Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

Update

Lama tak update.  Tak tahu nak update had mana.

Banyak issue lately.  MH issues, Palestine.  Belum lagi issue family. Sekalung doa dan fatihah untuk mangsa MH dan Israel.  Dunia bukan lagi tempat yang selamat.  Semoga mereka yang terkorban di tempat di kalangan orang-orang beriman dan syahid. 

Update mengenai projek kami., Cik Kentang & saya baru melancarkan satu kempen.  Kami namakan 1 pet, 1 household Campaign.  masih di peringkat awal kempen.  Agak kurang sambutan tapi kata orang kita tak boleh give up.  So kami tak akan give up.

To my blog readers (kalu ada), please please consider to join us.  Kami dalam usaha ingin menyedarkan public yang stray or shelter animals need adopters.

Anda di pelawa untuk melawat Muezza Fund website muezzafund (saya tekankan lagi sekali, kami bukan meminta derma).

Untuk detail pasal kempen 1 pet, 1 household, click News & event section di dalam website kami.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Friday, May 2, 2014

Projek baru

Berminggu-minggu kebelakangan ni saya berusaha menyiapkan projek baru saya.  Projek bersama Cik Kentang.

Di awal kehilangan Muezza (muezza), saya terfikirkan satu perkara.  Mahu membuat sesuatu untuk mengingati Muezza.  Saya menyuarakan pada Cik kentang & dia setuju utk sama2 usahakan.

Maka kami namakan projek kami, Muezza Fund. A small fund to help animals in needs especially strays.  Jika tuan puan berminat nak bagi sokong (no donation will be asked), saya dengan berlapang dada ingin menjemput semua untuk visit kami


Our main page:
 http://muezzafund.blogspot.com/
 

atau 'LIKE' Facebook page kami
https://www.facebook.com/groups/muezzafund/

atau follow our instagram
http://instagram.com/muezzafund/

Akhir kata, mohon doakan kejayaan kami dalam terus membantu haiwan.  

Thanks

  

Tuesday, March 25, 2014

#MH370


No words can describe our feeling.  The nation is crying and we learn to redha.  DariNya kami datang dan kepadaNya kami kembali.

Inna lillah hi wa inna  ilaihi rajiun

Saturday, March 15, 2014

Update

A few major issues

1.  MH370

Tak perlulah mukadimah yang panjang as the whole world knows about the tragedy.  Kami rakyat Malaysia menangis.  Dan hari ini, selepas genap seminggu, press conference mengkonfirmkan spekulasi yang MH370 telah air-turn ke arah barat dari timur peninsular.  Hijacking is the main idea walaupun Najib tak lah terang benderang katakan. Kami masih menanti berita selanjutnya.

Bagi saya, saya cukup sedih.  Doa peribadi saya adalah agar semua passengers & crews selamat pulang.  For whatever it takes.  Harapan saya juga, Malaysian akan stop pointing to each other.  Bukan senang jadi orang di atas, sudah seminggu mereka tak balik rumah nak selesaikan misteri MH370.  Dari kita buang energy menuduh sana sini,lebih baik ambil wudhu dan solat hajat doa minta pertolongan Allah merungkaikan misteri MH370.


2. Muezza

Another sad episod for me.  Muezza masih tak di jumpai.  Sangat sedih sebab dia anak manja saya.  Kadang sampai termimpi sebab teringat2 pada dia.  Saya ada memohon pertolongan seorang ustaz tolong buatkan solat hajat & selepas beberapa hari ustaz ni call saya bagitau Muezza di ambil orang & orang tu tak ada niat nak pulangkan Muezza pada saya. That's my last resort, tak pernah saya buat tapi saya desperately want him back. Antara nak percaya dengan tidak, part of me lega sikit.  Kalaulah betul, sekurang-kurangnya anak saya tak kelaparan. Dan sehingga hari ni saya masih berdoa selepas solat agar Muezza pulang ke pangkuan saya.  I miss him so much.


3.  Niji

Another one.  Dua minggu selepas Muezza hilang, satu kucing jalanan saya juga menghilangkan diri.  Saya rasa sangat ralat sebabnya dia hilang selepas beberapa hari cat collar yang saya pakaikan padanya hilang.  Memakaikan cat collar adalah cara saya menipu cat haters.  Biasanya kucing with cat collars tak akan di kacau (or relocated).  Hajat nak gantikan cat collar pada Niji tak kesampaian sebab belum sempat beli yang baru, dia dah hilang.  Harap2nya dia selamat di adopt.  Niji agak special pada saya.  I help her to fight Parvo, I spayed her & dia sangat attached dengan saya.  Dulu ada seorang rakan almost adopt dia tapi biasalah, kucing local ni selalu nasib mereka tak baik.  Tetiba rakan saya senyap.  Masa tu saya kata pada diri, biarlah, mungkin nasib dia lebih baik di besarkan saya.  Anak2 jalanan saya makan minum cukup, cuma tak ada tempat baik untuk berteduh selain dari bawah kereta penghuni & belakang tong sampah.  Kasih sayang walaupun tak banyak tapi saya cuba yang terbaik untuk menitipkan kasih sayang. Dan semua street cats saya bernama sebab saya rasa every soul need a recognition.

