kentang to buy me prosperity burger without my mother's & Encik D knowledge.  I juga kurang berdisiplin bab2 berpantang.. i hate 'barut' very much.. i skipped it most of the time.  So when i could not get rid the excess fat kat tummy, Encik D dengan lancarnya menuduh my laziness in wearing the barut.

When i first met my boss after the maternity, my boss said now it is easier for him to findt me as I am now see'able'.  Ngeh ngeh.  And last two week when we went to my brother place,  his first comment to me was both amma (me) and son sama2 gemuk. Then my reply was, yeah, both of us are racing. Hahah.

Today, I'm still at 48kg ie, the same weight just after i gave birth.  I still get some comments from family & friends but I'm Ok even though i still hope to be able to flatten my flabby tummy.

Monday, April 4, 2011

New start after 4 months

First day of working after 4 months leave.. malas, excited, sedih semuanya ada.  Malas nak bangun awal and drive to work.  CK is having her sweet time now.. dia takmo drive with the reason dia dah lama kena drive sesorang when i gone.  Excited to meet colleagues and bergossip after 4 months being away. Sedih.. meninggalkan baby SJ kat rumah.  At the moment baby SJ will be taking care by his Appa, but still, I miss him a lot.  When i called his Appa two hours ago, i heard baby SJ is crying at the back.. meronta-ronta hati i nak balik.

Now i dah masuk office for 5 hours.. lots of update news since i left.  Boss tak sempat lagi nak update me dengan keje baru jadi i have time to godek sana godek sini.  They done huge renovation masa i cuti and that means I get a new work station too.  Sepagi keje mengemas tempat baru & boss helped me with the computer stuff.  The 'less' best thing is I am back facing my assistant boss means meja dia di belakang I and it means he can see me from behind.  Another new stuff is one of my former colleague come back to join us, I am glad actually to have him back.. rasa macam dolu-dolu aje.  Zaman semuanya pakai 'linux' and our computer screen cuma nampak hitam dari jauh.  Another update is big boss is resigning. 

This is all i have for today.. sementara nak biasa-biasakan diri balik di tempat kerja.  Meanwhile, i long to go home and hug baby SJ.

Monday, March 28, 2011

Kisah sengal 2011 (part satu)

Demi memenuhi tuntutan rakan2 yang mahukan saya mengupdate setiap minggu, makanya saya ada satu cerita sengal.

Berlaku hari ini.. jadinya cerita ni belum basi.

Saya yang masih bercuti panjang (part ni memang saya suka sebut berulang-ulang supaya rakan2 yang sedang kononnya berhempas pulas berkerja di pejabat tetapi curi2 berblogging terasa tersangat iri hati) terbangun lewat pagi tadi iaitu 8.45 a.m.  Baby SJ yang sudah menjerit meminta susu pada pukul 6 pagi tadi masih lena di sebelah saya.  Appa baby SJ pun  juga masih lena akibat dari keletihan bermuzik di malam sebelumnya.

Teringat akan plan saya untuk ke imegresen hari ini untuk buatkan baby SJ passport, makanya saya bergegas mandi & mengemas rumah secara cincai2 sahaja.  Niat di pasang di dalam hati yang akan saya mengemas rumah secara besaran2 sekembalinya saya dari imegresen nanti. Saya memaksa Encik D memandikan baby SJ.  Sedang asyik baby SJ di mandikan, baby SJ me'lepas' didalam besen mandi.  Haha.. giliran si Appa hari ni, semalam sudah giliran si Amma.  Kerjanya memang leceh.. semuanya harus di cuci and pemandian harus dimulakan sekali lagi.  Pukul 11 baru kami siap & keluar dari rumah.  Berhenti makan pagi di kedai mamak sebelum ke Imegresen Putrajaya.

Sesampai di Putrajaya, kami melintasi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).  Saya & Encik D sempat berborak tentang sijil kelahiran Encik D yang pernah hilang sebelum tiba2 saya teringat saya saya terlupa bawa sijil lahir Baby SJ.  Ayoyyo.. hati sudah panas (walaupun salahnya diri sendiri tapi tetap rasanya menyalahkan Encik D yang lupa mengingatkan saya).

