Wednesday, January 30, 2013

London #4

Terlama pulak saya mengambik masa menghabiskan cerita London. 

Hari ke#4 adalah hari museum.  Saya mengaku saya bukanlah peminat Museum tetapi Encik D minat jugalah.  Walaupun saya tak berapa minat, saya enjoy juga.  Sementelah lagi cafe dia menyediakan scones yang sangat sedap.

Kami memulakan hari dengan sedikit lembap & mengambil keputusan untuk melawat British Museum.

Islamic section - bagus diaorang ni.  Walaupun Islam bukan agama rasmi tapi cara Islam di angkat mengagumkan saya

 Seram sejuk juga bila melihat pameran mummy. Cukup banyak.  Saya sebenarnya agak hairan bagaimana negara2 pemilik asal mummies ni boleh melepaskan mummies ke tangan British.  Tapi biarlah, bukan urusan saya kan

 Mummy cleopatra pun ada.  Baru saya tahu rupanya Cleopatra meninggal semasa remaja & saiz dia sebenarnya sangat kecil.  Kurang dari 5" sahaja.  Gambar sebelah kanan tu adalah gambaran Cleopatra.  Bila di perhatikan betul2 macam orang melayu berpakaian baju kurung dengan anting2 labuh zaman2 dulukan

Kami kemudiannya singgah di Kafe museum & saya berjaya makan scones yang sangat sedap.

Sebelum meninggalkan museum, kami singgah di satu bilik yang di namakan Englightment section.  Cantik, macam museum2 yang kita selalu nampak dalam movie.


Stairs & ceiling


 Exterior


 Wajah Babj SJ hari ni (disebalik kaca) yang kegirangan dapat naik manual lift. 


Kami kemudiannya naik train menuju ke Greenwich.  Cadang di hati nak berdiri di atas garisan Greenwich tapi rupanya dah tutup semasa kami sampai.  Inilah ruginya bercuti semasa winter sebabnya banyak tempat yang tutup awal

 Kami melewati Canary Wharf area di mana ofis2 elit berada.  Cantik tempat ni dan sejuk dan juga berkabus

 Bandar Greenwich.  Small & peaceful

Cutty Sark - Restoran & small exhibition hall yang berbentuk kapal

 Memandangkan hari ni agak sejuk & berselang seli dengan hujan, kami mengambil keputusan balik ke penginapan

Baby SJ terbongkang keletihan

Friday, January 11, 2013

New year & Red Velvet cup cake

Kisah di hari tahun baru..

Saya yang berkobar-kobar membuat cake red velvet.  Barang2 sudah lengkap ditangan sejak beberapa hari lepas & kununnya mahulah bake dalam jumlah yang berlebihan sedikit untuk di bawa ke office keesokkannya

Inilah masanya untuk meng'test' mixer k-mix yang dibeli semenjak setahun lepas.  Memandangkan oven saya sudah didermakan kepada omak beberapa bulan lepas, Cik Kentang yang baru sahaja merenovate rumahnya secara besar-besaran meminjamkan saya oven lamanya.

Saya mula membancuh bahan2 & sesambil itu saya memanaskan oven.  5 minit berlalu tetapi oven masih belum panas.  Hairan.  Bancuhan kek sudah mahu ready.  20 minit berlalu.  Oven masih sejuk kedi.  Saya call Cik Kentang kot-kot saya tersalah laku.  Cik Kentang kata oven itu ok sebelum di serahkan pada saya.  Setengah jam berlalu.  Omak saya mencadangkan saya mengukus cup cake tadi tetapi memandangkan ini kali pertama saya bake red velvet saya berkeras mahu membakar.  Cik Kentang mencadangkan saya  membakar kek di rumahnya.  Makanya saya mengusunglah cup cake di dalam dulang ke rumah Cik Kentang.  Baby SJ pula mahu mengikut, sarat tangan saya memegang dulang sambil memimpin tangan baby SJ.

 Sesampai di rumah Cik Kentang (Cik Kentang masih belum berpindah balik selepas renovation selesai tapinya saya memang ada kunci), saya buka suis oven baru Cik Kentang.  Pulas tombol sana sini tetapi 5 minit masih juga belum panas.  Saya call Cik Kentang & selang 20 minit Cik Kentang sampai.  30 minit, 1 jam masih juga sejuk. Aisheh.. oven baru pun rosak juga.  Akhirnya saya terpaksa menyerah kalah kerana saya menerima panggilan bahawasanya ada tetamu akan datang kerumah.  Saya meninggalkan Cik Kentang bersama bancuhan kek.

3 jam selepas itu selepas tetamu balik, saya bergegas sekali lagi ke rumah Cik Kentang.  Kali ini untuk mengambil bancuhan red velvet yang masih belum berjaya di bakar.  Hehe.  Sampai di rumah, saya mengukus cup cake tadi.  Ke situ juga :).

Tetapi yang hebatnya, bila kek yang dah jadi macam rupa apam bila siap di kukus, saya dapati saya allergic dengan coloring red velvet.  Terlupa pulak yang saya memang alah dengan preservative & artificial coloring.  Dan yang pastinya saya tidak akan membawa kek ke office keesokkannya.  Tak sanggup ai.  Huaaa.. tak terbanding aktiviti tahun baru saya untuk 2013 dengan 2012.  Tahun lepas saya menyambut dengan main slider di Norway.  Tahun ni bake red velvet pun gagal.

