Saturday, March 29, 2014

Adelaide (part #2)

Part ni adalah part kedua kami di Adelaide di mana kami travel keluar dari Adelaide.  Samada kami berpatah balik ke Adelaide di penghujung harinya ataupun kami bermalam di tempat tersebut.

Bagaimana saya memilih tempat2 tu? Sejujurnya sangat banyak tempat yang menarik.  Pemilihan saya yang paling utama, tempat tu tak terlalu challenging untuk baby SJ dan tempat yang baby SJ boleh enjoy.  Dari awal saya dah decide saya nak kenalkan sebanyak mungkin nature kepada baby SJ tetapi kenalah berpada-pada.  Saya tahu I'll love bush or trail walk tapi baby SJ masih terlalu muda.  Hajat di awal nak pergi ke Flinders Range, the most famous park di South Australia, tetapi terpaksa di batalkan kerana tempatnya terlalu remote dan kurang sesuai untuk baby SJ.   Saya juga sempat contact local park organisation untuk tanya pendapat diaorang & atas nasihat dia orang saya buat iternary kami.  Dan also, lots of Googling.

Plan pertama nak bawak baby SJ for miniature train ride kat Wilfred Taylor Reserve, Morphett Vale sebagai hadiah hari jadi dia yang sehari sebelumnya.  Baby SJ memang suka train, so saya memang tahu dia akan enjoy the train ride.  Morphett Vale terletak 45min SW dari Adelaide city centre.  Plan punyalah baik, schedule dah di check beberapa kali sebelum datang & hari yang sepatutnya kami pergi di jadualkan ada train service iaitu ahad terakhir bulan december (Dec 22).  Sesampai kami kat situ, senyap sunyi Wilfred Taylor Reserve park. Rupanya kansel last minutes sebab sesetengah Oz dah start sambut Christmas.  Frust sangat-sangat.  Nasib baiklah Wilfred reserve tu sangat cantik.  Kami pun piknik & spend sikit masa untuk explore tempat tu.  One of the best park saya experience kat Adelaide.  More info, ketip sini mvrail

muka orang frust, terpaksa tenung track kosong lama-lama

So kami piknik & enjoy the nature

and enjoy the wild flowers

dan sempat jugak tengok orang main miniature race

Tapi yang paling kelakar saya di 'usik' di public toilet park ni.  

First time dalam hidup saya di 'usik'.  Kami menggunakan toilet berkali-kali sebab kami nak cuci tangan sebelum & selepas makan.  Secara total, saya guna 3 kali.  Kali pertama untuk cuci tangan sebelum makan.  Saya terperasan baby SJ memanggil nama saya sedangkan baby SJ sedang duduk di bangku dengan encik D.  Kali kedua saya masuk, untuk cuci tangan selepas makan.  Saya terdengar baby SJ memanggil saya lagi dengan kuatnya.  Saya memang penakut tapi maybe sebab saya kat negara orang saya tak terpikir apa2 pelik.  Bila saya keluar, saya check yang baby SJ memang ada bersama encik D dan bukannya di luar toilet.  Belum lagi terpikir bukan-bukan.  Kali ke3, saya nak cuci tangan selepas tukar diaper baby SJ.  Masa ni baby SJ & Encik D dah tunggu saya dalam kereta, ready untuk bergerak ke tempat seterusnya.  Kali ke3 ni, suara baby SJ memanggil saya semakin kuat.  Terus saya meremang bulu roma, berlari keluar dari toilet tuju ke kereta.  Tapi sempat lagi capture gambar toilet kat atas sebelum kami meninggalkan tempat ni.  Sampai sekarang, saya masih rasa seram.  Ingatkan negara omputih takde hantu :)

Kami kemudiannya bergerak ke Pantai Noarlunga, 15-20 minit perjalanan dari Morphett Vale.  Superb.  Sangat cantik tempatnya  & tak ramai orang.

kedatangan kami di sambut berpuluh kalau tak beratus camar/seagull.  
Top left and bottom mid adalah seagull favourite saya, camar berkaki satu. Survivor. 
Kebetulannya kami ada banyak roti di dalam kereta, so kami  bagi makan roti 
and in return dia orang ikut kami kemana aje kami pergi.  Memang best.

