Friday, December 13, 2013

Special poem by John Harrington

Up I went to leave my home
Away I went....away I roamed
I had no choice you see
life had turned to misery
Played in my youth, i grew too fast
The love I knew, it didn't last
And now I hurt outside and in
Eat my food from a garbage bin
If I'm lucky that is
Im slowly dying and feel my age....
The busy street is now my cage
What I'd trade to find a lap
A place of mercy and not a trap
A lap of comfort wide
A place to love
And not to hide
A human lap is my dream
A bowl of food, a little cream
If God made me a wish
It would be a home , A plate of fish
To sleep in comfort...upon a throne
Like the ones who have a home
Curled up close and tucked in tight
A gentle hand I'd so delight
Even as a backyard stray,
oh what I'd give for a bed of hay
A Christmas gift for me tonight
would be a home in broad daylight
For all the strays without a home
I pray they find what some have known
Where peace and love is all about
One that comes and brings no doubt
Souls of kind and gentle hearted
I'd live my life the way it started.
I'd sit and purr and find some peace...
Where pain would stop and hate would cease
Christmas comes but once a year
and brings some luck,
brings some cheer
for those like me alone at night.....
please forgive us for our fright
On Christmas Day beneath the tree.
Is where I long to someday be.


Note:  John Harrigton is a FB friend of mine.  A fellow rescuer in San Diego. 


Wednesday, December 4, 2013

How much human being are we?

Cerita about kucing. Berlaku kira-kira dua minggu lepas.  10 days in exact.

Encik D, baby SJ dan saya sedang makan di sebuah kedai makan dekat2 dengan rumah bila saya ternampak seekor kucing di dalam paip maintenance.  Saya yang memang kebiasaan ada menyimpan makanan kucing di kereta pun cuba memberi dia makan bila saya mula sedar yang kucing tu sangat kurus.  Kurus yang sampai tinggal tulang.  Kemudian saya perasan kucing ni kucing pedigree, which is  survival rate di outdoor adalah sangat rendah.  Saya bagai hilang arah jugaklah.  Pada amatan saya kucing ini mesti kehilangan tuan tetapi hairan juga lah sebab kawasan kedai makan ni sangat jauh dari perumahan.  Mahu di ignore saya tahu peluang dia utk survive lebih dari 3 hari lagipun sangat tipis.  Mahu di selamatkan terus saya agak kesempitan masa di sebabkan emak saya di hospital dan saya memang kekurangan masa untuk menguruskan kucing ni.  Saya call CK dan minta CK call kawan-kawan CK jika ada yang sudi.  Saya sanggup menanggung kos perubatan cuma saya perlukan back up plan jika kami tak jumpa ownernya (kalau ada) kemudian hari. .  Tiada siapa yang mahu.

Alhamdullillah.  Saya pada mulanya hanya minta CK tolong saya tangkap & bawak kucing ni ke vet kerana saya perlu ke hospital uruskan bil hospital emak.  CK datang bawa carrrier dan tak susah nak bait kucing ni.  Less than 5 minutes later, dia dah masuk ke dalam carrier.  Baunya jangan di sebut.  Bau longkang dan bau segala apa lagi.  Kami terpaksa membuka tingkap kereta sepanjang mencari vet yang beroperasi.  Tetapi tiada satupun vet buka di petang ahad.  CK mengoffer diri untuk foster kucing buat semetara (tetapi sehari kemudiannya CK decide to adopt atas dasar this will be a long recovery).  Saya kagum sangat-sangat pada buddy saya ini.  She's one of a kind.  Haha.. mesti tengah tersipu-sipu kena puji.

Di pendekkan cerita,  Pipa (di berinya nama perempuan sedangkan kawan tu lelaki.  Kata CK sempena jumpa di dalam batang paip) sekarang dalam proses untuk sembuh.  A long way to go.. but he will be loved.

Di pendekkan cerita lagi, kami sudah tahu dari mana datangnya Pipa.  Dari one of the Petshop yang just moved out.  Saya dan CK ada beberapa kali ke PetShop ni dan mereka sememangnya menjual breed cats and dogs.  Kami pernah tengok kucing yang seiras dengan Pipa di letakkan di dalam cage kecil untuk di jual.  Kami confident Pipa adalah kucing yang gagal di jual dan atas sebab usia atau juga kesihatan lalu di lepaskan ke wild.     

