Saturday, September 29, 2012

Cerita lama, update baru

Yang pernah membaca entry saya mengenai plan tentang migrate & apply jobs di tempat lain, saya ada update tentangnya cuma tak berkesempatan nak bercerita selama ni.

Iya, saya mendapat offer untuk bekerja di Stavanger, Norway selama 2 tahun dan sepatutnya saya akan berlepas selewat2nya october ini. Atas sebab2 peribadi saya terpaksa melepaskannya.  Banyak yang mempengaruhi.

Pertama, Encik D tiba2 ter'chicken out' walaupun pada mulanya dia agak ok.  Saya memujuk dia dengan tawaran yang saya akan membelikan dia tiket pulang ke Malaysia setiap 6 bulan sekali.  Dia masih tak gembira dan dia rela melepaskan saya seorang pergi.  Itu masih ok kerana saya tahu saya boleh hidup single tetapi isu baby SJ menjadi persoalan.  Jika dia membenarkan saya membawa baby SJ, di mana saya nak mencari baby sitter kerana di Norway pendaftaran nursery hanyalah dua kali setahun & saya baru terlepas pendaftaran kedua.  Ini bermakna saya perlu menunggu pendaftran tahun 2013.  Sementelah lagi jika dia langsung tak mahu melepaskan baby SJ mengikuti saya,  Saya boleh hidup tanpa suami tetapi saya tak boleh hidup tanpa anak.  Saya sangat dilemma & saya rasa Encik D lebih pentingkan diri sendiri kerana bukannya dia ada sebarang komitmen di Malaysia.  Akhirnya saya mengalah. 

 Kedua, salary package walau kedengaran lumayan (2 1/2 kali ganda dari apa yang saya perolehi sekarang) tetapi living cost di sana terlalu tinggi di tambah pula dengan tax 35-40%.  Semuanya mahal walaupun kemudahan awam (hospital, sekolah adalah percuma).   Selepas tax, di tolak dengan sewa rumah bla bla bla, walaupun masih ada baki cuma saya agak cuak.  Bila di tanya rakan Malaysian yang bekerja di sana, kata mereka cukup untuk hidup di sana tapi fikir saya kalau di sini saya mampu menyimpan sedikit2 tapi di negara orang belum tentu saya dapat menyimpan untuk emergengy, itu agak menakutkan.  Saya personally belum pernah ke Stavanger walaupun sudah dua kali saya ke Trondheim tetapi living cost di Stavanger hampir dua kali ganda berbanding Trondheim yang saya kira sudah cukup mahal.  Bayangkan di Trondheim, sewa apartment satu bilik sekitar Nok 8-10K, tetapi di stavanger sewa mencecah Nok 15-20K.  Saya ramai kenalan d Trondheim tetapi rakan2 sepejabat di Stavanger pun saya sekadar kenal nama mereka melalui internal webpage company.

Ketiga,  anak2 berbulu saya.  Tiba2 saya merasa sangat sayu memikirkan mahu meninggalkan mereka untuk 2 tahun.  Siang malam saya terpikir hal ini.  Bila sahaja saya membuat keputusan untuk menolak tawaran ni, hati saya sangat lapang.  Kiranya inilah rezeki mereka.  Rezeki mereka akan menjadi rezeki saya di kemudian hari.

Keempat, tak best rasanya mengandu domba mengguna skype dengan Cik Kentang.  Dia tempat saya mengadu domba selama ini & setelah di test selama 3 bulan semasa di di Trondheim hujung tahun 2011, mengadu domba melalui skype adalah sangat tak sama dengan mengadu domba berdepan muka.  Anyway, 20 years of friendship tak boleh di tukar ganti dengan skype.

Verdictnya, saya harap inilah keputusan yang terbaik telah saya buat, walaupun hati saya meronta-ronta menyampah dengan Encik Pengurus.  Rasanya tak sanggup lagi menengok muka dia walau sehari lagi. 

Thursday, September 13, 2012

Kenduri kawin

I'm not the type who like to attend wedding.. entah, tak serasi rasanya kalu pegi ke kenduri yang kenal pun suam2 susu.  Buat2 sibuk tengok orang bersanding di atas pelamin padahal dalam hati terdetik betapi kesiannya dengan pengantin yang kena melalui berbagai2 cabaran selepas kahwin.  Or dalam bahasa lurus bendulnya, seorang lagi mangsa sudah terkena jerat perkahwinan.  The only reason why I went to kenduri kawin adalah sebab di paksa atau terpaksa.

But i know a family who loves to go to kenduri kawin and angkut kesemua nak cucu menantu because they are lazy to cook lunch.  I pernah terjebak beberapa kali sebab terpaksa & malunya hingga ke kuku pun terasa.  I wasn't even know the tuan rumah, sampaikan nak bersalam duit pun tak tahu nak bersalam dengan makcik yang mana & harus2 lah makcik si tuan rumah lagi hairan dengan siapa I ni.

