Thursday, May 19, 2011

Book signing session

Hahah.. jangan tertipu dengan tajuk entry.  Ai tak pernah tulis buku..

Last weekend, selepas dari sambutan hari ibu yang tak kesampaian, saya telah mengheret Cik Kentang & baby SJ ke Borders untuk Awang Goneng's AMoT book signing session.  Suke suke! Ramai orang !!! Semuanya nampak bijak pandai kecuali lah saya ni yang terkulat2 dan jakun.  Tetapi saya berjaya dapat apa yang di hajati.. both GUiT & AMoT books signed by AG. Sampai ke hari ni saya tak habis2 lagi tersengih2..

AG tengah menyain buku saya.. sampai sekarang pun saya masih tersipu2.

Sunday, May 15, 2011

daily life questions

Fenomena yang biasa berlaku pada semua kita saya agak di mana ada kalanya ada soalan2 dari orang2 yang kita kenal atau pernah kenal yang kita tak tahu nak jawab.  Samada memang kita tak tahu langsung nak jawab ataupun kita memilih untuk tak menjawab untuk mengekalkan keharmonian persahabatan.

Antaranya;

1.  Kenapa tak bagitau dah ada anak?
     Puas saya fikirkan jawaban yang paling manis dapat saya bagi .. tapi tak ada.  Takkanlah saya nak hebahkan kat surat khabar (okehlah,, okehlah.. itu melampau tapi saya bukanlah fanatik FB yang semua benda nak di hebahkan di FB).  Mendapat zuriat bukanlah suatu yang terlalu personal cuma bagi saya, cuma saya bukanlah artis untuk share segala proses hidup dengan semua orang & cukuplah  mereka2 yang terdekat dengan saya sedar proses ini telah berlaku.  Apapun saya tak marah bila orang tanya saya soalan macam ni.. mungkin dia tak tahu macamana nak respon bila tiba2 terserempak dengan saya (ataupun bila saya postkan sekeping dua gambar baby SJ di FB).

2.  Sejak bila balik kerja di KL?
     Baru dapat soalan ini minggu lepas di mana sudah 6 tahun saya kembali ke KL sedangkan baru 3 tahun lepas saya berhubungan dengan si kawan saya ini.  Hua Hua..

3.  Bila nak dapat anak?
     Ini soalan yang past tense tapi banyak di utarakan 2,3 tahun dulu.  Pikirlah sendiri makcik-makcik, kuasa siapalah itu.. mak cik kan belajar Rukun Iman dulu.. Hahah, kalaulah saya boleh jawab cegini.. Bentuk soalan yang sama sedang di tempuhi oleh Cik Kentang iaitu Bila nak kahwin..

4. Makan?
  Ini soalan yang paling manja.  Biasanya berlaku semasa saya tengah menyuap makanan di pantry pejabat.  Tapi inilah soalan yang saya biasa tanya kawan2 saya juga bila saya terserempak dengan dia orang yang sedang makan di pantry.. maklum ajelah lah, i'm a person with less words.

5.  Nak makan apa?
Soalan kegemaran Encik D semasa dalam perjalanan mancari restoran.  Susah nak di jawab sebab selera kami berbeza.  Encik D suka makan nasi & diet dia harus makan nasi 2 kali sehari.  Saya sederhana dengan nasi.. saya lebih selesa makan nasi sekali sehari & makan malam dengan makanan yang simple seperti spagetti, McD (simple ke tu?). Jadinya kami selalu mempunyai pendapat bercanggah pasal memilih tempat makan.  Saya benci kalau kena jawab soklan ni sebab semestinya saya kena berpura2 nak makan nasi ataupun bila saya suggest tempat makan pilihan saya, ia akan di ignore.  Kan panas tu. Tetapi ada sedikit perbahan akhir2 ini.  Lately kami seolah2 mendapat persetujuan bersama iaitu kami ketagih JM bariani.. jadinya soalan2 cepumas semakin berkurang cuma taklah kami makan di JM Bariani setiap hari ( boleh di telan sebenarnya cuma akibat kosnya yang sedikit tinggi makanya terpaksa kami menghadkan seminggu sekali sahaja).  Discussion yang membawa saya kepada soalan pada diri sendiri.. bila saya nak start memasak ni.. hmmm, susah nak jawab tu..

