Thursday, December 30, 2010

Special entry

I'm suppose to update my entry earlier but due to the time constrains and also i'm a bit clueless on how to write it here, so that's why only today i have the gut to put my words.

I'm now officially someone's mother. Hehe. We were blessed with a healthy baby boy on 21.12.2010 at exactly 0624 hours. No words can describe my feeling once he was born. Happy & sad at the same time. When encik D said his prayer i could sense that he was trembling. And no words were exchanged between two of us just a thank you kiss from the father. Finally we're so proud to be called mommy & ayah.

Today, 9 days after.. I'm still adjusting myself with my new duty. We still had those panic attack whenever he cried. I'm still confuse when i hear his crying in the middle of the night. It's strange when you feel very sleepy, yet rather than rewarding yourself with a sleep, you spent hours to watch him sleeping. I guess this is what every mother have. Dont blame me if i get too excited, as i feel i deserved it.

To family, friends, doctor, nurses and his godmother, thank you so much for all your support & prayer. This is all i need for my birthday.

Wednesday, December 15, 2010

Impian yang tercedera

Kisah mengenai impian yang tak kesampaian.. impian bercuti ke melben.

Ada yang menanya kenapa saya pilih melben.. saya pun sebenarnya tak berapa tahu.  Saya agak kerana ostolia adalah negara mat salih yang terdekat dan airasia ada flight ke sana, makanya sesuailah dengan poket saya yang nipis.  Walaupun Perth ialah bandar yang paling dekat tapi since saya dah pernah ke sana, itu sebablah saya memilih melben.

Tapi akhirnya impian nak ke melben tahun depan terpaksa di leburkan kerana ada lagi tawaran yang lebih menarik.  AirAsia baru aje membuka laluan baru ke NewZealand dan saya memang lebih terkinja-kinja mahu ke NZ berbanding ke Ostolia  Saya tahu encik D yang selaku peminat tegar Lord of the Rings akan berasa teruja jika berpeluang melawat tempat pengambaran cerita LOTR.  Sebaik sahaja mendapat kabaran AirAsia melancarkan laluan ke NZ, saya terus mencuba untuk meng'ushar' harga tiket tanpa melihat tarikh mula promosi.. heran juga, setipa tarikh yang saya masukkankan, jawabannya sold out.. terdetik di dalam hati, ish, ramai jugaklah org macam saya ni.  Rupa2nya bila saya mengkabarkan berita ni kepada Cik Kentang.. jawaban yang saya dapat adalah.. promosinya akan bermula 2 hari dari hari tu. Kui Kui

Sayapun mula merancang secara lebih teratur.  Tiba2 saya teringat yang salah seorang abang saya juga agak terkinja2 mahu ke NZ.  Hasil perbincangan dengan abang, kami bersetuju untuk pergi berempat (berlima kalau di kira si budak kecik yang akan di include kendian atau berenam jika Cik Kentang akhirnya berubah fikiran untuk sertai kami).  Abang saya mengofferkan dirinya menjadi juru beli tiket AirAsia.

Akhirnya hari yang di tunggu2 sudah tiba.  Abang saya bangun di awal pagi & memulakan tugasnya.  Akhirnya abang saya berjaya mendapatkan kami tiket murah.  Saya yang berada di hujung sini mulalah tersenggih-sengih berangan.  Selang setengah jam saya mendapat perkabaran yang semasa membuat bayaran, bayarannya pending.  Abang saya mengesyaki yang card creditnya bermasalah, mencuba buat kali kedua dengan menggunakan kad kredit kakak ipar saya, masalah yang sama terjadi.

By the time saya nak mencuba, semua tiket murah dah sold out.  Saya selaku adik yang memahami ketensionan yang di hadapi oleh abang saya (kan pernah jadi pada saya juga), menjadi orang tengah memanggil service centre menanyakan hal ini & setelah membazir hampir 15 minit mendengar pelbagai promosi yang kita boleh dpatkan secara percuma di mana2 (dengan di charge RM1.95 seminit ok), jawaban yang saya dapat dari operator yang agak tak berapa cukup ajar, maybe by the time payment di submit, tiket sudah sold out.  Begitulah ceritanya, walaupun pedih akhirnya saya dapat jawaban, itupun selepas hampir Rm30-40 duit terbang untuk bercakap dengan service centre.

Makanya di sini sekiranya lah ada di kalangan kita yang bersaudara dengan Tony Fernandes, tolonglah sampaikan pada dia yang jika mahu mengaut untung biarlah berpada2.  Saya agak suatu hari pasti AirAsia akan  mula mengutip bayaran jika kita mahu mengguna tandas di dalam flight.  Dan kepada sesiapa yang kerja dan jawatannya adalah operator telefom, silalah bersopan sedikit dengan pelanggan kerana itulah kerjaya yang anda pilih.

Berbalik kepada impian saya yang tak kesampaian tadi, saya tidak akan berputus asa bila ada promosi lagi di masa depan.  Kali ini biarlah saya pula memikul tugas berat lagi stress itu.. jadi tukang juru beli.  Harap saya biarlah semuanya berlaku secara adil & saksama. Dengarlah Tony Fernandes.. inilah luahan hati dari kami2 rakyat jelata yang berpoket nipis tetapi berhati besar ni.  Jikalah kami ini berpoket tebal, haruslah kami sudah menjejaki NZ lima tahun lepas.

5 vs. 3

Cerita yang belum dicerita. Lanjutan dari kedatangan mak saya. Mak saya sebenarnya datang dari kampung bersama2 dengan 2 anak sedara saya; si wonderpet & abangnya si pervert.  Satu kejutan sebenarnya sbb saya tidaklah di beritau dari awal.. sedar2 dah tersembul muka budak berdua yang kabarannya mengamuk untuk mengikut nenek ke KL.

Kami menjemput mereka di rumah abang saya yang kebetulannya balik ke kampung untuk menguruskan jemputan kahwin anak sedara saya yang saya pernah ceritakan dulu (nanti akan di hapdatekan cerita hal ini kalo rajin).  Bila di tanya mana budak berdua ni mau stay, depa menjawab.. ayah kata mana nenek stay, di situlah dia orang akan stay.  Umah saya lah tu.  maka beragkatlah kami berlima balik ke rumah saya di senja 2,3 hari lepas.

Sesampai di rumah, anak2 berbulu yang 5 ekor tu tunjukkan muka yang suspense dan  semua berlari masuk ke bilik kami sebaik kami mahu mahu masuk ke bilik.  Anak2 sedara saya ni tak tahu di mana silapnya tatapi memanglah di kenali dengan bersuara halilintar.  Persekitaran rumah kami ni memanglah sunyi, jadi tak mustahil lah seluruh blok boleh mendengar dia orang bercakap. Takut sungguh budak2 berlima tu dengan suara halilintar budak berdua ni.  Puas kami pujuk, anak2 berbulu tidaklah mahu berganjak dari bilik kami. penuh sesak bilik kami.  Akhirnya terpaksa di bawa masuk segala mainan depa, mangkuk makanan, bekas air.  Dan gadjet yang paling berharga tak lain tak bukan adal lint roller untuk membuang bulu2 yang gugur.. fening kepala saya.

Hani, hari ke 4 mereka bertapa di bilik kami.  Rutin kami semakin bertambah termasuklah mengangkat & membawa budak2 berbulu ke tandas diaorang yang kami letakkan di yard rumah.  bayangkan lah.. mengangkat & memujuk & meneman satu persatu mereka membuang.  Sungguhlah leceh.  Sudahlah itu Encik D pula tergeliat pinggangnya 2 hari lepas selepas terbersin.  Maka makcik ini jugalah yang harus bertungkus lumus memegang jawatan membawa budak2 berbulu ke tandas. 

Makanya kesimpulannya,bila 5 vs 3, yang menjadi mangsa kekalnya ada 2 iaitu saya & Encik D.

Monday, December 13, 2010

entry edisi oreo

Hari ini adalah hari kedua saya dalam cuti panjang.. bermula dari sick leave & akan bersambung dengan maternity leave.  bayangkan apa perasaan anda sekiranya dapat bercuti 100 hari bersama gaji.. sungguhlah
indah, tanpa perlu sakit otak di kantor, tanpa perlu balik lambat..

Walaupun sebenarnya belum boleh di kira btl2 dalam cuti.. 1st day cuti, masa di habiskan dgn aktiviti kekeluargaan (menjemput makmetua balik dari haji) & aktivitivi merapatkan silaturrahim bersama kakitangan hospital dan hari ini juga di habiskan dgn aktiviti kekeluargaan lagi berserta aktiviti merapatkan silaturrahim dengan ahli pasar berdekatan rumah.. makanya belumlah sempat saya terbaring tergolek di atas katil sambil makan anggur dan ketawa terbahak2 tanpa arah tuju. Tapi sementara menulis entry ini sempatlah juga makan oreo.. haha, matilah saya kalau dietician saya tahu yang saya sedang mengambil makanan yang tinggi sugar content.

Semalam mak saya sudah sampai dari kampung dengan satu misi yang besar iaitu menjaga saya dalam maternity.  Saya sebenarnya agak cuak dengan kehadiran mak saya kerana kadang2 angin kami berlawan arah & boleh berakhir dengan rasa tak puas hati salah satu pihak, di tambah pula dengan kehadiran anak2 berbulu yang saya tahu tidak mendapat tempat di hati dia dari awal lagi.  Apapun saya akan berusaha menjernihkan apa2 yang agak2nya akan ada potensi untuk menjadi keruh & saya akan berusaha menhargai niat murni mak saya yang sanggup datang dari kampung meninggalkan kawan2 kesayangannya di kampung halaman untuk jangkamasa yang agak lama. 

Sementara itu saya sungguh panik menunggu the biggest event dalam hidup saya.. di mana status saya akan berubah, tanggungjawab saya akan berubah dan had untuk berpoya2 perlu di limitkan.  Mampukah saya menjadi ibu yang baik? sedangkan selama ini, bawa diri sendiri pun setakat ala kadar kemampuannya.  Ish.. seriau bila terkenangkan itu, so janganlah di pikirkan dulu.. harap2 anak saya dapat menerima saya dengan seadanya.

Monday, November 29, 2010

coolkah saya

Semalam, di hari minggu yang julung2 kalinya saya berjaya menikmati sebagai hari minggu (saya tak payah pegi keje di hari minggu lagi), Encik D pulak mengambil satu kursus yang mengambil masa satu hari penuh.  Makanya saya dalam riang ria yang terpaksa di sembunyikan dari Encik D (politik orang berumahtangga, jangan tunjukkan kegembiraan yang melampau jika partner anda out-station), telah mengajak Cik Kentang berpoya2.  Kejamkan saya meninggalkan adik2 ipar saya berteleku di rumah sedangkan saya berpoya2.  Saya akui saya adalah kakak ipar gred D dalam bab2 ambik berat ni.

Saya mengajak Cik Kentang ke salon.  Hajat di hati ingin memotong rambut secara bergaya sebelum matenity leave agar bila ada tetamu tidaklah rambut saya kusut masai. Dan juga biarlah anak saya tidak terkejut melihat rupa paras maknya yang tak seberapa ni pertama kali dia menatap muka saya,  Sekurang2nya biarlah dengan rambut sedikit terurus kan.  Ini kali pertama dalam hidup saya memotong rambut di salon yang agak grand, sebelum2 ini saya hanya memotong rambut di kedai gunting jenama X.

