Wednesday, March 31, 2010

Cerita Sengal 2

Selepas berjaya menyengalkan diri on hari ahad lepas, saya dengan tak sengaja menyengalkan diri dengan lebih dasyat pada hari Isnin. 

The Company telah terlibat dengan satu exhibition pada hari isnin dan selasa lepas.  Dan saya (dan lain-lain technical personels) selaku kuli di The Company telah di arahkan untuk menjaga booth (sama seperti tahun-tahun lepas).   Cuma kami bernasib baik tahun ni sebab kami tak perlu pakai uniform company (tujuan uniform company di pakai bukanlah mengenalkan company kepada crowd tetapi adalah untuk membezakan kepada crowd siapa The Company's managerial level dan siapa kuli level).  Bayangkan, all the bosses will wear suits and all the kuli will wear the same T-shirt that we have wore over the past 3 years.  Sangat berbezakan penampilan kami sedangkan kelulusan kami bukanlah berbeza sangatpun. Cuma kami the kuli ni tak cukup lawa untuk di angkat menjadi Pengurus kecik.  Cubalah kami ni lawa, pasti hari2 Encik Pengurus besar memujuk kami untuk menjadi escort dia walaupun kami meronta2 nak jadi kuli aje.  Kui Kui

Saya telah merelakan diri untuk bertugas disebelah petang. Alasan saya (secara rahsia) kerana kebiasaannya crowd yang datang pada sesi petang adalah kurang berbanding sesi pagi & dengan ini mungkin saya akan berjaya me'escape'kan diri saya dari kena buat stand presentation di booth.  Saya yang pemalu bangat ini memang masih belum membiasakan diri saya bercakap di depan crowds. Walaupun dah banyak kali saya di paksa buat stand presentation, saya masih gagal berdiri dengan confident (maybe ada sekali saya berjaya menarik crowd semasa saya buat stand presentation di satu exhibition di Jakarta beberapa tahun lepas.. tapi yang selebihnya hampeh!!!!)

Di atas sebab saya hanya bertugas di sebelah petang, makanya saya berada di kantor di sebelah pagi.. menyiapkan kerja kami yang bertimbun (kenkononnya walaupun pada masa yang sama masih sempat berFB dan menulis entry).  Tiba2 seperti tahu-tahu Cikcuba yang juga akan bertugas di sesi petang menceritakan kepada saya tentang aktiviti dia dihujung minggu iaitu mengunjungi sebuah kedai perabut yang sedang berjualan.  Akibat dari pengaruh dari kunjungan ke Ikea malam sebelumnya, saya bergegas menggesa Cikcuba menunjukkan jalan ke kedai perabot.. Kami curi2 keluar dari kantor pukul 11.20 a.m (maklumlah bosses semuanya berada di exhibition hall) dan kami bergegas ke kedai perabut yang bukanlah dekat langsung dengan pejabat (20 min drive jugalah, termasuk sesat lebih kurang 5 minit). 

Sesampainya di sana, saya bagai di suruh2 sungguh terpegun dengan keayuan sebuah katil yang berwarna putih (saya memang suka perabut putih, tetapi koleksi kami barulah secipun & dek kerana menunggu utk jumpa katil putih yang cantik & murah at the same time, tilam kami masih beralaskan lantai).  Saya call Encik D & saya menceritakan pada Encik D pasal katil (dengan gaya sebak2 sikit.. nak memancing approval kena pandai berlakon.. ngeh! ngeh!).  Iskh.. iskh.. jambu batu yang di idam, strawberry yang datang.  Encik D memberi kebebasan untuk saya buat keputusan.. malahannya dia menolak untuk melihat katil tu sebelum sama2 decide.  Strawberry yang datang, strawberry lah yang diterima.. jangan lah pulak berkeras nak jambu batu.  Saya lantas membayar duit deposit & baliklah saya ke kantor sebelum ke exhibition hall dengan tersenyum simpul.  Makanya sekiranya nampak muka saya bertukar menjadi pucat di hujung bulan nanti, itu maknanya saya tak cukup makan sebab sekarang saya dah pokai.  Sungguh sengal saya kan.