Pantainya bersih, orang pun tak ramai. Ramai locals habiskan masa 
dengan memancing.  Baby SJ sempat jengok ke baldi orang yang 
memancing dan komen 'No fish'. Merah muka mak dia. Hehe

 Kami berjalan sampai ke hujung jeti.  Top - di hujung jeti.  
Bottom - on our way back ke kereta

flora

Cuma kebetulannya hari ni sedikit sejuk, so taklah kami spend 3,4 jam kat sini. kami berlegar-legar dalam sejam dua sebelum explore the whole Port Noarlunga dengan kereta.  Very nice place.  Ramai orang kaya beli beach house kat sini.  And saya ternampak a wild kanggaro kat sini.  Selama ni cuma tengok kat zoo atau santuary. Jakun.

Singgah sekejap di Port Noarlunga playground.  Very impressive sampaikan ramai 
orang tua main sekali termasuklah Encik D.  There's a child in every human being :).  
Top & bottom right - bukan kecik2 orang tua yang main, mahu 100 kg berat mat salih tu.  
Bottom left - tak dapat naik train, cukuplah dapat drive kete bomba.  Sejam lebih dia 
tak nak turun dari kereta bomba tu, sampaikan kami di paksa jadi penumpang dia.


Esoknya kami ke Adelaide hills, 20km dari city centre.  Hari pertama di Adelaide Hills di spent kan di Cleland Wildlife Santuary.  Baby SJ sangat girang bermain dengan haiwan2 yang di biar bebas.  Memang best & berbaloi tiket AUD24 seorang (kanak-kanak below 4 tak payah bayar).

Top left- Southern Brown Bandicoot.  Top middle- Pelican.  
Top right- Emu. Koala and Bottom right- wombat.

Yang paling best inilah.  All types of kanggaro ada kat sini.  Saya tak ingat nama
species tapi ada beratus-ratus ekor yang boleh di pegang.  Ada yang pemalu, 
ada yang peramah.  Baby SJ tak reti nak duduk diam jadinya.

Tok batin melawat kawasan jajahan

Isi minyak.  Ni dah kira rutin harian kat Adelaide.  Bajet makan sampai ke hidung

On the way balik ke Adelaide city, kami singgah ke Mt Lofty Summit.  Kat sini kita boleh tengok lembah2 di Adelaide Hills.  Tak silap ini highest point di Adelaide.  Cantik juga cuma tak dapat stay lama sebab babj SJ dah tertidur keletihan dalam kereta selepas satu hari mengejar Kanggaro. So saya dan Encik D ambik turn pergi

Mount Lofty Summit dan scenery dari situ.  Ada banyak walking trail yang consider 
simple and family friendly kat sini.  I wish baby SJ dah ready for this.

Balik ke ciy centre sempat lagi menyinggah di park & playground.  
Maklumlah siangnya panjang.  Sehari berjalan, rambut pun dah berserabai.

Besoknya kami balik lagi ke Adelaide Hills.  Adelaide hills ni kawasan jajahannya agak besar. Kami try cover sejauh mungkin, maybe separuh dari keseluruhan Adelaide Hills. Dari pekan ke pekan.  Local dah mula sibuk baik kampung & last minute christmas shopping.  Kami pun menyibuk sekalilah.

Top images - Bridgewater mills (was a historical flour mill but tapi sekarang 
jadi fine dining restaurant)
Middle images - Handorf wine farms (the oldest German's settlement di Australia)
Bottom images - Handorf town.  Sangat meriah sebab ramai dah balik kampung nak 
celebrate hari krismas

here & there

Memang penat sebab kami travel lebih dari 100km & cuma stop sekejap-sekejap. 

Krismas kami sepatutnya drive ke Victor harbor tapi mengenangkan jarak yang jauh & kebanyakan kedai akan tutup pada Krismas, maka kami kansel trip and just chillex on the day sambil check-out dari penginapan private room di Adelaide North and check-in di hotel di city centre.

A day selepas Krismas kami juga ambik keputusan untuk relax sambil menyibuk-nyibukkan diri di boxing day.  Pening sekejap tengok orang ramai sangat.

