Tajuk entry macam gempak tapi sebenarnya biasa aje.. saya cuma ingin membongkarkan rahsia Encik D yang ramai orang tatau termasuklah family saya.
Rahsianya adalah kebelakangan ni Encik D siang malam asyik memukul di sana sini; kat bantal, kat atas lantai & kadang2 kat atas saya. Kasihan betul. Tapi jangan salah faham, Encik D bukanlah pendera.. marahpun jarang sekali, inikan pulak mendera.
Encik D sebenarnya tengah praktis sesuatu. Rahsianya dulu masa muda remaja, Encik D & kawan2 sekampung dia menubuhkan satu band yang bergenre kan konsep "pekak telinga & tak faham apa yang vocalist kata (nyanyilah dalam erti kata diaorang)". Tapi bukan jenis2 yang puja syaitan tu. Encik D merupakan pemain drum utk band dia. Dia orang ni kiranya macam underground atau indie (perkataan underground ini pun saya belajar dari dia.. saya ni buta muzik, Cik Kentang dalam bab ni boleh lah berlagak dengan saya) & dulu selalu jugalah buat Gig (inipun perkataan orang orang underground). Dan selepas masing-masing mula bekerja dan merantau secara serius, band diaorang jadi sangat2 suam kuku lah.. yang ada cuma nama. Maka segala skill Encik D jadilah bubur. Pertama kali Encik D membongkarkan rahsia dia pada saya, saya dengan lancarnya bagitau dia yang nasib baik saya belum kenal dia lagi di waktu itu. Jangan salah faham tuantuan dan puanpuan, saya bukan anti-musicians tetapi saya ni buta muzik & saya selesa life yang simple macam sekarang.. jauh dari limelight (melebih2 pulak saya, Encik D cumalah main drum untuk underground, bukannya artis yang kena2 kejar papparazzi.. hehe)
Kelemahan bagi drummer ni ialah apabila band berkubur, self-practice macam hampir tak wujud.. kecualilah yang jenis2 ada studio kat rumah. Sudahlah set drum tu ribu-riban, besar gedabak lak tu.. dan tak lupa, sekali ketuk bolehlah buat jiran sebelah melompat. Lompatan pertama sebab terkejut, kedua sebab dah marah, ketiga sambil capai parang.
Selepas lebih dari 15 tahun, tiba2 kawan2 Encik D berhajat besar nak meneruskan legacy konon-kononnya. Encik D di paksa (tapi dia suke) join band balik. Dari tahun lepas, dia orang re'kick-off' semula; mula menulis lagu, menulis lirik, jamming, record lagu (semua guna teknology internet, sedar2 semua dah siap..saya lah yang pening tengok Encik D terbongkok2 setiap hari mencipta note untuk drum). Saya sendiripun menjadi mangsa. Saya di paksa mendengar cerita-cerita tentang drum. Saya di paksa menonton youtube pasal2 drum. Dan paling tak bestnya, saya selalu kalah bila berebut internet connection di rumah.
Walaupun Encik D agak teruja tetapi saya juga tahu yang pada masa yang sama Encik D mula risau sebab dia yang paling terbelakang berbanding yang lain. Banyak yang dia tertinggal di sebabkan beberapa tahun merantau, 2 tahun keluar masuk hospital, pindah menetap di KL dan kurang praktis.
Esok band dia akan ada Gig pertama selepas 15 tahun menyepi.. saya tak di jemput ye.. jadi simpan2 lah rasa nak tengok dia perform. Anyway, saya sendiri tak rasa nak pergi. Kalau jadi drummer untuk abang anuar jaing boleh lah jugak saya meronta-ronta (dan harusnya Cik Kentang & me cnor akan terlentang sebab cemburu). Dengan itu saya juga dengan sukarianya me'volunteer'kan diri sendiri balik ke kampung saya sementara Encik berkugiran bersama rakan2 di KL.
Apapun, Saya tetap berharap Encik D akan berjaya dengan show dia besok.. harap2 takde mistake di buat & harap2 dia dapat main untuk semua lagu mereka. Cayyoo! Cayyoo!