Cerita Sengal 1

Saya, selaku anak yang yang hormat & patuh pada orang tua, telah buat something yang gila semenjak dua tiga hari kebelakangan ni :-)

Emak saya akan bermalam di rumah saya minggu depan sebelum berangkat mengerjakan umrah bersama ahli keluarga yang lain (termasuklah si pervert Jejaka Malaya).  Dan lanjutan dari itu, tiba2 di pagi sabtu yang lepas saya di serang panik attack bila mengingatkan komen emak saya semasa dia berkunjung yang lepas.  Emak saya selaku ibu yang seibu-ibunya menegur kami kerana rumah kami tak berlangsir.  Dan 6 bulan selepas teguran (iaitu sekarang) tingkap2 kami masih belum berlangsir. 

Saya selalu menangguh aktiviti membeli langsir kerana beberapa perkara.  Yang paling utama, kami lebih selesa tingkap kami togel memandangkan rumah kami mengadap ke arah bukit.  Paling-palingpun hanyalah monyet & unggas-ungas (echeche..) yang boleh mengintai kami.  Yang keduanya, langsir boleh membuatkan saya terasa lemas (iye.. selain tak tahu nak beza kiri & kanan, saya ada masalah takut dengan ruang yang sempit), makanya satu2nya langsir yang ada di rumah kami (langsir sliding door) sentiasa terselak dari hari pertama kami beli.  Yang ketiganya buatkan rumah kami yang sedia kala sempit akan bertambah2 sempit kalau di pasang langsir. Yang ke empat, saya tak tahan dengan panas, adanya langsir akan buatkan rumah kami akan lebih panas sebab masalah ventilation memandangkan rumah kami takde air-cond seperti rumah orang lain.  Itu hanyalah teory kami. 

Balik kepada cerita emak saya, selaku anak yang patuh & takut mendengar bebelan lagi, kami sepakat untuk membeli kain langsir sebelum emak saya sampai & plan asalnya meminta tolong emak Cik Kentang menjahitnya.  Maka, di tengahari ahad saya, encik D dan Cik Kentang telah berombongan  pergi ke Nilai (rupa-rupanya rumah kami & Nilai cumalah 30 minit drive ikut jalan belakang).  Ini kali pertama saya pergi ke Nilai dengan niat untuk shopping kain. Terpaksa rasa macam makcik-makcik.  Agak mengecewakan kerana saya kurang berkenan dengan material yang ada (mintak maaf ye orang Nilai tapi saya rasa material macam jaman dulu-dulu atau adakah saya anti-langsir sampai begitu sekali?) Ada satu dua yang saya berkenan tetapi harganya samapaikan rm59/meter.  Gila apa.. baju kawin saya pun cuma berharga rm300 dua pasang (beli satu percuma satu lagi).  Some more, saya hanyalah tinggal di pondok buruk, kalau pakai langsir rm59/m itu sudah kira lebih sudu dari kuah.

We end up dengan membeli english cotton material.. Murah aje & moden sikitlah dari konsep langsir2 biasa yang beropol2. Heheh.. harap2nya betullah perasaan saya bab moden tu.. ka ka.. ntah2, bukan setakat makcik-makcik, tapi dah masuk tahap nenek-nenek gaban.  Walaupun tak berjaya dapatkan kain langsir bergambar karton blueberry (tak dapat kebenaran dari Encik D), saya tetap puas hati berjaya dapat kain langsir gambar karton rangka burung.  Dan jangan tak tau, Cik kentang yang tak ada niat bershopping pun berjaya menghabiskan duit dia hari tu.  Maka kamipun balik dengan perasaan berkobar-kobar & Cik Kentang dengan muka separuh ikhlas meng'offer'kan diri menjahit langsir saya weekend depan.. Saya dengan muka tak malu, bersungguh2 mengangguk sebelum Cik Kentang ubah fikiran.  Kui-kui, gembira sungguh hati kami.  Jangan2 nanti bila emak saya balik, tiba2 saya decide menurunkan terus langsir, pasti sangat2 Cik Kentang akan hangin.  Tetapi sehingga saat itu,  seperti biasa, terima kasih daun keladi.