Talking about the food in the wedding.  90-95%  yang I pergi adalah tak sedap, lagi 5% bolehlah.  Lagi pulak kalau pegi kenduri di bahagian kampung yang exotic, macam2 lauk yang pelik2.  I still remember very well when Cik Kentang & I went to her friend's wedding (I kononnya tukang temanlah), kami di hidangkan dengan makanan yang cukup exotic.  Both of us balik kelaparan & nak jadikan cerita on our way back to KL (her friend hometown is somewhere 2 1/2 hour drive from KL), adalah pulak another Cik Kentang's friend who clearly known to hate me tumpang pulak.  Kami nak berhenti makan di mana2 segan nak bagitau si kawan Cik Kentang.  Finally we manage to take our lunch at 6 p.m in KL.  Only once, seingat2 I hidangan kendurinya sedap.  Kenduri kawin rakan pejabat lama di Batu Caves.  Memang sedap hingga saya dah berbisik2 sesama Cik Kentang pasal nak ambik mangkuk nasi tambah.  Sebaik saya hulurkan tangan untuk ambik nasi tambah, ada orang lain yang lebih cepat.  Makanya saya terpaksa mengambil mangkuk cuci tangan untuk menutup malu.

Talking about door gift, I really do not understand why people spend thousands to prepare the door gift.  Yes, memberi itu sedekah but by giving with niat yang no one else in this kampung ever give this kind of door gift, itu sudah berlumba2 namanya.  So kepada Cik Kentang, kenduri kahwin nanti tak perlu lah sediakan I door gift.  Bagi I duit aje kalu nak bagi.

Lastly, I will attend another wedding this weekend.. my nephew's wedding.  Phewww




Tuesday, September 11, 2012

Terkini

Demi memenuhi permintaan seorang peminat blog saya.. haha (sebenarnya saya syak hanya dia aje yang membaca blog saya lagi ie. Puan Orang Chandelier).  Di mana pula Cik Kentang hilang? Hmm

Terkini saya sering di buli oleh seorang budak kecik yang langsung tak tahu duduk diam.  Di tambah lagi dia sudah boleh bertutur sedikit sebanyak.  Baby SJ saya sudah berusia 21 bulan.  Sangat aktif (di manalah gen yang sangkutnya kan as his mommy is a very polite person).. perghhhh.  Satu2nya masa yang saya ada untuk diri sendiri bila hanya baby SJ tidur.  Itu pun dia cukup liat dan normal bedtime dia sekitar 12 malam :).  Jika dapat tidur 5 jam sehari sudah di kira luxury bagi saya.  Usah di sebut mampu untuk ke spa bagai.

Terkini saya seorang yang berteleku di meja kantor dari awal pagi hinggalah lewat petang di tiap hari bekerja.  Bebanan kerja sangat hebat.  Saya tak langsung berpeluang mencuri masa walhal 2.3 minit untuk diri sendiri.  Hatta mahu ke tandas pun saya menahan2 diri.  Harapan saya pada sumbangan kerahan tenanga dan keringat ini hanyalah dua.  Pertama, di kurniakan pahala dan kedua, cuti panjang yang akan di apply sedikit masa lagi akan bertandatangan dengan pen biru bukan seperti tahun lepas dimana sehingga ke hujungnya, tiada tandatangan sudi di hulurkan.  Marilah kita simplify kan hidup kan. 

Terkini saya masih gila kucing dan saya telah di pangkah dari memberi makan kucing2 stray di sekitar rumah.  Mahu saya hentikan? lupakan.  Mereka perlukan saya.  Sejak itu, saya terpaksa bangun lebih awal dari kebiasaan and by 6 pagi akan kelihatanlah seorang perempuan terjingkit2 membawa satu bag plastik berisi makanan kucing dan memberi kucing2 dan anjing makan di dalam gelap sambil mata melilau2 takut2 ada penghuni lain perasan kehadirannya.  Jangan di sangkakan hantu walaupun perempuan itu mungkin tak sempat sikat rambut dia selepas mandi akibat mahu cepat.  Hehe.

Terkini, selepas kehilangan DSLR, saya kehilangan pula Iphone 4S.  Hanya berselang beberapa minggu.  Dan sedihnya saya baru membeli iphone tu kurang dari 2 bulan. Di awal kehilangannya saya membeli smart phone cap ayam, tapi cuma bertahan 2 minggu sebelum jatuh kedalam tandas.  Sekarang ini saya hanyalah menggunakan hand phone yang langsung tak smart sampaikan saya belum pandai2 menghantar SMS. Janganlah marah jika SMS anda kepada sesiapa jua tak terjawab.  Mungkin nasib mereka sama seperti saya.  Tak pandai menghantar SMS dengan handphone baru yang tak berapa smart.

Terkini saya mempunyai 1 samsung tablet dan 2 labtop untuk berinternet di rumah tetapi satu sahaja yang kurang.. MASA.  Haha.

DAN PALING TERKINI (berlaku kurang dari 12 jam).. cuti panjang saya sudah di luluskan.  Yeahhoooo.  Europe tunggulah kedatangan saya.  Insyaallah.