Mungkin ada yang tanya, adakah saya akan selamatkan juga jika kucing ni hanyalah kucing stray biasa?  Insyaallah kerana itulah yang saya lakukan selama ni. Itulah yang end up saya pernah ada berpuluh-puluh ekor kucing. None of them are pedigree.  Saya pernah di offer kucing pedigree secara percuma berkali-kali cuma biarlah saya biarkan kucing pedigree di adopt oleh orang lain, biarlah saya adopt species yang kurang mendapat perhatian.  Terus terang saya katakan, saya  bukan tak suka pedigree (siapa tak suka tengok kucing yang gebu) tetapi saya against cat breeder.  The more we buy, the more they breed. Tetapi saya tak memandang serong pada sesiapa yang memiliki atau menyelamatkan pedigree cats.  Itu hak masing-masing dan saya kenal ramai orang yang ada pedigree cats but at the same time selamatkan berpuluh-puluh stray cats. I wont judge.. as long as you loved the cat and can spare small part of your heart to the needed animals. The pedigree animals are also victims to those greedy human beings.

In the mean time, tolonglah pujuk Ck menukar nama Pipa ke nama yang lebih macho seperti Paul, John, Mohd Johan atau yang seangkatan dengannya.

Di hari di jumpai

Sunday, November 24, 2013

Bali 2013

2013 bukan tahun travel bagi saya. Mungkin atas sebab kerja saya datang bertubi-tubi.  Demam sekalipun saya ke office.  Cuti tak usah ceritalah.  Sengih aje lah tengok orang office bersilih ganti pegi holiday sedangkan saya di office ada masanya sampai ke tahap menangis sebab stress kerja.  The first 10 months dalam 2013 adalah tempoh yang paling stress sepanjang bertahun2 alam karier saya. Setakat bulan Nov ni, saya cuma mengambil 4 hari cuti semenjak awal tahun.  Nasib saya baik sebab baby SJ jarang sakit, demam sikit2 Encik D lah yang menjaga.  Encik D pun cuma sekali aje kena admit hospital. Lain2 clear selain dari kami terpaksa lari sana sini masa arwah mak cik saya sakit, arwah pakcik Encik D meninggal dan emak saya koma kat ICU.  Kadang2 within 2 days (weekend) kami travel beribu kilometer (KL-KT-KL) untuk menjengah mak dan arwah mak cik. Setiap minggu.

Sebab sampingan adalah kewangan kurang memberangsangkan.  Duit tabungan banyak keluar atas sebab2 lain yang lebih memerlukan perhatian.  Nak berangan pun tak berani.  Takut meleleh air liur di hujung hari.

Baru seminggu dua ni saya bebas dari kerja teruk.  Sedang meraikan freedom.  Bukan bermakna saya langsung takde kerja, cuma sekarang saya bolehlah hidup normal seperti mana orang berkarier yang lain.  Sy boleh dtg pukul 8-9 a.m, balik selewat2nya pukul 6 p.m, bukan lagi pukul 10 atau 11 p.m. Rasa yang cukup best.

Arakiannya, saya yang mmg tak boleh duduk diam berjaya jugak mencelah-celah short trip bulan May tu hari.  Kekononnya sempena 5th anniversary tapi punya suka bercuti, kami terlupa nak celebrate bila sampai harinya.  Saya cuma teringat beberapa minit sebelum jam nak masuk pukul 12 malam untuk hari berikutnya.  Takpelah, asalkan niat tu ada.

This is our 2nd trip (kali pertama buat baby SJ) ke Bali.  Kali pertama honeymoon dulu .  Baby SJ ok aje.  Asalkan naik flight aje, dah cukup untuk dia.  Mak pak yelah yang kopak duit sebab dia dah melepasi 2 tahun dan harus di bayar tiketnya. Dan kena lenyek masa dalam flight.

Kali ni kami tak buat banyak aktiviti macam kali pertama dulu. Sebabnya driver kami tak nasihatkan kami bawa baby SJ ke temple2 lama.  Keras katanya.  Jadinya kami banyak lepak sini sana aje.  Paling best naik motor keliling bandar Kuta.  Baby SJ tergelak sana sini.  Ini adalah trip baby SJ
 
 Tak Balilah kalau takde gambar ini kan.

 Saya memang suka Bali.. dari bangunannya, ke tamannya hinggalah orangnya

Aktiviti hari kedua.  Cuma satu tertinggal, anniversary dinner di pantai Kintamani.  Cuaca tak mengizinkan

As mentioned before, trip ni adalah trip baby SJ.  He loves pool.  Macamlah kat rumah takde

Di Tanah Lot, di akhir ke 4 (hari terakhir)

Macam tak cukup 4 hari. A very simple trip, yet this is all I need.. get away with them. Yang pastinya kami akan kembali..