Niji (depan)

4.  Cabaran bermusim

Every now and then, saya akan face cat haters condemning my feeding.  Biasanya bangsa cinalah.  Nak kata menganggu tak juga,  my streets cats stay behind the big garbage building.  Most of them do the nature call outside apartment compound ( I saw this often enough).  Tapi itulah, kalau dah benci tu, tengok kelibat haiwan tak berdosapun dah marah.  Samalah macam sesetengah melayu yang bencikan anjing.  So, ceritanya a day before MH370 reported missing, saya telah di marahi lagi oleh cina semasa saya bagi anak2 jalanan makan malam.  Seorang security guard di hantar untuk memarahi saya sedangkan cina tu cuma berdiri kurang dari 10 meter dari saya.  Terkebil-kebil saya.  Segala tip menjawab yang di beri oleh a fellow  rescuer hilang segitu je.  So sekarang ni, back to the old routine.  Saya terpaksa sembunyikan tempat makanan, to somewhere yang terdedah hujan (sebelum ni saya sediakan satu tempat yang cantik jugalah untuk anak-anak makan).  Terpaksa berjegil mata menunggu orang tidur baru buat feeding walk & terpaksa bangun sebelum orang bangun for another feeding walk.  Letih tapi memikirkan hanya sayalah tempat dia orang menumpang kasih, gagahkan jugalah.  


Makanya,  dicampur dengan kes mengikuti perkembangan kes MH370, saya memang kekurangan tidur lately.  Tapi apalah sangatnya ujian pada diri saya berbanding pada suami, isteri, ibu, ayah dan anak-anak yang menunggu kepulangan kesayangan masing-masing pulang ke pangkuan mereka.  Please, keep on praying for MH370 passengers and crews.

Thursday, January 9, 2014

Kisah Zebra

Berlaku petang semalam di rumah.

Saya sedang menonton movie.  Tiba-tiba di datangi baby SJ minta diangkatkan ke balcony.  I asked kenapa?  Dia cakap dia nak tengok Zebra.  I told him there 's no zebra di sini.  Tak pernah si mummynya tengok zebra berkeliaran di Malaysia, sementelah lagi di Puchong.  He insist to be lifted up to see zebra.  I keep telling him there is no zebra in Malaysia.

Lama-lama encik D mencelah supaya saya turutkan aje permintaan baby SJ.  Saya pun angkatlah baby SJ kat balcony sambil meninjau2 kot2 ada zebra betul.  Tiba-tiba baby SJ dengan muka innocent says, tengok mummy, there's zebra sambil pointing to our next door neighboor's balcony.  Rupanya jiran saya ada soft toy zebra yang besar & kepala zebranya memang nampak dari balcony saya.  Haha.. Tipah terkantoi.  Berair mata saya dan Encik D gelak.

Moral dari cerita.. don't under estimate your underage

Wednesday, January 8, 2014

2014 & pre school story

Harap masih belum terlambat nak ucap selamat tahun baru 2014.  

Bagi kami, 2014 datang tanpa bersambut.  Kami sekeluarga kepenatan dan sudahnya tidur sebelum pukul 12.  Seikhlasnya saya tak terkilan tak tengok bunga api dan tak dapat mengucapkan selamat tahun baru kepada sesiapa.  Mungkin saya dah tua. Yang penting 2013 dah lepas, now to focus to 2014.  Saya dapat tunaikan kebanyakan resolution 2013 saya.. mungkin tak berapa perfect tapi alhamdullillah lah jadilah jugak di celah bermacam-macam ujian Allah.

Overallnya, 2013 adalah tahun penuh dengan ujian Allah.  Saya kehilangan 2 orang terpenting.  Mak cik sebelah keluarga yang paling saya sayang dan juga pakcik di sebelah Encik D yang saya tahu sangat sayangkan kami sekeluarga. Kemudiannya, dugaan berganda. Mak saya koma selama sebulan di ICU dan seikhlasnya kami adik beradik tak letakkan harapan tinggi pada masa tu.  Air mata tak usah cerita.  Saya pulak tak di benarkan cuti.  Makanya saya mencelah2 di antara public holiday (kejadian berlaku beberapa hari sebelum raya & kami sekeluarga beraya di hospital mengambil giliran menjaga mak). Alhamdullillah, Allah masih memeberi kami peluang untuk berbakti kepada orang tua.  Mulanya saya balik ke kampung setiap hujung minggu menjaga mak (weekdays, abang yang memang selama ni menjaga mak memikul tugas).  Akhirnya kami sepakat membawa mak ke KL dan sekarang kami adik beradik mengambil turn menjaga mak.  So far so good walaupun kami di tipu orang gaji yang cuma bertahan 5 minggu.  We decided to moved on.  With or without orang gaji, kami akan jaga mak.

So boleh di katakan harapan saya besar untuk 2014.  I hope to see a brighter year in 2014 and to be able to fulfill my 2014 resolution. 

Let's move on to 2014 story.  Tahun ni baby SJ akan mula bersekolah. Pre school.  Saya sebenarnya nyaris terlupa yang mengikut kiraan tahun baby SJ sepatutnya dah berumur 4 tahun.  Inilah padahnya ada December baby.  Dari bulan september saya di kabarkan yang saya di benarkan ambik cuti,  Hehe.  Sebak & tak dapat di ceritakan dengan kata-kata.  Tetapi since ada colleague lain yang akan bercuti panjang, maka saya kena lah tunggu dia balik dahulu sebelum saya pula bercuti.  Makanya time yang available ialah pertengahan December.  Setelah di kira2 budget saya pun beli tiket flight tanpa teringat yang baby SJ perlu bersekolah.  Nyaris sangat2 tau, terlepas tarikh mula sekolah.