Hajat di hati hanyalah cut & wash, tetapi selepas di bodek oleh amoi seksi, saya menjurus pulak ke hair treatment.  Selepas 2 jam dan rambut saya di kerjakan lebih dari 3 orang, barulah siap.  Fesyen rambut pun bukanlah pilihan sayayang asalnya tetapi pilihan perunding a.k.a boss kedai yang nampak macam ala2 lelaki metroseksual.  Yang penting stylo & senang di jaga@ dalam ayat mudah saya tak perlu sikat sepanjang masa.  Nasihat si apek metroseksual, after confinement you datanglah colorkan rambut.. rambut you cantik kalau di color...amboi, ingat aku tak payah sembahyang ke apek?  Tidak cukup dengan itu, saya dibodek lagi oleh amoi seksi membeli serum.. makanya di akhir lawatan saya, terbanglah duit saya melangkaui 3 angka. 

Yang paling kelakar, sesampai di rumah, selepas saya buka tudung, apa yang lihat rambut saya tidaklah ada bezanya dengan rambut yang di potong di kedai Gunting jenama X.  Haha.. padan muka saya.

Bila di tanya encik D di sebelah malamnya saya hanya mampu menjawab dengan seperlahan yang mungkin sambil memandang muka anak2 berbulu yang kos potong rambut murah sahaja,, bohong sunat.  Dalam pada itu, anak2 berbulu masih terkebil2 menatap wajah baru saya.

update selepas sedekad

Beberapa minggu lepas adalah minggu yg sungguh tah apa2 bg saya..

pertama: Encik D demam panas selepas kes kelam-kabut menghantar emaknya yang nak berangkat ke Mekah .  Agakan saya di sebabkan hectic life semenjak dua menjak ni. menguruskan kemergian emaknya ke Mekah, mengadakan kenduri kesyukuran, berulang alik ke kampungya berselang hari akhirnya encik D tumbang.  Akhirnya kami ke hospital dan result ujian darah menunjukkan bilangan platletnya jatuh dr paras normal. Takut juga saya pikirkan, manalah tahu penyakit lama jengah balik.  Selepas berfasa2 sesi mengunjungi doktor pakar, akhir baru minggu lepas semuanya nampak sedikit cerah di mana ujian darah semakin positif.  Tetapi kami masih menunggu keputusan detail dalam seminggu dua ni untuk memastikan semuanya 100% positif.

Kedua:   Work load.  Tak dapat di nafikan inilah waktunya dalam tempoh 5 tahun saya berkerja di the Co. kerja saya paling banyak.  Hampir setiap hujung minggu saya terpaksa berkerja, hampir setiap hari saya balik paling awal pukul 8, kadangnya pukul 11.  Dengan keadaan badan yang tak seberapa ok (semenggah, kata orang perak)  memang saya stuggle untuk put everything in order.  Nak tak nak, saya berjaya memotivasikan diri memikirkan new colleague belum berapa mahir dengah sesetengah software.  Alhamdullillah, things went smooth.. Encik D memahami, colleague byk membantu & encik pengurus juga banyak bagi support.  Hari ni saya udahlah berjaya menyiapkan hampir semua task.  Makanya dapatlah saya bercuti panjang tanpa segan silu 2 minggu lagi.

Ketiga: Impak kehilangan Cik Kentang selama 2 minggu.  Saya terpaksa memandu sendiri ke office.  Perancangan aslnya Encik D akan menghantar & menjemput saya pergi & balik tetapi bila Encik D di serang demam, saya terpaksa memikirkan plan B.   Saya keluar awal dari rumah setiap hari bagi mengelak traffic & ada lah jugak kemujurannya saya ada banyak kerja sepanjang 2 minggu Cik Kentang di Jakarta, makanya balik lambat memberikan saya kelebihan serampang dua mata dan dapatlah saya mengelakkan diri dari belenggu dari rasa bersalah memikirkan Cik Kentang terpaksa menunggu saya habis kerja berjam2 di surau setiap hari.  Tetapi, those 2 weeks betapa saya longed to have Cik Kentang around.. saya rela biarpun terpaksa mendengar Cik Kentang bercakap tanpa henti :-)

Ke 4:  Ketiadaan makmetua memberikan kami tanggungjawab baru iaitu 2 dari adik Encik D yang sebelum ini tinggal bersama makmetua di kampung telah tinggal bersama kami.  Perancangan asalnya keduanya akan tinggal bersama sepanjang ketiadaan makmetua saya tapi ada rumor mengatakan akibat dari teguran seorang makcik EncikD kepada adik2 Encik D yang sudah berumahtangga untuk meringankan tanggungjawab kami, makanya tiba2 di satu petang minggu yang bening datanglah segerombolan adik2 Encik D menjemput adik2nya berdua tinggal di rumah dia orang secara bergilir.  Apalah sangat bebannya menumpangkan adik2 Encik D di rumah kami kerana kedua2nya udahlah besar panjang. Apapun, apa yang datang saya terima, apa yang pergi juga saya terima.  Siapalah saya untuk masuk campur urusan keluarga mereka.
 
Ke 5:  Kurangnya perhatian yang di tumpukan pada anak2 berbulu.  Anak2 berbulu agak terbiar akhir2 ni.. atas semua faktor2 di atas.  Mahupun yang di rumah Cik Kentang ataupun di rumah sendiri.  Kesian sungguh memikirkan anak2 berbulu di rumah Cik kentang yang lansung tak sempat saya jengok lately. Saya agak anak2 berbulu di rumah Cik Kentang mesti mengagak yang saya sudah mati. Sindiran Cik kentang semakin tajam akibat dr saya mengabaikan mereka & adakalanya menusuk terus ke jantung.  Harap Cik kentang memahami & memaafkan saya.  Anak2 berbulu di rumah pun sama terbiar.  Dan untuk menghilangkan rasa bersalah pada diri, saya kerap memberi kebenaran anak2 berbulu masuk ke bilik kami lately.  Kekononnya biarlah mereka dapat bermanja dengan saya sewaktu saya pengsan keletihan.  Dan makanya katil kami udahlah menjadi scratch post terbaru mereka.  Encik D semakin kerap menyindir, dan saya terpaksalah semakin kerap menyengih.

Hari ini, things dah hampir kembali normal.  Hari ini saya berjaya sampai di rumah pada pukul 7 p.m.. anak2 berbulu keriangan menyambut saya balik & saya juga keriangan dapat kembali life saya.  Kata orang setiap pengorbanan pasti ada ganjaran kan.. inilah ganjaran saya.. puas hati.

Sunday, October 31, 2010

Setiap kejadian Tuhan jadikan secara berpasangan

Tajuk yang gempak untuk entry yang sengal

Susulan dr cerita sengal minggu lepas..saya dah ada pasport baru..hahaha. Hasil dr cuti menghantar makmetua pegi haji, saya tanpa segan silu mendesak Cik Kentang mengambil cuti sekali.  Memandangkan makmetua saya berangkat disebelah malamnya dan Encik D pula telah balik ke kampung menjemput emaknya, maka saya mempunyai masa percuma di sebelah pagi dan setengah dr masa tengahari.  Cik Kentang yang cukup serasi sebagai supir saya sejak akhir2 ini berjaya di pujuk untuk membawa saya ke Putrajaya untuk bikinkan passposrt baru saya.

Selepas tersesat, tersalah pergi ke cawagan imegresen yang lain, akhirnya kami sampai juga ke persint 15 (anyway, bolehkan seseorang memberitahu saya kenapakah Putrajaya ni sususan persintnya sungguhlah tidak terurus?).  Menulis borang aje saya udahlah tersenyum simpul, apatah lagi apabila tatkala di serahkan pasport baru ke gengaman saya.. ayat kami (Cik Kentang & saya) sejak berabad2 lalu perasaan itu di namakan ciwi batat.  Saya akan boleh travel sesuka hati (ada duit sukalah hati, tarak.. passport validity 100 tahun pun tak guna ye dak), sehinggalah expiry date iaitu march 2016. 

Apa lagi yang buat saya suka di hari tu?
1.  Buat julung-julung kalinya saya mendapat layanan istemewa sebagai wanita hamil.. walaupun saya di label OKU apabila saya menceritakan hal ni pada Encik D, tapi saya tak kisah.. saya suka bila saya dapat giliran yang cepat. 
2.  Saya berjaya dapatkan informasi yang budak kecik, sekecik 1 hari sudah boleh di buat passportnya.  Imegresen, tunggulah kedatangan kami lagi.. jangan2 nanti keluar dr hospital kami sudah terpacak di depan pejabat imegresen.
3.  saya tak perlu berhabisan duit membikin gambar pasport baru.. saya cuma menggunakan gambar lama. Eloklah juga, sebabnya kalau di ambil gambar di waktu sekarang sudah tentu muka saya akan kelihatan sekembang rempenyek ikan bilis.  I dont want to bear with self hatred for 5 over years.
4.  Saya akan claim fees utk pasport saya dengan kantor kerana sekali sekala walaupun lama dah taknya, kami akan out station.  Jimat RM 300 duit saya.

Dan apakah kaitannya cerita ini dengan tajuk entry..
1.  Perasaan marah & kecewa saya 2 minggu lepas sudah terubat.. pasangan kepada kecewa adalah kegembiraan.. iye, saya sungguh gembira.
2.  Ketiadaan Encik D sebagai supir tetap di bantu oleh kehadiran supir 3 suku tetap saya, Cik Kentang.. takde Cik Kentang, semua tak menjadi hari tu.

arakian cerita sengal saya :-)

Thursday, October 21, 2010

Post kecewa

Entry ni saya mula menulis seminggu lepas tapi iyelah.. manakan sama saya dengan Cik me_cnor yang boleh menulis berkajang2.. ada aje yang membantutkan hasrat saya mengepos entry saya. 

Cerita yang di tulis dari minggu lepas

Hari ni, hasil dr cerita Cik Kentang yang bersungguh-sungguh bercerita tentang jualan murah syarikat penerbangan, makanya saya di celah2 kesibukan kota & kesibukan keje sempatlah juga mencelah mencari tiket murah. Memikirkan tahun ini kami cuma berpeluang pergi Penang sahaja,saya berjaya meng'suggest' pada Encik D membeli tiket untuk ke Melbourne. Jangan ingatkan senang nak menyakinkan hati Encik D.. siap merayu, terbaring tergolek barulah Encik D termakan pujuk.  Memang sudah lama saya mengigau utk pergi sana tetapi iyelah saya bukanlah dari golongan kaya raya, baik sikit aje dari kais pagi makan pagi. Kali ini saya nekad dan setelah di kira2, di bajet2 MAYBE kami akan sempat mengumpul duit menjelang jun tahun depan ( dengan menolak kira yang kereta dah menjerit2 minta ditukar baru). Takpe, takpe pujuk saya di dalam hati, kereta blh tgu.. Lagipun manalah tahu tahun depan berpeluang naik kereta baru Cik Kentang.. Makanya bolehlah saya menuggu setahun dua lagi untuk menukar kereta. Ngeh! Ngeh!