Friday, January 29, 2010
Tuesday, January 26, 2010
The Two Alexanders
Alexander the Great is always a great name.. given to one of the greatest warrior in the history of earth. I always love this name.
At the moment, two Alexanders (Alexs) exist in my life.. Alexander the Cat and Alexander the Dog.Alexander the Cat born more than 5 years ago. She is Etam's daughter [Etam is the 2nd cat that adopted us after Cipoi adopted us ( You need the remember the phrase here, Cats are the one who owns us, not the other way around)]. And before we even notice, Etam was pregnant with Putu's offspring (our neighbour's male cat). Yes, we were not happy in the begining. We already have 3 cats and Etam was pregnant. That was too much for us, without knowing 4 years later we have more than a dozen of them..Hehe. Alexander, as we call her Alex and the siblings were born in 3rd Dec 2004. Alex's twin brother and twin sister are Jebat (aka Abang) & Olympious (aka Cik Oli) respectively. Initially I thought Alex's hair was grey in color but slowly in time she turn to be a shiny black. It was just a normal transformation process for any kitten i guess.
"Where? where does it say "No peeing'?"
the grey alex
"This is not fun at all- being forced to be a copycat to calender cat"
The Black Alex
Alex the Cat was named Alexander because we thought she was a male cat in the first place, came from the great Alexander the Great. She was supposed to be named as Cleopatra, but it was too late to change the name when we realized that she was a girl. She already like herself as Alexander. And slowly we started to realized that her character also suits her wrongly given name. She was very rough. she climbs all the time. she used our curtains as a ladder to climb. She was too lazy to groom herself like most cats do but she will go to others to ask them to groom her. She used our carpet to wipe het butt every now and then, ignoring our scolding. She only drank from tap and pail (with all her four legs widely open on top of the pail), not from the drinking bowl as others did. She always love high place, i guess because she wants the best view among all. Today, at 5 years old, nothing much change about Alexander, she is still doing the same things. Sometimes i wonder, is it the name or color to be blamed? :-)The Black Alex
"Cant you see i'm busy? Nope, there's no room for you- it's all mine."
"I'm not in a social mood. Go away"
The recent photos of Alex
The story about Alexander the dog began few months ago.. she was abandoned alone by her mother when she barely understand enough how to survive. She was a very tiny puppy when we start to notice her. She was abandoned in between Cik Kentang & my house, so we take turn to feed her since. We decided to name her Alexander too as she has same hair colour as Alexander the Cat; ie Black.
Alexander the Dog is a very shy dog, and that is the reason why i didnt manage to capture her photos until few days ago (and it was from far, that's why the output of the photos are blur as i have to zoom in to the maximum). She never came nearby me, let alone rub on me (maybe she understands that we are muslims). She will wait patiently for us and sometimes if she was overjoyed to see us, she will jump around while seeing us. There are times that I wish that I can keep her for good or at least I can stroke her to let her know that i really care about her, but I cant. Today, Alex the Dog turn to be a very fine young lady and she starts to have friends to play with and I believe one day she will find her soul mate. But deep inside, I also hope one day somebody will save her, as she deserve to have a roof to protect her from sun and rain.
"How many times do i have to say it? No Papparazi please"
Alex the Dog
Having her breakfast
After studying both Alexs, i have come to the conclusion. It is not the name that influence somebody's character (not in pet at least), and it's also not the color of their hair it's made them be what they are, but it's the individual herself/himself. In Alex the Cat case, it might be the genetic that she inherited from her mother & i must admit that Cik kentang & I spoiled her too much. And to be frank, i love her as she is now.. not more and not less than that. She is not only fun to stroke but pleasing to look at and great to have around. For Alex the Dog, nothing to be complained.. she's just greatttt..
