Thursday, August 14, 2014

Update

Lama tak update.  Tak tahu nak update had mana.

Banyak issue lately.  MH issues, Palestine.  Belum lagi issue family. Sekalung doa dan fatihah untuk mangsa MH dan Israel.  Dunia bukan lagi tempat yang selamat.  Semoga mereka yang terkorban di tempat di kalangan orang-orang beriman dan syahid. 

Update mengenai projek kami., Cik Kentang & saya baru melancarkan satu kempen.  Kami namakan 1 pet, 1 household Campaign.  masih di peringkat awal kempen.  Agak kurang sambutan tapi kata orang kita tak boleh give up.  So kami tak akan give up.

To my blog readers (kalu ada), please please consider to join us.  Kami dalam usaha ingin menyedarkan public yang stray or shelter animals need adopters.

Anda di pelawa untuk melawat Muezza Fund website muezzafund (saya tekankan lagi sekali, kami bukan meminta derma).

Untuk detail pasal kempen 1 pet, 1 household, click News & event section di dalam website kami.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

Thursday, June 19, 2014

World Cup datang lagi

Selain saya mesti ramai lagi yang tak cukup tidurkan.  Asyik-asyik kena kunci jam pukul 3 pagi, asyik-asyik kena kunci jam pukul 12 malam.  Yang tak jaga toksah cite, muka pun muncung bila orang sekeliling sibuk bercerita pasal game yang kita termiss.  Best lak tu.  Cantik pulak scorenya.  Yang tv tengok kita lagi toksah cite.  Macam-macam gelagat.

Kat office pulak dah macam pusat perjudian.  Ada bookie, ada commentator tetap, ada tukang frust sepanjang masa, ada tukang provoke macam saya.  Demam setiap 4 tahun sekali.  Kawan boleh jadi lawan.  Lawan boleh jadi kawan. 

World cup 2010, baby SJ belum lahir.  Keadaan lebih tenat.  kadang2 tido 2,3 jam je sehari tengok game.  Kadang2 tengok 2 games satu mlm.  2014 ni kira ok lah sikit.  Ada lah sedar diri sikit yang kita ni dah mak orang.  Tengok game pun dah filter.  Mana yang saya sokong aje saya tengok.  Kalu jam berbunyi saya tak jaga juga pun saya dah tak stress muncung2.  Bangun pagi check aje team mana yang menang.  Itu penting sebab kami satu office ada main fantasy football.  Saya tak boleh kalah.  Nanti saya kena gelak dengan adik2.  Apapun ni semua main-main.  Takde judi tau.

 Inilah team jadian saya untuk fantasyfootball.  Sila abaikan nama team saya.  
Juga abaikan ranking no tu.  huahuahua.

Yang lebih penting tahun ni saya dah tak lalang lagi (walaupun ada masanya nafsu nak jadi lalang tu masih wujud.  Kena banyak beristigfar bila ada syaitan berbisik di telinga meminta saya saya menjadi lalang.  2010 saya tersangat lalang.  Ketip sini kalau nak tahu pasal kelalangan saya pada 2010: saya-adalah-lalang

2014 ini saya dari awal dah decide yang saya mahu menyokong Germany.  Saya dengan bangganya memilih pemain favourite sedari 2010 Miroslav Klose.  Sempena dengan sokongan itu juga, saya telah mengantikan nama panggilan saya untuk cucu saudara saya (iye, saya dah ada cucu saudara, seramai 5 orang - anak kepada anak saudara saya).  Selama ni saya di kenali Aunty Cu but from now on I will be known as Omi (maksudnya nenek dalam bahasa germany) & Encik D akan di kenali sebagai Opi (bermaksud atuk).  Cute kan.  Ngeh ngeh.


Friday, May 2, 2014

Projek baru

Berminggu-minggu kebelakangan ni saya berusaha menyiapkan projek baru saya.  Projek bersama Cik Kentang.

Di awal kehilangan Muezza (muezza), saya terfikirkan satu perkara.  Mahu membuat sesuatu untuk mengingati Muezza.  Saya menyuarakan pada Cik kentang & dia setuju utk sama2 usahakan.

Maka kami namakan projek kami, Muezza Fund. A small fund to help animals in needs especially strays.  Jika tuan puan berminat nak bagi sokong (no donation will be asked), saya dengan berlapang dada ingin menjemput semua untuk visit kami


Our main page:
 http://muezzafund.blogspot.com/
 

atau 'LIKE' Facebook page kami
https://www.facebook.com/groups/muezzafund/

atau follow our instagram
http://instagram.com/muezzafund/

Akhir kata, mohon doakan kejayaan kami dalam terus membantu haiwan.  