Saya menyuruh Encik D patah balik untuk mengambil sijil lahir tetapi Encik D yang memang senantiasa cool berkata dia mahu ke imegresen dahulu melihatkan bangunannya.  Hati semakin panas jadi sebaiknya saya diam walaupun dalam hati meronta-ronta nak cakap yang nantikan nak datang balik, buat apa nak tengok bangunannya.  Makanya dengan muka masam saya terpaksalah menunjukkan arah kepada Encik D (saya pernah ke situ akhir tahun lepas tetapi Encik D belum pernah ke situ).  Selesai menengok bangunan imegresen (bahagian passport, percint 15), kami berpatah balik ke Puchong.  Saya menconggak2 di dalam hati (belum habis panasnya) yang kami sudah kerugian lebih setengah jam akibat dari aksi menengok bangunan imegresen.  Sesampai kami di Puchong, Encik D sempat singgah ke kedai spare part kereta.  Saya yang menunggu di dalam kereta rasa macam nak keriau. Sesampai di rumah, sesambil mengambil sijil lahir, kami solat dan sesambil tu men'nyetle'kan baby SJ. 

Kami sampai balik ke imegresen hampir pukul 3 p.m.  Sementara menunggu passport siap, Baby SJ menangis2.  Mula2 saya ingatkan dia lapar & mengantuk.  Di beri susu masih menangis.  Di dodoikan juga masih menangis.  Kemudian barulah saya terbau sesuatu.  Rupanya baby SJ melepas lagi.  Memandangkan di situ tiada bilik menukar lampin makanya terpaksa saya baringkan baby SJ di sebelah sinki cuci tangan.  Agaknya di sebabkan permukaan yang keras lagi sejuk, baby SJ menangis semakin kuat. Saya agak panik sampaikan tangan mengigil. Mahu memanggil Encik D, saya di tandas wanita.  Saya teringat saya ada ternampak satu bilik kosong yang di gunakan sebagai bilik solat yang tak rasmi dan saya berlari sambil mendukung baby SJ yang bogel dari paras pinggang ke bilik kosong tadi.  Saya baringkan baby SJ di atas sejadah (terpaksa ye.. sebab takkan saya mahu baringkan baby SJ di atas kapet yang dipijak-pijak orang) dan dalam saya di dalam proses memakaikan diaper, baby SJ yang masih menangis menembak (kencing) ke arah saya dalam jumlah yang agak banyak.  Di tembaknya pulak ke arah tempat yang tak sepatutnya.  Basah kuyuplah seluar di bahagian yang tak sepatutnya tu sampaikan nampak seperti saya yang terkencing di dalam seluar.  Saya menelefon Encik D meminta di rescue dan selepas baby SJ berjaya di tenangkan saya dalam keadaan terpaksa me'collect' passport yang sudah siap.  Dapat saya perhatikan dari hujung mata yang banyak mata2 memandang seluar saya basah kuyup di tempat yang tak seharusnya.

Dalam keadaan yang basah itu jugalah kami singgah ke restoran untuk menikmati late lunch.  Dan dalam perjalan pulang sekali lagi Encik D meng'test' kesabaran saya dengan memilih jalan yang tidak sepatutnya di pilih.  Sekali lagi baik saya diam.

Kenapa saya suka marah hari ini?  Mungkin sebab saya bermula dengan bangun lambat.  Mungkin sebab saya 'peot' selepas setahun tak 'peot' jadi mood saya hari ini adalah mood 'moody + angry'.  Dan akibat dari mood moody ini jugalah saya terlupa yang saya sedang peot dan saya telah solat di dalam keadaan peot.  Minta ampun ya Allah.. saya banyak buat salah pada Mu dan pada Encik D.

Apapun, berita baiknya baby SJ dah ada passport dan saya berjaya mengemas bilik sepanjang malam ni.  Saya menghabiskan masa selama 4 jam mengemas bilik dan berjaya membuang sampah sebesar karung hadiah santa claus semasa christmas.  Itu belum di kira dengan baju-bajan yang terpaksa di bungkuskan kerana saiz saya sudah bertambah sebanyak beberapa saiz  (akan di eleboratekan di update akan datang)
.

Sekian.

Sunday, March 20, 2011

Apa ada dengan warna

Kisah bermula sebelum kelahiran.