Labels:
Cats
Monday, January 25, 2010
Thursday, January 21, 2010
Apakah maknanya
I saw this road signage on my way to office 2 days ago. I am not sure whether it was vandalized recently or i happen not to notice it before. It was so funny.. No ghost are allowed to park here
Wednesday, January 20, 2010
Misi yang lebur
Menjelang weekend lepas, saya dan Encik D membuat plan untuk beriadah di bukit belakang rumah (not exactly belakang, tapi bukit yang sama sebab kami notice lately ini ramai orang berjunggle trekking kat situ) dan seterusnya berbasikal. Tamak haloba adalah sikap kami, jadi atas alasan itulah kami plan untuk buat dua2 sekali tanpa mengambil kira stamina kami yang ciput. Maka kami dengah gahnya ke laluan hutan simpan berkenaan di pagi ahad dengan niat me'reiki' laluan. Sesampai kami disana, sebaik saja turun dari kereta (junggle trail tu dekat dengan jalan), kami telah dihalang (ayat drama!) oleh sekumpulan orang2 yang tak dikenali.. Rupa-rupanya mereka adalah kaktitangan dari satu universiti yang paling kerap bertukar nama kat malaysia. Kami di halang di atas alasan orang awam tidak di benarkan masuk ke hutan simpan tu dan jika melanggar peraturan, kami boleh di denda $10,000. Lahhh.. siapa suruh tak letak singnage no entry. Saya kurang bersetuju sebab saya rasa sebagai rakyat malaysia, orang awam perlu di beri peluang to get close to our nature.
Kemudian, kami yang masih tak berputus asa untuk beriadah, pulang untuk membaiki & mencuci basikal kami. Membaiki sebab banyak spareparts basikal kami dah di curi beberapa bulan kebelakangan ni. Mencuci sebab dah beberapa bulan basikal tu tak di sentuh. Tetapi, kemudiannya Encik D yang selaku ketua rombongan ke tempat mencuci basikal di kawasan rumah kami (iaitu hanya dalam 100m dari pintu rumah) telah tumbang (zzzz) selepas kegiatan mencuci. Itu baru cuci basikal, belum lagi cuci kereta. Selepas late lunch, Encik D yang masih bercita2 untuk beriadah mengajak saya ke pusat membeli belah berhampiran rumah untuk membeli stokin baru untuk beriadah. Sudahnya 2 jam untuk membeli sepasang stokin. Kali ni saya yang tumbang sehinggalah 6.30 pm. Tapi atas dasar usaha tangga kejayaan, kami berjaya juga berbasikal walaupun cuma kira-kira 20 minit sebelum masuk waktu maghrib di dalam hujan renyai di sekitar rumah kami. Haha. Paling saya tak faham, kenapa Encik D mengambil keputusan tak mau pakai stokin barunya..
Moral 1.. jangan beli stokin kalau tak mau pakai
Moral 2.. kami akan mencuba lagi di masa depan..

Tuesday, January 19, 2010
Saya memang jakun
Saya anak orang kampung. Makpak saya orang susah. Makanya, banyaklah benda yang saya jakun walaupun saya dah tua.
Saya jakun dengan safron pertama kali saya dengar, saya jakun bila saya tengok ada pelbagai jenis cheese, saya jakun bila first time saya naik roller coaster dan kapal terbang, saya jakun bila passed through terowong genting sempah masa saya kecik (saya harus melalak kalau makpak saya lupa kejutkan saya bila lalu kat terowong ni setiap kali kami ke kuala lumpur) dan banyaklah kejakunan kecik dan besar yang saya ada. Tak terkira oleh bijak pandai matematik
Saya nak ceritakan kat sini pasal kejakunan saya terhadap bunga tulip. First glance saya pada bunga tulip masa saya kat airport negara kincir angin.. kagum sampai saya rasa nak beli terus dengan baldi sekali. Bersusah payah rakan seperjalanan saya memengingatkan saya yang saya adalah dalam perjalanan dari malaysia ke negara matahari tengah malam bukanlah saya dalam perjalanan balik ke malaysia dan bunga tulip tidaklah tahan lama.
