Monday, September 23, 2013

Brussel #4

Hari terakhir untuk berjalan2 kerana kami akan bertolak ke Amsterdam tengahari besoknya.

It was sunday dn buat kali pertamanya semenjak di Brussel, cuaca menyebelahi kami.  Very sunny day.  Everything was perfect, kecuali sejuk sikit.

Kami menaiki keretapi ke city centre.  Bandar sedikit sunyi di sebabkan hari minggu. Melawati bangunan parliment Belgium, kemudian park di depannya, tak silap namanya Royal Garden atau Brussel Park kerana dia terletak in between bangunan parlimen & istana. Sedikit tak terjaga tapi saya bayangkan tempat ni mesti cantik di masa summer.


 Bangunan parlimen

 Royal Garden. Saya tak faham apa motipnya kobis & burung.

The royal Palace

Sana sini bandaraya Brussels

Ini tak boleh tinggal.  Berkeping2 kami makan sepanjang hari. 
Dah namanya Belgian waffle.  Mana ada tempat 
lain boleh challenge. Biasanya dijual bersama eskrim. 

Kami kemudiannya berjalan ke Cinquantenaire Park.  Park terbesar & terfamous di Brussels. Tengok map macam dekat tapi berjalan punya jalan, ada la 3 km agaknya baru sampai.  Nak patah kaki rasa.

Saya suka tempat ni. Daun maple bertabur sebab kebanyakan 
pokok kat taman ni adalah pokok maple.

Sebagaimana di tunjuk kat map, ada masjid di dalam park Cinquantenaire.  Kami berjaya jumpa & menumpang solat.
Besar jugak masjid dia.  Berbentuk bulat & ramai orang keturunan arab kat situ.

Orang2 local beriadah.  Saya berjaya tutup mata baby SJ masa kami lalu playground :)

 
Clockwise dari atas kiri: arch lama, Triumpal arch, Bordiau Hall 
dan statues atas Triumpal arch

View bahagian utama park.  Saya tak pernah jemu dengan autumn.

Keluar dari Cinquantenaire kami kelaparan sebab jam dah pukul 5 kami belum jumpa tempat makan yang halal.  Kami ambik underground ke Brussel Nord sekejap untuk check tiket train untuk ke Amsterdam besoknya.

Kemudiannya kami ambil train lagi sekali ke Grand Palace untuk makan, shopping diapers untuk baby SJ & cuci mata selamat tinggal.  Saya melihat satu persembahan busking oleh native dari Peru.  Sangat best & saya beli CDnya.  Nak share kat sini pun tak boleh sebab video file sangat besar.


Dari situ kami mengambil train pulang ke rumah.  Satu hari yang cukup penuh & kami keletihan.  Apapun syukur di panjatkan di atas cuaca yang sangat baik.  Makan malam - kebab lagi.




Wednesday, September 18, 2013

Brussel #3

Hari bermula dengan hujan lagi.  Agak kecewa tapi kami akur yang apa yang berlaku mesti kebaikannya.  Hati berbelah bahagi samada mahu ke destinasi yang di rancang atau tidak.  setelah berdiskusi pendek dengan Encik D (kami memang jarang berdiskas panjang lebar pun atas sebab2 Cik Kentang pasti tahu..haha), kami decide untuk gamble dan bersiap untuk ke Bruges.  Baby SJ liat bangun, maybe sebab sejuk sangat. Jenuh memujuk barulah mahu bangun.

Dari liat nak bangun (kiri) to excited dapat naik train (kanan).  
Scenery di sepanjang perjalanan agak kelam di sebabkan hujan

Perjalanan dari Brussel ke Bruges kalau tak silap kira2 sejam.  Train perlu di ambil dari Brussel Nord dan kami sekali lagi sedikit lost di Brussel Nord.  Setelah menuju ke kaunter yang salah beberapa kali, akhirnya kami berjaya membeli tiket train. Kalau tak silap lagi tiket sehala Euros 6.30.  Free seating jadi kena pandai pilih koc sebab orang memang ramai.  Tersilap pilih koc maka berdiri lah jawabnya. 