Selepas free & easy 2 hari kami bertolak ke Barossa Valley and bermalam di Barossa untuk 2 malam. Barossa Valley adalah wine region & ladang anggur ada di merata tempat.  Paling saya jatuh hati adalah pada hays yang dituai dan ready untuk di jual.

Melepasi Gawler town on the way to Barossa Valley.  Small town tapi lengkap 
dengan tourist information centre.  Kami piknik di park & beli sim card sebelum 
bergerak ke Barossa

Road signages

Ladang anggur.. cuma ada anggur muda yang belum ready untuk dituai.  Rugi.

Biri-biri, Kuda & Lembu

Top 3 - Lavender farm, Lyndoch, Barossa 
Middle 3 - Mengler Hill lookout, Nariopta, Barossa
Bottom 3 - the valleys

Hays yang kesukaan saya.  Suka sangat2.  Dari awal trip saya memburu ini.

Kami juga singgah ke beberapa winery.  Sekadar menjenguk kawasan sekitarnya 
memandangkan kami di wine region. 1st row - Jacob Creek Vineyard.  
2nd & 3rd rows - Tanunda Chateau.  4th row - Barossa Chateau

Itulah keseluruhan pengalaman kami di luar bandaraya.  A nice & worth trip.  Selepas dari Barossa kami berpatah balik ke Adelaide city and spend another 2 nights sebelum balik ke Malaysia.

Overall, I love the trip.  And konsep redah jaya kami berjalan lancar.   Adelaide is lovely and maybe satu hari kami akan kembali to explore yang masih belum berjaya di explore.  Problem kecik2 biasalah.. hadapi dengan senyuman & we should expect the unexpected.

Tamat.

Tuesday, March 25, 2014

#MH370


No words can describe our feeling.  The nation is crying and we learn to redha.  DariNya kami datang dan kepadaNya kami kembali.

Inna lillah hi wa inna  ilaihi rajiun

Saturday, March 22, 2014

Adelaide (part #1)

1st entry cerita2 general

Part ni  akan saya cerita part pertama kami kat Adelaide.

Part pertama kami di Adelaide adalah part yang kami habiskan di city centre and mengambil public transport ke sana sini.  Kami spend 5 hari pertama dan juga 2 hari terakhir di Adelaide untuk explore city centre.  Cukup ke selama tu? Terpulang pada individu sebenarnya.  Bagi yang ada anak kecik macam kami tak berapa cukup sebenarnya.  Pulaknya baby SJ dah ada satu trend baru.  Biar dia yang tolak stoller kecuali bila dia dah cukup penat & mahu duduk dalam stroller.  Memang leceh tapi lepas berkali2 bertekak, kami kalah. Cukup siksa berbanding dulu-dulu di mana dia turut je kami walaupun kena duduk 5-6 jam dalam stroller. Tak nak bawak stroller langsung, susah bila time dia nak nap.  Dia pulaknya bukannya ringan sangat.

Walaupun bandarayanya kecik tapi Adelaide ada banyak park yang cantik.  Sebab tulah saya pernah kata kalau kita datang for nature, Adelaide adalah tempatnya.  Selain dari tu Adelaide juga ada banyak museum yang world class dan kebanyakannya free atau dengan kata lain it accept public donation jika berminat nak hulur kat tabung on the way kita keluar (sama kes macam masa kat London).

Kami cuma sempat menyinggah ke beberapa parks dan 2 museums.  My regrets saya tak sempat pergi ke botanical garden yang di sebut-sebut.  Agak kesempitan masa dan botanical park cuma di buka until 5 pm and closed during weekend and public holiday.

