Monday, April 19, 2010

Taste of life

Macam2 ada minggu ni.. ada yang manis, ada yang pahit, ada yang masam, payau pun ada

Yang Manisnya
1.  Cik Kentang is away to negeri bawah bayu.. kerjakah atau melancongkah?  Hahaha.  Kat mana yang seronoknya saya? Mungkin atas ketiadaan Cik Kentang bermakna takde orang dapat buat saya rasa bersalah bila lambat keluar dari rumah ke kantor dan secara tidak langsung takde orang dapat buat saya bersalah bila dia kena punch card merah lagi. Secara reverse thinkingnya saya terpaksa menyeronokkan diri menikmati angin pagi secara solo (hahaha) dan bersengkang mata memandu ke ofis setiap pagi, apatah lagi melihat mata pemandu kereta depan yang terbulat-bulat jegilkan saya bila saya terlelap barang 3 saat di kawasan turun slope. Tapi yang pastinya lamalah nanti kena tadahkan telinga dengar cerita tentang adik kesayangan Cik Kentang, Mat blurr sebaik sahaja kapal terbang di naiki Cik Kentang landing di KLIA.

1.  Since Cik Kentang is away seminggu penuh ni, walau macamana sibuknya saya, saya terpaksa mengagahkan diri memanjat tangga rumah Cik Kentang menjaga FCs kami & mencuci segala apa yang patut barang 2 kali sehari.  Sekali di pagi hening & kali kedua, di malam yang hening.  Amnya memang memenatkan, di tambah lagi dengan memenuhi keperluan Wonderpet, menyelenggara 4 kucing di rumah saya sendiri, work load yang tah apa2 dan juga lain2 task yang akan di sebutkan di bawah, tetapi khasnya saya sebenarnya enjoy kerana saya dapat melawat FC kami setiap hari. Satu peluang yang jarang saya dapat buat lately.  Tetapi, dalam kata ajuknya dapatlah saya beritahu orang yang saya dapat memonitor kegemukan FCs kami dalam seminggu ni kerana Cik Kentang dah berjaya merosakkan struktur badan FCs kami dengan mengsupply makanan tanpa henti.  Beberapa FCs telah hilang leher akibat dari makan secara overdose, satu hilang ibu jari akibat dari makan supplement secara overdose (yang ni salah saya sebenarnya bukan Cik Kentang.. overdose supplement yang ada high content of sugar sebabkan satu FCs kami di syaki terkena diabetic) & hampir semua ada masalah attitude akibat dispoil oleh Cik Kentang.  Perlukan FCs di monitor sekali-sekala? Perlu.. perlu

Yang masamnya
1.  Seminggu ini saya bertubi2 kena bangun sebelum ayam jantan bangun & hampir setiap hari saya perlu ke airport.  Monday, send Cik Kentang yang akan terbang ke negeri bawah bayu. Tuesday, jemput family yang baru balik umrah. Wednesday hantar family untuk terbang balik ke kampung dan Friday akan datang jemput Cik Kentang balik dari negeri bawah bayu.  Saya merasakan seperti airport dah jadi rumah kedua.  Ini bukan mengungkit ye Cik Kentang, tetapi silalah bawa saya ole-ole dari negeri bawah bayu untuk membuatkan hati saya gembira.  Hint! saya benci pearl jadi jangan beli saya pearl tetapi saya harap satu hari saya mampu untuk ambik lesen scuba diving, jadi silalah bawa balik scuba diving gear atau Canon EOS7.
1.  Since family saya dah selamat balik dari Umrah, saya telah kehilangan status ibu tumpang saya.  Rumah terasa sunyi tanpa Wonderpet.  Saya dan Encik D tak dapat menyakat dia lagi.  Saya memang teringatkan dia & malam tadi saya menelefon dia, kekononnya nak tanya samada dia rindukan saya atau tak.  Jawab dia.. TAK.  Ngeh.. ngeh

Yang pahit berselang payau
1.  Hampir seluruh technical team rakyat tempatan telah dan akan resign. Satu2nya rakyat tempatan yang tinggal hanyalah saya. Ini bermakna saya terpaksa belajar bergaul mesra dengan mat salih & ini juga bermakna saya kena belajar menjadi tegas dari mengelakkan diri saya di buli mereka.  Kenyataan yang pahit di terima memandangkan kerja kantoran adalah melambak & tak terbuat oleh kami2 yang tinggal. 