On the way back, saya baru teringat yang kami belum ada curtain rod untuk di gantungkan langsir.  Di pendekkan cerita, kami bergegas ke Ikea pada hari yang sama untuk beli curtain rod.  Seperti arahan Cik Kentang, kami akan berusaha menggantung the rod sebelum weekend depan.. apa-apa sajalah, asalkan Cik Kentang sudi membantu.  Hidup Cik Kentang!!!!

Friday, March 26, 2010

A Goodbye note

My dearest colleague, Cikcuba  is leaving.  She secured a job from Superduper-company a few days back.  I am very happy for her as i knew she work hard to make it happen.  I still remember, once she called me at night and she was crying as she just got the news that  the Superduper-company wanted to reject her application.  That Superduper-company claimed that she had rejected their offer before.  It was their policy that once you reject their offer, they will ban you for life.  What a stupid policy kan.. apa kata you reject the offer when you're still budak hingusan who always tend to make stupid mistake, then there is no chance for you anymore. Then Cikcuba fought with the Superduper-company as she never reject their offer, eventhough she went for the interview once, when she just graduated.

And sejak dari semalam Cikcuba tersengih-sengih as she already has the offer letter from the Superduper-Company in her hand . She will tender her resignation letter by next week and she is currently planning her words to Encik Pengurus Besar and Cik Pengurus Kecil.  Cikcuba will definitely has her sweet time on that day.  I can imagine that their faces will turn white as Cikcuba is the key person for our biggest project.  Haha.. Padan muka The Company.  Make it mean Cikcuba... ngeh ngeh.

I'm happy for her but at the same time I'm sad too.  Happy that finally, she found her way.  Sad, as i will lost a dear friend to talk with whenever i feel down in the office.  But i also know it's a matter of time when all of us will leave this company. It's time for us to join a company that would appreciate us better. 

My message to Cikcuba, Chaiyooo..  We will follow your foot step later ahhhhh... & Congratulation my dear.

Tuesday, March 23, 2010

Adik Kepala Hitam

Adik Kepala Hitam (Adik KH) ada anak kucing terakhir yang saya belum cerita.  Sebelum ada yang muntah darah baca pasal adik2, saya janji akan stop tulis pasal adik2 lepas ini sampai at least hujung minggu ni.. kaka.  Adik KH adalah best friend kepada Adik Tompok.  Adik KH & Adik Tompok seringkali bersama ataupun kami yang sesamakan dua2nya untuk mengelak Adik Putih & Adik Kuning dibuli & diwrestlingkan mereka berdua.

Adik KH adalah adik yang paling mat salih berbanding yang lain.  Bulu dia lebih panjang (terutama jambul dia), muka dia lebih bulat & leper.  Semenjak dua hari kebelakangan ni saya dapat rasa yang Adik KH semakin kuat membuli (mengalahkan Adik Tompok).  She will make sure she get what she want.  Cakar ke, pijak ke.. asalkan dia dapat.  Kadang2 sambil saya memberi susu pada adik-adik, sambil saya gelak.  Dan kadang2, saya menjerit2 mintak diaorang sabar & ikut turn masing2.  Macamlah diaorang faham.  Sekarang ini botol susu diconquer Adik KH dan perubahan paling ketara adalah badan dialah paling besar berbanding yang lain.

Sekarang Adik KH paling pandai menggunakan litter box tetapi sebelumnya adik KH lah yang paling suka melepas merata-rata. Minggu lepas, hidup kami kalau tidak memberi diaorang minum, adalah mengelap & mengemop lantai. I'm very glad that it is over.. rasa nak buat kenduri kesyukuran.

Adik KH paling rapat dengan Adik Tompok.  Biasanya both of them akan main bersama2 dan both of them are rough.  Sangat kasar.  Calar-calar di kaki saya samada dibuat oleh Adik KH ataupun Adik Tompok.  But at the end, bila dia penat bermain, dia akan datang kepada saya atau Encik D untuk bermanja.  Pendek kata, sekasar manapun dia, dia tetap sama seperti yang lain.. tetap manja & tetap mencari kami untuk baring di riba kami.  Dia hanyalah anak kucing yang sedang membesar & yang perlukan kasih sayang.  I love her the same..

          minggu pertama bersama kami

minggu lepas.. sudah mula chubby

minum time...

