Monday, December 31, 2012

40

Barangsiapa yang pernah membaca entry saya berkenaan dengan tarikh lahir, pastinya tahu yang saya ada 2 tarikh lahir.  Satunya yang sebenar tetapi tak official dan satunya selang beberapa hari (tetapi satu tahun kedepan & official).  Yang berminat nak baca entry lalu, sila ketip disini.

So 2 hari lepas, 29 Dec 2012, saya secara tak rasminya menyambut hari lahir yang ke 40.  Di ulang, EMPAT PULUH.  Hehehe,  I'm proud with the number.  No big celebration (seperti biasa lah).  No wishes dari Encik D (seperti biasa juga)... Pada agakan saya Encik D merasakan taboo untuk mengucapkan saya selamat hari jadi.  Maklumlah dia kan setahun muda dari saya.  Dulu2 saya pasti akan berkecik hati tapi sekarang saya dah lali.  Walaupun tanpa ucapan, tanpa hadiah, dia membawa saya keluar makan di tempat agak special jugaklah.. kira ok lah dari tiada apa2 langsung.  Alhamdullillah for the 40 granted years.

Era 30 an sudah di tinggalkan.  Banyak imbauan pahit manis sepanjang 40 tahun di bumi Allah.  The journey was up and down but that's life.  I made too many mistakes in my life and there are days I was dragged with my sins.  Sometimes, I feel that I didn't deserve to live this life but I always granted the second chances (or more). Today, all I can say is I'm grateful with my life.  Saya tak pernah terbayang akan memiliki anak & hari ini saya di kurniakan anak.  Financially saya tak kaya, tetapi alhamdullillah I have enough.  Personally I'm not a too happy person  but I can stand tall like others.   

When you walk a life of honesty, you live a life of truth (Therese Benedict)

If I been asked to provide 5 key words for each era that I passed, I shall put it:
< 10 an (err ada ke era 10 an) ~ Love, Arguments, Play, Hugs and Cane
10 an - 20 an ~  Losses, Lonely, Hostel, Friendship, Hatred
20 an ~ University, Cigarattes, Friendship, Family, Sensibility
30 an ~ Career, Love, Family, Travels & Animals


5 keywords that I aimed for 40's
1.  Spirituality ~ incl. umrah & hajj
2.  Maturity
3.  Health ~ me, my son, Encik D, my family and everyone
5.  Travel
4.  Acceptance ~ to certain things that shall remains unchanged

Selamat Tahun Baru
Wishing everyone good health and happiness in 2013.


Monday, December 24, 2012

MATA KECILKU by Afdlin Shauki

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Allahu akbar!

Sunday, December 23, 2012

London #2

Aktiviti2  di London

Since kami spent masa yang agak lama di London & banyak yang kami lakukan semasa di sini, saya akan update journey kami mengikut hari.

# Day 1

Kami tak sempat ke mana sebabnya sampai di London dah agak petang (dah boleh kira malam sebab buat masa sekarang matahari tenggelam pukul 4.30 ptg).  Selesai check in, kami keluar membeli dinner.  Selepas dinner masing2 dah tersadai sebab keletihan.  Sedar2 saya tertidur tanpa mandi.


# Day 2

Kelewatan bangun dan seperti biasa, hari pertama & kedua di tempat baru, kami akan agak slow motion.  Sebetulnya saya hampir tiada iternary untuk London.  Saya cuba untuk merangka iternary tetapi tah kenapa memang tiada.  By the time kami keluar dari rumah sudah hampir tengahari.  Pertama kami beli city map dari kedai buku & saya biar Encik D decide di mana kami mahu tuju.  Kami naik train tanpa arah tuju sehinggalah Encik D memberitahu dia mahu turun di station Monument.  Kelam kabut saya menolak stoller baby SJ keluar dari train sambil annoucement Mind the Gap berkumandang.  Macam best pulak.

Inilah Monument of London a.k.a The Monument.  Tak besar sangat, tinggi sikit dari pokok kelapa.  

Tower Bridge dari London Bridge.  Dulu saya ingat Tower bridge ni lah London bridgenya.  Akhirnya saya tahu yang London bridge cuma bridge biasa aje cuma tak silap dia adalah oldest bridge kat London.  Teringat masa kat melbourne dulu kami ada melawat satu rock formation along Great Ocean Road yang di namakan "London Bridge is Falling Down'

Pemandangan sepanjang Sungai Thames


Kemudian kami singgah di Borough market sambil menelan air liur yang banyak sebab ada banyak makanan kat situ tapi kemungkinan besarnya, tak halal.

Banyak gerai roti tapi mood untuk makan roti pulak tak ada.  Mood kami hari ini adaah mood karnivor

 Makanan Italy antara banyak gerai.  Hensem jugak mamat yang jual tu kan.  Teringat pada abang Zinadine Zidane.