Datang waktu summer banyak kelebihannya.  Pertama, jimat dari saiz luggage. Kedua, tak payah nak beli winter clothes, jimat duit.  Ketiga, senang nak adapt diri dengan cuaca. Keempat, siangnya panjang so ada banyak masa nak berjalan.  Kami sedikit bernasib baik sebab summer baru bermula dan cuaca tak sepanas january-march tapi kami ada juga terkena heatwave yang mana suhu mencecah 44 degree selama 2 hari.  Panas sampai muka kami hitam legam. The best time rasanya antara Apr-Jun atau Sep-Nov.

 fening melayan budak tecit ni

Adelaide waktu siang.

waktu malam

 Museum of South of Australia.  Memang hebat & cara terbaik mengenali Australia.  
Saya sebagai geologist haruslah cintakan mineralogy section. 
Bottom-right: cuba tengok susunan mineral. Keluar air liur saya.  
Abang cameraman tu pulak tak nak lari. Jenuh saya tunggu 
nak amik gambo mineral aje


South Australia Art Gallery.  Cantik & best.  Yang tak bestnya ada je security yang 
 mengekor kami.  Agaknya sebab kami ada anak kecik atau adakah muka 
kami macam muka perampok?.  Sedikit tak selesa :(

lifestyle of the city folks

Sebahagian dari banyak parks yang cantik.  Saya rasa in total maybe ada lebih dari 20 parks 
di serata bandaraya.  Secara jujurnya ini yang paling saya enjoy antara banyak2 benda. saya 
memang kagum dengan park dia orang.  Sangat terjaga dan public toilet sangat bersih. Nak cari 
satu sampah kat atas rumput pun sangat susah. Yang ada cuma daun-daun kering dan jugak 
burung yang kalau kat Malaysia cuma boleh nampak kat bird park atau dalam sangkar kat kedai pets

Kelebihan di musim panas.  Rasa macam nak baring je di celah2 pokok bunga.  
Top right tu rose yang berwarna light purple.  cantik sangat

 A complete package.  A city with beautiful beaches.  South Glenelg beach.  Kami berjaya spend 
2 petang kat sini.  I seriously love the beach.  Baby SJ loves the home made ice-cream kat area ni.  

 Setiap  kali datang mesti pilih nak aiskrim rainbow.  Kali kedua datang kami belum 
sempat pegi ke kedai aiskrim, dia dah pergi & terus order rainbow ice cream.

Subjek kegemaran terbaru.  Street arts

Yang ini cinta hati saya.  Bukan rantai besi tapi muka bulldog tu sangat comel.

Dan ini.  Buskers atau street performers and it seems to be a culture kat sini.  Kadang-kadang 
budak kecik aje yang buat busking, ditemani oleh parents.  Saya rasa ini adalah cara sesetengah parents nak naikkan confident anak.  
Kami sebenarnya tengok berpuluh2 street performace cuma saya kena lebih berhati-hati bila capture gambar orang.  Ada sesetengah 
negara menganggap mengambil gambil candid orang asing adalah rude.  
Overall, Australia has lots of talented buskers.   

Tak lengkap kalu tak ada haiwan .  Gambar yang tengah tu arnab tuan rumah kami, Buddy.  
Mana kucing?  Susah sangat nak jumpa walaupun saya baca kat satu website yang Adelaide 
ada banyak stray cats.  Tak jumpa stray cats kira bagus lah kan.  Maknanya, takde strays.  
Tapi kucing kepunyaan orang pun tak nampak bayang.

First part kami berjalan lancar kecualilah part-part bergaduh dengan baby SJ bila dia sorong stroller laju-laju ke arah orang ramai.  Mahu tak kami tak bising.  Sepanjang masalah bertelagah tapi kebanyakan masanya paknya lah yang handle.  Paknya lagi pandai berdiplomasi. Baby SJ's birthday was celebrated in Adelaide.  Takde hadiah kecuali free tram ride on the birthdayMak pak bersependapat yang mereka nak ngelat. Jimat.  Hahah

Sejujurnya I miss Adelaide. Rindu pada 'retirement city'.  Rindu pada langit yang cerah tanpa awan & rindu pada udara yang segar. 

Saturday, March 15, 2014

Update

A few major issues

1.  MH370

Tak perlulah mukadimah yang panjang as the whole world knows about the tragedy.  Kami rakyat Malaysia menangis.  Dan hari ini, selepas genap seminggu, press conference mengkonfirmkan spekulasi yang MH370 telah air-turn ke arah barat dari timur peninsular.  Hijacking is the main idea walaupun Najib tak lah terang benderang katakan. Kami masih menanti berita selanjutnya.