Adik Kuning

Di atas permintaan seorang sahabat yang agaknya dah terpaut dengan adik-adik, saya kembali dengan kisah anak2 kucing saya. 

Kali ini tentang Adik Kuning, salah satu dari adik-adik kitten yang berempat.  Adik Kuning di beri gelaran (bukan nama ya.. i'm still thinking whether should i name them or not) based on the tompok kuning di atas kepala dia.  Adik Kuning bermuka agak mat salih (persian), bulunya panjang & muka dia bulat.

Semasa kami baru-baru jumpa adik-adik, saya dapati Adik Kuning paling manja sedangkan saya syak dia lelaki..  Tapi iyelah.. ramai lelaki juga manjanya lebih dari perempuan.  Dulu dia agak pasif dan saya selalu tempatkan dia bersama Adik Putih supaya dia tak dibuli oleh adik Tompok & Adik Kepala Hitam.  Bila adik-adik yang lain minum, dia akan menangis meminta susu tetapi bila diberi susu, dia akan menolak botol susu.  Bila di fikirkan sekarang saya rasa sebab susu yang lepas buatkan perut dia tak selesa.  Dasar mat salih.. tak tahan dengan barang murah.  Adik Kuning improved selepas tukar susu.  Dia mula minum dengan banyak sampaikan kadang2 tertidur sambil botol susu di dalam mulut dia ( itupun kalau Adik Tompok tak rampas botol susu).  Sekarang Adik Kuning agak montel dan dia sudah mula aktif.   Dia suka bermain di bawah meja kerja Encik D bersama2 sama yang lain. Dia suka bermain dengan kami, cuma dia belum se advance Adik Tompok yang sudah pandai ajak kami bermain.  Sekarang, among all, dialah yang paling cool.. jarang sekali berebut susu & kadang-kadang dia choose untuk main seorang.

Adik Kuning dan adik2 lain dah mula pandai guna bilik air atau litter box untuk melepas hajat, jadi taklah kami terkejar2 lagi bawa diaorang ke bilik air setiap kali tengok gaya dia orang nak melepas. Cuma satu lagi masalah tinggal dengan Adik Kuning.  Dia suka makan cat litter. Hanya dia.  Beberapa hari lepas saya berjaya menangkap Adik Kuning sedang makan cat litter dari litter box.  Saya berjaya mengorek keluar pasir dari mulut dia tapi berapa banyak yang dia dah berjaya makan, itu yang saya tak pasti.  Sekarang saya tak nampak lagi dia buat benda yang sama & saya harap dia sudah berenti dengan perangai pelik dia.

Adik Kuning with best friend, Adik Putih masa awal2 dulu. 
Comot sebab masa tu belum pandai jaga kebersihan diri lagi

Adik Kuning with Adik Kepala Hitam at his favorite spot. 
Mata dah kuyu.. tunggu masa nak tidur

Saturday, March 20, 2010

Adik tompok

Adik Tompok is one of the anak kucing yang saya bela.  As mention in the previous entry, setakat ini saya cuma memanggil ke empat2 anak kucing ni sebagai Adik.  So this one i will refer as Adik Tompok@ Adik Poi.