Recruit new technical employee mungkin membantu untuk jangkamasa yang panjang tetapi untuk jangkamasa pendeknya, ianya akan melambatkan lagi kerje kami kerana kamilah yang akan bertanggungjawab melatih staff baru.  Tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan insyaallah saya akan ok. I faced this before and if God willing i will be ok.  Makanya Cik Kentang & Me_Cnor, sekiranya berminat nak bergelak ketawa sambil bekerja, pass lah CV. Tetapi elakkan dari mengheboh kepada rakan kita di sana, nanti tak larat saya mendengar cerita tentang anak dia sepanjang masa. Saya faham bakat dia adalah bercerita tapi adakalanya telinga saya perlu rehat dari segala detail mengenai kegiatan anak2 dia. Ish, termegumpatlah pulak.Berbalik kepada isu di kantor, kelebihan lain ialah kita boleh pakai jeans sepanjang minggu & definetly no punch card needed. Lagi satu, memandangkan kami banyak berkerja dalam Linux dan menggunakan server yang terletak 13,000km away dari Malaysia, makanya segalanya akan menjadi slow.  Dari itu, dapatlah kita mengasah bakat kesabaran kita & dapatlah juga kita menghapdate blog kita in between task, sementara menunggu satu task habis untuk bergerak ke another task (saya try melihat dari sudut positif walaupun sudut negativenya adalah ada masanya terasa smacam mau pecahkan PC didepan mata).  Kekurangannya, akan ada masanya kita akan balik kerja menjelang tengah malam.

Masa untuk bergerak balik.. untuk melaksanakan tanggungjawab domestic. End

2 more days

2 hari lagi emak & family saya akan balik dari umrah. Lebih tepat, esok petang mereka akan sampai dari Jeddah. Berita yang saya dapat setakat ini adalah mereka-mereka telah bershopping sehingga lupa diri di sana.. dan kami disini mendapat pesanan yang jelas dari mereka:  silalah bawak kereta berlebihan semasa menjemput mereka dari airport.  Terkejeut ke saya?  Rasanya tak, kerana saya memang tahu emak saya memang kaki shopping.  Dalam demam pun sekira di ajak pergi shopping, pasti emak saya tak akan menghampakan permintaan kami.

Yang paling penting adalah esok adalah hari terakhir saya berstatus ibu tumpang.  Mulanya saya memang rasa sedikit lega, kerana tugasan menjaga Wonderpet akan berakhir tapi mulai malam tadi saya mula merasa sedih.  Saya pasti akan merindui Wonderpet terutama pada keletahan Wonderpet yang memang takde tanding.  Sebelum ini, ada masanya saya merasa sedikit pening melayan Wonderpet yang tak tahu diam & tak tahu berhenti bercakap: Tetapi mulai lusa, rumah kami tak akan ada suara dia lagi.  Suddenly, i wish that she can stay longer.  I always love her all this while but now i realize i love her more.

Inilah my wonderpet.. gambar di ambil 2 bulan lepas
(gambar2 terbaru belum di upload)



Wednesday, April 14, 2010

Kisahnya

Semalam pagi, Encik D telah balik ke kampung atas urusan keluarga & saya terpaksa meminta tolong makcik sebelah emak Wonderpet mengambil alih tugas Encik D.  Makanya saya rutin saya agak ketat semalam. 

Saya perlu memastikan semuanya lancar, Wonderpet di bekalkan dengan alat2 senjata dia - teddy bear, baju extra, buku conteng, pensil, makanan dan air sebelum menyerahkan Wonderpet kepada makciknya sebelum saya bertolak ke office. Bukan masalah tidak percayakan makcik Wonderpet tetapi memikirkan makcik Wonderpet juga bekerja dan perlu membawa Wonderpet ke pejabatnya.  Saya rasa baiklah saya memudahkan dia.  Saya juga perlu memastikan Encik D tidak lupa membawa balik pakaian ke kampung. 

Akhirnya saya terlambat (macam tak biasa, tanpa reasonpun selalu terlambat) ke office & ini juga bermakna Cik Kentang juga akan terlambat ke pejabat.  Waktu pejabat saya agak flexible, sekadar terlambat 1 jam masih di kira ok, tetapi sebaliknya dengan Cik Kentang.  Makanya setiap kali keluar topik punch card merah, Cik Kentang akan menunding jari ke arah saya tanpa segan silu.  Nasib baik saya berhati kental, kalau tak maunya saya terkecil hati.. kuang! kuang!  Alah lewat 5 minit pun takkan lah berkira, apa lah punya sistem.. we live in modern world, think like a modern employer... iskh, ini dah kira mengutuk employer Cik Kentang (yang Cik Kentang panggil Golum).  Satu hari kalau saya apply kerja di sana mesti saya direject sedari awal.