oklah.. saje nak meracau-racau semetara menunggu baby SJ & Encik D bangun dari nap & ingin mengajak dia orang ke JM Bariani

Pergi Hijau

Demi menyahut seruan Pergi Hijau (Go Green), saya telah mengambil langkah untuk subscribe online newspaper.  Kebetulan pula harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari membeli surat kabar sendiri.  Di samping juga lately ini sejak dua menjak Encik D babysit baby SJ, makanya kebanyakan harinya tiada bekalan surat khabar di rumah.

Saya telah mempromosikan online newspaper kepada Cik Kentang tetapi akibat terlalu excited saya mendengar komen Cik Kentang secara angin lalu.  Seminggu berlalu, barulah saya rasa kekurangannya.  Selidik demi selidik telah membongkarkan sesuatu, depa telah exclude Metro section.  Bila saya suarakan pada Cik Kentang, rupanya itulah yang dia complainkan sejak awal. Loh.. saya memang kecewa kerana tanpa Metro section, macamana saya nak tahu di mana ada lopak jalan, di mana ada orang komplain pasal MPSJ, macamana saya nak baca forthnighly article's oleh author kegemaran saya; Mary Schneider.. Dengan itu, akan saya panjangkan usul kepada web provider untuk memasukkan metro section di masa akan datang.

Sementara itu, satu lagi projek Pergi Hijau masih terbengkalai.. menggunakan cloth diaper untuk baby SJ sedangkan saya sudah melabur beberapa ratus untuk membeli cloth diaper beberapa bulan lepas.  Yang tinggal.. kerajinan untuk mencuci cloth diaper setiap hari.  Akan cukup rajinkah saya?  Sementara saya menulis inipun masih ada selonggok baju yang masih belum berlipat.  Mahu di pasang bibik, Encik D tidak suka dengan idea ada orang akan tinggal bersama kami.. maklum jugalah, teratak kami kecil.

Meanwhile.. saya akan cuba setakat mana yang saya mampu untuk kempen Pergi Hijau

Sunday, May 8, 2011

Mother's day

Yeh.. yeh. Saya entitled untuk celebrate mother's day buat julung2 kalinya.  Dari awal saya memaksa Encik D untuk ingat tarikh bersejarah ni.  Sesungguhnya ia harus bermula dari awal & saya tahu kalau kami gagal menyambut tahun ni ada kemungkinan kami akan gagal menyambut di masa2 depan.  Penting sangatkah menyambut mother's day?  Sila baca ulasan & alasan saya di bawah..

Saya anak orang kampung, mak pak saya orang susah & kami tak pernah tahu adanya hari ibu semasa kami kecik.  Yang kami tahu hari raya, hari sekolah, hari cuti sekolah & hari gaji abah (sebabnya abah mesti belikan kami makanan ringan atau belanja kami makan satay bila abah dapat gaji).  Maybe kesusahan hidup buat kami cuma tahu menghargai apa yang benar2 keperluan hidup.

Tetapi ada bendanya kita mula belajar nilai2nya bila kita meningkat dewasa.. apabila kita mulai sedar adanya benda2 kecik yang mampu membuatkan orang2 yang kita sayang gembira.  Antaranya, menyambut hari ibu (saya tak sempat menyambut hari bapa sebabnya appa saya meninggal semasa saya kecik) & semenjak itu saya tak lupa mengucapkan selamat hari ibu kepada amma, amma saudara & lately saya cuba2 pada amma mertua setiap kali hari ibu datang.  Amma saya memang menunggu & gembira setiap kali tiba hari ibu.  Kesalnya saya belum pernah berkesempatan menyambut secara besar-besaran kerana berjauhan dengan amma.  Saya menanam azam yang satu hari saya mahu meraikan amma bersungguh2 & buat amma bangga dengan saya.  Amma mertua agak kekok kali pertama saya mengucapkan kerana mereka sekeluarga tidak menyambut hari ibu sehinggakan sekarang saya pula yang kekok untuk mengucapkan dia hari ibu.