Kemudiannya kami kalut pulak mencarikan sekolah yang ok untuk baby SJ.  Pilihan di kawasan perumahan saya tersangat banyak.  Antara islamic and non-islamic, akhirnya kami pilih non-islamic.  Seikhlasnya saya rasa teruk tak pilihkan dia sekolah islamic tapi masa masih panjang.  Dia baru 4 tahun, saya mahu dia bercampur dengan bangsa-bangsa lain dan mungkin belajar bahasa ketiga iaitu mandarin.  Kami pilih Beaconhouse pre school.  Selain dari reason yang saya dah stated tadi, saya juga suka cikgu2 kat situ dan juga idea bahawa sekolahnya ada bangunan sendiri yang bermakna ada ruang yang luas untuk kanak2 berlari.  Saya tak kisah baby SJ tak belajar mana kat sekolah, tapi yang penting saya nak dia ada ruang untuk have fun dengan kawan-kawan.  Saya sendiri menyambung lebih dari seminggu cuti saya semata nak temankan baby SJ pergi sekolah.  Saya harap ramai lagi parents kiasu macam kami supaya tak nampak sangat kekiasuan kami.

2 January kami dengan  perasaan berdebar2 menghantar baby SJ ke sekolah.  Dia bangun awal & agak bersemangat nak pergi sekolah padahal saya tak rasa dia fahampun sekolah tu apa.  Tesengih2 di dalam kereta.  Sampai di sekolah, kami temankan dia ke kelas.  Cikgu kelas sangat ok.  Duduk bersama sekejap & kami mencelah-celah keluar.  Dia sibuk bermain dengan teman baru.  Tiba2 dia perasan kami dah keluar. Haa.. melalak.  Makanya sehari lah kami belajar sekali.  Esoknya, kami cuba tinggalkan dia sembunyi-sembunyi lagi.  Pun menangis sampaikan headmistress datang & dukung dia untuk pujuk,  Selepas 2 jam berjaya di tenangkan.  Hari ketiga, kami cuma hantar ke muka pintu & blah.  Menangis-nangis sekejap, kemudian OK.  Kami tak berani nak jenguk cuma menanya kabar dari parents lain.  Tetapi tengaharinya, semasa pick up, ternampak aje kami terus menangis.  Hari ke 4, memangis juga sebelah pagi tetapi time pick up dah boleh senyum.  Kata cikgunya, cikgunya tak boleh tinggalkan kelas langsung.  Ada masanya siap berdukung. Nasib baik lah dapat cikgu yang sabar.  Hari ni hari ke lima, pun masih menangis tapi things are getting better.

 1st day, mata bengkak sebab banyak nangis.  The only reason kenapa tak 
nangis dalam gambar ni sebab kami ikut aktiviti kelas

4th day, dah boleh senyum masa kami pick up.

Cerita baby SJ dan sekolah buatkan saya rasa dia dah grown up.  Seriau rasa.  Tak lama lagi mesti dah tak bagi saya peluk & kiss. Then nanti ada girlfriend.  Am I ready?  Hmmm.. tatau.  Cepatnya masa berlalu,  

Wednesday, October 2, 2013

ramblings

Today I read a post from an honour blogger.. about A blind couple.  It gave me some kind of feeling.. the feeling that I tried to let go in all my marriage life.

A-blind-couple-who-made-me-see

Very nice writing (as always, I adore this blogger)

Friday, January 11, 2013

New year & Red Velvet cup cake

Kisah di hari tahun baru..

Saya yang berkobar-kobar membuat cake red velvet.  Barang2 sudah lengkap ditangan sejak beberapa hari lepas & kununnya mahulah bake dalam jumlah yang berlebihan sedikit untuk di bawa ke office keesokkannya

Inilah masanya untuk meng'test' mixer k-mix yang dibeli semenjak setahun lepas.  Memandangkan oven saya sudah didermakan kepada omak beberapa bulan lepas, Cik Kentang yang baru sahaja merenovate rumahnya secara besar-besaran meminjamkan saya oven lamanya.

Saya mula membancuh bahan2 & sesambil itu saya memanaskan oven.  5 minit berlalu tetapi oven masih belum panas.  Hairan.  Bancuhan kek sudah mahu ready.  20 minit berlalu.  Oven masih sejuk kedi.  Saya call Cik Kentang kot-kot saya tersalah laku.  Cik Kentang kata oven itu ok sebelum di serahkan pada saya.  Setengah jam berlalu.  Omak saya mencadangkan saya mengukus cup cake tadi tetapi memandangkan ini kali pertama saya bake red velvet saya berkeras mahu membakar.  Cik Kentang mencadangkan saya  membakar kek di rumahnya.  Makanya saya mengusunglah cup cake di dalam dulang ke rumah Cik Kentang.  Baby SJ pula mahu mengikut, sarat tangan saya memegang dulang sambil memimpin tangan baby SJ.

 Sesampai di rumah Cik Kentang (Cik Kentang masih belum berpindah balik selepas renovation selesai tapinya saya memang ada kunci), saya buka suis oven baru Cik Kentang.  Pulas tombol sana sini tetapi 5 minit masih juga belum panas.  Saya call Cik Kentang & selang 20 minit Cik Kentang sampai.  30 minit, 1 jam masih juga sejuk. Aisheh.. oven baru pun rosak juga.  Akhirnya saya terpaksa menyerah kalah kerana saya menerima panggilan bahawasanya ada tetamu akan datang kerumah.  Saya meninggalkan Cik Kentang bersama bancuhan kek.