Hari ini, memandangkan Encik D masih di kampung, dan saya tak dapat escape dari workplace (plan asal nak ambik emergency leave) tetapi atas dasar tanggungjawab (ececece) saya telah berjaya mengarrange supaya Wonderpet stay bersama my another kakak ipar di Ampang sementara saya ke pejabat.  Mulanya Wonderpet agak reluctant untuk ke rumah kakak ipar saya (maybe sebab takde kanak2) tetapi saya & kakak ipar sepakat merasuahkan dia dengan tawaran ke zoo negara. Dengan gembira Wonderpet sanggup.  Makanya, untuk sampai di office sebelum punch card Cik Kentang bertukar ke merah, kami perlu keluar dari rumah sebaik azan subuh dilaungkan.  Tetapi, saya terlambat juga lagi.. saya berjaya meninggalkan rumah selepas 20 minit azan subuh dilaungkan.  Inilah akibatnya ada 4 anak kembar yang perlu di beri susu sebelum meninggalkan rumah (kukuhkah alasan saya wahai Cik Kentang?).  Wonderpet di heret di dalam pyjama dan rupa wonderpet serupa rupa anak pelarian perang yang dah seminggu tak mandi.

Dalam pada itu, hati saya sedikit berbunga2 sejak2 bergelar bujang ni.. kata orang (atau kata saya seorang ni?), kadang2 kita perlukan our own space.. i got it & i enjoy it. Walaupun my freedom akan berakhir hari ini, saya sudah puas hati..

Sunday, April 11, 2010

Upgraded status

Encik D dan saya telah di upgrade.  Kami di upgrade menjadi ibubapa tumpang sepeninggalan abang & kakak ipar saya mengerjakan umrah.  Adik Jejaka Malaya, Wonderpet yang tak mengikut serta, akan tinggal bersama2 kami sepanjang 12 hari ini.  Amnya, hari ini masuk ketiga Wonderpet tinggal bersama kami, tetapi secara khasnya hari ini hari pertama kami tak dapat backup support dari sesiapa.  Semalam & sehari sebelumnya, kakak saya telah turun dari Kulai, dengan tujuan mengiringi emak & keluarga lain ke KLIA & kemudiannya kakak saya bermalam selama 2 malam di rumah saya.  Sehingga pagi tadi beban tanggungjawab masih separuh di atas bahu saya & Encik D, and separuh lagi kat atas bahu kakak & abang ipar saya.  Dua jam yang lepas kakak saya bertolak balik ke Kulai & kami secara rasminya menjadi ibubapa tumpang sepenuhnya. 

Terujakah saya?  ish.. sesungguhnya kami panik.  Walaupun Wonderpet sudah berumur 6 tahun, tetapi masih kecik untuk berdikari.  Wonderpet masih pakai pampers di waktu malam (bab ini emak saya menyalahkan saya sebab saya juga jenis kencing malam sampailah umur saya 12 tahun.. kaka), Wonderpet masih perlu di selenggarakan aktiviti mandi & pakai baju dan Wonderpet juga sangat suka makan.  Memandangkan Encik D bekerja dari rumah maka Encik D akan mengambil alih tugas menyelenggara Wonderpet sewaktu saya pergi bekerja.  Dan Encik D akan di bantu oleh makcik Wonderpet (adik kakak ipar saya) yang juga tinggal di kawasan sama dengan kami memandangkan makcik Wonderpet juga bekerja flexible working hours.

Semuanya di rancang dengan baik & antara orang pertama yang menyanggupi untuk menjadi bapa tumpang adalah Encik D (kembang kempis hidung saya tatkala Encik D berkata dia sanggup menjadi bapa tumpang apabila di tanya abang saya kira-kira 2 bulan lepas).  Tetapi saya sedikit bimbang pasal satu perkara, kelekaan Encik D terhadap waktu makan. Encik D ada tendency yang agak tinggi untuk lupa waktu makan.  Tetapi saya sedikit lega bila dipikirkan yang si Wonderpet adalah orangnya yang sangat peramah & sangat rapat dengan Encik D, kebarangkalian Wonderpet kebulur akibat dari sikap malu nak memberitahu tentang kelaparan dia adalah kecik.  Bayangkan jika yang di tinggalkan sepupu Wonderpet yang lain, mungkin akan ada yang kebulur menjelang saya balik dari kerja.