Thanks

  

Saturday, March 29, 2014

Adelaide (part #2)

Part ni adalah part kedua kami di Adelaide di mana kami travel keluar dari Adelaide.  Samada kami berpatah balik ke Adelaide di penghujung harinya ataupun kami bermalam di tempat tersebut.

Bagaimana saya memilih tempat2 tu? Sejujurnya sangat banyak tempat yang menarik.  Pemilihan saya yang paling utama, tempat tu tak terlalu challenging untuk baby SJ dan tempat yang baby SJ boleh enjoy.  Dari awal saya dah decide saya nak kenalkan sebanyak mungkin nature kepada baby SJ tetapi kenalah berpada-pada.  Saya tahu I'll love bush or trail walk tapi baby SJ masih terlalu muda.  Hajat di awal nak pergi ke Flinders Range, the most famous park di South Australia, tetapi terpaksa di batalkan kerana tempatnya terlalu remote dan kurang sesuai untuk baby SJ.   Saya juga sempat contact local park organisation untuk tanya pendapat diaorang & atas nasihat dia orang saya buat iternary kami.  Dan also, lots of Googling.

Plan pertama nak bawak baby SJ for miniature train ride kat Wilfred Taylor Reserve, Morphett Vale sebagai hadiah hari jadi dia yang sehari sebelumnya.  Baby SJ memang suka train, so saya memang tahu dia akan enjoy the train ride.  Morphett Vale terletak 45min SW dari Adelaide city centre.  Plan punyalah baik, schedule dah di check beberapa kali sebelum datang & hari yang sepatutnya kami pergi di jadualkan ada train service iaitu ahad terakhir bulan december (Dec 22).  Sesampai kami kat situ, senyap sunyi Wilfred Taylor Reserve park. Rupanya kansel last minutes sebab sesetengah Oz dah start sambut Christmas.  Frust sangat-sangat.  Nasib baiklah Wilfred reserve tu sangat cantik.  Kami pun piknik & spend sikit masa untuk explore tempat tu.  One of the best park saya experience kat Adelaide.  More info, ketip sini mvrail

muka orang frust, terpaksa tenung track kosong lama-lama

So kami piknik & enjoy the nature

and enjoy the wild flowers

dan sempat jugak tengok orang main miniature race

Tapi yang paling kelakar saya di 'usik' di public toilet park ni.  

First time dalam hidup saya di 'usik'.  Kami menggunakan toilet berkali-kali sebab kami nak cuci tangan sebelum & selepas makan.  Secara total, saya guna 3 kali.  Kali pertama untuk cuci tangan sebelum makan.  Saya terperasan baby SJ memanggil nama saya sedangkan baby SJ sedang duduk di bangku dengan encik D.  Kali kedua saya masuk, untuk cuci tangan selepas makan.  Saya terdengar baby SJ memanggil saya lagi dengan kuatnya.  Saya memang penakut tapi maybe sebab saya kat negara orang saya tak terpikir apa2 pelik.  Bila saya keluar, saya check yang baby SJ memang ada bersama encik D dan bukannya di luar toilet.  Belum lagi terpikir bukan-bukan.  Kali ke3, saya nak cuci tangan selepas tukar diaper baby SJ.  Masa ni baby SJ & Encik D dah tunggu saya dalam kereta, ready untuk bergerak ke tempat seterusnya.  Kali ke3 ni, suara baby SJ memanggil saya semakin kuat.  Terus saya meremang bulu roma, berlari keluar dari toilet tuju ke kereta.  Tapi sempat lagi capture gambar toilet kat atas sebelum kami meninggalkan tempat ni.  Sampai sekarang, saya masih rasa seram.  Ingatkan negara omputih takde hantu :)

Kami kemudiannya bergerak ke Pantai Noarlunga, 15-20 minit perjalanan dari Morphett Vale.  Superb.  Sangat cantik tempatnya  & tak ramai orang.

kedatangan kami di sambut berpuluh kalau tak beratus camar/seagull.  
Top left and bottom mid adalah seagull favourite saya, camar berkaki satu. Survivor. 
Kebetulannya kami ada banyak roti di dalam kereta, so kami  bagi makan roti 
and in return dia orang ikut kami kemana aje kami pergi.  Memang best.