 Merringue yang terbagak pernah saya jumpa.. nampak macam sedap tapi sibuk2 mengambil gambar terlupa nak beli

Pasar sayur.. seperti biasa di negara2 europe lain.. ianya tersusun rapi

Pasar ikannya pun cantik.  Boleh baring atas lantai kalau nak :)

Selesai bergojeng di pasar, kami bergegas cari food untuk lunch.  Finally jumpa gerai kebab.   Alas, kebab lagi. Tapi apa nak buat, kat sini mana ada nasi goreng ikan masin. Sib baik kebab kat London sedap.  Boleh di telan.. anyway, I've been abroad baru seminggu.. mengada2 lah kalau dah nak mula keriau cari nasi goreng ikan masin. Teringat dulu berbulan2 saya jadi vegetarian semasa di Norway back in 2006 di mana saya tinggal di hotel & tak boleh masak (I was 100% non-vegetarian ie saya tak pernah makan sayur langsung sehinggalah saya di Norway).  So saya patut bersyukur.  Anyway now pun kami ada kemudahan memasak & saya akan try masak jika ada masa & tenaga.

Kami makan packed kebab di tepi sungai Thames.  Iskh, teringat zaman budak2 makan ubi kayu bakar di tepi sungai belakang rumah.  Takde kaitan langsungkan.  Scenery sangat cantik walaupun kami agak kesejukan.


Saya kagum bangunan2 moden kat sini bentuknya agak unik. This is one of the unique building - bentuknya ramping kat bawah.  Jauh kat belakang ada bangunan serupa macam peluru berpandu
 
Ini Tower of London. Plan asal memang nak pergi tapi sampai hari last tak dapat pegi sbb kekurangan masa.  Next time maybe.

Selesai makan, kami menyusuri Sungai Thames untuk menyeberangi Tower Brigde.  Tempat ni namanya More London Riverside.  Bangunan2 tu kebanyakannya offices.  Cantik.  Ada sebuah park di situ. Saya dapat bayangkan musim panas pastinya kawasan ni sangat ramai pelancung.  Camana lah  perasaan pekerja2 di situ bekerja sambil melihat pelancung berpoya2.  Kalau saya mesti tak tenteram 

Kami semakin menghampiri Tower Bridge

Akhirnya berjaya menyeberang

 Tower of London dari dekat

Setelah sepakat untuk datang balik ke Tower of London, kami terus berjalan tanpa sebarang particular destination.  Saje nak melihat sekitar city sebelum balik.

Lagi bangunan bentuk unik

Here and there

 Hari tidaklah terlalu lewat bila kami decide untuk balik tetapinya melihatkan baby SJ agak keletihan, we call it a day.

Tok batin berehat sambil tengok TV
 

Saturday, December 22, 2012

Twist of fate

(Written on 19.12.2012)

Yesterday was not my day..

1.  My brother turn his back on me..  

A normal proposal to bring out our amma to celebrate her 75th birthday (actually more to family gathering and no tiup2 lilin punya plan) turn to be a heated argument.  Should I blame myself sebagai tukang proposed?  Hehe.. entahlah.

Nampaknya my noble intention (noble sangatlah kan) dah mengkacau bilaukan keadaan.  Habis keluar issue pembaziran & Palestine di Gaza bagai.  Saya sudah takut maka saya menchicken-outkan diri saya dari perbincangan email yang berbalas2 dan semakin panas. Bukan saya tak kesihankan Palestine di Gaza cuma I believe my amma deserve some celebration for herself.  So today, I still made the reservation di hotel for small group of us (bukan lagi the whole pack as planned). 

As it was at that time.. yesterday was the day I hope to erase from my Calender


2.  Saya seperti bekerja 2 hari dalam masa 24 jam

Kerananya saya tertinggal barang di surau building office.  Semalam saya beria2 nak membawa balik hadiah birthday untuk baby SJ yang sudah saya beli beberapa hari lepas.  Baby SJ akan celebrate his 2nd birthday dalam masa 2 hari lagi tapi kenapa saya gatai sangat nak bawak balik semalam pun saya tak tahu.   Dalam fikiran tengah serabut lepas kena marah dengan abang saya, itulah masanya saya pilih untuk mengusung barang ke surau sebelum ke kereta.  Tut-tut, selepas menunaikan solat asar, terus aje saya usung diri saya aje ke kereta dan bertolak balik sebelum menjemput Cik Kentang di depan officenya.  Saya ada rekod hilang telekung sebanyak 2 kali di surau office yang ini buatkan saya risau jika saya tak buat u-turn ke office, hadiah baby SJ juga lesap.