Bertanya kepada seorang rakan, saya di beritahu tiket untuk si Kecik boleh di beli kemudian hari kerana si Kecik tidak memerlukan tempat duduk di dalam flight.  Memujuk Cik Kentang untuk turut serta, tetapi baru kami teringat yang jika kedua2 kami bpergi bercuti serentak.. anak2 berbulu kami akan kehilangan catsitter.  Hmmm..

Jadinya saya dengan pertolongan Cik Kentang berjaya mendapat tiket murah walaupun bukanlah di tahap murah melampau. Dalam tahap kesibukan yang maha gaban (saya sedang sediakan satu survey proposal yang perlu di finalizekan hari ni jugak), saya memulakan dgn langkah pertama; login. Tak berjaya.. Tak tahu kenapa. Kata Cik Kentang sbb websitenya dah jam. Tak putus asa, saya mengisi particular manually. Darah dah mula membuak2 sebab alamat kediaman kami di pertikaikan. Ceh, siapa yang lebih tahu alamat kami kalu tak kami sendiri kannn. Selepas di beri warning yang saya perlu mengisi dalam jangkamasa tertentu, saya pulak terlupa no passport kami, terpaksa pula membuat panggilan kepada encik D untuk menghulurkan khidmat. Encik D pulak dengan berlenggang kangkungnya macam kebiasaan dia sampaikan saya terpaksa merayu dia berlari2 anak mendapatkan nombor passport kami. Sesudah selesai mengisi saya teringat akan satu perkara yang melampau mengecewakan diri iaitu pasport saya akan expire bulan march depan, makanya saya perlu memperbaharui dulu sebelum saya dapat membeli tiket tetapi saya cuba juga untuk mengsubmit borang yang sudah saya isi tu tetapi saya dah terlewat submit borang dimana tempoh yg di beri sudah tamat. Double kecewa.  Arghhh. Saya cuba menelefon service centre untuk bertanyakan hal pasport, udahlah di casnya dengar kadar panggilan yang mahal (RM 1.95/minute), 3 minit pertama saya terpaksa dengar suara mesin sahaja dengan menekan butang se sana sini..  akhirnya lansung saya tak dapat bercakap dengan operator yang sebenar.

Saya yang sudah kecewa di tahap gaban meminta pula khidmat Cik Kentang untuk cuba juga membelikan tiket ke Melbourne bagi pihak saya.  Cik kentang yang mana barangkali officenya menggunakan khidmat package internet yang termurah di pasaran agaknya, masih beria-ria memberitahu saya yang screen internetnya masih menunjukkan harta tiket yang murah.  Cik kentang cuba membeli di pihak saya tetapi sebaik saya dia cuba submit borang pembelian, dia pun di update yang tawaran murah sudah tidak lagi murah. Huhuhu.. Terasa sungguh diri di anaiya oleh internet di pejabat Cik Kentang. 

Terpikir saya, tak apa lah tiket mahal sikit, saya tetap juga mahu ke sana tahun depan dan apabila saya mengadu kepada seorang rakan, dia mengofferkan untuk menolong di mana kawannya ada bekerja di jabatan imegresen katanya.  Kawan ini meberitahu dia akan minta pertolongan kawannya mempercepatkan proses membuat pasport baru sekiranya saya tidak dapat beratur lama di pejabat imegresen.. tapi akhirnya saya terpaksa akur yang saya memang betul2 kena lupakan niat beli tiket murah di jualan murah kali ini di sebabkan saya betul2 tiada masa hinggakan appointment dengan doktor pun saya terpaksa postpone
sehingga 3 kali.  Inikan pulak nak beratur di pejabat kerajaan.

Cerita yang di tulis hari ini

Hari ini, seminggu selepas kejadian.  Saya sudah menyimpan beberapa wawasan iatu:
1.  Saya akan beli tiket ke Melbourne jika ada lagi tiket murah di masa akan datang. 
2.  Saya akan berusaha memperbaharui pasport sebaik sahaja saya dapat mencelahkan masa saya
3.  Sebaik sahaja si kecik lahir saya akan buatkan passport untuk si kecik

harap2 plan menjadi.. aminnnn

Wednesday, October 6, 2010

Selepas 1 tahun

Hari ini, 06.10.2010, genap setahun Imran Firdaus meninggalkan saya.  Rakan2 yang mengikuti blog saya dari awal pasti tahu siapa Imran Firdaus.  Bagi yang baru (ada ke? :-) ), Imran Firdaus adalah anak sulung saya yang tak pernah sempat saya tatap wajahnya, yang hanya sempat berada selama 9 minggu di dalam kandungan saya.

Takdir Tuhan menentukan kemergian Imran Fridaus mungkin untuk memberi ruang pada adik dia kerana kedua2nya tidak boleh dan tidak akan hadir bersama di dunia.  Imran Firdaus sepatutnya lahir pada 13 May 2010 & adiknya mula di kandung pada akhir March 2010.  Apapun, Allah tahu yang terbaik bagi setiap umatnya & saya tahu ini yang terbaik untuk saya.

Cuma ada beberapa perkara yang saya buat terkilan dan semuanya atas kelalaian saya sendiri.  Salah satunya saya tidak mempunyai sebarang gambar imbasan ultrasound Imran Firdaus.  Satu-satunya gambar yang ada di dalam simpanan kami rosak.. seperti yang saya katakan tadi, akibat kecuaian saya.  Cuma apa yang mampu yang jadikan kenangan ialah saya pernah mimpikan Imran Firdaus tapi saya sendiripun tak pasti samada itu mainan syaitan ataupun anugerah dari Allah. 

Selepas 1 tahun berlalu, saya masih rindukan anak sulung saya & saya doa moga di akhirat Allah temukan saya dengan dia, sebagaimana saya harapkan Allah akan temukan saya dengan abah saya.

Saturday, October 2, 2010

Giliran saya

Memandangkan kawan2 nun di sana beria2 menghapdate entry masing2, saya pun tidaklah mahu kalah sementelah lagi membacakan entry cik me_cnor yang berkajang-kajang panjangnya.  Terharu sungguh saya dengan kesungguhan beliau menghapdate entry beliau.

Update1:
Beberapa minggu lepas saya mendapat hadiah handphone baru yang mempunyai kemudahan melayari laman sesawang secara mobile. Udahkan orang bagi, janganlah tak diguna kan.. Sebulan pertama, saya tidak mengambil package Data Transfer (internet mobile) di sebabkan saya rasa kurang perlu tetapi bil telefon saya melonjak sehingga RM500 . Licik sungguh service provider ataupun saya ni tak bijak matematik?.  Kekononya murah, 10KB for RM0.05.. idoklah saya tahu membuka 1 gambar raya orang di dlam FB boleh mencecah sehingga 1MB iaitu berkadaran dengan RM5.  Dan di sebabkan membuka FB setakat sejam dua sepanjang cuti raya udahpun kena RM500.  Moralnya jangan tertipu bila baca tawaran2 murah dari service provider anda, ambillah calculator anda & mulalah mengira kerana sungguh tak berbaloi dengan melihat gambar raya orang lain anda di kenakan cas RM500.  Sekarang ini saya sudah menjadi pelanggan Data Transfer package (internet mobile) secara kurang rela.  Berbaloi atau tidak tidaklah dapat di kenal pasti lagi sebabnya setiap kali saya cuba melayari laman sesawang sambil Cik Kentang memandu kereta bersambil pula dia bercerita, kepala & mata saya berpinar-pinar.. screennya kecik mah, di tambah lagi dengan suara latar Cik Kentang di belakang sana.

Update2:
Rakan2 di kantor are making fun tentang saya punya kekembangan bagaikan keropok sejak2 akhir2 ni. Seronok jugak sebab semua orang bagaikan tak dapat membayangkan yang badan saya mampu mengembang selama ni. Mula2nya semuanya cuba berkata secara sopan santun saya kelihatan lebih elok sejak saya put some weight tapi secara beransur2 susunan ayat mula bertukar.. Encik Padang yang sudah berkawan ketat dengan saya (selepas satu insiden saya  marahkan dia balik selepas dia meninggikan suara pada saya beberapa bulan lepas) gelarkan saya tembikai. Kak Su, kakak 'tea lady' di kantor memanggil saya dengan berbagai2 panggilan.  Saya tak marahpun malahan saya sendiri rasa kelakar dengan kekembangan diri saya.  Jangan sampai tak boleh di reverse balik di kemudian hari cukuplah.

Update3:
Anak menakan saya iaitu anak abang kesayangan saya telah mewarwarkan di FB status dia engaged & sehari kemudian mewarwarkan yang dia akan berkahwin di hujung tahun.  Terkasima saya sekejap sebab kami satu keluarga tidaklah tahu menahu tentang hal ni, begitulah juga emak saya yang pasti akan menyalahkan saya jika dia antara yang terlambat tahu sebarang berita penting.  Anak menakan ini yang memang semenjak bayi memang ada tendency menyukai lelaki di tahap gaban & memanglah agak kehadapan visionnya berbanding kami2 di sekeliling (termasuklah mak menakannya ini) tetapi mewarwarkan sesuatu yang agak besar kejadiannya nanti agak membuntukan jiwa kami.  Seperti juga keluarga Cik Kentang, keluarga saya pun boleh di kira bukan lah keluarga yang mengikut adat.. kami ringkas dalam banyak perkara terutama adat.. tetapi idak ke pelik bertunang sekali pun secara senyap walhal seminggu sebelumnya mereka sekeluarga (termasuklah boyfriend anak menakan saya) balik kekampung untuk beraya.  Dan abang kesayangan saya sekali tidaklah memberitahu saya apa2 sedangkan dalam seminggu, dalam sekali atau dua kami berbual dan bermessage di telefon. Hendak di tanya, saya pun risau sebenarnya abang saya sendiripun tak tahu yang anaknya dah bertunang, makanya terpaksalah saya pendamkan ke'busybody'an saya.  Dan tindakan susulan saya ialah tidak menhubungi family member2 yang lain untk mengelak terlibat dengan gosip2 liar memandangkan saya selalunya menjadi pusat maklumat kepada semua adik beradik akibat saya memang rapat dengan semua adik beradik.  Sementara itu, saya buntu.  Dan hari ini saya akan ke rumah abang kesayangan saya untuk beraya, saya berharap banyak persoalan akan terjawab.

Kesian untuk kali ini.. walaupun entry saya tak sepanjang entry Cik me_cnor, tetapi bolehlah menyamai entry Cik_kentang yang sedang sungguh teruja mahu mendapat adik ipar yang memberikan dia kipas tangan.  Begitu mudah untuk merasuah Cik Kentang.

Sunday, September 19, 2010

Entry selepas raya

9 hari selepas raya..

saya dah balik ke KL.. selepas beraya di kedua2 umah makmetua & mak.  Idoklah sakan mana raya saya tetapi demi menjaga hati semua pihak terutama hati diri sendiri  (tak sanggup saya menghadapi raya tanpa menatap rupa paras ahli keluarga saya), makanya setiap kali raya kami akan balik ke dua-dua kampung.

Di kampung pertama iaitu kampung makmetua, dia orang beraya sakan.. dari pagi sampailah tengah malam.  Nak tak nak terpaksalah ikut dengan muka yang cuba dimanis2kan.  Dalam pada itu, mata saya sentiasa meleret ka arah Encik D dengan harapan message yang di hantar akan di terima dengan jelas & terang iaitu 'jomlah balik'.  Tapi hasil dari penyelidikan saya, pabila berkunjung ke rumah orang, Encik D akan berusaha untuk tidak bertembung mata dengan saya untuk mengelakkan dirinya di belenggu rasa bersalah atara tidak mahu balik emaknya & mahu balik bininya.. ngeh ngeh.