3 jam selepas itu selepas tetamu balik, saya bergegas sekali lagi ke rumah Cik Kentang.  Kali ini untuk mengambil bancuhan red velvet yang masih belum berjaya di bakar.  Hehe.  Sampai di rumah, saya mengukus cup cake tadi.  Ke situ juga :).

Tetapi yang hebatnya, bila kek yang dah jadi macam rupa apam bila siap di kukus, saya dapati saya allergic dengan coloring red velvet.  Terlupa pulak yang saya memang alah dengan preservative & artificial coloring.  Dan yang pastinya saya tidak akan membawa kek ke office keesokkannya.  Tak sanggup ai.  Huaaa.. tak terbanding aktiviti tahun baru saya untuk 2013 dengan 2012.  Tahun lepas saya menyambut dengan main slider di Norway.  Tahun ni bake red velvet pun gagal.

Ini aktiviti tahun baru 2012.  Untuk aktiviti tahun baru 2013, gambar pun tarra

Thursday, January 3, 2013

40 lagi sekali

Hari ini lagi sekali saya turn to be 40.. Secara rasminya mengikut kad pengenalan.  uhuk.

Indah kan.  Alah, 2 kali setahun je.

Monday, December 31, 2012

40

Barangsiapa yang pernah membaca entry saya berkenaan dengan tarikh lahir, pastinya tahu yang saya ada 2 tarikh lahir.  Satunya yang sebenar tetapi tak official dan satunya selang beberapa hari (tetapi satu tahun kedepan & official).  Yang berminat nak baca entry lalu, sila ketip disini.

So 2 hari lepas, 29 Dec 2012, saya secara tak rasminya menyambut hari lahir yang ke 40.  Di ulang, EMPAT PULUH.  Hehehe,  I'm proud with the number.  No big celebration (seperti biasa lah).  No wishes dari Encik D (seperti biasa juga)... Pada agakan saya Encik D merasakan taboo untuk mengucapkan saya selamat hari jadi.  Maklumlah dia kan setahun muda dari saya.  Dulu2 saya pasti akan berkecik hati tapi sekarang saya dah lali.  Walaupun tanpa ucapan, tanpa hadiah, dia membawa saya keluar makan di tempat agak special jugaklah.. kira ok lah dari tiada apa2 langsung.  Alhamdullillah for the 40 granted years.

Era 30 an sudah di tinggalkan.  Banyak imbauan pahit manis sepanjang 40 tahun di bumi Allah.  The journey was up and down but that's life.  I made too many mistakes in my life and there are days I was dragged with my sins.  Sometimes, I feel that I didn't deserve to live this life but I always granted the second chances (or more). Today, all I can say is I'm grateful with my life.  Saya tak pernah terbayang akan memiliki anak & hari ini saya di kurniakan anak.  Financially saya tak kaya, tetapi alhamdullillah I have enough.  Personally I'm not a too happy person  but I can stand tall like others.   

When you walk a life of honesty, you live a life of truth (Therese Benedict)

If I been asked to provide 5 key words for each era that I passed, I shall put it:
< 10 an (err ada ke era 10 an) ~ Love, Arguments, Play, Hugs and Cane
10 an - 20 an ~  Losses, Lonely, Hostel, Friendship, Hatred
20 an ~ University, Cigarattes, Friendship, Family, Sensibility
30 an ~ Career, Love, Family, Travels & Animals


5 keywords that I aimed for 40's
1.  Spirituality ~ incl. umrah & hajj
2.  Maturity
3.  Health ~ me, my son, Encik D, my family and everyone
5.  Travel
4.  Acceptance ~ to certain things that shall remains unchanged

Selamat Tahun Baru
Wishing everyone good health and happiness in 2013.


Sunday, December 9, 2012

Update tepi

Saya masih berhutang banyak entry pasal Places dan saya akan mengupdate semuanya.  Bila & di mana, masih menjadi persoalan saya sendiri :)

Ini adalah entry selitan dan boleh di kira entry alasan mengapa momentum saya sedikit terganggu semenjak 2 hari lepas.

2 malam lepas, Encik D, Cik Kentang,  baby SJ dan saya telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Encik Steven of Brirmingham (selepas ini akan di kenali Encik S.o.B) yang pulang ke Malaysia untuk beraya Christmas.  Pot pet Pot Pet, Dum Dam Dum Dam.. selepas menghabiskan 14 bungkus nasi lemak terbaik di dunia, di Taipan, acara selesai di lewat malam.  Kami menghantar Encik S.o.B ke Bandar Sunway untuk di jemput balik oleh adiknya & Cik Kentang pun menghantar kami pulang ke rumah sebelum dia sendiri pulang ke rumahnya.  Tetapi sesampai di rumah kami, Cik Kentang memberi cadangan kepada saya untuk pergi ke The Biggest Book Fest di Sri Kembangan (menurut penganjurnya lah) yang open 63 hours without closing.  Encik D tak turut sama dan beliau di tugaskan  menidurkan babj SJ di rumah.  Why not, esok hari cuti.. jadi tak ada masalah untuk mengantikan tidur di siang esok.