Sampai di negara matahari tengah malam, saya bagai hilang arah bila nampak bunga tulip. Berpuluh2 keping gambar saya ambik. Rakan seperjalanan saya yang kurang jakun tersenggih2 memandang saya. Saya tak peduli! Saya capture jugak. Nasib baik jaman dah berubah dari jaman camera analog kepada camera digital. Kalau tidak, maunya ber roll film saya habis.
Bunga tulip di atas tanah pertama yang saya lihat
2 bulan di negara matahari tengah malam saya berjaya meneruskan kejakunan saya dengan jayanya. Berpuluh kalau tak beratus keping gambar bunga tulip yang saya captured.
park, berjam2 saya berdiri tepi batas, paling saya suka ialah tulip putih
kat depan rumah orang
sampai hari ini, saya masih teringat2 pada kecantikan tulip. Saya doa suatu hari saya masih berpeluang menikmati kecantikan tulip lagi.. Dan sekiranya saya berpeluang ke negara 4 musim lagi, saya juga berharap saya berpeluang tengok snow.. mungkin kejakunan saya pada snow lebih hebat berbanding pada bunga tulip. Sehebat kejakunan mat salih pada musim panas kita :-)
Saya jakun dengan safron pertama kali saya dengar, saya jakun bila saya tengok ada pelbagai jenis cheese, saya jakun bila first time saya naik roller coaster dan kapal terbang, saya jakun bila passed through terowong genting sempah masa saya kecik (saya harus melalak kalau makpak saya lupa kejutkan saya bila lalu kat terowong ni setiap kali kami ke kuala lumpur) dan banyaklah kejakunan kecik dan besar yang saya ada. Tak terkira oleh bijak pandai matematik
Saya nak ceritakan kat sini pasal kejakunan saya terhadap bunga tulip. First glance saya pada bunga tulip masa saya kat airport negara kincir angin.. kagum sampai saya rasa nak beli terus dengan baldi sekali. Bersusah payah rakan seperjalanan saya memengingatkan saya yang saya adalah dalam perjalanan dari malaysia ke negara matahari tengah malam bukanlah saya dalam perjalanan balik ke malaysia dan bunga tulip tidaklah tahan lama.
Sampai di negara matahari tengah malam, saya bagai hilang arah bila nampak bunga tulip. Berpuluh2 keping gambar saya ambik. Rakan seperjalanan saya yang kurang jakun tersenggih2 memandang saya. Saya tak peduli! Saya capture jugak. Nasib baik jaman dah berubah dari jaman camera analog kepada camera digital. Kalau tidak, maunya ber roll film saya habis.
Bunga tulip di atas tanah pertama yang saya lihat
atas batas, tepi graveyard; kejakunan memang tak mengenal tempat
kat depan rumah orang
sampai hari ini, saya masih teringat2 pada kecantikan tulip. Saya doa suatu hari saya masih berpeluang menikmati kecantikan tulip lagi.. Dan sekiranya saya berpeluang ke negara 4 musim lagi, saya juga berharap saya berpeluang tengok snow.. mungkin kejakunan saya pada snow lebih hebat berbanding pada bunga tulip. Sehebat kejakunan mat salih pada musim panas kita :-)
Monday, January 18, 2010
Singgah
Semalam, selepas melawat anak saudara di asrama, kami singgah sekejap di pekan Kuala Kubu Baru. Bandar yang tenang, terasa macam waktu tinggal di Gopeng 7 tahun lepas. Kami meninjau2 walaupun tak banyak subjek boleh di tinjau. Cik Kentang, Encik D dan saya pernah melalui bandar ni dalam perjalanan kami ke Fraser's Hill beberapa tahun lepas tetapi ada sesuatu yang menarik hati saya kali ni.. The serenity of this small town
Bandar Kuala Kubu at 6.30 pm; lenggang & berbackgroudkan bukit
Entrance Masjid Kuala Kubu Baru
Biru langit vs Biru Masjid
Wednesday, January 13, 2010
Tentang Cipoi
Di sekitar awal December 2003, semasa saya dan Cik Kentang bekerja di Perak, kami jumpa seekor anak kucing kat pasar Kampar, yang later kami namakan Cipoi. Cipoi sangat kecik dan kurus semasa kami jumpa dia dan berumur sekitar 1 bulan. Cik Kentang masih belum gemarkan kucing pada masa itu dan kerana kasihankan Cipoi, saya merayu pada Cik Kentang untuk benarkan saya adopt Cipoi (juga saya sebenarnya jatuh hati pada that small creature sebaik saya set my eyes on her). Saya sangat bernasib baik, Cik Kentang setuju. Cipoi bukanlah kucing pertama saya tetapi yang pertama buat Cik Kentang. Saya bawa Cipoi balik ke rumah, mandikan dia dan iye, kami perasan ada lebih dari seratus ekor kutu melekat pada Cipoi. Dek kerana kutu, saya mandikan Cipoi 3 kali sehari untuk beberapa hari pertama. Kerja gila. Kenapa namanya Cipoi? Di ambil sempena nama kucing salah seorang kawan rapat kami, Cimoi. Kami kemudiannya juga menamakan Cipoi dengan nama kedua; Nurul Huda yang mana Cipoi kurang suka (kenkononnya to make her more feminine). Setiap kali saya memangil dia dengan nama Nurul Huda, mesti Cipoi datang gigit saya kuat2.. sampailah sekarang ini.
