Saya tak sure nak update atau tidak. Ada kala rasanya perlu, ada masa rasanya kurang perlu.
Kisahnya saya kehilangan mak cik yang sangat saya rapat genap 3 bulan lepas. Adik emak saya. Makcik saya terlantar selama sebulan di ICU sebelum menghembus nafas pada May 13. Semasa dia di ICU kami berulang alik dari KL ke kampung melawat dia. Allah lebih sayangkan dia. Makcik meninggalkan kami sehari selepas dunia menyambut hari ibu. Saya terkilan. Saya tak puas bermanja & saya sangat sayangkan dia.
Belum sampai 3 bulan, emak saya pula terlantar di ICU. Symptom yang hampir sama dengan arwah mak cik. Kami adik beradik terduduk. Kami bergegas balik kampung. Emak separuh sedar di awalnya dan alhamdullillah semakin sembuh. Hari ni emak masih di ICU tetapinya saya terpaksa pula balik bekerja. Hati saya terhimpit antara emak & kerja saya yang tak habis2. Mahu di lawan boss, besar padahnya. Boss saya kuat berdendam.. sekali buat hal, bertahun dia berdendam. Apapun saya akan mencelah untuk balik melawat emak saya hujung minggu ini. Masa rasanya berjalan sangat perlahan. Doakan ibu saya sembuh seperti asal.