Sebelum kelahiran, semasa Encik D dan saya membuat preparation barang2 keperluan baby SJ, Encik D melarang saya belikan baju untuk baby SJ warna yang terang seperi merah dan warna bumi (earth colour seperti coklat) atas alasan baby SJ mesti bekulit gelap dan dia tidak akan sesuai memakai baju warna terang dan warna2 bumi.  Kami end-up dengan baju2 berwarna putih dan biru muda (di masa tu kami dah tahu jantina baby SJ).  Saya personally tidak bersetuju dengan pendapat Encik D kerana walaupun akan benarlah junior kami nanti berkulit gelap, apa salahnya di pakaikan dia baju yang berwarna terang.  Dalam sembunyi2 saya belikan juga baby SJ baju berwarna coklat gelap.

Sebelum kelahiran, ramai menasihati saya meminum air kacang soya supaya baby SJ akan memiliki kulit yang cerah dan gebu.  Saya tidaklah menuruti nasihat orang ramai kerana atas sebab2 yang tertentu saya tak suka minum air soya di waktu tu.  Tetapi saya personally tidaklah kisah sangat dengan bakal warna kulit baby SJ makanya tidaklah saya memaksa diri meminum air kacang soya setiap hari.  Anyway, sejauh mana kebenarannya air kacang soya boleh memutihkan & menggebukankan kulit sedangkan genetically mak paknya memang dark sawo matang?  Usahkan masyarakat yang jauh, emak saya sendiri pun percaya dengan keajaiban air kacang soya.  Sedari awal setiap kali saya mengupdate progress diri pada emak, mesti saya akan mendapat pesanan percuma sebegini " minumlah air kacang soya tiap2 hari, nanti dapat anak putih".. heheh

Sebelum kelahiran, saya sedari awal me'warning' sedara mara sebelah Encik D yang baby SJ kami berkemungkinan besar berkulit sawo matang memandangkan ke semua anak2 saudara sebelah Encik D berkulit putih gebu.  Saya mahu mereka bersedia dari segi mental. Ngeh ngeh.

Selepas kelahiran, baby SJ yang dengan rasminya bekulit yang sah sawo matangnya (maybe pada skala 8), saya tetap merasa bangga sebagaimana orang2 yang lain merasa bangga.  Alhamdullillah saya tidak keselumitpun merasakan ia sebagai satu kekurangan pada baby SJ.

Selepas kelahiran, seseorang yang amat dekat dalam berguraunya mencadangkan kami menamakan baby SJ dengan nama Muhammad Hitam.  Apakah perasaan saya? Sedikit terguris tetapi biarlah. Hakikatnya memang itu stigma masyarakat kita yang acap kali melebelkan orang yang berkulit cerah sebagai bertuah, yang berkulit gelap sebagai kurang bertuah.  Saya tak nak ambik port.. biarpun saya sendiri semasa kecik selalu di ejek di sebabkan saya berkulit gelap.

Selepas kelahiran, saya dapati warna2 terang macamnya orange dan merah amat cantik dipadankan dengan kulit baby SJ;  Makanya saya mula mengignore pendapat2 yang tidak relevan.  Akan saya pakaikan apa sahaja warna baju pada baby SJ kerana semua warna suits baby SJ well enough.

Selepas selepas kelahiran.  Saya ingin mengutarakan pendapat saya.. apalah ada pada warna kulit seseorang.  Warna di hati itu yang penting.  Kepada baby SJ (kalaulah satu hari dia berjaya mengodek blog saya yang ini, saya mahu dia tahu yang saya amat bangga dengan keseluruhan kelahiran dia dan tidak ada secubitpun cacat celanya dia di mata saya. Dan SJ means Sweet joy).. Dan saya berjanji akan jauhkan diri baby SJ dari sebarang rasa rendah diri.

Moral dari sini.. warna itu sangat subjektif.  Dan jangan lah di baca entry saya sebagai satu bacaan yang serius.  anggaplah ini tulisan saya yang sedang seronok bercuti, bergolek2 di atas katil setiap hari bermain dengan baby SJ..  I wish my self a welcome back to the blogging.. harap2nya lah setelah sekian lama memalaskan diri.

                                                                                          3mths old baby SJ