Sunday, February 17, 2013

London #7

Hari ke 7 di London

Hari ke 7 sepatutnya hari kami mengunjungi Encik Steven & isteri di Birmingham dan bermalam di sana tetapi selepas di timbal2, kami membatalkan plan.  Saya sebenarnya segan kerana kami sebenarnya belum pernah berjumpa isteri dia & alih2 nak menyusahkan dia.  Reason kedua adalah kerana Encik Steven mempunyai kereta tetapi tiada baby seat & kami bertiga (Encik D, Encik Steven & saya) buntu bagaimana kami mahu ke Liverpool & Manchester United (antara itenary kami).  Akhirnya kami bersetuju untuk batal trip ke Birmigham & instead, Encik Steven mengambil train ke London (of course sambil mengungkit2 kerana sudah berbulan janji di buat..hahaha).

Maka dengan berbekalkan 2 bungkus biskut cap pingpong, sebungkus milo 3in1 dan dua bungkus nestum (itu kiranya sedikit) kami berjumpa di stesen underground yang terdekat dengan Bangunan Mara dan lunch di sana.  Yummy, sedapnya makan lauk pauk melayu selepas dua minggu makan kebab & nasi beriani arab. Kalau di layan Encik Steven, dia mahu bolot kesemua luggage kami untuk di kirimkan barang makanan dari Malaysia & mungkin kami juga dipaksa mebawakan dia sebatang penyapu dari Malaysia.

 Inilah Encik S.o.B.  Comelkan dia.  Mesti dia bunuh saya kalau dia tahu saya letakkan gambar dia di sini.

Untuk mengubat kekesalan hati kerana tak berjaya melawat Anfield stadium di Liverpool (untuk saya) & Old Trafford di MU (untuk Encik D),  Encik S.o.B menemani kami melawat Chelsea stadium & kemudiannya ke Fulham FC stadium yang terletak di London sendiri. Ok lah, dari kempunan terus

 Chelsea stadium

 Fulham FC
 
Lain2 aktiviti


 Seharian bersama Encik S.o.B, cukup puas bergelak ketawa.  Teringat kenangan semasa kami berkerja bersama 10 tahun lepas.  Encik S.o.B adalah salah seorang kawan rapat saya dan Cik Kentang sehingga kini.  Antara kawan yang tak boleh bertukar ganti.

Kami menghantar Encik S.o.B ke Euston Station dan berjanji untuk ketemu balik di Malaysia selang beberapa minggu kerana Encik S.o.B akan pulang beraya Christmas di Malaysia. 

Kami kemudiannya singgah di Angel station sebelum balik ke penginapan.  Tujuannya sama seperti apa yang kami cari di Convent Garden station.  Saya menanya sekitar akan kehadiran orang yang saya cari & selepas mendapat jawaban yang mengecewakan lagi, kami mengambil Train balik ke Barking.  Akan saya update dalam satu update khas nanti.


What a good day to remember. Yang kurang cuma Cik Kentang.

London #6

Hari ke enam di London.

Bermula dengan aktiviti yang sangat menarik.  Kami mengunjungi pasar minggu di Brick Lane tak jauh dari Liverpool street - Shoredithch High Street market.  Nice experience and cara terbaik mengenali penduduk setempat.  Tetapi sebab orang terlalu ramai saya agak cuak mengeluarkan camera saya, cuma sempat mengambil beberapa keping gambar untuk di kongsi.


Kami kemudian singgah ke Bricklane foodcourt..menarik.  Kami jumpa orang malaysia jual apam balik (re branded as Malaysian Pancake).  Perasaan bangga menujah melihat gerai apam balik di kerumuni ramai orang :)





Dari sana kami bergerak menuju ke Liverpool street underground


 Selepas mengambil lunch di kedai arab di Bricklane, kami menaiki underground menuju ke Hyde park.  Hajat di hati ingin menonton gelagat orang di Hyde Park's speaker corner. Memang terhibur melihat orang bergaduh sebab masing2 dengan pendapat masing2.  Isu agama menjadi isu utama di sini di antara orang Islam, Kristian & Jews.  Ketip sini untuk information mengenai speaker corner - Hyde park's speaker corner.


Sebelum hari gelap, kami kemudiannya berjalan melintasi Hyde park menuju ke arah Harolds yang tak jauh dari situ.

 Cantik juga Hyde Park.  Tupai liar berkeliaran walaupun tak sebanyak berbanding dengan James Park




Selepas berada di dalam Harold selama dua jam tetapi tidak berpeluang untuk membeli apa2 (pertamanya sebab harga2 barang di sini di luar kemampuan saya dan keduanya kerana baby SJ terlepas dari stroller dan berlari ke sana sini yang sangat membimbangkan saya kerana orang penuh sesak).  Apapun saya berpuas hati dan menyimpan hajat kembali ke sini sebelum balik jika berpeluang.

Dari Harold kami menaiki underground menuju ke James street & meninjau2 sekitarnya sebelum mengambil underground balik ke Barking.


Hari yang panjang dan sedikit memenatkan tapi berbaloi.