Adik Tompok ada 3 warna pada bulu, sama seperti Cipoi (entry Tentang Cipoi, Jan 2010).  Antara ke empat2 adik-adik, Adik Tompok lebih represent kepada local cat - bulu sedikit pendek compared to others & antibodi kuat.  She is the only cat yang tak terkena urine burn. Dari hari pertama saya mengambil adik2, saya perasan yang perangai Adik Tompok serupa dengan perangai Cipoi semasa kecik.  Having her is like to have Poi in kitten's phase back. Dia sangat active & she outstand the others.  Walaupun Adik Tompok paling tak cute antara ke empat2, tetapi dialah yang paling menghibur kami. She is very funny, selalu melompat, sentiasa berlari, sentiasa memanjat kami, sentiasa curious & sentiasa mengiau.  Dia juga sangat kuat minum susu dan meminta susu hampir sepanjang masa dari kami.  Setiap kali kami memberi adik-adik susu, separuh botol akan di minum dia & lagi separuh di minum oleh another 3.  Dia seperti tak pernah kenyang.  Bila turn yang lain menghisap susu, dia akan menolak & cakar muka yang lain supaya yang lain akan lepaskan botol susu dari mulut diaorang.  Few days back, kami beli kitten's biscuits and kitten's wet food.  Kami try kedua-duanya tetapi semua menolak kecualilah Adik Tompok.  Saya membahagikan makanan kepada 4 portion & she ate them all.  Kami sampaikan mahu ternganga mulut memandangkan she just had a huge amount of milk and some biscuits before.

Adik Tompok sangat meminati Encik D (Cipoi pun sama dulu).  Di mana ada Encik D, di situlah ada dia, bertempek.  Apabila Encik D sibuk dengan komputernya, Adik Tompok akan baring di celah kaki Encik D. Bila Encik D prakstis drum lessonnya, dia akan berlari di celah2 drum sticks Encik D atau pun mengadap Encik D dengan perasaan yang sungguh curious.  Saya selalu berpesan pada Encik D supaya berhati2, takut-takut terketuk Adik Tompok.

Semalam, kesemuanya sudah mahu makan (termasuklah Adik Putih yang sudah berselera),  tetapi Adik Tompok masih outstand them all. Makan dengan gaya yang sangat gelojoh & semua ke empat2 kakinya di dalam pinggan. Walaupun adik-adik buatkan kami kelam-kabut lately tetapi saya sudah jatuh hati dengan adik2 ni terutama Adik Tompok ( saya syak Encik D pun sama).  Adik Tompok seperti sentiasa gembira walaupun sentiasa lapar & enjoying her life very much.

sesi mnum susu.. syok sampai terpejam-pejam mata

cleaning session.. sampai tertidur semasa dibersihkan Encik D

sesi makan.. masuk dalam pinggan

Thursday, March 18, 2010

Adik putih

Tentang anak2 kucing lagi.  Buat sementara waktu saya panggil dia orang berempat dengan hanya satu panggilan: iaitu Adik.  Saya cuba untuk tak terlalu attach dengan adik-adik sebab saya bimbang saya akan sayang nak melepaskan adik-adik pergi di masa akan datang.   Tapi itu cumalah  kenyataan dari luaran.  Dalamannya kedua2 Encik D & saya memang sudah sangat sayang mereka.  80% masa saya di rumah adalah untuk dia orang (ye...Encik D memang sedikit terabai lately tapi saya tahu dia pun tak perasan sebab diapun terlalu asyik melayan dia orang :-).

Salah satu dari anak kucing kami sedang sakit. Saya referkan dia sebagai Adik Putih sebab dia paling banyak bulu berwarna putih compare dengan yang lain-lain.  Masalah bermula sejak dari awal kami mengambil dia akibat dari urine burn yang membawa kepada skin infection & akibatkan bahagian bawah perut dia melecet.  2 lagi yang berbulu panjang pun menghadapi masalah yang sama tetapi dalam keadaan terkawal.  Encik D mengesyaki yang keturunan berbulu panjang prone to get sick compare to normal local cat.  Maybe betul tekaan Encik D kerana kucing persian emak saya pun agak mudah sakit.  Things getting worse for Adik Putih sejak dua hari lepas.  Saya cuba applykan minyak gamat pada perutnya tetapi keadaan tak berubah.  Kerana sakit (agaknya) dia hilang selera minum.  We have to force adik putih to drink the milk but he keep pushing away the milk bottle.  Saya memang sudah sangat risau sebenarnya, takut Adik Putih can't make it.