Recap to a more comprehensive visit back in 2009

Yet, the best among the best will always be the sunset.. in both trips



Wednesday, October 30, 2013

You Raise Me Up



You Raise Me Up


When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.


Friday, October 25, 2013

Amsterdam & Europe 2012 final

Hari terakhir di Amsterdam.  Flight kami balik ke Malaysia kul 8 malam so we have ample time. Kami pilih untuk berlegar sekitar city centre sahaja.

Try to do some shopping but takde apa sangat menarik hati.  Kesudahannya kami cuma beli souvenir nak bawak balik Malaysia. Terkilan tak dapat shopping di London masih ada di hati tapi tak baik di fikirkan sangat :)


 Antara yang berjaya di capture hari ni



Kami meninggalkan bandar Amsterdam sekitar jam 4 petang & mengambil train ke Schipol Airport.


Tamat sudah Europe 2012 trip kami. 23 hari travel secara free & easy tapi alhamdullilah konsep redah jaya kami berjaya.  All I can say, this is the best trip for me and Europe memang awesome.  Not 100% smooth and tons of fighting tapi kami meninggalkan Amsterdam dengan 1001 memori.  Saya harap pengalaman saya dapat membantu jika ada yang berniat untuk travel ke Europe suatu hari nanti. 



Tuesday, October 22, 2013

Amsterdam #2

Destinasi terakhir kami di 2012 Europe.

Kami cuma singgah di Amsterdam untuk 2 hari sebelum berangkat balik ke Malaysia.  Agak menyesal sebenarnya tapi masa buat iternary saya risaukan budget tak cukup untuk travel lebih lama.  Tapi kami berkesudahan ada lebihan duit Euro & pound agak banyak juga.  Tak apalah, ada rezeki insyaallah next time nak spend dalam seminggu di Holland and it must be in spring sbb saya nak baring atas batas pokok bunga tulip.

Hari yang sedikit basah.  Hujan renyai2 tetapi ok lah.  Redahkan aje.  Breakfast di hotel & kemudian bergerak keliling Amsterdam Central.  Saya mencari I Amsterdam logo tapi tak jumpa.  Frustlah jugak sebab itu salah satu iternary.

 Sekitar Amsterdam Central. The canal city

 Sempat meninjau2 souvenir untuk di bawa balik

Kami kemudian naik bas ke satu tempat nama Szaanse Schans- a place where we can see lots of windmill, satu lagi kemashyuran Holland.  Perjalanan ambik masa setengah jam.  Tak silap saya bas no 361, dari depan station Amsterdam Central.

 Kami di sambut dengan scenery yang cantik.  Juga bau processed cheese yang menusuk hidung.  Sama macam bau yeast tapi lebih kuat. 

 Windmills.  It's like a dream comes true

 Kami singgah di clog workshop. 

Di sambut dengan beratus kalau tak beribu terompah kayu.  Kami tak beli apa sebab mahal sangat.  Siapa nak beli kalau satu terompah kayu harganya Euros 40 (RM160).  Bukan boleh pakai pun. Baik saya beli kasut Timberland.  Untuk souvenir kami bercadang beli di Amsterdam central sahaja.

 Singgah minum di kafe dan sempat bercerita mengenai Santa Claus Holland dengan waiter.  Menurut waiter, tarikh krismas di Holland berbeza dengan negara-negara lain.  Tak silap saya mereka sambut di pertengahan November instead of Dec 25th. Teringat saya cerita seorang rakan yang pernah tinggal di Holland yang memberitahu Santa Claus Holland adalah lelaki berkulit hitam. Tak pasti kesahihan cerita kawan saya.

Pemandangan semasa perjalanan balik.  Tak banyak gambar sebabnya baby SJ duduk di atas riba saya.

Kami sampai di city centre dah petang.  Kami mencari restoran halal dan sebaiknya restoran Malaysia.  Kami jumpa satu restoran Malaysia.  Tapi bila tengok harga nasi goreng, tak sampai hati nak makan (kira-kira RM 80 sepinggan).  Encik D cakap tak perlulah sebab besok kami dah nak balik ke Malaysia.  Kemudian kami jumpa restoran Indonesia yang juga tiada chop halal tapi pemiliknya orang Islam (pasinya takde pork).  Kami makan nasi putih berlaukkan tempe & sambal telur.  Kosnya RM80 untuk 2 orang.  Ok lah.  Kemudian, balik ke hotel untuk berehat dan kami keluar balik di sebelah malamnya.

 Amsterdam at night. Our hotel showed in the top photo

 Amsterdam is incomplete without bicycle

Same as without poppy which is sold legally


Another tiring day, yet also a super awesome day

Dia masih bertenaga biarpun saya & Encik D dah pancit.