Pantainya bersih, orang pun tak ramai. Ramai locals habiskan masa 
dengan memancing.  Baby SJ sempat jengok ke baldi orang yang 
memancing dan komen 'No fish'. Merah muka mak dia. Hehe

 Kami berjalan sampai ke hujung jeti.  Top - di hujung jeti.  
Bottom - on our way back ke kereta

flora

Cuma kebetulannya hari ni sedikit sejuk, so taklah kami spend 3,4 jam kat sini. kami berlegar-legar dalam sejam dua sebelum explore the whole Port Noarlunga dengan kereta.  Very nice place.  Ramai orang kaya beli beach house kat sini.  And saya ternampak a wild kanggaro kat sini.  Selama ni cuma tengok kat zoo atau santuary. Jakun.

Singgah sekejap di Port Noarlunga playground.  Very impressive sampaikan ramai 
orang tua main sekali termasuklah Encik D.  There's a child in every human being :).  
Top & bottom right - bukan kecik2 orang tua yang main, mahu 100 kg berat mat salih tu.  
Bottom left - tak dapat naik train, cukuplah dapat drive kete bomba.  Sejam lebih dia 
tak nak turun dari kereta bomba tu, sampaikan kami di paksa jadi penumpang dia.


Esoknya kami ke Adelaide hills, 20km dari city centre.  Hari pertama di Adelaide Hills di spent kan di Cleland Wildlife Santuary.  Baby SJ sangat girang bermain dengan haiwan2 yang di biar bebas.  Memang best & berbaloi tiket AUD24 seorang (kanak-kanak below 4 tak payah bayar).

Top left- Southern Brown Bandicoot.  Top middle- Pelican.  
Top right- Emu. Koala and Bottom right- wombat.

Yang paling best inilah.  All types of kanggaro ada kat sini.  Saya tak ingat nama
species tapi ada beratus-ratus ekor yang boleh di pegang.  Ada yang pemalu, 
ada yang peramah.  Baby SJ tak reti nak duduk diam jadinya.

Tok batin melawat kawasan jajahan

Isi minyak.  Ni dah kira rutin harian kat Adelaide.  Bajet makan sampai ke hidung

On the way balik ke Adelaide city, kami singgah ke Mt Lofty Summit.  Kat sini kita boleh tengok lembah2 di Adelaide Hills.  Tak silap ini highest point di Adelaide.  Cantik juga cuma tak dapat stay lama sebab babj SJ dah tertidur keletihan dalam kereta selepas satu hari mengejar Kanggaro. So saya dan Encik D ambik turn pergi

Mount Lofty Summit dan scenery dari situ.  Ada banyak walking trail yang consider 
simple and family friendly kat sini.  I wish baby SJ dah ready for this.

Balik ke ciy centre sempat lagi menyinggah di park & playground.  
Maklumlah siangnya panjang.  Sehari berjalan, rambut pun dah berserabai.

Besoknya kami balik lagi ke Adelaide Hills.  Adelaide hills ni kawasan jajahannya agak besar. Kami try cover sejauh mungkin, maybe separuh dari keseluruhan Adelaide Hills. Dari pekan ke pekan.  Local dah mula sibuk baik kampung & last minute christmas shopping.  Kami pun menyibuk sekalilah.

Top images - Bridgewater mills (was a historical flour mill but tapi sekarang 
jadi fine dining restaurant)
Middle images - Handorf wine farms (the oldest German's settlement di Australia)
Bottom images - Handorf town.  Sangat meriah sebab ramai dah balik kampung nak 
celebrate hari krismas

here & there

Memang penat sebab kami travel lebih dari 100km & cuma stop sekejap-sekejap. 

Krismas kami sepatutnya drive ke Victor harbor tapi mengenangkan jarak yang jauh & kebanyakan kedai akan tutup pada Krismas, maka kami kansel trip and just chillex on the day sambil check-out dari penginapan private room di Adelaide North and check-in di hotel di city centre.

A day selepas Krismas kami juga ambik keputusan untuk relax sambil menyibuk-nyibukkan diri di boxing day.  Pening sekejap tengok orang ramai sangat.

Selepas free & easy 2 hari kami bertolak ke Barossa Valley and bermalam di Barossa untuk 2 malam. Barossa Valley adalah wine region & ladang anggur ada di merata tempat.  Paling saya jatuh hati adalah pada hays yang dituai dan ready untuk di jual.

Melepasi Gawler town on the way to Barossa Valley.  Small town tapi lengkap 
dengan tourist information centre.  Kami piknik di park & beli sim card sebelum 
bergerak ke Barossa

Road signages

Ladang anggur.. cuma ada anggur muda yang belum ready untuk dituai.  Rugi.