Semalam balik dari kerja, saya dapat tahu yang Encik D telah belikan adik-adik susu baru.. yang mana kandungan nutritionnya lebih tinggi dari normal milk.  Terharu sungguh saya dengan kesungguhan Encik D, mengunjungi dari satu pet store ke satu pet store mencari susu yang sesuai. Lebih terharu lagi kerana susu itu agak mahal ie $21 untuk 250 gram sahaja.  Ini lebih mahal dari susu mahal anak orang.  Kebiasaannya saya cuma spend $8 for 500 gram of normal milk. Dan sebelah malamnya kami bawa Adik Putih ke vet.  Doktor menyarankan kami mencuci luka Adik Putih setiap hari & doktor sendiri mencuci lukanya malam tadi.   Pelbagai cleaning liquid di bekalkan kepada kami termasuklah iodin. Selama ini kami cuma mandikan dia dan yang lain2 setiap hari (atau selang sehari) & mencuci dengan air suam.  Encik D sudah risau kerana saya menyerahkan tanggungjawab kepada dia.  Kami juga di bekalkan antibiotik.  Saya mula memberi susu secara lebih aggresif pada Adik Putih (menggunakan picagari) dan berkesan. Pagi tadi saya nampak Adik Putih sudah semakin sihat, nampak lebih bertenaga.  Nampaknya antibiotik & susu yang di beli oleh Encik D memberi kesan yang sangat positif.  Syukur.  Saya datang kerja dengan lebih bersemangat hari ini.
adik putih sebelum betul-betul sakit

Adik Putih bersama adik Kuning at their favourite spot.
Mula sakit, muka sedikit cengkung

Wednesday, March 17, 2010

Accident

I met with an accident today.  After sending Cik Kentang, i continue the journey to my office yang hanya sepelaung dari office Cik Kentang.   From Jalan Sultan Ismail i need to turn right (correct.. right, not left) to enter Jalan P.Ramlee and everyday there will be traffic police who controlled the traffic flow at that big juction.  Frankly speaking, i dont really see how the it can help as i always stuck for more than 15 minutes for 2km ride. Whenever the traffic police wasn't on duty,  my journey will be faster.

Back to the story, after been stuck in the traffic for about 10 min, the police give a way and I have to drive slowly towards the juction.  When it was my turn to turn left (oppps.. right), suddently he (the police) raise his hand to stop me. So I brake at a sudden (but i wasnt in a speed mode). And unfortunately, a car right behind me was in hurry and didn't manage to brake in time.  It knocked my car very loud.  I was so scared & I trembled.  Since, we are still in our stopping mode, i went out to see the car owner.  I told her (yes, it's a female driver who was so in hurry) to stop the car after we enter Jalan P.Ramlee later.  The stupid me, eventhough it was not my fault & i handed over my business card to her. 

Both of us then stop at a nearest taxi stand in Jalan P.Ramlee.  When i inspect my car, it was OK  (tahap2 kereta buruk.. kebal scratch) but the other car is quite bad in the front part. I asked her (without blaming her ok) to make a police report in order for her to claim the damages from her insurance company.  Suddenly she blamed me for the emergency brake.  She also blamed me for the damages (she even mention that her car just came out from the workshop 3 days ago.. that's means she is accident prone kan).  I then told her it was not my fault that i brake in sudden,as the police instructed me to do so & she was supposed to be extra careful.  I also managed to tell her that I was the one who is supposed to scold her but now, she was scolding me for her own mistake.  Then, i suggested to her again to make a police report but she just mumbled & drove off.  That was fine for me as i'm not the one who is going to pay for all the damages.  I managed to take some particular about the car that she drove before i countinue my journey to my office yang hanya sejengkal from that taxi stand.

I then remembered that i already gave her my busines card.. means she has my particular.  Hope no one will harass me in future.  So, incase one day if i go M.I.A, this is one of the clue... muahahaha

Tuesday, March 16, 2010

Kiri Kanan

Saya adalah orangnya yang ada masalah nak mengingatkan mana kiri dan mana kanan. Semasa kecik saya memang menyimpan cita2 untuk improve bila dah dewasa tapi sekarang bukan aje dah lewat dewasa, malah akan menyusur angka 40 dalam beberapa tahun lagi pun masih bermasalah dengan kiri dan kanan.  Pendekatan menggunakan term Left & Right juga tak beri kesan pada saya (saya boleh ingat yang Left tu kiri & Right itu kanan dengan mengingati jumlah huruf bagi dua-dua itu adalah sama tapi setakat itu saja lah)