Thursday, October 17, 2013

Brussel Final, Amsterdam #1


Hari tiba untuk berangkat menuju ke destinasi terakhir iaitu Amsterdam

Kami decide untuk ambik train ke Amsterdam  pukul 2 pm supaya sampai awal sedikit di Amsterdam.  Kami habiskan sepagi mengemas barang dan meninggalkan rumah sewa kira-kira jam 11 am.  Berhenti untuk lunch dan by 1 pm kami sudah terpacang di Brussel Nord memegang tiket keretapi pukul 2.  Keretapi intercity ke Amsterdam sejam sekali jadi tak perlu risau.

Tetapi saya sebenarnya sedikit menyesal membeli tiket keretapi intercity sebabnya perjalanannya kurang lancar & terlalu banyak berhenti.  Menyesal juga tak beli tiket keratapi laju Thallys tapinya kalau di beli last minute harganya sangat mahal (sekitar Euros 100 tak silap, kalau beli awal boleh dapat sekitar Euros 50).  Makanya kami pilih aje tiket intercity yang costnya cuma Euros 36.

Tunggu punya tunggu rupanya keretapi delayed sebab ada small accident kat satu tempat.  After delayed lebih dari setengah jam, kami pun berjaya bertolak ke Amsterdam.  Keretapi berhenti di banyak station.  Orang turun & orang naik di setiap perhentian. Selamat tinggal Belgium.  Come back? Probably as I will miss the Belgian waffle terribly

Train annoucer membuat pengumuman minta maaf atas kelewatan.  Sukar di fahami tapi bolehlah.  Kira-kira dua pertiga perjalanan announcer membuat pengumuman lagi.  Saya tak berapa faham sebab slang dutch sangat pekat.  Kali kedua baru faham.  Apa yang kami dengar annoucer mengumumkan yang keretapi tidak akan berhenti di station Schipol (Airport) tetapi akan terus ke Amsterdam Central.  Reasonnya sebab train dah lama delayed sebelum tu. Kami pun rileklah sebab memang kami nak ke Amsterdam Central. Penumpang2 lain ada yang bercakap2 dan saya terdengar satu couple dari Norway (agak berusia) memberitahu yang dia orang mengejar flight untuk balik ke Norway dalam masa 2 jam lagi.  Saya nampak riak mereka macam panik.

Someone yang nampak macam biasa dengan Amsterdam syorkan mereka turun di hentian Rotterdam dan naik keretapi lain dari Rotterdam ke Schipol.  Saya yang memang tak tahu kedudukan geography ni cuma pasangkan telinga ajelah.  Kemuadiannya old couple ni turun di Rotterdam.  Saya siap tolong doa moga2 dia orang sempat catch flight balik ke Norway.

Kira-kira 20 minit dari Rotterdam, satu lagi annoucement di buat.  Semua penumpang di minta turun di station berikutnya & tunggu di platform yang sama untuk ke Amsterdam Central.  Aik, tadi kata akan ke Amsterdam Central?  Semua penumpang kelam kabut sebab tak bersedia.  Pulaknya early winter, semua orang pastinya kena mengenakan baju yang berlapis sebelum turun termasuklah kami.  Saya kelam kabut mengenakan baju untuk baby SJ dan tak sempat mengenakan baju kot untuk saya.  Train stop, semua penumpang bergegas mengambil barang & turun.  Saya tak mampu menolong Encik D mengambil barang sebab menguruskan baby SJ & apapun saya tak akan tinggalkan baby SJ sendirian.  Saya membawa baby SJ & stroller turun sebelum meletakkan dia ke dalam stroller dan menunggu encik D yang masih beratur menunggu giliran mengambil beg-beg kami.  Saya memang bedebar-debar takut tak sempat.  Encik D bertungkus lumus menurunkan 3 beg besar kami.  Nasib baik ada good gentleman membantu.  Kalau kami di Paris matilah kami.

Selesai menurunkan semua barang, Encik D turun dari train.  Seminit dua selepas tu pintu train tutup & train terus berpatah balik ke arah Brussel.  Saya terus mencari nama station yang kami berhenti.  APA???  Kami di turunkan di station Schipol.  Terus teringat old norwegian couple tadi.  Kesian kan.  dalam masa yang sama memang kelakar.  Sampai hari ni saya mesti tersengih bila teringat. 