Biri-biri, Kuda & Lembu

Top 3 - Lavender farm, Lyndoch, Barossa 
Middle 3 - Mengler Hill lookout, Nariopta, Barossa
Bottom 3 - the valleys

Hays yang kesukaan saya.  Suka sangat2.  Dari awal trip saya memburu ini.

Kami juga singgah ke beberapa winery.  Sekadar menjenguk kawasan sekitarnya 
memandangkan kami di wine region. 1st row - Jacob Creek Vineyard.  
2nd & 3rd rows - Tanunda Chateau.  4th row - Barossa Chateau

Itulah keseluruhan pengalaman kami di luar bandaraya.  A nice & worth trip.  Selepas dari Barossa kami berpatah balik ke Adelaide city and spend another 2 nights sebelum balik ke Malaysia.

Overall, I love the trip.  And konsep redah jaya kami berjalan lancar.   Adelaide is lovely and maybe satu hari kami akan kembali to explore yang masih belum berjaya di explore.  Problem kecik2 biasalah.. hadapi dengan senyuman & we should expect the unexpected.

Tamat.

Tuesday, March 25, 2014

#MH370


No words can describe our feeling.  The nation is crying and we learn to redha.  DariNya kami datang dan kepadaNya kami kembali.

Inna lillah hi wa inna  ilaihi rajiun

Saturday, March 22, 2014

Adelaide (part #1)

1st entry cerita2 general

Part ni  akan saya cerita part pertama kami kat Adelaide.

Part pertama kami di Adelaide adalah part yang kami habiskan di city centre and mengambil public transport ke sana sini.  Kami spend 5 hari pertama dan juga 2 hari terakhir di Adelaide untuk explore city centre.  Cukup ke selama tu? Terpulang pada individu sebenarnya.  Bagi yang ada anak kecik macam kami tak berapa cukup sebenarnya.  Pulaknya baby SJ dah ada satu trend baru.  Biar dia yang tolak stoller kecuali bila dia dah cukup penat & mahu duduk dalam stroller.  Memang leceh tapi lepas berkali2 bertekak, kami kalah. Cukup siksa berbanding dulu-dulu di mana dia turut je kami walaupun kena duduk 5-6 jam dalam stroller. Tak nak bawak stroller langsung, susah bila time dia nak nap.  Dia pulaknya bukannya ringan sangat.

Walaupun bandarayanya kecik tapi Adelaide ada banyak park yang cantik.  Sebab tulah saya pernah kata kalau kita datang for nature, Adelaide adalah tempatnya.  Selain dari tu Adelaide juga ada banyak museum yang world class dan kebanyakannya free atau dengan kata lain it accept public donation jika berminat nak hulur kat tabung on the way kita keluar (sama kes macam masa kat London).

Kami cuma sempat menyinggah ke beberapa parks dan 2 museums.  My regrets saya tak sempat pergi ke botanical garden yang di sebut-sebut.  Agak kesempitan masa dan botanical park cuma di buka until 5 pm and closed during weekend and public holiday.

Datang waktu summer banyak kelebihannya.  Pertama, jimat dari saiz luggage. Kedua, tak payah nak beli winter clothes, jimat duit.  Ketiga, senang nak adapt diri dengan cuaca. Keempat, siangnya panjang so ada banyak masa nak berjalan.  Kami sedikit bernasib baik sebab summer baru bermula dan cuaca tak sepanas january-march tapi kami ada juga terkena heatwave yang mana suhu mencecah 44 degree selama 2 hari.  Panas sampai muka kami hitam legam. The best time rasanya antara Apr-Jun atau Sep-Nov.

 fening melayan budak tecit ni

Adelaide waktu siang.

waktu malam

 Museum of South of Australia.  Memang hebat & cara terbaik mengenali Australia.  
Saya sebagai geologist haruslah cintakan mineralogy section. 
Bottom-right: cuba tengok susunan mineral. Keluar air liur saya.  
Abang cameraman tu pulak tak nak lari. Jenuh saya tunggu 
nak amik gambo mineral aje


