Saya baru baca entry seorang blogger mengenai kematian kucing dia. Saya mengikuti perkembangan cerita kucing dia dari sakit sehinggalah kucingnya mati. Sangat sedih dan sehinggakan ada harinya saya takut nak buka blog saya kerana takut terbaca berita yang tidak di ingini. Tapi tadi akhirnya saya mendapat tahu juga (iye, saya avoid dari membuka blog saya selama hampir seminggu kerana sebarang update dari blogger ini saya pasti tahu kerana saya follower dia). Tertanya juga, kenapa saya sangat beremosi sedangkan berjumpa dengan kucingnya saya tak pernah tapi itulah.. saya memang pantang dgn kucing. Orang punya ke, saya punya ke, strays ke. Saya cuba untuk tidak terlalu obsesses tapi tak dapat agaknya. Kucing dan saya sudah sebati.
Talking about the similar kind of losses, terlalu banyak saya pernah hadapi sebabnya saya mulai membela kucing sejak saya berumur 4 tahun. Mungkin lebih dari 30 ekor telah meninggalkan saya. Tidak terkira cuma setiap kalinya pasti di tangisi. Sedihnya tak pernah surut. Antara yang paling melekat di hati saya adalah yang saya namakan Makcik O & Jebat. Sampai sekarang bila teringatkan Makcik O & Jebat terutamanya hati saya masih sayu.
Sesungguhnya sekarang saya cuba tidak bercakap mengenai kucing di depan sembarangan orang kerana tak semua orang suka kucing dan sebilangan orang bencikan kucing. Jadi untuk menjaga keharmonian masing2 kerana ada orang jenisnya sangat sarcastic & mulalah hati saya berderau nanti.
And talking about cats, mengingatkan saya mengenai satu perkara iaitu saya di dalam perancangan untuk apply kerja di luar Malaysia . Apa akan berlaku pada 5 ekor anak2 saya sekiranya saya betul2 dapat kerjanya nanti? Itulah satu-satunya benda yang menghalang saya dari memohon kerja di luar Malaysia selama ini. Kali ini, juga atas sebab sedikit terdesak (saya ada sedikit disagreement dgn Encik Pengurus), saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib memohon juga. Takut untuk berfikir lebih lanjut walaupun saya tahu mungkin ada orang yang sanggup meng'angkat' anak2 saya. 2 tahun mungkin akan berlalu sekejap.. harap2 lah. Lagi, how about anak2 stray yang saya bagi makan setiap hari. Tidak adil untuk saya mengharapkan Cik Kentang mengambil alih tanggungjawab saya sedangkan dia pun banyak komitmen dengan the other strays. Tiga bulan ini pun sudah cukup saya mendera Cik Kentang menjengok dan memberi mkn terutama yang terbiar (walaupun saya mengupah orang menjaga anak2 saya sepeninggalan saya tapinya Cik Kentang agak committed melawat mereka hampir setiap hari). Saya sungguh dilemma.. antara kerjaya & kucing.
Sunday, January 29, 2012
Luahan di pukul 3 pagi
Tak.. bukan saya tak dpat tidur. Saya tidak menghadapi masalah insomania. Saye jenis orangnya letak aje kepala atas apa2, teruslah tidur. Kadang2 siap berdengkur. Tadipun saya tidur di dalam keretapi, siap terbaring lagi di atas dua kerusi.
Tapinya saya kini di dalam kegusaran yang amat sangat. Saya ada dateline hari selasa depan tetapinya sesuatu yang amat di perlukan tidak berfungsi sejak hari jumaat iaitu server (di dalam bidang kerja kami, kebergantungan kami kepada server sangat lah tinggi sebagaimana kalau cikgu ketiaadaan kapur, haruslah stress lah kan). Kata encik D sebelum masuk tidur tadi, tak apalah nanti bagitahulah encik pengurus dari KL tu yang memang saya tidak dapat buat kerja. Iyelah, sepatutnya memang semudah itu cuma masalahnya Encik Pengurus saya bukan semudah itu. Semengkala lagi, hari isnin ini dia akan sampai di Norway & pastinya paling lewat hari selasa pagi kami akan bertemu. Sesungguhnya saya sangat keluh kesah sekarang kerana sudah dapat di bayangkan bagaimana saya akan di layan nanti.
Ini menguatkan lagi semangat saya untuk apply kerja baru.. berbaloikan kita meninggalkan sesuatu yang kita suka (i loves my job) kerana seorang Pengurus?

Labels:
General
Saturday, January 14, 2012
'Handphone'less
Hari ke 4 tanpa handphone di sisi. Handphone saya jatuh ke dalam air 4 hari lepas. Mula2 sangat tertekan, sedih memikirkan hidup tanpa handphone. Saya mula memiliki handphone mulai tahun 1998 dan ini adalah kali pertama saya tidak membawa handphone ke mana2. Di tambah lagi sekarang handphoe berserta sekali data package. Rasa sepeti tak lengkap, seperti hilang kaki & tangan. Nak membeli handphone baru di sini, almaklumlah, iphone sahaja berharga 8500 Nok (Rm 4400). Terpaksa menelan air liur.
Hari ini iaitu selepas hari ke 4, saya mula merasa selesa. Tidak lagi tertekan & apatah lagi sedih.
Apapun, saya akan terus membeli handphone baru sebaik menjejak kaki ke tanah Malaya bulan depan :-).