Berbalik kepada cerita sambutan pertama saya, sedari awal saya memberitahu Encik D (bukan lagi hint tapi berterus-terang yang seterang-terangnya) saya saya nak dia bawak saya makan di tempat special (kena tekankan bahagian lokasi pilihan untuk mengelakkan di bawa ke KFC mahupun McD).  Tetapi last minutenya, Encik D terjebak pulak dengan kegiatan musiknya.  Saya tahu Encik D sedaya upaya cuba mencari masa & hampir berjaya membawa saya & baby SJ celebrate tetapi mall yang berhampiran rumah kami penuh sesak memaksa kami celebrate di satu tempat sahaja yang kurang orang.  Jangan gelak ye, jangan gelak.. di foodcourt pasaraya giant.. haha, padan muka saya.

Anyway, ok lah.. yang penting effort itu ada.  And berserta hadiah jam tangan yang di idam-idamkan (bukan brand Lorex ek.. brand cap Gombak aje). Ishhh.. lomantik pulak Encik D kali ni.. malu ai.   Alangkah bagusnya kalau berserta lagi dengan ipad2 yang sangat di idam2kan ittu.. ngeh ngeh.

Selamat hari ibu buat semua...

Monday, May 2, 2011

Her story

A true story about a person that i called sister.
 
My sister moved to stay with her in laws 2 years ago.  She left everything in KL, including her condominium and also her job and stay with her parent in laws in their kampung.  The decision made by the husband who lost his job in KL more than 3 years ago.

So they moved back to his kampung and start an eatery business there.  From time to time i see them and i realized that they are not making a very good progress with the business.  One day, during her short trip back to KL, my sister came to visit me.  We have a long chat and she came up with a confession that she had a rough life at his husband hometown.  They have to stay together with the in laws as there is no vacant house can be rent.

I feel bad for her she was different compared to me. My sister was raised by my uncle & her life was far more better than any of us.  My uncle was a headmaster and my sister had a very easy life.  To compare her with any of us, is like to compare latte and kopi cap pisang.  She was the one who always wear a decent baju, ride her own bicycle (basikal yang handle tinggi.. where only anak2 orang berada can afford to have that bicycle).  She played squash, tennis during her free time where as the most prestigious game I ever played masa i kecik was football (with barefoot sebab takut kena rotan kalau kasut sekolah kotor atau cepat rosak as i only have a pair of shoes throughout every  schooling year). 

Back to my sister story, last 2 week my sister's mother inlaws passed away and we happened to know about it only a day after.  Encik D and I made a trip to my brother inlaw's kampung to pay the ziarah.  We reached there late noon and we had a warm welcomed from the rest of the family.  At 8 p.m we decided to leave as we didn't want to reach KL very late.  Before we leave, my brother inlaw offered us to use their room to do our maghrib prayer.  I was stunned when i enter the room.  It only has a very thin bed and a few plastic bags where they stored their belongings.  I almost cried as this is worse than i imagine.  I couldn't put my self in that condition, let alone my sister.

Today, two weeks after.  I still think about it & I still cry for her. Deep inside i pray that one day my brother inlaw willing to come back to KL and i believe with their cooking talent they will survive here.  Deep inside i know that my sister layak mendapat the payung emas.  I respect her a lot for the sacrifies she made as I know I'm not that strong & I always have the gut to find way out.  Sebab itulah agaknya kita selalu dengar yang Allah hanya menguji orang2 yang kuat sahaja.

 Still, i hope there will be a happy ending...