Saya & Cik Kentang meneruskan misi dan pada telahan kami pastinya tidak ada ramai pengunjung di pukul 1 pagi.  Sesampai kami di Seri Kembangan, trafik sesak.  Kami teragak2 meneruskan misi tetapi memikirkan kami memang merancang untuk ini (plan asalnya sabtu malam).  Berjaya memasuki exhibition hall pukul 1.50 pagi.  Wow.. sesak di dalam exhibition hall.  I was surprised.   Part of me merasa bangga too.  Ramai pengunjung terutama di odd hours menandakan masih ramai suka membaca buku.  Sorry tiada gambar kerana handphone saya tiada kamera.  We choosed books di tengah ratusan orang dan saya yang hanya bercita2 membeli 2 atau 3 buku akhirnya terjebak dengan 15 buah buku.  Rambang mata cuma memikirkan kepayahan membawa ke kereta membuatkan saya menghalang diri membeli lagi. Bibliography & memoirs books, Pets book, Photography books, Children  books and Cooking books semua saya sapu.

Selesai memilih, kami beratur untuk membuat bayaran.  Huk..panjang barisannya.  Akhirnya, selepas beratur kurang lebih 2 jam kami berjaya membuat bayaran.  Kami berjaya keluar dari exhibition hall pukul 5 pagi, dengan terpancar di muka kepuasan hati kami bercampur dengan kelaparan yang maksimum.  Kami singgah di restoran mamak dan bersarapan.  Sementara menunggu makanan samapai, Cik Kentang dan saya siap tertidur.

Sampai di rumah, saya terus memberi anak2 berbulu di sekitar rumah makan, mengemas rumah, solat subuh & mandi dan baru tidur. Berjaya melelapkan mata di pukul 8.30 pagi dan bangun kembali pukul 11 pagi.  Kesinambungannya, sehinggalah hari ni, saya rasa belum pulih dari mengantuk sepenuhnya

Plan saya & Cik Kentang untuk di masa deoan.  Kami pasti akan kembali lagi dan next time kami akan berbekalkan beberapa tools.  Beg beroda utk di isi buku, strategy baru untuk membuat bayaran, snacks & drinks mengubat rasa lapar and maybe bangku kecil untuk duduk2 semasa beratur membuat bayaran.  Ngeh ngeh.

Kepada yang masih belum pergi.. pergilah.  Berbaloi walaupun memakan masa & tenaga.  Tenang rasanya di kelilingi ratusan ribu buah buku.




Wednesday, October 31, 2012

Berita ringkas

3 minggu yang sibuk.

Berulang alik ke specialist berjumpa dengan gynae saya yang kadangnya mood OK, kadangnya mood garang mengalahkan bidan hospital kerajaan.  Ada masalah perempuan (bukan kali pertama pun) dan akhirnya saya akur saya kehilangan lagi buat kali kedua.  Kali ni tak mahu sedih2 macam dulu lagi kerana saya ingat pesanan Encik D semasa saya mengadu saya sedih.  Jawapan dia ringkas.. Terima ketentuan Tuhan.  Mulanya saya rasa marah bila Encik D terlalu cool (macam selalulah, cool dia selalu buat saya marah), tetapi fikirkan balik mungkin dia pernah rasa hampir dengan saat kematian, dia lebih mudah menerima ketentuan berbanding saya.  Saya perlu belajar sabar.  Insyaallah rezeki kami akan datang lagi. 

Mulai semalam saya kembali bekerja (no more running and ponteng sana sini) tapinya cuma untuk 3 hari sahaja.  Saya akan bercuti panjang.   Something yang saya sangat looking forward.  Rasanya inilah yang mengubat hati saya sekarang.  Minggu depan jika di izinkan Tuhan, kami akan bercuti & hopefully semuanya berjalan lancar.

Saya akan update tentang itu.. insyaallah 

Saturday, September 29, 2012

Cerita lama, update baru

Yang pernah membaca entry saya mengenai plan tentang migrate & apply jobs di tempat lain, saya ada update tentangnya cuma tak berkesempatan nak bercerita selama ni.

Iya, saya mendapat offer untuk bekerja di Stavanger, Norway selama 2 tahun dan sepatutnya saya akan berlepas selewat2nya october ini. Atas sebab2 peribadi saya terpaksa melepaskannya.  Banyak yang mempengaruhi.

Pertama, Encik D tiba2 ter'chicken out' walaupun pada mulanya dia agak ok.  Saya memujuk dia dengan tawaran yang saya akan membelikan dia tiket pulang ke Malaysia setiap 6 bulan sekali.  Dia masih tak gembira dan dia rela melepaskan saya seorang pergi.  Itu masih ok kerana saya tahu saya boleh hidup single tetapi isu baby SJ menjadi persoalan.  Jika dia membenarkan saya membawa baby SJ, di mana saya nak mencari baby sitter kerana di Norway pendaftaran nursery hanyalah dua kali setahun & saya baru terlepas pendaftaran kedua.  Ini bermakna saya perlu menunggu pendaftran tahun 2013.  Sementelah lagi jika dia langsung tak mahu melepaskan baby SJ mengikuti saya,  Saya boleh hidup tanpa suami tetapi saya tak boleh hidup tanpa anak.  Saya sangat dilemma & saya rasa Encik D lebih pentingkan diri sendiri kerana bukannya dia ada sebarang komitmen di Malaysia.  Akhirnya saya mengalah. 