Apapun, saya berharap si Wonderpet yang tembam itu masih tembam apabila mak paknya balik dari umrah.  Dan apapun saya sangat bangga dengan ketelusan Encik D membantu keluarga saya.  Soklannya, adakah saya sanggup membuat perkara yang sama sekiranya saya di tempat Encik D & saya di tugaskan menyelenggara anak menakan sebelah Encik D?  Jawabnya, bergantunglah anak menakan yang mana.. ada yang saya sanggup tapi ada yang saya tak sanggup.  Saya akui keikhlasan saya belum lagi mencapai tahap tulus ikhlas Encik D (bab kata Cikcuba suatu masa dulu, semuanya akibat dari hati yang tak bersih.. heheh) tetapi saya bukanlah teruk sangat.  Sekurang-kurangnya saya sudah menyanggupi untuk menjaga adik Encik D yang OKU sekiranya emak Encik D dapat tawaran menunaikan haji dalam masa terdekat ni.

Dalam pada itu, saya akan berusaha lagi.. untuk menjadi ibu tumpang yang baik & manalah tahu suatu hari saya akan mendapat rezeki saya sendiri (ye.. tanpa di pinta emak & makcik saya telah mevolunteerkan diri masing2 untuk berdoa di depan kaabah tentang "rezeki yang ini" padahal saya juga agak beria nak menambahkan satu lagi permintaan supaya doakan saya dapat kaya.. tetapi sebab bunyinya terlalu rakus, terpaksalah saya berpesan secara berlapik 2,3 lapik.

Perkara yang paling hebat adalah  emak & makcik saya juga mevolunteerkan secara sebulat suara untuk berdoa untuk Cik Kentang (tanpa sempat Cik Kentang berkata yang dia juga mahu kaya seperti saya), supaya Cik Kentang akan dapat jodoh. Saya yang kebetulan berada di sisi emak & makcik saya sewaktu kata2 diluahkan berusaha keras untuk tidak tergelak.   Bab kata orang, jahit langsir pun sudah pandai, belajarlah jahit baju pengantin sendiri :-).  Uish,, sungguh teruja saya..  bayar pakej umrah untuk 9 orang, dapat  percuma pula seorang pengantin lelaki dari tanah Arab.  Ngeh ngeh

Wednesday, April 7, 2010

Kelam-kabut yang sia-sia

Weekend lepas, saya, Encik D & Cik Kentang kelam kabut mempersiapkan rumah saya yang akan menerima kunjungan tetamu terhormat hujung minggu ini (refer Kisah Sengal 1, Mar 2010).  Emak & 8 lagi ahli keluarga saya dijadualkan bermalam di rumah saya sebelum berlepas untuk mengerjakan umrah.  Sebenarnya emak saya bukanlah garang cuma dia orang yang straight forward, dia akan bagitau apa yang dia tak berkenan & kami akan terkulat2 menelan kata-kata dia.  Berbeza dari emak Encik D yang sedikit bersopan santun dalam memberi komen terhadap rumah kami.  Jadinya saya sudah kurang panik menerima kunjungan emak Encik D berbanding emak saya.  Dan saya dapat rasakan yang Encik D juga mempunyai perasaan yang sama seperti saya.

Cik Kentang  bertungkus lumus menjahitkan langsir saya sepanjang sabtu.  Dan saya bertungkus lumus memberi sokongan moral untuk Cik Kentang dengan berada di sisi Cik Kentang sepanjang hari.  Selain dari berfungsi sebagai pemberi sokongan yang padu lagi jitu, saya juga mampu menolong mengunting kain langsir untuk di ambil alih oleh Cik Kentang kemudiannya.  Serupa kerja di kilang saya rasa, masing2 ada tugas masing..  Cik Kentang yang meng'claim' yang dia berasa moody pada hari jumaat telah berjaya menyiapkan langsir-langsir saya tanpa ada unsur-unsur cubaan vandalism.  Buatnya dia memilih langsir saya sebagai tempat melepaskan geram.. pasti saya akan ketar lutut. 

Hari ahad di habiskan dengan kerja2 mendrill & memasang rod langsir.  Akhirnya selepas 6 jam dan hampir kebulur, langsir kami siap di pasang.  First comment dari Encik D adalah betapa gelapnya rumah kami selepas di pasang langsir. Dan malamnya kami tidur dengan kuasa kipas yang sangat tinggi.  Keke. Kan saya dah cakap, i never like langsir.

