Seperti biasa, kenderaan utama adalah Underground. Dari Barking station kami berhenti di Wensminster station. Menapak kira-kira 200m, sampailah kami di Aquarium. Ticket agak mahal (Pound 23/adult) tetapi dengan bantuan 2in1 voucher kami berjaya dapat 2 tiket dengan 1 harga.
Bigben yang terletak betul2 di depan wensminster station
London Eye
Aksi2 tok batin di dalam Aquarium
Antara sealife di dalam
Saya secara personalnya merasakan kurang berbaloi membayar RM100 per entry kerana saiznya lebih kecik dari yang saya bayangkan. Mungkin juga sebabnya Aquaria Malaysia lebih menarik hati saya.
Keluar dari Aquarium kami bergelut mencari makanan halal di kawasan sekitar tapi apa malang hari ni, kami tak jumpa. Subway yang terdekat tidak pulak mempamirkan logo halal (tak semua subway halal, hanya yang ada logo halal menjual meat yang halal). Akhirnya kami end up dengan memakan sandwich telur dari convenience store)
Selesai lunch, kami mengambil underground menuju ke Museum of London. Nice place to lepak with family with free entrance fee.
Antara yang menarik terdapat di London Musuem
And the f* word is so famous here
I like this..
St. Paul church tak jauh dari museum of London
St. Paul Underground. Sayup di dalam tanah. Orang yang gayat mesti seriau memikir yang dia makin dekat dengan mantel bumi
Kami singgah di Oxford street untuk meninjau tempat sesuai untuk shopping di hari terakhir kami di London. Itu pun jenuh saya paksa Encik D untuk sparekan masa untuk kami shopping. Bagi yang tak kenal saya, kami bukan kaki shopping sangat.. mungkin bajet tak cukup, mungkin juga kami ni simple.. wallahualam. Yang pastinya saya jarang shopping jika saya keluar negara. Kalau adapun untuk souvenier and untuk baby SJ.
Tok batin menunggu train untuk balik ke Barking
Berakhir hari ke 8 kami. Rata juga kami berjalan hari ini. Penat sampai terpaksa mengheret kaki melangkah balik dari Barking station ke rumah sewa.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