Kami kemudiannya naik train ke Amsterdam Central yang letaknya cuma dalam 10 min dari Airport.  Sesampai di Amsterdam Cental, orang sangat ramai & hujan pun tersangat lebat.  Tunggu dalam setengah jam, kami decide untuk redah hujan ke hotel yang dah di booked.  Berhenti bertanya orang untuk tanya arah tapi buat saya makin confused.  Setengah jam lebih kami meredah hujan sampaikan baby SJ dah basah kuyup & mengigil.  Saya sangat salute dengan baby SJ sebab dia sangat cool.

Akhirnya ada seorang hamba allah menunjukkan jalan yang betul.  Lega. Rupa-rupanya dalam 200m sahaja dari Amsterdam Central. Selepas check-in, saya terus mandikan baby SJ untuk elakkan dia dari demam. Selesai mandi kami rehat sementara nak tunggu hujan stop.  Bilik hotel sangat sempit walaupun ini lah kiranya accomodation yang termahal kami sepanjang kami di Europe kali ni.  Hujan stop baru kami keluar untuk dinner.  Terjumpa satu Indonesian restaurant, berialah kami masuk.  Rupanya ada jual oink oink pulak. End up dengan kebab lagi.  Heheh.

Selesai makan jalan2 sekejap sebelum berlabuh.

Hari yang panjang, penuh dengan drama & cukup letih. But out of all, it's a good experience and considered our lucky day.  Kami kemudiannya dapat tahu ada tunjuk perasaan di Brussel sehari selepas kami berangkat ke Amsterdam.  Tunjuk perasaan petani kerana membantah dengan harga susu.  Dengarnya ada sampai hays di bakar di jalan-jalanraya. Serentak dengan persidangan ahli EU yang sedang berlangsung di Brussels.






Wednesday, October 2, 2013

ramblings

Today I read a post from an honour blogger.. about A blind couple.  It gave me some kind of feeling.. the feeling that I tried to let go in all my marriage life.

A-blind-couple-who-made-me-see

Very nice writing (as always, I adore this blogger)

Monday, September 23, 2013

Brussel #4

Hari terakhir untuk berjalan2 kerana kami akan bertolak ke Amsterdam tengahari besoknya.

It was sunday dn buat kali pertamanya semenjak di Brussel, cuaca menyebelahi kami.  Very sunny day.  Everything was perfect, kecuali sejuk sikit.

Kami menaiki keretapi ke city centre.  Bandar sedikit sunyi di sebabkan hari minggu. Melawati bangunan parliment Belgium, kemudian park di depannya, tak silap namanya Royal Garden atau Brussel Park kerana dia terletak in between bangunan parlimen & istana. Sedikit tak terjaga tapi saya bayangkan tempat ni mesti cantik di masa summer.


 Bangunan parlimen

 Royal Garden. Saya tak faham apa motipnya kobis & burung.

The royal Palace

Sana sini bandaraya Brussels

Ini tak boleh tinggal.  Berkeping2 kami makan sepanjang hari. 
Dah namanya Belgian waffle.  Mana ada tempat 
lain boleh challenge. Biasanya dijual bersama eskrim. 

Kami kemudiannya berjalan ke Cinquantenaire Park.  Park terbesar & terfamous di Brussels. Tengok map macam dekat tapi berjalan punya jalan, ada la 3 km agaknya baru sampai.  Nak patah kaki rasa.

Saya suka tempat ni. Daun maple bertabur sebab kebanyakan 
pokok kat taman ni adalah pokok maple.

Sebagaimana di tunjuk kat map, ada masjid di dalam park Cinquantenaire.  Kami berjaya jumpa & menumpang solat.
Besar jugak masjid dia.  Berbentuk bulat & ramai orang keturunan arab kat situ.

Orang2 local beriadah.  Saya berjaya tutup mata baby SJ masa kami lalu playground :)

 
Clockwise dari atas kiri: arch lama, Triumpal arch, Bordiau Hall 
dan statues atas Triumpal arch

View bahagian utama park.  Saya tak pernah jemu dengan autumn.

Keluar dari Cinquantenaire kami kelaparan sebab jam dah pukul 5 kami belum jumpa tempat makan yang halal.  Kami ambik underground ke Brussel Nord sekejap untuk check tiket train untuk ke Amsterdam besoknya.

Kemudiannya kami ambil train lagi sekali ke Grand Palace untuk makan, shopping diapers untuk baby SJ & cuci mata selamat tinggal.  Saya melihat satu persembahan busking oleh native dari Peru.  Sangat best & saya beli CDnya.  Nak share kat sini pun tak boleh sebab video file sangat besar.


Dari situ kami mengambil train pulang ke rumah.  Satu hari yang cukup penuh & kami keletihan.  Apapun syukur di panjatkan di atas cuaca yang sangat baik.  Makan malam - kebab lagi.