Wednesday, August 24, 2011

26

Hari ini ulang tahun ke 26 abah meninggal..

Raya ini akan saya perkenalkan pada baby SJ di mana letaknya pusara abah. Akan saya bisikkan kepada baby SJ betapa cintanya saya pada abah. 

Rindu saya tak pernah pudar & paling mengembirakan saya adalah part of him hadir pada baby SJ.  Mata baby SJ seiras mata abah.  The legacy of Abah. Alhamdullilah.

Al-fatihah..

Friday, August 19, 2011

Sengallah jugak

Wiiiiiiiiiiiiiiiii .. (ini tiru trade mark sorang blogger).

Saya sedang cuba kembali & harapnya tidaklah seperti orang itu yang tengah2 syok bercerita, tiba2 cakap malas mahu sambung cerita.. ada ka?

Ada satu cerita sengal (banyak sebenarnya tetapi macam yang cakap sebelum ni, saya agak malas lately).  Cerita sengal ni berlaku dua hari lepas & bersambung sehingga semalam.  2 hari lepas saya berkali-kali menerima panggilan telefon dari 1 talian tetap tetapi setiap kali saya cuba nak jawab, mesti terputus.  Agak saya, ini mesti bank call nak mintak hutang atau nak jual barang & sebab itulah jua saya tidak berusaha nak return call.  Rupa-rupanya si pemanggil menelefon office saya selepas saya meninggalkan office.  Receptionist aka cik orangechandellier (OC) meng'text' saya meminta saya menelefon balik si pemanggil tadi.

Maka semalam saya cubalah memanggil nombor tersebut based kepada nombor yang di beri oleh OC.  Cubaan pertama di buat dari talian pejabat saya.  Perbualannya lebih kurang segini
Saya:        Boleh saya bercakap dengan cik Nisya?
Lelaki x:   Ohh.. tidak ada orang bernama Nisya di sini.  Kenapa you cari Cik Nisya?
Saya:        Ohhh.. I receive a message to return call to this number from someone name Nisya.  It's ok.  Anyway, is this **** Bank?
Lelaki x:   No! No! This is control room
Saya:       (tercenggang tapi tak lah pulak tertanya which building punya control room).  Ok sir, i guess i call a wrong number.  Thank you  (sopan tak saya).  Then saya letakkan gagang.

saya memberitahu OC yang nombor yang di beri salah & OC berlari ke tempat duduknya utk menyemak.

Cubaan kedua di buat menggunakan hand phone saya (memikirkan saya mungkin tertekan nombor yang salah sebelumnya)
Saya:        Can i speak to Cik Nisha?
Lelaki x:    There is no one name Nisha here.
saya:         Opss.. sorry. i dialled a wrong number again.  Anyway, may i know which control room is this?
Lelaki x:    This is HKL control room
Saya:         ohhh.. i'm very sorry.  Thank you

Saya pun menamatkan perbualan dan berkerut dahi saya memikirkan hal ni.  Tiba2 OC berlari ke arah saya dengan wajah panik seraya berkata
OC:       I dah call number tadi & it goes to bilik mayat HKL lah
Saya:     Ahhhh?

Berdebar2 hati saya.  Perkara pertama terlintas di hati adalah seseorang yang menyimpan nombor atau kad bisness saya di temui mati dan bilik mayat menelefon saya untuk mengecam mayat.  Takuttnya.. apa kata itu adalah saudara mara saya.  Kemudian datang telahan kedua iaitu adakah hantu yang menghubungi saya semalam?   Ishhh.. lagi takut padahal bulan puasa manalah ada hantukan.  Lagipun pangilan itu datang dalam pukul 4 petang.

Tiba2 baru saya teringat numbor yang sama mesti ada di dalam missed call list saya.  Saya pun menyemaklah nombornya, rupanya kedua2 sedikit berbeza.  hahaha.. sikit punya sengal.  sampai malam pun saya tak habis gelakkan diri sendiri.  Nak cuba?  cuba call no ni

26906000 (bilik mayat HKL)
26909600 (**** Bank)

Ok.. selamat berpuasa.  Maaf zahir Batin :-)