Di kampung kedua iaitu kampung saya, kami cuma berkunjung ke 4 buah rumah selama 5 hari kami di sana.. iaitu rumah2 yang wajib sahaja & satu drnya (umah pakcik depan rumah) kami berkunjung sambil memakai baju tidur. Masuk di hari ke4, Encik D menrungut bosan & takde peluang dia nak memakai baju raya dia.  Akhirnya kami ke kopitiam sebelum singgah di pantai supaya Encik D berpeluang memakai baju raya dia.  Di hari terakhir kami di kampung, kami keluar makan2 bersama family & juga ke pantai lagi untuk bermain layang2.  Bermakna sungguh raya saya.

2 event penting semasa raya:
1.  Makan.  Saya memang banyak makan sepanjang raya kali ini.  Saya dapat rasakan perubahan diri saya terutama bila satu baju saya tidak boleh di pakai langsung & org2 sekeliling kerap mengomen yang saya lebih elok berisi seperti sekarang ni dari kurus kerempeng macam dulu.  Adakah ini satu sindirin atau komen yang ikhlas?  Haha...

2. Tidur.  Apabila tak ada aktiviti lain saya akan tidur atas alasan saya tak dapat cukup rehat sepanjang bulan puasa; 2 minggu terakhir di bulan puasa saya sering bekerja hingga lewat malam nak siapkan report yang harus di siapkan sebaik masuk office selepas cuti raya.  Agak2 saya, taktik saya berkesan.

Dan besok saya akan mula berkerja.  Makanya selepas ini saya akan mendodoikan diri saya sekejap kerana saya pastinya memerlukan tenaga yang banyak apabila sessi pekerjaan bermula.  Dalam pada itu, apa lah komen rakan2 satu office saya nanti melihatkan saya yang semakin montel.. pertambahan berat  4kg dalam masa 2 minggu.  Pencapaian berat yang paling hebat sepanjang saya bergelar orang.

Friday, September 3, 2010

Selepas 25 tahun

Hari ini, selepas 25 tahun (tahun hijrah), arwah abah saya meninggalkan kami.  Abah meninggalkan kami pada 24hb ramadhan 1406H bersamaan 2 jun 1986 iaitu genap seminggu sebelum adil-fitri.  Abah meninggalkan kami tanpa sebarang petanda, di serang heart attack selepas menunaikan solat terawih dan belum sempat di bawa ke hospital abah menghembuskan nafas akhir beliau.  Pejam-celik, tahun ini dah 25 tahun kami hidup tanpa abah.  Saya bukan lagi kanak2 seperti dulu, tapi saya tetap anak kecik abah.

Paling tersentuh apabila kami berbuka puasa tanpa abah buat kali pertama (untuk selamanya) dan mengenangkan senyuman abah pada saya beberapa minit sebelum abah menghembus nafas.  Kebanyakan family member makan sambil menangis, tapi saya menjadi agak keras, berjaya menahan air mata.  Tetapi saya tewas apabila sampai waktu tidur sebab abah biasanya mengangkat saya ke katil semasa saya hendak tidur.  Walaupun kami agak biasa tanpa kehadiran abah di rumah ( arwah abah saya bekerja sebagai driver pejabat kerajaan negeri yang mana memerlukan dia banyak out-station) tetapi kehilangan yang sementara tak akan sama dengan kehilangan yang selama2nya. Jika abah ada di rumah, tidur saya selalu berangkat & tidur saya akan berselimut rapi (sehinggalah sebelum abah meninggal) dan di tengah malam abah akan kejutkan saya untuk di pimpin ke tandas.  Semua tu berubah sekelip mata.

Apabila saya menyeluk poket baju melayu yang dipakai abah di malam terakhir abah, saya terkedu bila saya jumpa beberapa kuntum bunga kenanga.  Bunga kenanga ialah bunga favourite abah, dan wanginya bunga kenanga itu berlanjutan sehingga bunga kering dengan sendiri selepas seminggu abah meninggal.  Sedih bukan.  Emak saya mengambil masa yang lama untuk mula mencuci baju tinggalan abah kerana tahu saya rindukan bau abah.  Malam2 seterusnya saya memang tidur memeluk baju dan berselimutkan selimut abah.

Di hari raya, abang saya memakai baju melayu yang sepatutnya di pakai abah dan semua kami terdiam sebab saiz abang dan abah lebih kurang sama, dan abang kelihatan serupa abah.  Kehilangan abah buatkan raya kami tidak terasa.  Rumah yang selama ni selalu riuh rendah jadi sunyi.  Saya tahu emak menahan rindu pada abah tapi demi anak2 emak menyembunyikan daripada kami. 

Impak kehilangan abah sangat kuat pada saya kerana saya antara yang terapat dengan abah.  Saya menjadi sedikit biol untuk satu jangkamasa dan hampir setiap malam saya berdoa saya dapat menjejaki langkah beliau sebab saya amat rindukan abah.  Selepas hampir 2 tahun barulah saya kembali agak normal, tetapi setiap kali balik dari hostel, saya akan melawati kubur abah selama berjam-jam.  Itu tak dapat saya buangkan sehinggalah saya habis universiti.

Senarai 25 benda yang saya rindu tentang abah:
1.  Bau abah
2.  Di peluk abah
3.  Ciuman abah & rasa geli bila terkena kumis abah
4.  Saya rindu untuk peluk abah dari belakang
5.  Saya rindu di pangku abah
6.  Saya rindu dengan suara abah
7.  Di angkat abah bila saya tertidur di depan tv
8.  Di selimut abah selepas di baringkan di katil
9.  Menunggu abah balik dari out-station
10.  Menengok abah bergurau senda dengan emak saya
11. Di rotan abah bila saya nakal
12. Menemankan abah out-station yang balik hari di waktu saya cuti sekolah
13. Share makan telur separuh masuk dengan abah
14.  Di jaga abah semasa saya sakit  (terakhir jadi 3 hari sebelum abah meninggal yang mana abah langsung tak tinggalkan saya kecuali untuk sembahyang)
15.  Saya rindu di bawa abah & di kenalkan abah pada kawan2 abah
16.  Diteman abah bila saya nak mandi sungai, abah akan duduk baca surat khabar jawinya di jeti sementara saya mandi
17.  Tidur sama abah & emak bila saya takut ( biasanya saya akan tidur di sebelah abah bukan emak)
18.  Di bawa abah dengan motorsikal ke rumah nenek (emak abah)
19.  Di bawa abah meronda-ronda sekeliling bandar dengan jeep pejabat abah
20.  Berkelah di pulau seberang sungai rumah kami.
21.  Menjadi pemerhati bila abah terlibat dengan parade di hari kebangsaan dimana abah biasanya akan drive kereta berhias.  Bila abah melintasi kami yang berdiri di tepi jalan raya, abah akan campakkan air kotak kepada saya
22. Di bawa abah menziarahi kubur datuk saya (ayah abah) sehari sebelum raya. 
23. Menemankan abah pergi memancing di mana kami akan spend masa berjam2 berdua sahaja & dibawa meronda sungai belakang rumah kami dengan menaiki boat
24. Di pujuk abah bila saya merajuk.  Kali terakhir saya di pujuk abah adalah selepas berbuka puasa malam terakhir abah.  Sebabnya, baju raya yang di tempah emak untuk saya baru siap & saya tak sukakan baju raya tu.  Abah berkali2 memujuk saya, abah kata saya cantik pakai baju raya tu (saya tahu abah tipu sebab saya memang hodoh dari kecik).  Dan kalaulah saya tahu itu malam terakhir abah, sumpah saya tak kan merajuk.  Saya akan cakap terima kasih pada abah & saya akan bagitau abah saya sayangkan abah lebih dari segalanya.
25.  Mimpikan abah.. Semasa kecik  saya selalu mimpikan abah datang & memeluk saya, kadang2 bawak saya bersiar2. Dan kali terkhir saya mimpikan abah pada tahun 2005 (apabila saya mintak petunjuk samada memilih Encik D atau tidak, saya mohon Allah tunjukkan dalam cara yang mudah saya fahami.  Dalam mimpi abah datang, mengangguk dan tersenyum ke arah saya, sangat mudah untuk saya fahami). Tetapi maybe akibat dari saya banyak buat dosa di tahun2 berikunya, abah tak lagi datang ke dalam mimpi saya.  Sangat sedih.

Selepas 25 tahun.. rindu saya memang tak pernah pudar & tahun ini adalah kali ke 26 kami akan beraya tanpa abah.  Antara benda yang pertama yang akan saya buat bila saya balik ke kampung nanti adalah ziarahi kubur abah.  Dan harap2nya saya akan berpeluang membisikkan rahsia saya pada dia seperti yang selalu saya buat suatu masa dulu.

Tuesday, August 10, 2010

Tentang Dia

Hari ini sementelah saya cuti sakit ( sungguh tak tipu wahai Cik Kentang yang hampir mengamuk di subuh hening sbb kena memanjat tangga kereteapi kesan dari saya cuti sakit, cuma idoklah saya terlentang bed ridden di atas katil berkelip2 sementara menunggu ada yang sudi menyuap sesudu demi sesudu bubur ayam McD), saya terpikir untuk menulis sesuatu.

Saya nak bercerita tentang seseorang.  Saya mengenali dia sejak kecik, cukup kecik.  Kami membesar bersama-sama. & dia adalah abang ketiga kesayangan saya.  Membersar dalam keluarga yang besar dimana saya ada pilihan 4 abang dan 4 kakak untuk pilih satu yang paling saya kagumi, saya pilih dia. Gap umur kami agak besar iaitu 14 tahun tapi antara kami ada satu bond yang amat kuat.  Saya amat mengagumi dia & mungkin dia orang ketiga yang saya kagumi selepas pak & mak saya. 

Memory2 terawal yang melibatkan saya & abang saya bersama yang masih saya ingat ialah akiviti menanam sayur di belakang rumah makpak kami.  Aktiviti ni berlangsung sementara dia menunggu keputusan keputusan SPM atau STPM.  Abang saya memang sangat rajin,  jarang sekali dia membuang masa macam remaja2 sebaya dia.  Saya kerap membantu dia di kebun dan dari situlah saya belajar makan kacang panjang mentah & itulah satu-satunya benda hijau yang saya berjaya memasukkan ke mulut saya tanpa perasaan syak wasangka bertahun2 berikutnya sehinggalah 3 tahun kebelakangan ini. 

Apabila dia berjaya masuk ke universiti, setiap kali cuti panjang pasti dia akan buat sesuatu.. ada masanya dia menternak ayam, ada masanya dia membuat design t-shirt dan kami sekeluarga akan membuka gerai menjual t-shirt di pesta pantai (satu pesta besar di tempat kami satu masa dulu).  Dan aktiviti2 segitulah yang merapatkan hubungan kami sekeluarga, we had so much fun walaupun letih giler.  Makpak saya walaupun orang kampung tapi cukup memberi sokongan mereka & sama2 terlibat dalam aktiviti2 kami orang2 muda.