Sunday, January 8, 2012
Oslo
Kami berkesempatan melawat salah 1 bandaraya termahal di dunia selama 2 hari 2 malam
1. Pengangkutan
Flight, Bas, Tram(trikk) & subway
2. Penginapan
Harga hotel di Oslo sangat mahal dan kami memilih hostel. Kami memilih Haraldsheim hostel yang terletak sedikit luar dari city centre. Tetapi hostel ini berdekatan dengan mana-mana pengangkutan awam termasuk tram, subway dan bas. Ini merupakan pengalaman pertama kami tinggal di hostel. Harga untuk 2 malam bagi private room (bilik dengan 4 katil iaitu 2 pasang katil bertingkat) adalah 1260 NOK. Kemudahan yang di sediakan agak baik, siap dengan free breakfast & kemudahan memasak. The only complain is hostel ni terletak di atas bukit, kami struggle dari kali pertama kami mengheret beg yang besar berserta dengan pram baby SJ dab setiap kali mahu balik ke hostel apabila kami keluar.

Nobel Peace Centre. Merasa jugak masuk ke Nobel Peace centre.
Oslo 'christmas' market

Vigeland Park- the famous statues. Yang paling famous statue kedua paling awal- status budak kecik lelaki sedang marah
Vigeland park- the sceneries. Cantik bangat
Secangkir coffee & sebiji muffin untuk melawan kesejukan
Holmenkollen Oslo Ski Jump - tak banyak gambar sebab kami terlewat sampai. The jump centre dah tutup & juga di sebabkan terlalu sejuk, kami rush back to subway station sebelum bertolak ke airport
1. Pengangkutan
Flight, Bas, Tram(trikk) & subway
- Dari Trondheim kami mengambil flight yang memakan masa sejam.
- Dari Oslo Gardemoen airport (remember carefully nama airport kerana Oslo sebenarnya mempunyai 3 airports), kami mengambil bas untuk ke city centre. It cost us 170 NOK per person. Agak mahal kerana ini bermakna untuk return bus ride kami perlu membayar 680 NOK. Kami kemudiannya mendapat tahu sebenarnya lebih jimat jika kami ambil keretapi nsb.no (ini bukannya keretapi airport, harga tiket keretapi khas untuk airport adalah lebih kurang atau sedikit mahal dari tiket bas
- Pengangkutan di dalam bandar yang terbaik pada saya adalah Tram.. mudah untuk kemana2. Pengangkutan awam bukan something yang murah di Oslo tetapi untuk jimat, boleh beli Oslo pass. Terdapat 3 jenis pass iaitu 24 jam, 48 jam & 72 jam. Dengan Oslo pass, kita akan dapat menaiki public transports di dalam bandar dan entrance bagi kebanyakan muzium secara percuma. Kami memilih untuk mengambil pass 72 jam kerana dengan pass 72 jam kami mendapat hop on hop off boat ride percuma. Harga untuk package 72 jam ialah 430 NOK seorang. Beza antara package 48 jam dan 72 jam adalah 90 NOK.
The satisfied subway passanger
Harga hotel di Oslo sangat mahal dan kami memilih hostel. Kami memilih Haraldsheim hostel yang terletak sedikit luar dari city centre. Tetapi hostel ini berdekatan dengan mana-mana pengangkutan awam termasuk tram, subway dan bas. Ini merupakan pengalaman pertama kami tinggal di hostel. Harga untuk 2 malam bagi private room (bilik dengan 4 katil iaitu 2 pasang katil bertingkat) adalah 1260 NOK. Kemudahan yang di sediakan agak baik, siap dengan free breakfast & kemudahan memasak. The only complain is hostel ni terletak di atas bukit, kami struggle dari kali pertama kami mengheret beg yang besar berserta dengan pram baby SJ dab setiap kali mahu balik ke hostel apabila kami keluar.
Haraldsheim hostel
Di Norway, bayi & kanak2 di kira sebagai 1 orang penuh dan hotel mengambil kira berapa orang bukannya per bilik. Jadinya kami terpaksa mengambil bilik dengan 3 katil walaupun kami hanya menggunakan 2 katil (baby SJ share katil dengan saya). Gambar-gambar baby SJ di bilik. Camera lense kami tidak cukup wide utntuk mengambil gambar bilik yang sangat sempit.
Ruang main kanak2 & TV Room
3. Aktiviti
- Hop on Hop off Oslo boat
- Fram Museum
- Kon tikki Museum
- Nobel Peace Centre
- Oslo downtown
- Oslo Jule (Christmas) market
- Vigeland Park
- ski jumping
the hop on hop off boat
| opera house. tak pergipun. cuma tengok dari jauh sbb tak sempat |
| Fortress. Orang Norway ni sikit2 fortress. Tapi cantik kan. |
| Harbour from jauh. Yang bangunan tinggi tu Oslo city hall |
Villages kat river banks
|
Fram Musuem. Museum mengenai jelajah ke south pole yang pertama (by Norwegian). Tahun ini merupakan tahun ke 100 sambutan anniversary & Norway menyambutnya secara besar-besaran seminggu sebelum kami ke Oslo.
Nobel Peace Centre. Merasa jugak masuk ke Nobel Peace centre.
oslo downtown
Oslo 'christmas' market
Vigeland Park- the famous statues. Yang paling famous statue kedua paling awal- status budak kecik lelaki sedang marah
Vigeland park- the sceneries. Cantik bangat
Secangkir coffee & sebiji muffin untuk melawan kesejukan
Holmenkollen Oslo Ski Jump - tak banyak gambar sebab kami terlewat sampai. The jump centre dah tutup & juga di sebabkan terlalu sejuk, kami rush back to subway station sebelum bertolak ke airport
kesimpulannya, walaupun it was a very expensive 2 days trip tetapi amatlah berbaloi. Saya sangat gembira :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)