Seperti yang di tulis Cik Kentang, saya sekarang bertugas sementara di Norway. Sampai di sini hampir seminggu lepas dan turut bersama ialah Encik D & baby SJ. Saya berjaya memujuk Encik D mengikut saya kerana saya tidak mampu untuk berpisah dengan baby SJ.
Kali kedua saya di sini. Kali pertama dulu semasa musim bunga, maka kejakunan saya lebih kepada bunga tulip. Kali ini di lewat autumn & menghampiri winter. Sejuk bedi. Saya menanti-nantikan snow yang mungkin tiba seminggu dua lagi.
Kali pertama tinggal di hotel & keseorangan. Kali kedua lebih baik, tinggal di hotel apartment & bertiga. Saya memasak setiap hari di sini (awww!!!!) dan jangan tak tahu pagi tadi saya berjaya memasak nasi lemak (yang tak sedap). Kali pertama saya memasak nasi lemak sejak saya berumahtangga.
Baby SJ masih di dalam proses menyesuaikan diri dengan cuaca di sini. Dia masih kurang selesa di pakaikan baju yang berlapis2 & pakaikan baju tebal pada baby SJ adalah sesukar memaksa cik Kentang berkawin dengan penternak ikan keli.
Saya akan mengupdate lagi di masa akan datang...