Abang saya jarang sekali meghampakan saya dan begitu gak pada makpak saya.  Semasa dia di universiti, hampir setiap minggu dia akan mengantarkan saya poskad.  Paling saya suka poskad2 gambar monyet pelbagai gaya.. sayang sungguh saya tak tahu menghargai, kalau tidak, itulah barang2 berharga yang pasti saya simpan sampai sekarang tapi maklumlah umur saya baru 5 atau 6 tahun masa tu.. poskad yang sampai pun orang yang tolong bacakan  (Fakta: saya bukan budak pandai sejak kecik, saya hanya tahu membaca semasa umur 7 tahun).

Apabila dia cuti semester, antara aktiviti2 yang kami buat ialah menonton wayang (wayang pertama yang saya tonton dalam hidup saya adalah cerita Adik Manja bersama abang saya; hanya kami berdua saja.   Lagi2;  mandi sungai (dialah orang yang mengajar saya berenang sampai pandai), bina rumah pondok untuk saya (haha.. Cik Kentang, walaupun saya tomboi masa kecik tapi saya ada rumah pondok ok.. siap dengan dapur lagi), bina rumah pokok (this is the best binaan, kami spend banyak masa kat atas pokok & selepas dia habis cuti & pulang ke universiti,  hampir setiap hari selepas balik dari sekolah tadika saya akan spend masa saya di atas rumah pokok kami).  

Bila saya sudah tahu membaca, tugasan membaca surat dari abang kepada makpak diserahkan kepada saya (Fakta2: makpak saya orang kampung; membacapun tak lancar maka kami adik beradiklah yang mengambil alih tanggung jawab membaca segala surat menyurat yang sampai kerumah).

Dari semasa ke semasa, abang saya semakin dewasa dan adakalanya abang saya membawa balik kawan2 perempuan apabila cuti semester. Kebanyakkannya sayang saya (agak saya lah, tak tahulah kot-kot dia orang berlakon) & sayapun sayang dia orang sebab saya tahu abang saya sayang dia orang.  Semasa umur saya 10 tahun, abang saya bertunang dengan gadis pilihan dia tetapi akhirnya putus di tengah jalan 2 tahun kemudiannya).  Abang saya melangsungkan perkahwinan dengan kakak ipar saya semasa saya berumur 13 tahun, selepas 6 bulan arwah pak saya meninggal dunia.  Saya akui saya merasa agak terpukul, mungkin kerana saya baru kehilangan abah, kemudian abang pulak memulakan hidup baru bersama keluarga baru.  Hubungan kami menjadi suam-suam kuku sepanjang saya di sekolah menengah.

Apabila saya berjaya masuk ke universiti, abang yang sebelum itu bertugas di Sarawak selama 5 tahun pulang ke semenanjung.  Hubungan kami rapat semula secara perlahan2.  Kami mula bercerita cerita2 peribadi antara kami.  Kadang2 abang datang melawat saya di hostel, kadang2 kami keluar berdua2, kadang2 saya melawat dia di tempat dia bekerja dan selalunya saya melawat keluarga abang saya di rumahnya.  Dialah orangnya yang saya pilih mengantikan tempat arwah abah semasa hari graduasi saya dan dialah orang yang saya pilih setiap kali saya perlukan nasihat dalam apa jua isu.

Hari ini, abang saya sudah menjangkaui usia 50an, dan saya akan memasuki usia 40an dalam masa beberapa tahun lagi.  Saya dapat merasakan yang kami semakin rapat. Hubungan kami lebih mengarah ke dua hala berbanding 20 tahun lepas.  Kalau dulu dia lebih banyak memberi & saya lebih banyak menerima tetapi sekarang kedua2nya seimbang. Kalau dulu, dia lah yang menelefon saya apabila dia dapat merasakan yang saya kurang sihat (he always had this instinct selain mak saya) tetapi sekarang saya sudah mula mendapat instinct yang sama.  Abang saya memang menghadapi masalah kesihatan dari kecik & yang paling rumit ialah cuma lebih kurang 65% paru-parunya masih berfungsi).

Minggu lepas, tiba2 saya saya dapat rasakan yang saya sangat2 rindukan dia.  Bila saya menghantar message, abang pun kata dia asyik terfikirkan saya sehari dua sebelum itu.  Kami buat janji temu iatu sehari selepas saya menonton CTM..  dan sebenarnya itulah kali pertama kami keluar berdua selepas saya hidup dengan Encik D.  Bukannya Encik D menghalang, malahannya Encik D cukup faham yang saya sangat sayangkan abang saya, cuma adakalanya saya terleka tentang keistimewaan hubungan saya dan abang.  Dan bukannya kami tak pernah bertemu langsung, kami kerap bertemu apabila mengunjungi keluarga masing2 tetapi ianya tidaklah sama; memang ada banyak ruang kosong antaranya.  Abang datang menjemput saya selepas waktu pejabat dan banyak yang dapat kami bualkan.  Saya dapat rasa ada perkara yang buat abang saya sedih kebelakangan ini dan banyak yang kami kongsikan di hari tu.  Satu nasihat saya pada abang yang banyak berkorban pada orang2 sekeliling.. Saya cuma mahu dia gembira kerana itulah yang dia mahu saya rasa kalau kami bertukar tempat.

Message akhir dari saya pada abang saya yang bernama Borhanuddin; saya sangat2 sayangkan dia.  Peace..

Saturday, August 7, 2010

Aktiviti terbaru

Minggu ni saya melakukan satu aktiviti yang baru.  Satu benda yang saya sendiri tidak terfikir nak buat selama ni.  Saya bersama-sama Encik D dan Cik kentang mengunjungi Istana Budaya (IB) dan menonton teater.  Kami berhajat menonton teater Cuci The Muzical (CTM) akibat dari pengaruh rakan2 sebaya yang dah menonton.  Walaupun CTM ni kiranya teater yang ringan tapi sesungguhnya mengunjungi IB adalah satu langkah yang besar bagi budak kampung, anak orang susah macam saya.  Reasonnya utamanya adalah kerana saya ni anak orang susah, makanya saya jarang sekali sampai hati berbelanja untuk aktiviti2 hiburan yang mahal.  Contohnya, saya tidak pernah masuk dewan philharmonic, saya juga tidak pernah mengunjugi tempat2 hiburan golongan elit (setakat kelab murahan adalah lah, itupun di zaman muda sesangat), ditambahlah  lagi saya adalah orang yang sangat buta seni.

Tiket untuk show hujung minggu sudahlah kehabisan semasa kami membuat tempahan.  Nak tak tak, kami beli tiket di malam weekday walaupun kami sudah di beritahu shownya akan memakan masa selama 3 jam.  Dan kami hanyalah membeli tiket yang paling murah yang ada di pasaran, maka bayangkanlah betapa tingginya tempat duduk kami di dalam dewan dan betapa jauhnya kami dari pentas.  Memandangkan shownya bermula pukul 8.30 malam, & kami perlu berada di dewan 15 minit sebelum show, maka saya & Cik kentang ambik keputusan untuk stay back di office dan terus ke IB pada pukul 7nya dan bertemu Encik D di IB.  Sungguh jakun rupa kami bertiga.. tersengih tak sudah2, maklumlah ini kali pertama ke tempat seni macam gitu. 

Show di mulakan dengan nyayian negaraku, ish sempatlah sebaklah sekejap memandangkan inilah kali pertama selepas meninggalkan sekolah, saya berdiri & menyanyi lagu negaraku.  Kemudian pengumuman bahawa bekas PM iaitu Pak Lah sampai.  Terjengok2 lah kami yang jakun ni nak tengok rupa Pak Lah dari dekat. Usahkan nak nampak muka Pak Lah, bau dia pun tak sampai ke halwa hidung kami, maklumlah Pak Lah duduk di tempat VVIP, kami duduk di level paling atas.  Bila show start, kami semakinlah terjengok2 di celah-celah kerusi orang2 depan cari sudut terbaik, maklumlah saiz pelakon hanyalah setinggi batang mancis berdiri senget pada pandangan mata kami, itupun sekali sekala di halang oleh kepala org2 di depan kami. Nasib baiklah IB membekalkan sound system yang sangat baik maka dapatlah kami mengikuti jalan cerita dengan cukup baik.

Bagi saya, CTM adalah show yang sangat baik.. penuh dengan ketawa & penuh dengan tepukan penonton.  Saya betul2 enjoy masa saya menonton CTM walaupun adalah amat jarang sekali saya menonton wayang melayu ( kecuali di masa rayalah sebab kena berebut Tv dengan anak2 saudara yang tak jemu2 nak tengok movie zombie kampung pisang).  Kami terleka selama 3 jam kerana asyik sangat melayan show.  Bagi saya, pelakon2 terutama Afdlin Shauki, Hans, Nabil & Awie & juga krew-krew deserve a very big applause.   Jikalah harga tiketnya sama macam harga tiket wayang, teringin saya menontonnya lagi.  Saya percaya kedua2 Encik D dan Cik Kentang juga enjoy.  Sementelahlah lagi Encik D yang meminati Hans Issac (sampaikan saya pernah melawak kalaulah Encik D tu gay, mesti dia teringin nak jadikan Hans Issac boifren dia).

Kami sampai di rumah pukul 2 pagi dan pukul 3 baru lah berjaya menyelesaikan urusan anak2 yang berlima yang kena tinggal di rumah.  Maklumlah, anak2 kami kecik, susu pun masih mahu minum botol dan pantang sekali di tinggalkan lama sikit, maka banyaklah cerita yang nak di ceritakan masing2.

Moral dari ceritanya.. Cik Kentang yang sekarang ni dah berkira2 nak pergi menonton teater Natrah december nanti, simpanlah duit untuk belanja kami juga :-).  Kalau nak dapatkan clearer view, simpan2 lah duit lebih sikit untuk beli tiket grand stand.  Iyelah teringin jugak kami masuk ke dewan menggunakan sama pintu dengan VIP dan teringin jugak kami menengok muka VIP dari dekat.  Ngeh ngeh   

Tuesday, August 3, 2010

entry sesaje..

For the past 2 days i've been thinking a lot.  About life, about friendship and about honesty.

Yes.. something had happened.. is it bad or is it good?  i dont know but i believe in God's promise.. everything happen with a good reason.  All i know is i feel very calm and contented now.  I dont really care at the moment what was the reason behind the mess.

I have been forced to make a big decision in a very short time on that night whether to help others get something that others want or to stand up with my believe.  One question i asked myself at that very moment; if let say one day my children come to me asking my advise whether to lose a dear friend or to lose your ethical believe, what would be my answer? I then know the answer within a moment.. choose the later. That is how i made that decision on that night.  How others judge me is up to them.  If other feels that they must attack me in the facebook, do it.  I am not accusing what others did was wrong, they have their own reason and i respect what ever their decision is but my loyalty is to amanah Allah to me, not to other human being. 

Attacking me in the FB, in the short messaging system, removing me from their friend list.. it will not destroy my dignity but yours.  I am ok.  As i wrote in one of my entry a few months ago:  What friendship means to me is friends who never try to change me, can accept me for who I am and do not have any intention to backstab me. So i guess the others who removed me from their friend list are the ones who feel that i'm having to many weaknesses and I'm quite glad they did it so i dont have to be their second list of friend anymore and i do not need to feel being manipulated anymore.  Things happened with good reasons.