Semasa saya kecik saya jugak ada masalah nak bezakan antara warna biru dan warna hijau.  Buta warnakah saya atau saya terpengaruh dengan arwah ayah saya yang juga ada masalah membezakan dua warna yang sama.  Tetapi saya lulus ujian warna sebanyak 2 kali. Pertama semasa saya nak ke tingkatan satu & kedua semasa saya nak masuk ke uni. Dan saya juga telah mengambil course yang perlukan saya passed the color blind test. Cuma semasa saya di tahun tiga saya mengalami masalah melihat melalui mikroskop 3D di mana di satu tahap saya tak dapat melihat objek 3D sehinggakan lecturer saya gave up memberi saya tunjuk ajar.  Bagaimana saya lulus exam? Saya meniru Cik Kentang.

Semasa kecik (sampai lah sekarang ni sebenarnya) kalau orang tanya saya mana kiri & kanan, saya akan cepat2 mengerling tangan saya kerana saya berjaya ingat yang jam di pakai di tangan kiri.  Kronik jugaklah ke'konfiusan' saya.

Saya selaku penunjuk jalan tetap pada Cik Kentang & Encik D selalu jugaklah di marah dia orang sebab tersalah bagitau arah kanan atau kiri. Terbaru, semasa kami melalui satu lorong pada minggu lepas, saya tersalah mengambik lorong kanan tetapi saya yang bersungguh mengata driver yang datang dari oppsosite way yang salah.  Siap tanya pada Encik D, tak sekolah ke orang tu?  Lepas itu, siappp.  Encik D tak habis2 mengejek saya.

Selain tu saya jugak ada masalah nak bezakan signage tutup & buka pintu lif.  Ada satu masa, kenkononnya nak jadi masyarakat yang perihatin, saya tersalah tekan butang tutup untuk tujuan nak bukakan pintu lift kepada orang.  Akibatnya teruk saya di herdik orang tu sebab dia hampir tersepit.  Sekarang saya berhenti dari cuba menolong orang bukakan pintu lift.  Sekurang2nya tak kan ada orang marahkan saya lagi di depan orang ramai. Membantu biarlah setakat terdaya ye tak.

Pendek kata.. saya penuh dengan kekurangan.  Ngeh Ngeh.

Friday, March 12, 2010

Anak Kucing

Sebelum cuti tahun baru cina, kucing yang telah di'abandon'kan oleh tuan asalnya (refer pada entrysaya, Kisah Kucing Terbuang, Dec 2009) di kawasan tempat tinggal saya telah melahirkan 5 ekor anak yang mana 4 darinya survived.  Saya pada mulanya cuma membiarkan si ibu menguruskan anak2nya dengan harapan dia tidak dihalau dari kawasan saya tinggal.

Kemudian something happen. Tiba2 si ibu kucing telah hilang. Puas saya cari di merata2 tempat tetapi tak dapat di kesan sehinggalah sekarang. Jika ada orang yang sanggup membuang si ibu ke tempat lain, sungguh kejam dia.  Maka, anak2 kucing yang baru berumur 2 minggu telah terbiar tanpa di susu ibu.

Hari pertama di tinggalkan ibu, saya masih serba salah untuk bertindak kerana Encik D di larang oleh doktornya dari memelihara sebarang jenis haiwan untuk beberapa tahun ini. Dan sejak dari itu jugalah, Encik D menjadi kurang berminat dengan kucing.  Masuk hari kedua, melihatkan anak2 kucing kelaparan saya jadi tak sampai hati. 

Saya cuba berbincang dengan Encik D & saya dibenarkan mengambil anak2 kucing tu.  Saya berjanji dengan Encik D yang saya akan berusaha meletakkan anak2 kucing itu di dalam cage sementara saya berjaya mencari orang yang sanggup membela mereka.  Cik Kentang kemudiannya mensponsorkan saya dengan susu dan juga botol susu untuk pet. 