Hari2 seterusnya di habiskan untuk memperlengkapkan diri dan rumah kami.  Malam tadi kami bergegas membeli another kipas kerana memikirkan tetamu kami ramai.  Tetapi sesuatu telah berlaku dimana dalam proses pembayaran, saya mendapat panggilan dari emak saya.  Beritanya adalah bahawasanya mereka tidak akan bermalam di rumah kami tetapi di rumah abang saya.  Dush.. terdiam saya sambil mengeluh dalam hati (tak berani nak mengeluh kuat-kuat sebab dari suara emak saya, saya dapat agak ini bukanlah masanya untuk saya meluahkan perasaan).  Maka agak sia2lah penat lelah yang kami taburkan dalam seminggu ni.  Kalaulah saya tahu dari awal, tidaklah saya berkejar ke sana sini untuk mempersiapkan rumah saya dan Cik Kentang bolehlah meneruskan perasaan moody dia tanpa segan silu dan menjahit langsir saya sekaki demi sekaki.

Thursday, April 1, 2010

Cerita Sengal 3

Cerita sengal ini sebenarnya bukanlah berkenaan saya sangat.. i was involved but i'm not the sengal.  Saya lebih kepada watak hero.. kuang! kuang!

Selasa malam lepas, selepas habis dari exhibition, semua staff di jemput for company dinner di sebuah restoran jepun.  Kami satu geng berpakat mengorder makanan paling mahal (atas alasan kami tak dapat bonus). Bila lagi nak kenakan The Company kan. Tujuan utama dinner adalah to welcome our new technical boss (bos saya lah tu).  Cik Pengurus kecik yang merupakankan our previous technical boss sekarang telah berpindah ke department jualan and memegang jawatan Pengurus Jualan.  Hentamlah labu.. asalkan tak kacau hidup saya dahlah selepas ni.  Tapi overall, saya sangat suka dengan arrangement baru.. akhirnya kami mendapat pengurus yang layak berada di tempatnya.  My new boss is kind of ok too.. harap2 dia akan kekal OKlah sampai bila2.

Balik pada cerita dinner, atas sebab2 kecemasan saya & Cikcuba terpaksa meninggalkan majlis di pertengahan majlis.  Takpe, takpe walaupun tak sempat menjamah main dish makanan mahal kami, tapi ianya telah di order.. makanya walaupun kami tak makan, The Company tetap haruslah bayar.  Hehe..

Selesai urusan, sayapun balik.  Sampai di rumah, elok2 time untuk Encik D dinner.  Saya menunggu di kereta sementara Encik D turun dari rumah.  Walaupun saya menunggu bukan di dalam kotak parking, tetapi saya menunggu di tempat yang lapang & selamat & saya juga tidaklah memadamkan lampu kereta.  Tiba2 sebuah kereta melanggar kereta saya dari belakang dengan kuat.  Side mirror saya rabak, kecederaan lain masih belum dapat dikesan di sebabkan malam tak lah secerah siang walaupun ada lampu jalan.   Si driver yang sengal datang memarahi saya & dia refused to pay di awalnya.  Encik D berjaya membuat drive sengal berjanji untuk membayar ganti rugi selepas kami membaiki kereta saya.  Itupun kalau boleh dia mahu kami sign satu surat mengatakan hanya side mirror kami rabak & bahagian lain tak terlibat sedangkan lampu jalan sahaja belum cukup untuk kami menginspek kereta kami.  Keesokannya iaitu semalam saya terpaksa memandu kereta Encik D ke office & Encik D kemudiannya memberitahu saya bahawa terdapat banyak calar (dan sedikit kekemekan pada pintu) kesan dari langgaran dengan  kereta driver sengal. 

Sehingga hari ini, side mirror saya masih belum berganti kerana masih menunggu alat ganti dari kedai proton berhampiran rumah kami. Dan kami masih mencari idea bagaimana nak mintak ganti rugi untuk calar pada kereta kami.

Self study dari kisah sengal 3:
1.  Kenapa saya terlibat dengan accident sampai 2 kali bulan ini?  Jawapan dia, saya pun tak tahu.. senang cite.. takdir.
2.  Kenapa kedua2 kali, saya yang di langgar orang? Mungkinkah saya terlalu cekap untuk langgar orang.. Ngeh! Ngeh!
3.  Kenapa orang melanggar saya tetapi saya yang di marah?  Tahlah.. selalu cam gini.

Nota kaki: 
walaupun ada sedikit kejadian yang cuba mencacatkan kegembiraan saya tapi dia sedikitkan tak mencacatkan kegembiraan saya menanti kedatang katil baru saya esok.. heheh