Anyway, all this small mess is uncomparable to what other people are facing.  Some facing with death, sickness, hunger and poverty.  So who are we to complain?  I consider myself as a very lucky person;  to have my family, Encik D, CK, ce_mnor, stebeng, PY and quite long list of sincere friends and not to forget all my furry companions.  So for those who sometimes feels like i feel occasionally; that we are not lucky enough; all we need to do is open our eyes.. see the world a in much bigger angle and dont forget that thank Allah for all that we have and the best way to heal is to forgive and forget.

Wallahualam.

Sunday, August 1, 2010

New Addition

For the past one month, secara rasminya ada pertambahan bilangan ahli rumah kami.  Satu lagi anak kucing yang perancangan asalnya di adopt oleh seorang rakan sebelum dia mengambil keputusan secara tiba2 untuk menarik diri.  Saya jumpa anak kucing ni ( & 3 lagi siblings dia)  di kawasan parking rumah kami ( di buang orang seperti selalulah). 3 ekor yang lain berjaya di adopt orang ( malangnya, semuanya mati selepas saya serahkan kepada tuan baru masing2).  Yang terakhir ini since tidak jadi di ambil oleh kawan saya, jadi kami ambik keputusan untuk besarkan dia bersama 4 lagi ..








adorable kan! kan! Kan! ish rugi betul siapa yang tak suka kucing, hilang satu nikmat hidup :-)

What i have found

Hari ni, since Encik D ada urusan bandnya di kawasan bandaraya sana, saya tinggal keseorangan di rumah.  Setelah menghabiskan masa dengan tidur (atas alasan mengantikan apa yang saya saya miss sepanjang saya mengikut Encik D balik ke kampung dia sejak 2 hari lepas), sedar2 sudah masuk waktu senja, perut berbunyi.  Tatkala saya mengorek2 peti ais, mencari makanan, lihatlah apa yang saya jumpa.  Cubalah teka apa dia


tak cukup jelas?  Biar saya zoom-in



jawapannya.. telur yang dah kering sementara menunggu giliran yang tak tiba2 untuk di masak..haha.. itu belum lagi tunjuk gambar sambal belacan yang kering kontang. Anyway, saya nampak telur kering tu macam cantik.. crystalliziled.  I took it this way, biarpun saya tak dapat memperlihatkan diri saya sebagai isteri yang rajin memasak, tapi saya berjaya memperlihatkan kagagalan saya dari sudut seni.  Angkat tangan siapa yang setuju.. ngeh ngeh..

Housewife responsibility disorder.. 

Monday, July 19, 2010

The FB Issue

beberapa soalan yang kerap berkumandang akhir2 ini antara saya dengan Cik Kentang..

1.  Kenapa sesetengah orang suka mencerita tentang dalam kain sendiri di dalam wall dia?
     Possible answers:
    a. orang itu amat sukakan perhatian- mugkin kerana terover whelming dengan status yang mampu berpasangan and mampu berzuriat
    b.  pembuluh darah dia tersumbat dan meluahkan perasaan secara detail adalah salah satu cara melancarkan kembali pembuluh darah
    c.  Kurang melakukan didikan jasmani semasa sekolah ... makanya akibatnya kurang keluar peluh dari badan, maka kuranglah keluar toksin dari badan (Cik Kentang mungkin termasuk di dalam golongan ini)
   d.  Suka percaya kepada benda2 mistik seperti santau, saka etc etc
   e. Ada masalah constipation (refer kepada reason di bawah clause c.)
   f. Paling penting saya berpendapat orang itu ada masalah psychology akibat dari kurang perhatian semasa bayi, kurang perhatian dari cikgu, kurang kasih sayang dari nenek atau kurang kumunikasi dengan pasangan hidup

Mungkin saya salah tapi sekurang2nya saya waras dari bercerita tentang hal2 peribadi saya kepada public walaupun adakalanya secara nyata dan terangnya saya memang ada masalah komunikasi dengan Encik D :-)
      
  

Wednesday, July 7, 2010

2langkahdibelakang

seorang rakan yang telah dipaksa saya membaca entry saya selama ni iaitu me_cnor tiba2 bertanya, kenapa saya pilih nama 2langkahdibelakang.. jawabannya ialah:



Lagu favourite saya jaman berjaman.  Suka gila.. tergolek2 punya suka.

Satu lagi lagu favourite saya



Tapi itu bukanlah lagu jiwang saya dengan Encik D. Kami takde lagu jiwang.. Encik D kemut nak dedicate any lagu untuk saya.  Cuma ada satu lagu yang about our relationship, lagu yang bagi saya strength semasa Encik D terlantar lebih setahun di hospital, fighting for his life.. as there are times when i feel like to give up.

.

Enjoy the songs..

Friday, July 2, 2010

Bual kosong 1

Since saya dan Cik Kentang datang & balik kerja bersama2, kehidupan saya penuh dengan mendengar dan mendengar Cik Kentang bercakap (statistik secara kasar dan pukalnya atas kadar purata Cik Kentang:saya = 3:1).  Saya sudah biasa, telinga saya sudah biasa.. jadi bukanlah masalah sangat.  Kadang bila saya tertidurpun saya masih mendengar Cik Kentang bercakap-cakap seorang diri.  Dia sudah biasa, mulut dia pun sudah biasa. Begitulah ia, dari sehari ke sehari.  Tiada sebarang tekanan perasaan dari mana2 pihak.  Satu aje kelemahan Cik Kentang, janganlah di suruh dia mengira di kala dia takde kalkulator, lain2 semua dia cekap.

Saya nak share mengenai satu topik yang kami bualkan secara kosong lately.  Mengenai harapan saya yang sungguh tinggi pada rupa paras anak saya akan datang (walaupun rupaparas makpak tak ubah sama macam tukang pecah rumah)
* Notakaki:  semua ni adalah lawak semata ye, jangan ada yang menuduh saya bukan2.. saya sebenarnya redha dengan ketentuan Tuhan

Perbualan 1 (beberapa hari lepas)
[Berlaku semasa dalam perjalanan ke ofis dengan kadar percakapan yang agak kelam kabut.  Saya lambat lagi hari ni & Cik Kentang seperti biasa menunggu saya di tepi jalan dengan jelingan tak berapa manja.  Jadinya saya perlulah mencari topik yang mendatangkan kebahagian kepada Cik Kentang agar Cik Kentang lupa pada kesalahan saya (dan biasanya ia berkesan)]
Saya                 :   Kata orang kalau nak anak yang lawa kita kena tengok orang2 yang lawa
Cik Kentang    :  Ye, cuba tengok saya selalu-selalu, mesti dapat anak yang lawa
Saya                : [Selepas saya pasti situasinya adalah selamat, silap2 gaya hilang deposit saya].  Kalau macam gitu, sepatutnya saya kena pejamkan mata sepanjang masa kita dalam kereta.


Perbualan 2 (berlaku semalam)
[Berlaku semasa kami dalam perjalanan balik dari ofis, dimana jiwa kami agak tenang.. balik kerja mahh.  Kami baru memotong sebuah teksi yang membawa pelancong arab & terdapat seorang kanak2 yang sangat comel memandang saya yang sedang mengunyah epal, saya melambai, dia tergelak]
Saya                  : harap-harap anak saya lawa macam budak tu
Cik Kentang    : (mumbled, saya tak dengar sebab saya asyik memandang budak comel)
Saya                :  bestkan kalau boleh dapat anak secomel tu
Cik Kentang   :  MAK DIA LAWA, di ulang MAK DIA LAWA SEBAB TU DIA COMEL, dengar ye.. MAK DIA LAWA (dalam nada yang semakin bergema)

Perbualan 3 (berlaku seketika selepas perbualan 2)
[sambil membelek catalog Guardian, saya ternampak muka seorang artis yang selaku model salah satu produk kecantikan]
Cik Kentang          :    Betul ke dia ni selawa ni
Saya                      :    Betullah, dia mmg lawa [mulalah Cck Kentang nak menunjukkan kesangsian pada orang lawa, pantang sikit..]
Cik Kentang        :    Bilalah orang nak ambik kita jadi model macam ni
Saya                     :    Bila muka kita lebih cantik dari *** (seorang artis yang warna kulitnya lebih kurang kulit kami yang terlebih sawo matang ni, yang rupa paraspun taklah melebihi model yang kami bincangkan di atas), itupun di bandingkan dengan dia selepas dia bangun tidur.  Kah kah.

Itulah perbualan kami dari semasa ke semasa mengenai ketidak lawaan kami..

Thursday, June 24, 2010

Saya adalah lalang

Kata Encik D saya adalah lalang.  Tuduhan sebegini kedengaran semenjak WorldCup bermula.  Dan saya sendiri telah membenarkan diri saya menjadi lalang.  Kepada Cik OrangeChandelier yang mungkin tak faham istilah lalang, silalah rujuk kepada kamus dewan bahasa.

Tahun2 worldcup sebelum ini saya tidak pernah menjadi lalang kerana dulu saya adalah penyokong Perancis in general dan penyokong Zinadine Zidane in specific.  Makanya isu lalang tidak pernah timbul.  Encik D menyokong England dari mula saya kenal dia (dia adalah penyokong MU, jadinya seperti yang kita tahu, penyokong MU ini ada sikap hanya mahu sokong England atas sebab2 setia pasukan konon.. sungguhlah tidak mencabar).  Apabila Zidane bersara, saya pada mulanya berhajat terus menjadi penyokong Perancis tetapi slowly angin2 lalang muncul.  Saya kemudian beralih ke arah Germany sebelum WorldCup bermula.  Tetapi beberapa bulan sebelum WorldCup bermula, tiba2 perasaan benci pada salah seorang mamat Jerman di pejabat saya mula berputik dan saya mula berpaling ke arah lain.  Saya mulanya ingin menyokong Netherland tetapi kemudiannya tanpa di duga saya beralih arah ke Portugal tanpa sebarang alasan, walhal saya benci pada lagak Christiano Ronaldo. 

Bermulanya WorldCup, saya tidak menyokong secara spesifik mana2 pasukan.. saya cuma mengambil aksi tengok perlawanan antara siapa dengan siapa.  Sekiranya salah satu team datang dari Asia maka saya akan sokong team tersebut.  Sekiranya team itu berjumpa Serbia, saya akan sokong lawan Serbia kerana Serbia suatu ketika dulu menindas orang islam & juga issue ethnic cleansing.  Sekiranya team itu berjumpa dengan Denmark, saya akan sokong lawan Denmark kerana Encik Padang orang Denmark.  Dan kadang2 saya membantu Encik D menyokong England demi keharmonian rumah tangga. 

Beberapa hari lepas saya menyuarakan pada Encik D yang saya terasa seperti ingin menyokong Brazil kerana Brazil semakin kuat dan dengan suara tegang Encik D membalas "awak ni lalang betul lah"..  haha, seperti yang saya kata tadi, sikap lalang adalah di benarkan di dalam WorldCup sebabnya negara kita tak layak untuk masuk WorldCup.  Hari ini (& juga semalam) saya cuma ingin menjadi penyokong Portugal.  Adakah kerana Portugal menang 7-0 dengan North Korea 2 hari lepas?  Harus...

Indahnya menjadi lalang..

Sunday, June 20, 2010

Labuan & father's day

Im in Labuan since last night, atas urusan kerja.  We (my colleagues and i) were supposed to fly in today but since there were no more flight tickets for today, so we came a day earlier. 