Malam pertama bersama kami, Cipoi tidur di dalam rambut saya sambil memakan rambut saya. Esoknya saya jumpa banyak rambut saya yang putus kat atas bantal. Hari2 pertama bersama Cipoi lebih di fokus kepada membersihkan and menambahkan berat badan dia. Cipoi adalah kucing 3 warna dan seperti mana kelazimannya kucing ber3 warna, Cipoi memang nakal. Kenakalan Cipoi memang dari awal2 lagi. Cik Kentang kemudiannya mula jatuh hati pada Cipoi dan Cipoi sebenarnya adalah punca sebenar Cik Kentang mula sukakan haiwan bernama kucing.
Hari ini, cipoi dah berusia 6 tahun lebih, masih bertenaga dan masih nakal. Mengikut kiraan umur manusia, Cipoi sekarang berumur sekitar 40 tahun. Betulkah? Kalau betul, she's very energetic 40s lady. Apa yang pasti dia masih Cipoi kami. The same Cipoi that we found 6 years ago.
Malam pertama bersama kami, Cipoi tidur di dalam rambut saya sambil memakan rambut saya. Esoknya saya jumpa banyak rambut saya yang putus kat atas bantal. Hari2 pertama bersama Cipoi lebih di fokus kepada membersihkan and menambahkan berat badan dia. Cipoi adalah kucing 3 warna dan seperti mana kelazimannya kucing ber3 warna, Cipoi memang nakal. Kenakalan Cipoi memang dari awal2 lagi. Cik Kentang kemudiannya mula jatuh hati pada Cipoi dan Cipoi sebenarnya adalah punca sebenar Cik Kentang mula sukakan haiwan bernama kucing.
gambar Cipoi masa dia kecik, di ambil guna camera
tanpa jenama kami (2.0 MP lagi), jadi maaflah kalau
terpaksa mengadjust mata nak tengok gambar2 ni
Kurang lebih seminggu saya adopt Cipoi, saya balik ke kampung dan oleh sebab Cik Kentang juga balik ke kampung saya, kami ambik keputusan bawak Cipoi bersama. Bayangkan kami travel sejauh 600km bersama seekor anak kucing yang roamed freely di dalam kereta. Sekejap kat atas dashboard depan, sekejap di atas dashboard belakang, sekejap di atas bahu saya, sekejap di bawah seat dan yang paling tak tahan bila Cipoi blocked pandangan mata ke depan saya. 100 km terakhir Cipoi mula bosan dan mula mengamuk.. iye, mengamuk dan akhirnya tertidur. Sampai kat kampung Cipoi marahkan kucing persian emak saya dan cuba mengusai rumah mak saya. Haha.. sungguh tak sedarkan diri. Selepas pengalaman travel pertama bersama Cipoi, hampir setiap kali saya dan Cik Kentang travel, kami cuba mengangkut Cipoi, kecuali jika kami pergi bercuti. Suatu masa, saya balik ke kampung secara solo, Cipoi duduk di bahu saya dari Perak hinggalah Terengganu. Lenguh sungguh badan saya.