 Kedua, salary package walau kedengaran lumayan (2 1/2 kali ganda dari apa yang saya perolehi sekarang) tetapi living cost di sana terlalu tinggi di tambah pula dengan tax 35-40%.  Semuanya mahal walaupun kemudahan awam (hospital, sekolah adalah percuma).   Selepas tax, di tolak dengan sewa rumah bla bla bla, walaupun masih ada baki cuma saya agak cuak.  Bila di tanya rakan Malaysian yang bekerja di sana, kata mereka cukup untuk hidup di sana tapi fikir saya kalau di sini saya mampu menyimpan sedikit2 tapi di negara orang belum tentu saya dapat menyimpan untuk emergengy, itu agak menakutkan.  Saya personally belum pernah ke Stavanger walaupun sudah dua kali saya ke Trondheim tetapi living cost di Stavanger hampir dua kali ganda berbanding Trondheim yang saya kira sudah cukup mahal.  Bayangkan di Trondheim, sewa apartment satu bilik sekitar Nok 8-10K, tetapi di stavanger sewa mencecah Nok 15-20K.  Saya ramai kenalan d Trondheim tetapi rakan2 sepejabat di Stavanger pun saya sekadar kenal nama mereka melalui internal webpage company.

Ketiga,  anak2 berbulu saya.  Tiba2 saya merasa sangat sayu memikirkan mahu meninggalkan mereka untuk 2 tahun.  Siang malam saya terpikir hal ini.  Bila sahaja saya membuat keputusan untuk menolak tawaran ni, hati saya sangat lapang.  Kiranya inilah rezeki mereka.  Rezeki mereka akan menjadi rezeki saya di kemudian hari.

Keempat, tak best rasanya mengandu domba mengguna skype dengan Cik Kentang.  Dia tempat saya mengadu domba selama ini & setelah di test selama 3 bulan semasa di di Trondheim hujung tahun 2011, mengadu domba melalui skype adalah sangat tak sama dengan mengadu domba berdepan muka.  Anyway, 20 years of friendship tak boleh di tukar ganti dengan skype.

Verdictnya, saya harap inilah keputusan yang terbaik telah saya buat, walaupun hati saya meronta-ronta menyampah dengan Encik Pengurus.  Rasanya tak sanggup lagi menengok muka dia walau sehari lagi. 

Thursday, September 13, 2012

Kenduri kawin

I'm not the type who like to attend wedding.. entah, tak serasi rasanya kalu pegi ke kenduri yang kenal pun suam2 susu.  Buat2 sibuk tengok orang bersanding di atas pelamin padahal dalam hati terdetik betapi kesiannya dengan pengantin yang kena melalui berbagai2 cabaran selepas kahwin.  Or dalam bahasa lurus bendulnya, seorang lagi mangsa sudah terkena jerat perkahwinan.  The only reason why I went to kenduri kawin adalah sebab di paksa atau terpaksa.

But i know a family who loves to go to kenduri kawin and angkut kesemua nak cucu menantu because they are lazy to cook lunch.  I pernah terjebak beberapa kali sebab terpaksa & malunya hingga ke kuku pun terasa.  I wasn't even know the tuan rumah, sampaikan nak bersalam duit pun tak tahu nak bersalam dengan makcik yang mana & harus2 lah makcik si tuan rumah lagi hairan dengan siapa I ni.

Talking about the food in the wedding.  90-95%  yang I pergi adalah tak sedap, lagi 5% bolehlah.  Lagi pulak kalau pegi kenduri di bahagian kampung yang exotic, macam2 lauk yang pelik2.  I still remember very well when Cik Kentang & I went to her friend's wedding (I kononnya tukang temanlah), kami di hidangkan dengan makanan yang cukup exotic.  Both of us balik kelaparan & nak jadikan cerita on our way back to KL (her friend hometown is somewhere 2 1/2 hour drive from KL), adalah pulak another Cik Kentang's friend who clearly known to hate me tumpang pulak.  Kami nak berhenti makan di mana2 segan nak bagitau si kawan Cik Kentang.  Finally we manage to take our lunch at 6 p.m in KL.  Only once, seingat2 I hidangan kendurinya sedap.  Kenduri kawin rakan pejabat lama di Batu Caves.  Memang sedap hingga saya dah berbisik2 sesama Cik Kentang pasal nak ambik mangkuk nasi tambah.  Sebaik saya hulurkan tangan untuk ambik nasi tambah, ada orang lain yang lebih cepat.  Makanya saya terpaksa mengambil mangkuk cuci tangan untuk menutup malu.

Talking about door gift, I really do not understand why people spend thousands to prepare the door gift.  Yes, memberi itu sedekah but by giving with niat yang no one else in this kampung ever give this kind of door gift, itu sudah berlumba2 namanya.  So kepada Cik Kentang, kenduri kahwin nanti tak perlu lah sediakan I door gift.  Bagi I duit aje kalu nak bagi.

Lastly, I will attend another wedding this weekend.. my nephew's wedding.  Phewww




Tuesday, September 11, 2012

Terkini

Demi memenuhi permintaan seorang peminat blog saya.. haha (sebenarnya saya syak hanya dia aje yang membaca blog saya lagi ie. Puan Orang Chandelier).  Di mana pula Cik Kentang hilang? Hmm

Terkini saya sering di buli oleh seorang budak kecik yang langsung tak tahu duduk diam.  Di tambah lagi dia sudah boleh bertutur sedikit sebanyak.  Baby SJ saya sudah berusia 21 bulan.  Sangat aktif (di manalah gen yang sangkutnya kan as his mommy is a very polite person).. perghhhh.  Satu2nya masa yang saya ada untuk diri sendiri bila hanya baby SJ tidur.  Itu pun dia cukup liat dan normal bedtime dia sekitar 12 malam :).  Jika dapat tidur 5 jam sehari sudah di kira luxury bagi saya.  Usah di sebut mampu untuk ke spa bagai.