Since our urusan kerja will only be tomorrow, we are on our own today.  My friends decided to go berpoya2 today but i don't feel like going. I didn't make any special plan except to walk around the hotel area, maybe to  look for some local and duty free stuff to bring home.  After breakfast, we splited.  They left with their rented car and i came up to my room.  At 10.30 a.m sharp, i emptied my backpack (which was filled with my baju, dengan harapan that i can fill in with stuff that i'm going to buy) and left to the nearest shopping complex which is just opposite to our hotel.  I believe it is the largest shopping complex in Labuan.  Saya terkasima, there is nothing much to shop here.. the duty free things tidaklah memanggil saya sangat untuk dibeli.  The only thing that touched me was a father's day song which was played in the duty free shop.  I always called it my father's song - You raised me up by George Groban.  I always love the song and it always made me sad whenever i hear it.  It has been 24 years since my father passed away, and i always wish that he's still here.. to share joys and sorrows.  Our relationship was always special as far as i can remember. He was my father and he was also my best friend. Deep down, I always hope that one day Encik D will be a great father to our children like my father was to me.  Besar harapan saya! 

Back to cerita Labuan, after a while, i decided to leave the complex with tangan kosong and headed to the other part of Labuan town.  It took me about 10 minutes to reached there (betul lah kata orang hotel, semuanya dekat di Labuan).  From one duty free shop to the other shop, tapi i didn't find anything interesting.  The chocolates are like the one that we always find in KL and the there's also not much different with the price.  After more than 5 duty free shops that i went in, i gave up.  I grabbed few bars of chocolates and headed back to hotel.  It was 11.45 a.m when i reached hotel.  Hahaha.. it only took me 75 minutes to end my activity in Labuan.  I went up to my room, curled under the blanket and read a book.  I felt happier.

I went down to hotel restaurant to have my lunch and there's a fathers day celebration at the restaurant.  People came with their father to celebrate the day and I was having my lunch alone.  What a pathetic person I was.  I wished i'm back home at this time and i start to miss KL.

While im writing this entry, again i'm curling under my blanket in the hotel room, feeling sick, I already threw up couple of times since i had my lunch.  But maybe it's not the hotel's food that i have problem with, but my food pinicking habit that cause me trouble -- as cik Kentang always labelled me.  Couldn't wait until tomorrow to go home.

Friday, June 18, 2010

Surat buat seorang sahabat ketat

Wahai Sahabat,
Kedengarannya sudah seminggu sahabat pulang dari negara asing.  Mengapakah sahabat membisu? atau adakah kami (Cik Kentang & saya) ini tak sepenting mana?  Ngeh Ngeh

Wahai Sahabat,
Sudah hampir 2 tahun kita terpisah.  Semenjak sahabat meninggalkan tanah air untuk ke negara mat salih menimbal ilmu, kita hanya berutus melalui email & yahoo messanger.  Kami sungguh merindui sahabat, tetapi ingin ke sanapun kami tidak mampu.  Maka hanya email lah penganti diri.  Kala diri mendengar luahan kepayahan hidup sahabat di sana, hanya doa yang kami dapat kami hulurkan.  Tatkala diri mendengar bekalan maggi yang sahabat bawa dari Mesia sudah kehabisan, meruntun hati kami.  Pelawaan kami untuk mengepos maggi dari sini di tolak sahabat dengan alasan maggi Mesia ada di jual di sana pun.. habis tu kenapalah sahabat membawa cerita sedih ini in the first place.  Dan di kala kami di tanya tentang resepi masakan Mesia, berdebar2 hati kami mahu menjawabnya.  Bukannya apa, ini kerana kami tidak tahu memasak, jauh sekali menghafal resepi. 

Sahabat, banyak yang kita kongsi sepanjang hampir sepuluh tahun kita berkawan, dari cerita lawak bodoh sehinggalah cerita scandal sahabat.  Rindu sungguh kami untuk bertemu sahabat

Wahai Sahabat,
Setelah tamat pengajian, sahabat mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan dan mungkin terus menetap di negara mat salih.  Kami terus memberi sokongan, malahannya kami menegah sahabat dari pulang setiap kali sahabat menyuarakan yang sahabat hampir berputus asa mendapat pekerjaan di sana.  Bukannya kami tidak memiliki semangat patriotik kepada Malaysia tetapi kami tahu itulah yang sahabat mahu dari dahulu. 

Wahai sahabat,
Akhirnya sahabat mampu mendapatkan pekerjaan di tanah arab dan apabila di tanya pendapat kami, kami mengeyorkan sahabat menerimanya dahulu sementara mendapat peluang di negara idaman sahabat.  Akhirnya sahabat menerima tawaran kerja di tanah arab dan dengan berat hati meninggalkan negara mat salih.  Tiga hari di tanah arab dan rasa cinta pada pada tanah arab mula berputik, tiba2 tawaran kerja datang dari negara mat salih dan sahabat menjadi buntu.  Sekali lagi kami memainkan peranan.  Akhirnya, sahabat memilih untuk menerima tawaran dari negara mat salih dan bakal memulakan tugas tidak lama lagi.

Wahai sahabat,
Sebelum memulakan tugas baru, sahabat mengambil keputusan untuk  pulang ke tanah air untuk bertemu keluarga dan menguruskan perkahwinan sahabat di akhir tahun nanti.  Kami gembira untuk sahabat meskipun sehingga sekarang sahabat masih belum pasti adakah sepatutnyakah sahabat menamatkan zaman bujang seawal ini.  Kami bersependapat dengan bapa sahabat iaitu inilah masanya.  Apapun alasan kami, biarlah kita bertiga sahaja yang tahu.  Dan apapun kehendak kami, biarlah sahabat selesai menguruskan segalanya dahulu sebelum bertemu kami.  Yang penting kita harus bertemu sebelum sahabat pulang ke negara mat salih, biarpun di hari terakhir sahabat di sini, kami tak akan berkecil hati.  Cuma kami mengharapkan panggilan dari sahabat kerana kami tidak tahu bagaimana mahu menghubungi sahabat.  Hubungilah kami wahai sahabat kami; Stebeng ;-)


Nota kaki: entry di atas hanyalah lakonan semata kerana Stebeng telahpun menghubungi kami semasa saya sibuk menulis entry ni, tetapi saya decide untuk meneruskan juga entry ini. Ngeh Ngeh

Monday, June 14, 2010

kisah foodcourt

Encik D went back to his hometown today.  Maka terkinja2 lah i kesukaan.  Semetelah lagi dapat melarikan diri dari kantor lebih awal dari minggu2 sudah (bukan kerja dah siap, tetapi melarikan diri dari client yang tak jemu2 bermanja dengan saya). 

Saya dan Cik Kentang singgah ke beberapa tempat dalam perjalanan balik.  Mula2 ke pet shop. Sehabis kami membeli-belah di petshop, kami decide utk mengisi perut sebelum balik ke rumah.  Kami akhirnya setuju untuk makan di food court tesko.  Perjalanan yang sepatutnya sepelaung (iaitu kalau bersin pun tak sampaipun ke penutup bersin) memakan berpuluh2 pelaung di sebabkan Cik Kentang tersalah ambil jalan.  Sesampai kami di foodcourt kami memilih untuk mengorder makanan dari gerai yang berlainan tetapi kedudukan kedua2 gerai tu adalah sebelah menyebelah.  Saya order Nasi goreng Thai dari gerai nombor 1, Cik Kentang mengorder Wok fried Rice dari gerai no 2.  Apabila makanan kami siap ( dalam masa serentak pulak tu), kami mengangkat makanan & bertemu di meja makan.  Kami tergelak sebab rupanya2 makanan kami walaupun nama cukup lain, tetapi rupanya nasi goreng yang sama & saya bet sesungguhnya di goreng sekali.  Yang membezakan ke dua-duanya adalah nasi goreng saya di hidang di dalam pinggan tetapi nasi goreng Cik Kentang di hidang di dalam wok.  Ini lah akibatnya kalau kita di jajah oleh orang bangla... semuanya akan bercampur aduk. haha.

Friday, June 11, 2010

Friends

Since CK wrote a lengthy entry on friends topic, makanya i feel that i also have something to add on.

This few days, i thought a lot about the meaning of  friendship. Kenapa?  Banyak perkara..

My late father friendship with his childhood bestfriend remained until both of them passed away.  I used to tell myself that i want to have that kind of frienship too.  Someone that i can always  trust and someone that can always be a shoulder to cry on.  I do have, since the past 17 years.  We fought a lot, but we also laughed a lot.  We made lot of silly mistakes, but we also succeed a lot.  It wasn't friendship alone that played part, but family were also important subject in our friendship.  I love her family on the first time i met them, she loves my family the first time she hear about them.  In fact, I believe my mom love her more than she loves me.  Ada ke saya kisah?  Ada ke saya cemburu?  No at all, I'm proud with our fate.  Something yang saya tahu other people dying to have. 

CK lost a few friends because of me, friends who initially had a good time in spreading the rumours that our relationship wasn't a straight relationship ( Ok, the fact is, I was tomboy and i wore slippers to class and CK was 101% feminine and she was the one who wore high heel during her first year in Uni).  When it didn't worked, they chose to ignore CK. I didnt force CK to be my friend and i feel the same thing too. 

CK remains herself and so do I in this 17 years. She didnt try to change me and I never have a thought to make her to be like me.  We share almost everything (except baju, baju kecik, seluar and seluar kecik as both of us tak suka pakai barang orang and also kasut; as we have different taste and size).  When she broke, i support her expenses.  When I broke, she put money inside my wallet without noticing. All I want to say here; there is no turning back after we know each other, I believe because we didn't try to change the rule.. to let our friend to be her/himself. 

Deep down, I know that I might not be as a great person as my father was but we do have a few things in common; I also believe my friendship with my bestfriend shall remain until I die and I know I'm as loyal as my father to my friends who treat me sincerely.

That is friendship means to me.. to whoever wish to be my friend, please accept me for who I am. And please do not backstab me.  If you guys feels that I'm having too many weaknesses and you can not bear with my weaknesses, please remove me from your friend list.

Sunday, May 2, 2010

cerita lama kisah baru

It's about my four kittens.. haha, jangan tarik muka me_cnor, it's been a while since i last wrote about them.

The four kittens are already 2 and half months old.  Our home is no longer tidy (iye ke selama ni tidy?), there are days like tongkang pecah when i came back from Kantor.  Sepah boleh di kemas (and i learned to ignore somes).  More importantly, i could feel our home is alive.  I love this feeling.  I always love this feeling.  Encik D never gave me permission directly but he seems to be crazy about them as much as i do.  Maybe we will give them away one day, but what i can predict, that day will not come too soon.

The four kittens has been given names by Encik D, the so very ugly names actually.  I lost in the battle eventhough i tried hard to find them a most likeable names to be considered at..  I named them Naruto@Naru for Adik Tompok, Neiji (Adik putih), Kiba (Adik Tompok Hitam) and Chouji (Adik Kuning).  Frankly it wasnt my favourite name too but since both of us are crazy with Naruto anime, that is the reason why i choose it.  Usually i like names as Miskha, Julie, Suzi, Rangga, but i knew from beginning Encik D will reject it.  But even this Naruto character's were also rejected.. i was so devastated as finally they have gotten the ugliest name that i could ever imagine..  Loreng (Adik Tompok.. Encik D said I also call her Sophia Lorentz if i want.. hahaha), Uteh (Adik Putih), Oneng (adik kuning) & Tampok (Adik Tompok Hitam). 