Semasa saya tersadar yang saya tertinggal barang, kami (Cik Kentang & saya yang memang ber car pooling setiap hari) sudah dalam 80% of the journey nak balik ke rumah.  Saya decide to buat U-turn dan bayar toll lagi sekali and yang paling nazaknya menempuhi jam sebanyak 2 kali.  Itu sebabnya saya menggelarkan semalam adalah hari yang 2 hari bekerja dalam masa 24 jam.

Nasib baik lah hadiah baby SJ masih setia di lantai surau.

Hari sudah bertukar malam semasa kami dalam perjalanan pulang kali kedua dan trust me, kaki saya sudah longgar menekan pedal minyak.  An hour journey turned to be 3 jam.  3 jam tu sama jaraknya mahu ke Ipoh tau.. ketaq lutut cet.


BUT this little fella fate has changed due to what i called my unlucky day

 We found her/him (gender- yet to be known) di betul2 tengah2 jalan highway Bukit Jalil-Puchong sedang cuba cross highway yang busy dalam our perjalanan balik kali kedua.  I didnt even know where was her/his mother as it was too dark & we could not see any big cat.  Dengan spontan Cik Kentang melompat keluar dari kereta dengan gaya ala rambo nya dan menangkap anak kucing ni (kebetulannya kereta kami stop di sebabkan lampu traffic merah tapi masih agak merbahaya sebabnya banyak motosikal yang di bawa laju di celah2 kereta) 

Bagi sesiapa yang biasa dengan stray cat akan faham how feral the cats can be.. Akibatnya dapat lah kami beberapa gigitan yang hingga lewat malam tadi berdenyut macam first time kena injection rubella sebelum dia lari masuk menyorok di celah2 stering kereta.  Saya meneruskan perjalan balik dengan berdebar2.  Pertamanya saya takut setiap kali saya membelok, dia akan tersepit di celah mechanism stering.  Keduanya memikirkan what bring the kitten in the middle of highway and where is his mother?  Ketiga, memikirkan   bagaimana nak sampaikan berita pada Encik D yang sekali lagi saya membawa balik kucing ke rumah.

After sent Cik Kentang home, saya menelefon Encik D dengan aksi yang sedikit suspen.  Bercakap dengan selemah lembut yang mungkin adalah senjata saya & sahutan Encik D hanyalah Hmmmmmmm yang panjang untuk setiap baris ayat saya saya habiskan.  Tak suka lah tu, heheh.  But at the same time, that kind of  humming tu maknanya tak suka tapi tak apalah kalau sudah terpaksa.  It's better than tak suka & dont ever do that punya humming.

Sesampai ke rumah, kami ada tetamu.  Luckily, saya dapat memujuk anak kucing ni masuk ke dalam carrier untuk di bawa naik ke rumah dengan mudah. Dan sejurus selepas saya sampai Encik D ada janji temu dengan rakan2 band dia.  Ini bermakna tinggal lah saya keseorangan melayan tetamu, baby SJ yang sungguh girang melihat kucing yang kerdil, 5 ekor kucing yang stress dengan kehadiran tetamu & seekor lagi rival dan finally seekor anak kucing yang menangis2 sebab takutkan environment baru. 

Sepanjang malam ke semua 6 ekor kucing saya stress dan saya hanyalah mampu tidur-tidur kucing.  I pray hard moga2 keadaan akan bertambah baik sehari dua lagi

So now, saya sedang merangka apa yang perlu saya buat dengan this little fella.. hope that someone sudi adopt dia  di masa depan.  Ada berani?  Jika tiada yang sudi, insyaalah ada ruang untuknya di sini.  Maybe this is the way my Mimi send us her love (Mimi was one of my cats who went out for walks but never come back about 3 months ago.  I never blog about her missing as it was too sad for me to consider that she is no longer with us.  Sila ketip di sini Mimi & the rest  untuk mengenali Mimi (she is the 5th from above)

Welcome Bambi.. ecece, tengok.  Siap dah bagi nama.

After all, I'm grateful for what had happened to me as I found the beauty of twist fate.. 





   



Saturday, December 15, 2012

London, Mind the Gap City #1

Selepas 8 hari di Paris, kami meninggalkan kota fashion untuk destinasi kedua.  London.


1.  Pengangkutan

Paris to London.  Eurostar.  

Smooth journey walaupun hampir tertinggal train.  Ingatkan masa yang di sparekan antara penginapan & Paris Train station sudah cukup rupa2nya ngam-ngam aje.  Proses yang cukup remeh.  Borang nak kena isi, semua barang nak kena check.   Hatta, stroller baby SJ pun di periksa.  Sorry, no photos taken sebabnya kami kelam kabut dan kemudiannya bila di dalam perjalanan, beg kamera tersimpan nun jauh di atas rak.  