Terkini saya seorang yang berteleku di meja kantor dari awal pagi hinggalah lewat petang di tiap hari bekerja.  Bebanan kerja sangat hebat.  Saya tak langsung berpeluang mencuri masa walhal 2.3 minit untuk diri sendiri.  Hatta mahu ke tandas pun saya menahan2 diri.  Harapan saya pada sumbangan kerahan tenanga dan keringat ini hanyalah dua.  Pertama, di kurniakan pahala dan kedua, cuti panjang yang akan di apply sedikit masa lagi akan bertandatangan dengan pen biru bukan seperti tahun lepas dimana sehingga ke hujungnya, tiada tandatangan sudi di hulurkan.  Marilah kita simplify kan hidup kan. 

Terkini saya masih gila kucing dan saya telah di pangkah dari memberi makan kucing2 stray di sekitar rumah.  Mahu saya hentikan? lupakan.  Mereka perlukan saya.  Sejak itu, saya terpaksa bangun lebih awal dari kebiasaan and by 6 pagi akan kelihatanlah seorang perempuan terjingkit2 membawa satu bag plastik berisi makanan kucing dan memberi kucing2 dan anjing makan di dalam gelap sambil mata melilau2 takut2 ada penghuni lain perasan kehadirannya.  Jangan di sangkakan hantu walaupun perempuan itu mungkin tak sempat sikat rambut dia selepas mandi akibat mahu cepat.  Hehe.

Terkini, selepas kehilangan DSLR, saya kehilangan pula Iphone 4S.  Hanya berselang beberapa minggu.  Dan sedihnya saya baru membeli iphone tu kurang dari 2 bulan. Di awal kehilangannya saya membeli smart phone cap ayam, tapi cuma bertahan 2 minggu sebelum jatuh kedalam tandas.  Sekarang ini saya hanyalah menggunakan hand phone yang langsung tak smart sampaikan saya belum pandai2 menghantar SMS. Janganlah marah jika SMS anda kepada sesiapa jua tak terjawab.  Mungkin nasib mereka sama seperti saya.  Tak pandai menghantar SMS dengan handphone baru yang tak berapa smart.

Terkini saya mempunyai 1 samsung tablet dan 2 labtop untuk berinternet di rumah tetapi satu sahaja yang kurang.. MASA.  Haha.

DAN PALING TERKINI (berlaku kurang dari 12 jam).. cuti panjang saya sudah di luluskan.  Yeahhoooo.  Europe tunggulah kedatangan saya.  Insyaallah.




Wednesday, June 13, 2012

Them









Saturday, May 12, 2012

I'm back too..

Kui kui for the post title.  Macam meniru je kan (sila baca post cik kentang!!!!!). sumpah takde niat nak tiru isi kandungannya (iyelah, mana lah i pegi umrah macam cik kentang). Tetiba malam ni terbuka hati nak update blog and bila buka blog sendiri ternampak rupa2nya cik kentang ada mengupdate seminggu lepas. Terpaksalah meniru blog title.


I was quiet for months. We came back from Norway since early february and I was quite busy completing my project ( project yang telah mengakibatkan my London plan terbengkalai..sedih belum habis lagi taww) & lately lagi sibuk dengan urgent projects.  Baby SJ not only started to walk (which he prefer to run instead of walking) but started to talk simple words.  He started to call me 'ami'.  Sebak ooo di kali pertama di panggil mommy, semengkala lagi di depan semua inlaws.  Now, he started to imitate us doing our solat.  It's funny as sometimes he do it with only diaper's on. 2,3 hari lepas dia start to imitate azan.  sebijik macam Tarzan bunyinya.  That is the colorful side of my life.  Could not imagine how it would be without baby SJ.

The other side of my life is not so colorful.  My fav SIL was diagnosed with Leukemia  (also happen to be similar type with Encik D used to be diagnosed).  I was terkasima when receive the news. I always thought I had enough tests from Allah tapi rupanya belum cukup.  To be strong and to act strong are two different things.  She's undergone 2nd cycle of chemotherapy at this moment and alhamdullilah her body accept chemotherapy well.

The other not so colorful story is I lost my precious DSLR camera one week ago in LCCT airport.  Someone snatched it from our luggage trolley when we were busy transferring luggage to our car.  My heart crashed as I loves this camera so much and most importantly , lots of baby SJ photos that we yet able to download.  I cried for few days and until today I still have the sharp pain inside me thinking about it.  To the one who took it.. we will see each other di padang mahsyar ye.  

Another not so good story, I lost my cat 2 days ago.  She was staying out door and i feed her twice a day ( together with other not so fortunate cats which i can only afford to take care out door).  I sent her for spay few weeks ago and since then she was very very attached to me and sometimes came into our home.  Suddenly she went missing. Just like that.  I really hope she will be back soon as I started to miss her and it affected me so much.  I didn't slept well thinking about her and I pray hard this time that Allah will help me to send he back.

This is the first part of my updates.. hopefully there will be more. Insyaallah with many more colorful story.  