Bagi saya, saya cukup sedih.  Doa peribadi saya adalah agar semua passengers & crews selamat pulang.  For whatever it takes.  Harapan saya juga, Malaysian akan stop pointing to each other.  Bukan senang jadi orang di atas, sudah seminggu mereka tak balik rumah nak selesaikan misteri MH370.  Dari kita buang energy menuduh sana sini,lebih baik ambil wudhu dan solat hajat doa minta pertolongan Allah merungkaikan misteri MH370.


2. Muezza

Another sad episod for me.  Muezza masih tak di jumpai.  Sangat sedih sebab dia anak manja saya.  Kadang sampai termimpi sebab teringat2 pada dia.  Saya ada memohon pertolongan seorang ustaz tolong buatkan solat hajat & selepas beberapa hari ustaz ni call saya bagitau Muezza di ambil orang & orang tu tak ada niat nak pulangkan Muezza pada saya. That's my last resort, tak pernah saya buat tapi saya desperately want him back. Antara nak percaya dengan tidak, part of me lega sikit.  Kalaulah betul, sekurang-kurangnya anak saya tak kelaparan. Dan sehingga hari ni saya masih berdoa selepas solat agar Muezza pulang ke pangkuan saya.  I miss him so much.


3.  Niji

Another one.  Dua minggu selepas Muezza hilang, satu kucing jalanan saya juga menghilangkan diri.  Saya rasa sangat ralat sebabnya dia hilang selepas beberapa hari cat collar yang saya pakaikan padanya hilang.  Memakaikan cat collar adalah cara saya menipu cat haters.  Biasanya kucing with cat collars tak akan di kacau (or relocated).  Hajat nak gantikan cat collar pada Niji tak kesampaian sebab belum sempat beli yang baru, dia dah hilang.  Harap2nya dia selamat di adopt.  Niji agak special pada saya.  I help her to fight Parvo, I spayed her & dia sangat attached dengan saya.  Dulu ada seorang rakan almost adopt dia tapi biasalah, kucing local ni selalu nasib mereka tak baik.  Tetiba rakan saya senyap.  Masa tu saya kata pada diri, biarlah, mungkin nasib dia lebih baik di besarkan saya.  Anak2 jalanan saya makan minum cukup, cuma tak ada tempat baik untuk berteduh selain dari bawah kereta penghuni & belakang tong sampah.  Kasih sayang walaupun tak banyak tapi saya cuba yang terbaik untuk menitipkan kasih sayang. Dan semua street cats saya bernama sebab saya rasa every soul need a recognition.

Niji (depan)

4.  Cabaran bermusim

Every now and then, saya akan face cat haters condemning my feeding.  Biasanya bangsa cinalah.  Nak kata menganggu tak juga,  my streets cats stay behind the big garbage building.  Most of them do the nature call outside apartment compound ( I saw this often enough).  Tapi itulah, kalau dah benci tu, tengok kelibat haiwan tak berdosapun dah marah.  Samalah macam sesetengah melayu yang bencikan anjing.  So, ceritanya a day before MH370 reported missing, saya telah di marahi lagi oleh cina semasa saya bagi anak2 jalanan makan malam.  Seorang security guard di hantar untuk memarahi saya sedangkan cina tu cuma berdiri kurang dari 10 meter dari saya.  Terkebil-kebil saya.  Segala tip menjawab yang di beri oleh a fellow  rescuer hilang segitu je.  So sekarang ni, back to the old routine.  Saya terpaksa sembunyikan tempat makanan, to somewhere yang terdedah hujan (sebelum ni saya sediakan satu tempat yang cantik jugalah untuk anak-anak makan).  Terpaksa berjegil mata menunggu orang tidur baru buat feeding walk & terpaksa bangun sebelum orang bangun for another feeding walk.  Letih tapi memikirkan hanya sayalah tempat dia orang menumpang kasih, gagahkan jugalah.  


Makanya,  dicampur dengan kes mengikuti perkembangan kes MH370, saya memang kekurangan tidur lately.  Tapi apalah sangatnya ujian pada diri saya berbanding pada suami, isteri, ibu, ayah dan anak-anak yang menunggu kepulangan kesayangan masing-masing pulang ke pangkuan mereka.  Please, keep on praying for MH370 passengers and crews.