Pertemuan pertama Cipoi dan encik D (formely known as Encik Belanda) juga ada menariknya. Pertama kali berjumpa, Cipoi jual mahal..dia datang berlari ke arah Encik D, sentuh kaki Encik D dan lari macam tak ada apa. Sampailah hari ini, Cipoi masih jual mahal dengan Encik D dan berakhir bila setiap kali Encik D dukung dia. Saya agak Cipoi sayangkan Encik D dengan cara dia sendiri. Cipoi jugak bagi effect yang banyak pada Encik D dan paling mengejutkan tak lama lepas kami adopt Cipoi, Encik D ambik keputusan untuk adopt dua ekor anak kucing padahal Encik D bukan datang dari keluarga yang sukakan kucing. Dan kemudian, stray cats yang lain-lain mula datang dan di adopt kami.
Kenakalan Cipoi memang melebihi mana2 kucing saya & Cik Kentang yang lain. Dia pakar meloloskan diri dari rumah sewa kami dan dia juga suka memanjat. Satu masa saya terpaksa mengetuk pintu rumah jiran kami sebab Cipoi terperangkap di atas bumbung jiran kami & yang harunya saya terpaksa memanjat bumbung rumah orang untuk menurunkan dia.
Dan Cik kentang ada hubungan yang sangat istimewa dengan Cipoi. Dulu, semasa tinggal di Kampar, setiap pagi & setiap petang tanpa gagal Cik Kentang akan bawa Cipoi bersiar2 dengan kereta sebab Cipoi suka tengok burung liar dan sekarang ni, Cik Kentanglah ibu Cipoi. Their bond amaze me. Semasa saya ke negara matahari diwaktu malam, Cik kentang membawa Cipoi ke office dia setiap malam untuk berskype dengan saya. Cik Kentang selalu kata Cipoi dan saya banyak persamaan; kami sama2 cerewet memilih makanan, kami ada temperament yang sama dan kami juga sama2 kasar. Saya fikir di waktu saya di negara matahari tengah malam dan Encik D di hospital, Cipoi pengubat kesunyian Cik Kentang.
lagi gambar2 cipoi juga menggunakan camera tanpa jenama kami
gambar cipoi yang terbaru, tido bersama saya semasa saya
tertidur kat rumah cik kentang 2 minggu lepas. Sila fahami
ada masalah komposisi gambar di sini, photographernya
adalah cik kentang :-)
I must say here that our life journey would be less colourful without her and she shows us how many life can one cat touch
Sunday, January 10, 2010
What I wanted to be...
Siapa tak pernah ada cita2.. paksaan atau relaan memang kena ada. For me, it started when i was in stardard 1. My class teacher forced me to list down 3 ambitions that i had. Can you imagine? You dont even know how to spell word cita-cita and you may not even know what is the meaning of cita-cita until the same teacher told you the meaning, but you need to have 3 list of cita-cita. I remember how dismayed i was.. i memang gitu, pantang di suruh berfikir dari kecik.. mesti dan-dan tu rasa grumpy. i cant escape as everybody need to have 3 ambitions. But why 3? we will only be one person with one job, not 3.
The lazy me managed to get 3 ambition lists without too much further thought. 3 jobs that were available at school; teacher, garderner and clerk. Hahaha. I cant remember what was other's ambition but i was quite happy with my choice. But it was not over. Then every year without failed, my class teacher will request us to list down 3 ambitions list. I started to be creative.. army, policemen, teacher again & all sort of jobs from gomen sectors. Why army? because army looks very tough in their suits, or is it because you can give something back to your country? Not me i guess, i will not think that much at 8 years old. Why policemen? Because the policemen are very powerful (even my mother used to takutkan me that there were policemen going to catch me while i was crying in order to stop me from crying: and it always works) and definetly not because i can take bribe from public.. masa tu otak suci lagi, apa2 yang mendatangkan dosa tak terpikir punya.