After so many small fights, i gave in.. The only reason why i chose to gave in is because of the thought that i should feel grateful that Encik D allowed me to keep them. So now all the kitten will bring this shameful feeling for the rest of their life :-).  I could imagine, kalaulah dekat luar, their faces will turn red whenever they are called with this name.  Maybe it is also the reason why until today, they haven't given any respond whenever Encik D calls them.  Maybe they choose to ignore.. hahah.

Today is the third day that i have been alone at home (Encik D balik kampung kan...).  And last night was the second night the four kittens slept with me.  I could imagine, if ever Encik D balik at a sudden, he will surely scold me.  But this is what i call freedom.. i can do whatever i feel like doing.. and dont think too much about the consequences.  Hahah.

And while i'm writing this entry, they are again having their good time golek-golek in our bed.  Suddenly, I feel like i'm the one who tumpang their bed this time :-)

Some of the latest photos of the four kittens

activities that will be banned when Encik D is around, resting in our bed

Tampok aka Adik Tompok Hitam aka Kiba

Loreng aka Sophia Lorentz aka Adik Tompok aka Naru

Uteh aka Adik putih aka Neiji

oneng aka Adik Kuning aka Chouji

new toy.. broken into small pieces within 1 hour

To me_cnor, comes with scale

Saturday, May 1, 2010

satu minggu punya kisah

Minggu yang agak beremosi

1.  One of my 2010 wish comes true.. alhamdullillah.  Terlalu awal untuk di perkatakan tetapi hanya satu ucapan saya dapat ucapkan.. Alhamdullilah & semoga semuanya ok hingga ke akhir.  Sedikit emosi kerana tidak berpeluang menikmati & meraikan betul2. Timbunan kerja di kantoran yang memaksa saya pulang lewat setiap hari dan juga ketihan di tahap gaban yang saya alami akhir2 ni memaksa saya & Encik D kurang berkomunikasi. 

2.  Top management datang dari negara matahari tengah malam untuk menyiasat kenapa hampir semua staff tempatan meletak jawatan.  Makanya kesemua kami di interview satu persatu.  Dapatlah kami menyebakkan diri didepan Top management menceritakan keadaan sebenar di office hampir satu setengah tahun kebelakangan ni.  Cerita kami berkisar topik yang sama sahaja; favouritism, racism, discrimanation etc etc cuma experience kami dari sudut yang berbeza.  Saya berpuas hati.. terutama bila dapat melaporkan yang publication yang sepatutnya di tulis saya di curi oleh mat salih yang merupakan kawan ketat Encik Pengurus Besar.  Dan walaupun saya tak dapat hak saya kembali tetapi saya mendapat kemohonan maaf dari management.  Sungguh emosi apabila mendengar ucapan maaf disebut berulang-ulang kali sepanjang sejam lebih saya & Top management berbincang :-)

3. Freedom is back.  Berjaya meloloskan diri dari mengikut Encik D balik ke kampungnya di weekend yang panjang ni.  Alasannya saya mengalami masalah keletihan yang ditahap gaban & saya lebih selesa berada di rumah sendiri dari di rumah orang lain.  Saya tahu saya sedikit telah melukakan hati Encik D tapi saya perlu berkata benar, terutama apabila ia melibatkan kesihatan saya.  Anyway, saya di nasihatkan Cikcuba untuk mengelakkan diri dari stress, itu yang telah saya lakukan.  Walaupun mulut Encik D berkata Ok tetapi Encik D telah meninggalkan saya dengan sedikit perasan mencuka dan walaupun saya gembira di tinggalkan tapi sedikit beremosi di atas ketidakikhlasan Encik D.  Bukanlah salah Encik D tetapi bukanlah juga salah saya, kami ada pendapat masing2.

Apapun, walaupun se emosi mana saya minggu ini, one of my 2020 wish had comes true.. tiada apa lagi yang lebih bermakna.. Alhamdullilah.

Monday, April 19, 2010

Taste of life

Macam2 ada minggu ni.. ada yang manis, ada yang pahit, ada yang masam, payau pun ada

Yang Manisnya
1.  Cik Kentang is away to negeri bawah bayu.. kerjakah atau melancongkah?  Hahaha.  Kat mana yang seronoknya saya? Mungkin atas ketiadaan Cik Kentang bermakna takde orang dapat buat saya rasa bersalah bila lambat keluar dari rumah ke kantor dan secara tidak langsung takde orang dapat buat saya bersalah bila dia kena punch card merah lagi. Secara reverse thinkingnya saya terpaksa menyeronokkan diri menikmati angin pagi secara solo (hahaha) dan bersengkang mata memandu ke ofis setiap pagi, apatah lagi melihat mata pemandu kereta depan yang terbulat-bulat jegilkan saya bila saya terlelap barang 3 saat di kawasan turun slope. Tapi yang pastinya lamalah nanti kena tadahkan telinga dengar cerita tentang adik kesayangan Cik Kentang, Mat blurr sebaik sahaja kapal terbang di naiki Cik Kentang landing di KLIA.

1.  Since Cik Kentang is away seminggu penuh ni, walau macamana sibuknya saya, saya terpaksa mengagahkan diri memanjat tangga rumah Cik Kentang menjaga FCs kami & mencuci segala apa yang patut barang 2 kali sehari.  Sekali di pagi hening & kali kedua, di malam yang hening.  Amnya memang memenatkan, di tambah lagi dengan memenuhi keperluan Wonderpet, menyelenggara 4 kucing di rumah saya sendiri, work load yang tah apa2 dan juga lain2 task yang akan di sebutkan di bawah, tetapi khasnya saya sebenarnya enjoy kerana saya dapat melawat FC kami setiap hari. Satu peluang yang jarang saya dapat buat lately.  Tetapi, dalam kata ajuknya dapatlah saya beritahu orang yang saya dapat memonitor kegemukan FCs kami dalam seminggu ni kerana Cik Kentang dah berjaya merosakkan struktur badan FCs kami dengan mengsupply makanan tanpa henti.  Beberapa FCs telah hilang leher akibat dari makan secara overdose, satu hilang ibu jari akibat dari makan supplement secara overdose (yang ni salah saya sebenarnya bukan Cik Kentang.. overdose supplement yang ada high content of sugar sebabkan satu FCs kami di syaki terkena diabetic) & hampir semua ada masalah attitude akibat dispoil oleh Cik Kentang.  Perlukan FCs di monitor sekali-sekala? Perlu.. perlu

Yang masamnya
1.  Seminggu ini saya bertubi2 kena bangun sebelum ayam jantan bangun & hampir setiap hari saya perlu ke airport.  Monday, send Cik Kentang yang akan terbang ke negeri bawah bayu. Tuesday, jemput family yang baru balik umrah. Wednesday hantar family untuk terbang balik ke kampung dan Friday akan datang jemput Cik Kentang balik dari negeri bawah bayu.  Saya merasakan seperti airport dah jadi rumah kedua.  Ini bukan mengungkit ye Cik Kentang, tetapi silalah bawa saya ole-ole dari negeri bawah bayu untuk membuatkan hati saya gembira.  Hint! saya benci pearl jadi jangan beli saya pearl tetapi saya harap satu hari saya mampu untuk ambik lesen scuba diving, jadi silalah bawa balik scuba diving gear atau Canon EOS7.
1.  Since family saya dah selamat balik dari Umrah, saya telah kehilangan status ibu tumpang saya.  Rumah terasa sunyi tanpa Wonderpet.  Saya dan Encik D tak dapat menyakat dia lagi.  Saya memang teringatkan dia & malam tadi saya menelefon dia, kekononnya nak tanya samada dia rindukan saya atau tak.  Jawab dia.. TAK.  Ngeh.. ngeh

Yang pahit berselang payau
1.  Hampir seluruh technical team rakyat tempatan telah dan akan resign. Satu2nya rakyat tempatan yang tinggal hanyalah saya. Ini bermakna saya terpaksa belajar bergaul mesra dengan mat salih & ini juga bermakna saya kena belajar menjadi tegas dari mengelakkan diri saya di buli mereka.  Kenyataan yang pahit di terima memandangkan kerja kantoran adalah melambak & tak terbuat oleh kami2 yang tinggal. 

Recruit new technical employee mungkin membantu untuk jangkamasa yang panjang tetapi untuk jangkamasa pendeknya, ianya akan melambatkan lagi kerje kami kerana kamilah yang akan bertanggungjawab melatih staff baru.  Tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan insyaallah saya akan ok. I faced this before and if God willing i will be ok.  Makanya Cik Kentang & Me_Cnor, sekiranya berminat nak bergelak ketawa sambil bekerja, pass lah CV. Tetapi elakkan dari mengheboh kepada rakan kita di sana, nanti tak larat saya mendengar cerita tentang anak dia sepanjang masa. Saya faham bakat dia adalah bercerita tapi adakalanya telinga saya perlu rehat dari segala detail mengenai kegiatan anak2 dia. Ish, termegumpatlah pulak.Berbalik kepada isu di kantor, kelebihan lain ialah kita boleh pakai jeans sepanjang minggu & definetly no punch card needed. Lagi satu, memandangkan kami banyak berkerja dalam Linux dan menggunakan server yang terletak 13,000km away dari Malaysia, makanya segalanya akan menjadi slow.  Dari itu, dapatlah kita mengasah bakat kesabaran kita & dapatlah juga kita menghapdate blog kita in between task, sementara menunggu satu task habis untuk bergerak ke another task (saya try melihat dari sudut positif walaupun sudut negativenya adalah ada masanya terasa smacam mau pecahkan PC didepan mata).  Kekurangannya, akan ada masanya kita akan balik kerja menjelang tengah malam.

Masa untuk bergerak balik.. untuk melaksanakan tanggungjawab domestic. End

2 more days

2 hari lagi emak & family saya akan balik dari umrah. Lebih tepat, esok petang mereka akan sampai dari Jeddah. Berita yang saya dapat setakat ini adalah mereka-mereka telah bershopping sehingga lupa diri di sana.. dan kami disini mendapat pesanan yang jelas dari mereka:  silalah bawak kereta berlebihan semasa menjemput mereka dari airport.  Terkejeut ke saya?  Rasanya tak, kerana saya memang tahu emak saya memang kaki shopping.  Dalam demam pun sekira di ajak pergi shopping, pasti emak saya tak akan menghampakan permintaan kami.

Yang paling penting adalah esok adalah hari terakhir saya berstatus ibu tumpang.  Mulanya saya memang rasa sedikit lega, kerana tugasan menjaga Wonderpet akan berakhir tapi mulai malam tadi saya mula merasa sedih.  Saya pasti akan merindui Wonderpet terutama pada keletahan Wonderpet yang memang takde tanding.  Sebelum ini, ada masanya saya merasa sedikit pening melayan Wonderpet yang tak tahu diam & tak tahu berhenti bercakap: Tetapi mulai lusa, rumah kami tak akan ada suara dia lagi.  Suddenly, i wish that she can stay longer.  I always love her all this while but now i realize i love her more.

Inilah my wonderpet.. gambar di ambil 2 bulan lepas
(gambar2 terbaru belum di upload)