Sunday, January 29, 2012

merepek

Saya baru baca entry seorang blogger mengenai kematian kucing dia.  Saya mengikuti perkembangan cerita kucing dia dari sakit sehinggalah kucingnya mati.  Sangat sedih dan sehinggakan ada harinya saya takut nak buka blog saya kerana takut terbaca berita yang tidak di ingini.  Tapi tadi akhirnya saya mendapat tahu juga (iye, saya avoid dari membuka blog saya selama hampir seminggu kerana sebarang update dari blogger ini saya pasti tahu kerana saya follower dia). Tertanya juga, kenapa saya sangat beremosi sedangkan berjumpa dengan kucingnya saya tak pernah tapi itulah.. saya memang pantang dgn kucing.  Orang punya ke, saya punya ke, strays ke.  Saya cuba untuk tidak terlalu obsesses tapi tak dapat agaknya.  Kucing dan saya sudah sebati.

Talking about the similar kind of losses, terlalu banyak saya pernah hadapi sebabnya saya mulai membela kucing sejak saya berumur 4 tahun.  Mungkin lebih dari 30 ekor telah meninggalkan saya.  Tidak terkira cuma setiap kalinya pasti di tangisi.  Sedihnya tak pernah surut.  Antara yang paling melekat di hati saya adalah yang saya namakan Makcik O & Jebat.  Sampai sekarang bila teringatkan Makcik O & Jebat terutamanya hati saya masih sayu.

Sesungguhnya sekarang saya cuba tidak bercakap mengenai kucing di depan sembarangan orang kerana tak semua orang suka kucing dan sebilangan orang bencikan kucing.  Jadi untuk menjaga keharmonian masing2 kerana ada orang jenisnya sangat sarcastic & mulalah hati saya berderau nanti.

And talking about cats, mengingatkan saya mengenai satu perkara iaitu saya di dalam perancangan untuk apply kerja di luar Malaysia .  Apa akan berlaku pada 5 ekor anak2 saya sekiranya saya betul2 dapat kerjanya nanti?  Itulah satu-satunya benda yang menghalang saya dari memohon kerja di luar Malaysia selama ini. Kali ini, juga atas sebab sedikit terdesak (saya ada sedikit disagreement dgn Encik Pengurus), saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib memohon juga.  Takut untuk berfikir lebih lanjut walaupun saya tahu mungkin ada orang yang sanggup meng'angkat' anak2 saya.  2 tahun mungkin akan berlalu sekejap.. harap2 lah. Lagi,  how about anak2 stray yang saya bagi makan setiap hari.  Tidak adil untuk saya mengharapkan Cik Kentang mengambil alih tanggungjawab saya sedangkan dia pun banyak komitmen dengan the other strays.  Tiga bulan ini pun sudah cukup saya mendera Cik Kentang menjengok dan memberi mkn terutama yang terbiar (walaupun saya mengupah orang menjaga anak2 saya sepeninggalan saya tapinya Cik Kentang agak committed melawat mereka hampir setiap hari).   Saya sungguh dilemma.. antara kerjaya & kucing.

Luahan di pukul 3 pagi

Tak.. bukan saya tak dpat tidur.  Saya tidak menghadapi masalah insomania.  Saye jenis orangnya letak aje kepala atas apa2, teruslah tidur.  Kadang2 siap berdengkur.  Tadipun saya tidur di dalam keretapi, siap terbaring lagi di atas dua kerusi.

Tapinya saya kini di dalam kegusaran yang amat sangat.  Saya ada dateline hari selasa depan tetapinya sesuatu yang amat di perlukan tidak berfungsi sejak hari jumaat iaitu server (di dalam bidang kerja kami,  kebergantungan kami kepada server sangat lah tinggi sebagaimana kalau cikgu ketiaadaan kapur, haruslah stress lah kan).  Kata encik D sebelum masuk tidur tadi, tak apalah nanti bagitahulah encik pengurus dari KL tu yang memang saya tidak dapat buat kerja.  Iyelah, sepatutnya memang semudah itu cuma masalahnya Encik Pengurus saya bukan semudah itu.  Semengkala lagi, hari isnin ini dia akan sampai di Norway & pastinya paling lewat hari selasa pagi kami akan bertemu.  Sesungguhnya saya sangat keluh kesah sekarang kerana sudah dapat di bayangkan bagaimana saya akan di layan nanti.

Ini menguatkan lagi semangat saya untuk apply kerja baru.. berbaloikan kita meninggalkan sesuatu yang kita suka (i loves my job) kerana seorang Pengurus?

Saturday, January 14, 2012

'Handphone'less

Hari ke 4 tanpa handphone di sisi.  Handphone saya jatuh ke dalam air 4 hari lepas.  Mula2 sangat tertekan, sedih memikirkan hidup tanpa handphone.  Saya mula memiliki handphone mulai tahun 1998 dan ini adalah kali pertama saya tidak membawa handphone ke mana2.  Di tambah lagi sekarang handphoe berserta sekali data package.  Rasa sepeti tak lengkap, seperti hilang kaki & tangan.  Nak membeli handphone baru di sini, almaklumlah, iphone sahaja  berharga 8500 Nok (Rm 4400).  Terpaksa menelan air liur.

Hari ini iaitu selepas hari ke 4, saya mula merasa selesa.  Tidak lagi tertekan & apatah lagi sedih.

Apapun, saya akan terus membeli handphone baru sebaik menjejak kaki ke tanah Malaya bulan depan :-).