At standard 3 i had been more creative, i want to be a scientist.. whoaaa. i were not even really know what scientist are actually. Where did i get the idea? i cant remember but maybe it came from the mouth of one of my bright classmate. But i remember one of my classmate comment that we as a muslim can not be a scientist as scientist does not believed in God. It was kind of frustrating as i was quite happy with my new ambition because it sounded very sophisticated.
Then at standard 4, our family was interviewed by soatkabar utusan malaysia reporter. It was kenkononnya for achievement section. So, merasalah i masuk soatkabar once. When the reporter asked me about my ambition, i was so embarrased to tell him that i dont have any serious thought yet about my future under taking (mana boleh anyway, this is for the achievement section where people talk about the whole family member's achievement and suddenly the youngest family member was not having any ambition.. mati i kena sumpah kat my parents). So, my father who sat beside me during the whole interview told the reporter that i'm going to be a doctor.. whoaaaa. 2 months later, our family story's was in the news paper and it was clearly written that i hope to be a doctor when i grown up. I was so embarrassed to go to school as everybody was making fun of me. i am quite sure that my friends saw the true side of me :-)
Father told me that he really wish that i could fulfil his wish one day.. to be a doctor. Today, i should apologize to him as i didn't try hard enough to be one that he wish. i played hard and study less in my upper secondary and matriculation years be qualified to take medic course. I am sorry abah. I was also carried away with lots more dreams during my secondary school ( i wanted to be TUDM pilot very badly but i was too short to even qualifed for the application) and finally i end up being what i never dreamt before... not a popular job on earth but something that i happen to love ( adakalanya lah, ada jugak masanya menyesal)
What is important here.. you can dream anything that you wish to dream and it's ok if you cant fulfil it.. because it's part of life. I guess that is why we need to give 3 ambitions when we were at standard 1 .. to allow us to fail.

Saturday, January 9, 2010
Kisahnya 2
Sepertimana di ceritakan dari sms ke sms;
Jejaka malaya di hantar ibu ke kelas tuisyen tahun ni. Balik dari tuisyen, jejaka malaya menunjukkan kegirangan yang melampau sambil memberitahu yang dia merasa tak sabar ke kelas lagi. Si ibu merasa hairan di sebabkan belajar bukanlah kegemaran jejaka malaya selama ni. Maka bertanyalah si ibu kepada jejaka malaya, gerangan apakah yang sebabkan jejaka malaya merasa girang.
Jawab jejaka malaya; sebab dalam kelas tuisyen ada ramai budak perempuan yang lawa.. rupanya..

Wednesday, January 6, 2010
Kisahnya
Anak saudara yang paling rapat dengan saya, Jejaka Malaya masuk tahun 3 tahun ini. Jejaka Malaya dikhabarkan dilantik jadi ketua kelas awal sesi sekolah 2 hari lepas. Knowing him very well; very active, talkative dan nakal saya rasa terkejut tapi sangat berbangga. Senyumlah saya sampai ke telinga apabila ayah jejaka Malaya menyampaikan berita.
cakap ajuk dalam loghat tempat kami antara ayah jejaka malaya & jejaka malaya:
Jejaka malaya: ayah, cikgu abang suruh abang jadi ketua darjoh hari ni
ayah si jejaka malaya: bagus. macam mana cikgu boleh pilih abang?
jejaka malaya: sebab cikgu kata suara abang paling kuat dalam kelas
Haa..perlukah saya terus berbangga??? cukuplah sebagai permulaan kan eventhough dia bukanlah murid paling berkaliber pun. Apapun i'm always proud to be his favourite auntie.

Friday, January 1, 2010
New Year & New Decade
Happy New Year & Happy New Decade,
A New Phase begin
A good year to start everything.. big plans, small plans, change job etc etc. Apart from my earlier wishes, i wish that i'll be a better person this year. I hope to live life with no excuse.
Hope it will be a good year for me, husband, family, friends and everybody.
Good luck

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)