Cerita about kucing. Berlaku kira-kira dua minggu lepas. 10 days in exact.
Encik D, baby SJ dan saya sedang makan di sebuah kedai makan dekat2 dengan rumah bila saya ternampak seekor kucing di dalam paip maintenance. Saya yang memang kebiasaan ada menyimpan makanan kucing di kereta pun cuba memberi dia makan bila saya mula sedar yang kucing tu sangat kurus. Kurus yang sampai tinggal tulang. Kemudian saya perasan kucing ni kucing pedigree, which is survival rate di outdoor adalah sangat rendah. Saya bagai hilang arah jugaklah. Pada amatan saya kucing ini mesti kehilangan tuan tetapi hairan juga lah sebab kawasan kedai makan ni sangat jauh dari perumahan. Mahu di ignore saya tahu peluang dia utk survive lebih dari 3 hari lagipun sangat tipis. Mahu di selamatkan terus saya agak kesempitan masa di sebabkan emak saya di hospital dan saya memang kekurangan masa untuk menguruskan kucing ni. Saya call CK dan minta CK call kawan-kawan CK jika ada yang sudi. Saya sanggup menanggung kos perubatan cuma saya perlukan back up plan jika kami tak jumpa ownernya (kalau ada) kemudian hari. . Tiada siapa yang mahu.
Alhamdullillah. Saya pada mulanya hanya minta CK tolong saya tangkap & bawak kucing ni ke vet kerana saya perlu ke hospital uruskan bil hospital emak. CK datang bawa carrrier dan tak susah nak bait kucing ni. Less than 5 minutes later, dia dah masuk ke dalam carrier. Baunya jangan di sebut. Bau longkang dan bau segala apa lagi. Kami terpaksa membuka tingkap kereta sepanjang mencari vet yang beroperasi. Tetapi tiada satupun vet buka di petang ahad. CK mengoffer diri untuk foster kucing buat semetara (tetapi sehari kemudiannya CK decide to adopt atas dasar this will be a long recovery). Saya kagum sangat-sangat pada buddy saya ini. She's one of a kind. Haha.. mesti tengah tersipu-sipu kena puji.
Di pendekkan cerita, Pipa (di berinya nama perempuan sedangkan kawan tu lelaki. Kata CK sempena jumpa di dalam batang paip) sekarang dalam proses untuk sembuh. A long way to go.. but he will be loved.
Di pendekkan cerita lagi, kami sudah tahu dari mana datangnya Pipa. Dari one of the Petshop yang just moved out. Saya dan CK ada beberapa kali ke PetShop ni dan mereka sememangnya menjual breed cats and dogs. Kami pernah tengok kucing yang seiras dengan Pipa di letakkan di dalam cage kecil untuk di jual. Kami confident Pipa adalah kucing yang gagal di jual dan atas sebab usia atau juga kesihatan lalu di lepaskan ke wild.
Mungkin ada yang tanya, adakah saya akan selamatkan juga jika kucing ni hanyalah kucing stray biasa? Insyaallah kerana itulah yang saya lakukan selama ni. Itulah yang end up saya pernah ada berpuluh-puluh ekor kucing. None of them are pedigree. Saya pernah di offer kucing pedigree secara percuma berkali-kali cuma biarlah saya biarkan kucing pedigree di adopt oleh orang lain, biarlah saya adopt species yang kurang mendapat perhatian. Terus terang saya katakan, saya bukan tak suka pedigree (siapa tak suka tengok kucing yang gebu) tetapi saya
against cat breeder. The more we buy, the more they breed. Tetapi saya tak
memandang serong pada sesiapa yang memiliki atau menyelamatkan pedigree
cats. Itu hak masing-masing dan saya kenal ramai orang yang ada pedigree cats but at the same time selamatkan berpuluh-puluh stray cats. I wont judge.. as long as you loved the cat and can spare small part of your heart to the needed animals. The pedigree animals are also victims to those greedy human beings.
In the mean time, tolonglah pujuk Ck menukar nama Pipa ke nama yang lebih macho seperti Paul, John, Mohd Johan atau yang seangkatan dengannya.
Di hari di jumpai