Kini selepas 2 minggu, anak2 kucing masih bersama saya. Dan saya sebenarnya belum betul2 mencari orang yang sanggup megambil dia orang secara serius.  Encik D yang sepatutnya menjarakkan dirinya dengan kucing dah menjadi bapa kepada dia orang.  Apabila saya mengalami kesukaran untuk mengejar masa untuk memberi susu pada kucing, Encik D lah orangnya yang terbongkok2 menyuapkan botol susu ke mulut anak2 kucing tu.  Malahannya semalam sekembalinya saya dari kerja, anak2 kucing telah siap dimandikan. Syukur sangat-sangat.

Semasa kami ke Penang, kami meminta bantuan adik Cik Kentang untuk menjaga anak2 kucing tu.  Terhutang budi lagi pada adik Cik Kentang & suami.  Adik Cik Kentang yang merupakan cikgu telah mengambil inisiatif membawa kucing2 ini ke sekolahnya bagi melengkapkan cycle memberi mereka susu.  Maka, anak2 kucing kami boleh di kira berpelajaran jugalah. Setakat nak minta uraikan Maxwell equation, tak jadi masalah dah.  Heheh...

Walaupun saya dah mula sayang pada dia orang, tetapi considering kesihatan Encik D, saya perlu mencari seseorang yang sudi meng'adopt' mereka.  Harap saya akan ada insan yang sudi memberikan sedikit masa & ruang pada anak2 kucing ini.  You will get satisfaction in return.  Tak percaya tanyalah Cik Kentang .

Kriteria:
/ 3 ekor adalah medium long hair (ibunya adalah kucing long hair)
/ 1 short hair
/  Umur sekitar 1 bulan, iaitu lahir pada 13 Febuary 2010

the 3 medium long hair kitten

satu-satunya short hair, agak kiut & suka wrestling

sleepy

yang paling manja

apabila mereka tidur

Thursday, March 11, 2010

Sakit mata & Penang

Finally, after so many silap mata.. i officially terkena sakit mata yang tahap moderate.  Agak sadis tapi nothing much can be done.  Takkan lah orang nak datang ke rumah tak nak pelawa masuk di sebabkan dia sakit mata. 

At first, saya risau akan jadi penjangkit tetapi selepas 3 hari berlalu, Cik Kentang, Encik D belum terjangkit, saya agak confident untuk ke ofis memandangkan saya ada dateline yang perlu di kejar.  Saya berjaya menyiapkan kerja & pada masa yang sama saya berusaha untuk sentiasa berada dalam jarak yang jauh dari semua orang.

Memandangkan isu mata & isu kerja adalah terkawal, saya decided untuk meneruskan plan bercuti di Penang bersama Cik Kentang & Encik D. It was a good vacation walaupun kami dah ke Penang berpuluh2 kali, tapi tetap ada benda yang baru yang menarik perhatian kami.  Kami memilih menggunakan public transport di hari pertama kami disana & menyewa kereta di hari kedua dan ketiga. Hotel agak mengecewakan di hari pertama, tetapi it was excellent di hari kedua.  Overall it was a good trip, yang pertama bersama Cik Kentang selepas 2 tahun.  Ada kemungkinan kami telah mengecewakan Cik Kentang dengan ke'sloth'an kami tetapi harapnya ianya tidak melukakan hati Cik Kentang. Harapnya Cik Kentang sudi bercuti bersama kami lagi.  Ngeh Ngeh.

kenalah ambik gambar mercu tanda kan! kamikan pelancung.
sama macam mat2 salih datang KL sibuk ambik gambar KLCC.
Komtar building

georgetown

sunset on the 1st day, from hotel's room

sunset on the 2nd day, from Batu Feringgi beach

khoo kongsi - jangan terpedaya kerana ini adalah gambar di atas gambar.
saya cuma capture gambar yang sedia ada di dewan pameran

3D scuplture di Khoo Kongsi

door at Khoo Kongsi
(seperti kata Encik D sayalah orangnya yang suka capture gambar pintu)

pintu-pintu

Masjid Kapitan Keling

pakcik beca