Ini aktiviti tahun baru 2012.  Untuk aktiviti tahun baru 2013, gambar pun tarra

Friday, January 4, 2013

London #3

Sambungan entry yang lama tertangguh dan juga sambungan dari London #2.


# Day 3

The 3rd day started very well.. we had a very nice Belgian waffle at Green park on our way to Buckingham Palace.  Bayangkan perasaannya memakan waffle yang masih panas di kala angin dingin menyucuk-nyucuk kulit.  Pergh..telan air liur ai.

Kami memilih Buckingham Palace dengan mengambil underground untuk ke sana.  Stop di underground station Green Park (Piccadilly line) & berjalan cross Green Park kira-kira 500m untuk sampai ke Buckingham Palace (very nice park anyway, sangat berbaloi).


Inilah Green Park 

 Part of it already full with dry leaves but other part masih hijau. 


Sesampai di Buckingham Palace, kami agak sedikit terlambat untuk 'changing the guard' ceremony.  Orang dah ramai, cuma dapat tengok kut celah2 ketiak orang.  Cukuplah, dari takde langsung.  Jumpa beberapa group pelancung dari Malaysia.  Ada yang OK tapi ada yang cepat2 memalingkan muka ke arah lain.  Malu kutnya kalau kami menegur dalam bahasa Malaysia.  Pelikkan.  Cuba korang pergi Norway; siaplah korang kalau buat lagu tu.  Mati sepi hidup korang.

 Buckingham Palace

Lambat punya pasal, gambar pun sipi2 aje lah.. kuda pun tunjuk vontot aje.. padan muka

 Smart jugak topi baldi ni. Sesambil tengok guard bawak beg kotak  sempat saya menjeling kot-kot Prince William mengintai kat tingkap walaupun tak silap saya, keluarga royal tak tinggal di Buckingham palace

Sesudah Buckingham Palace, kami singgah ke Queen's Gallery tengok cenderamata yang di jual tapi tak beli apapun sebab tak mampu.


Seterusnya kami menyusuri St. James's Park.  Pada saya, inilah tempat yang tercantik di London.  Mungkin lain orang lain kesukaannya tapi inilah tempat yang paling saya suka di London.  Ketika di sinilah tiba-tiba datang rasa menyesal kerana dulu saya pernah mendapat offer dari JPA menyambung study di UK tetapi di sebabkan keras hati saya menolak offer (saya mahu sambung belajar di Jepun & abang saya mahu saya sambung belajar di UK, akhirnya saya yang tak puas hati telah memilih local university sahaja..uhuk).  Kalaulah saya ke sini dulu, indahnya.......

St. James's Park

The faunas
 saya terpesona dengan puluhan kalau tak ratusan the famous wild squirrels di sini

Macam-macam burung pun ada.  Swan dia punya lah besar

The floras


My favorite subject, autumn leaves and older man


 Meninggalkan James's Park, Kami berjalan menuju ke Trafalgar Square 

 melewati admiralty arch on our way to Trafalgar Square

Trafalgar Square, bangunan kat belakang tu adalah National Gallery.  Ada Malaysia's tourism office di depan Trafalgar Square tapi kebetulannya hari itu cuti awal muharram di Malaysia, makanya tourism office di sini pun di tutup juga
  

Since jam hampir pukul 3 petang, perut kami sudah berbunyi minta di isi, kami mengambil keputusan untuk mencari tempat makan dahulu dan kembali ke Trafalgar Square kemudiannya.  Kami mengambil train (station paling dekat dengan Trafalgar Square adalah Charing Cross- Bakerloo atau Northern lines) ke Paddington station (Bakerloo line) and ada banyak restoran halal di Paddington.  Makan tengahari di Northern Indian Muslim restaurant dan merayau sekejap di Paddington town sebelum bertolak balik ke Trafalgar Square.

Trafalgar square lebih cantik di waktu malam cuma kami xsempat masuk ke National Gallery.. sedih lak

Baby SJ & cintun baru dia.  Bukan main suka.. Inilah namanya cinta antara benua.  Benua mana pun saya tak tahu tapi rupa macam orang South American menantu saya ni

Meninggalkan Traffalgar Square, kami berjalan menuju ke Leicester Square.  Kebetulannya ada premier show movie cite kanak2.  Agak happening & maka ramailah orang.  Best juga tempat ni.  I think this is one of the must visit spot in London.  Sayang sekali kami missed premier show Twilight malam sebelumnya. 

Then kami pegi ke Convent Garden underground (Piccadilly line).  Tujuan utamanya adalah satu.. saya ingin mecari seseorang & sesuatu.  Sayangnya mereka tiada lagi di sini. Saya sangat kecewa.  Akan saya update satu hari pasal ni :)

Kami kemudiannya decide untuk makam malam di Leicester Square dan kemudiannya mengambil underground (Leicester Square underground, Piccadilly line) dari sana untuk balik ke Barking

Bunga2 krismas sudah bermula.  Mana-mana pun dah mula sibuk dgn krismas punya preparation.


It's beeen quite late masa kami decide untuk balik.  Penat tapi puas hati.  Antara hari yang paling best di London.

.. bersambung