Baby SJ sangat kegirangan di sepanjang perjalanan; bercakap & menyanyi tanpa henti adanya sehinggakan sesampainya kami di King Cross station di London, ada penumpang menegur akan keramahannya.. saya tersipu sebabnya saya sebenarnya tak tahu itu sindiran ataupun ikhlas. Harap2 tiada yang menyumpah kami.  Perjalanan mengambil masa kurang sikit dari 2 jam setengah.

Sampai di King Cross Station, kami terus membeli travel card, osyter untuk memudahkan kami travel.  Osyter card ni samalah macam myRapid atau touch&go kita.  Plan untuk membeli paper card (another form of travel card yang mananya ada kalanya yang ini lagi berbaloi sebab kita boleh dapat 2for1 entrance untuk sesetengah tempat berbayar) tetapi saya tangguhkan dahulu.  Sepatutnya, boleh di beli paper card yang 7 hari, since kami akan berada di London selama 10 hari,  (lagi murah dari beli yang travel card yang 1 hari selama 7 hari berturut) tetapi mengenangkan kami bercadang nak ke Birmigham untuk ketemu Encik S.o.B makanya saya stick to basic plan atau 1 day paper card di hari perlu.     Tetapi akhirnya, sepanjang 10 hari kami di sana (trip ke Birmingham di batalkan akibat kekurangan masa), 1 day paper cardlah pilihan kami hampir sepanjang masa.  Agak rugi sebab jika kami beli 7 days travel card kami akan jimat dalam 10  pound seorang.

Dari King Cross, kami mangambil underground untuk ke tempat kami akan tinggal.  The famous phrase utuk underground is Mind The Gap.  Rerasanya sepanjang 10 hari di sana, adalah 500 kali kami dengar.  Seolah2 lagu yang tergiang2 di telinga.  Tapi 1 thing yang saya boleh cakap.. the underground system was awesome.  Saya yang memang tak berapa suka naik public transport di Malaysia akui saya memang tak kisah menaiki public transport di London.


Since kami menyewa apartment di Barking yang berada di Zone4 makanya kami terpaksa membayar transportation yang agak lebih.  Kami spend dalam RM80 sehari untuk transportation tetapi apa yang saya boleh katakan, saya suka tempat kami tinggal.

Underground. Very clean & very efficient

 London buses

Subway* towards underground. Love the art works (CharingCross Underground)
* Term subway di London maksudnya laluan (underground) ke underground station.  Some countries (seperti Norway) subway tu adalah underground systems tu sendiri.  Saya agak confuse mulanya.

Sesetengah underground tersangat ke dalam tanah.. Contohnya this particular underground (Marble Arch) rasanya ada lah 50m dari paras muka tanah

Menunggu train

Antara koleksi, banyak yang missed sbb malu nak capture.. uhuk

 Ini favorite sbb ada iras2 football club yang saya support..

Encik D masih perlu mengangkut stroller Baby SJ di sesetengah underground tetapi keadaan jauh lebih baik dari Paris.  Anyway jika perlu, kita boleh plan untuk elakkan dari berhenti di station yang tiada kemudahan awam.

Teksi London juga unik.  Info dari Encik D, kereta yang serupa gini bentuk cuma ada di UK, tiada di mana2


2.  Penginapan

Kami menginap di Barking. Walaupun sedikit jauh dari city centre (Zone4), saya sangat suka rumah yang kami sewa.  Sebenarnya saya booked apartment 1 bilik tetapi bila tiba kami di beri rumah double storey 2 bilik.  Kami cuma menginap di bilik bahagian atas.  Rumah lengkap dengan segala kemudahan dan kejiranannya sgt selamat.  

Makanan halal berlambak-lambak & jauh lebih sedap dari Paris mahupun Amsterdam.  Selain sedap saya rasa harga makanan di London sangat berpatutan. Satu set meal nasi beriani yang sangat sedap cuma 4 pound ataupun 1 foot long Subway bersama drinks (sesetengah Subway halal) cuma 5 pound.  Bila tiba membila spice untuk memasak pasta, saya sangat kegirangan.  Sebotol oregano cuma 50 penny.  Itu belum lagi harga coklat.  Sekotak Ferrero Rocher hanyalah 2 pound.  Sungguh menggembirakan.  

Rumah yang kami menginap selama 10 hari.  Entire unit. Nice kan


Neighborhood

 Dapur and dining area

Bilik tidur.  The only TV yang ada hanyalah sebesar tv CCTV tapi oklah.  Sekurang-kurangnya kami faham bahasa segala program kat TV 

Katil untuk baby SJ di dalam bilik yang sama

  Aksi kepenatan




Bilik air.  Satu-satunya masalah kami tentang rumah ini; water heaternya kurang stabil.  Ada masanya di tengah mandi air panas, air tiba2 bertukar sejuk.


bersambung..