Bruges adalah `canal based town'.  Ciri2 bandar di kekalkan seperti tahun 1500.  Ia juga di kenali sebagai Venice of the North.  Bandarnya sangat cantik & tak lengkap jika melawat Belgium tapi tak melawat Bruges. Untuk info lanjut, sila ketip disini. Bandar Bruges ni kecik aje, lebih kurang saiz Teluk Intan.  Semuanya walking distance.

Hujan menyambut kami di Bruges.  Nasib baik payung yang kami beli 2 hari lepas kami bawak.  Yang penting baby SJ berpayung. Hujan ada kalanya stop kemudiannya hujan balik.
Bila tengok balik gambar ni saya sebenarnya hairan 
macamana kami melalui hari tu. Sejuk gila.

Antara berpuluh2 church di sini (maybe saya exaggerate sikit tapi 
memang sangat banyak church kat sini). Bottom left ada christmas market. 
Not too many stalls at that moment sebab Christmas masih sebulan away. 
Kalau dah dekat mesti lagi meriah.


This is how Bruges dapat nama.  It was came from the word of Bridge. 
Inilah tarikan utama Bruges, berpuluh2 old concrete bridges. 
Kami mengambil boat ride tour.


Lagi 'canal' view

 Kebetulannya ada pameran oink oink.  Saya suka! Saya suka!  
Teringat seorang kawan kat uni dulu 
yang sangat suka lukis oink oink


Kat mana2 akan ada Belgian chocolate.  Saya terkilan sebab saya awalnya 
menyimpan niat nak beli home made choc after the boat ride tapi 
sebab kelam kabut nak lari dari hujan, saya terus terlupa sampailah 
balik ke Brussels.  Bila cari the same kind kat Brussel takde lah pulak :(



It's been a long day tapi puas.  Saya dapat bayangkan kalau datang masa summer mesti sangat cantik.  Saya sebenarnya dah booked hotel untuk bermalam di sini tetapi Encik D mahu balik ke Brussel, maka kami cancelkan booking dan mengambik train pulang ke Brussel.  Nasib kami kurang baik semasa perjalanan balik kerana train penuh & kami terpaksa berdiri didalam train.

Apapun, dalam kekurangan hujan yang almost tak berhenti..tempat ni memang awesome.  Highly recommended.

Monday, September 16, 2013

Brussel #2

Hari kedua di Brussel.

Kami bangun dengan berkobar2 nak explore Brussels.  Alih2 hujan.  Ingatkan sampai ke tengahari, rupanya sampai ke petang.  Frust tapi adat travel.  Walaupun hujannya bukan lah lebat macam hujan kat Malaysia tapi lencun jugaklah kalau di redah.  Itu belum cerita yang suhu di awal winter.  Sekitar 8-9 degree sahaja.
Sebab terlalu bosan terperangkap di rumah, burung2 lah yang menjadi mangsa
Dari tingkap rumah

Manjelang awal malam, hujan berhenti sekejap.  Kami dengan confidentnya keluar & ambil train ke Grand Palace area.  Ini tempat tumpuan pelancung.  Tempatnya bukan besar mana tapi cantiklah jugak.  Yang penting, the best waffle in the world ada kat situ.  Coklat jangan cerita la.  Tapi jangan di sangka Belgian Chocolate di Belgium murah.  Sangat mahal.  Hujan kembali renyai, maka kami terpaksa membeli payung. 
Brussels at night.  Grand Palace

The food.  Cara chocolate di present sangat mengagumkan

Ada orang recommend try waffle kat sini tapi di sebabkan 
saya dah menelan waffle dengan banyaknya sebelum jumpa kedai ni, 
tak mampu lagi untuk makan.

Antara souvenier yang di jual

Selepas berlegar2 di Grand Palace, kami ambil train ke Atomium. Sempat lah berjalan2 sekejap di Atomium sebelum di timpa hujan lagi.  Kesian baby SJ yang dah mengigil2 maka kami mengambil keputusan untuk balik.

Sampai di metro station, rupanya train delay di sebab ada kemalangan keretapi.  Hampir sejam juga kami tunggu baru train sampai.  Sejuk jangan cerita.. angin masuk ke dalam tunnel so macam duduk di hujung serombong angin :)
 sementara menunggu metro sampai


Balik ke Bockstael, makan kebab lagi. Telan aje lah. A symbolic way to end our day :)