South Australia Art Gallery.  Cantik & best.  Yang tak bestnya ada je security yang 
 mengekor kami.  Agaknya sebab kami ada anak kecik atau adakah muka 
kami macam muka perampok?.  Sedikit tak selesa :(

lifestyle of the city folks

Sebahagian dari banyak parks yang cantik.  Saya rasa in total maybe ada lebih dari 20 parks 
di serata bandaraya.  Secara jujurnya ini yang paling saya enjoy antara banyak2 benda. saya 
memang kagum dengan park dia orang.  Sangat terjaga dan public toilet sangat bersih. Nak cari 
satu sampah kat atas rumput pun sangat susah. Yang ada cuma daun-daun kering dan jugak 
burung yang kalau kat Malaysia cuma boleh nampak kat bird park atau dalam sangkar kat kedai pets

Kelebihan di musim panas.  Rasa macam nak baring je di celah2 pokok bunga.  
Top right tu rose yang berwarna light purple.  cantik sangat

 A complete package.  A city with beautiful beaches.  South Glenelg beach.  Kami berjaya spend 
2 petang kat sini.  I seriously love the beach.  Baby SJ loves the home made ice-cream kat area ni.  

 Setiap  kali datang mesti pilih nak aiskrim rainbow.  Kali kedua datang kami belum 
sempat pegi ke kedai aiskrim, dia dah pergi & terus order rainbow ice cream.

Subjek kegemaran terbaru.  Street arts

Yang ini cinta hati saya.  Bukan rantai besi tapi muka bulldog tu sangat comel.

Dan ini.  Buskers atau street performers and it seems to be a culture kat sini.  Kadang-kadang 
budak kecik aje yang buat busking, ditemani oleh parents.  Saya rasa ini adalah cara sesetengah parents nak naikkan confident anak.  
Kami sebenarnya tengok berpuluh2 street performace cuma saya kena lebih berhati-hati bila capture gambar orang.  Ada sesetengah 
negara menganggap mengambil gambil candid orang asing adalah rude.  
Overall, Australia has lots of talented buskers.   

Tak lengkap kalu tak ada haiwan .  Gambar yang tengah tu arnab tuan rumah kami, Buddy.  
Mana kucing?  Susah sangat nak jumpa walaupun saya baca kat satu website yang Adelaide 
ada banyak stray cats.  Tak jumpa stray cats kira bagus lah kan.  Maknanya, takde strays.  
Tapi kucing kepunyaan orang pun tak nampak bayang.

First part kami berjalan lancar kecualilah part-part bergaduh dengan baby SJ bila dia sorong stroller laju-laju ke arah orang ramai.  Mahu tak kami tak bising.  Sepanjang masalah bertelagah tapi kebanyakan masanya paknya lah yang handle.  Paknya lagi pandai berdiplomasi. Baby SJ's birthday was celebrated in Adelaide.  Takde hadiah kecuali free tram ride on the birthdayMak pak bersependapat yang mereka nak ngelat. Jimat.  Hahah

Sejujurnya I miss Adelaide. Rindu pada 'retirement city'.  Rindu pada langit yang cerah tanpa awan & rindu pada udara yang segar. 

Saturday, March 15, 2014

Update

A few major issues

1.  MH370

Tak perlulah mukadimah yang panjang as the whole world knows about the tragedy.  Kami rakyat Malaysia menangis.  Dan hari ini, selepas genap seminggu, press conference mengkonfirmkan spekulasi yang MH370 telah air-turn ke arah barat dari timur peninsular.  Hijacking is the main idea walaupun Najib tak lah terang benderang katakan. Kami masih menanti berita selanjutnya.

Bagi saya, saya cukup sedih.  Doa peribadi saya adalah agar semua passengers & crews selamat pulang.  For whatever it takes.  Harapan saya juga, Malaysian akan stop pointing to each other.  Bukan senang jadi orang di atas, sudah seminggu mereka tak balik rumah nak selesaikan misteri MH370.  Dari kita buang energy menuduh sana sini,lebih baik ambil wudhu dan solat hajat doa minta pertolongan Allah merungkaikan misteri MH370.


2. Muezza

Another sad episod for me.  Muezza masih tak di jumpai.  Sangat sedih sebab dia anak manja saya.  Kadang sampai termimpi sebab teringat2 pada dia.  Saya ada memohon pertolongan seorang ustaz tolong buatkan solat hajat & selepas beberapa hari ustaz ni call saya bagitau Muezza di ambil orang & orang tu tak ada niat nak pulangkan Muezza pada saya. That's my last resort, tak pernah saya buat tapi saya desperately want him back. Antara nak percaya dengan tidak, part of me lega sikit.  Kalaulah betul, sekurang-kurangnya anak saya tak kelaparan. Dan sehingga hari ni saya masih berdoa selepas solat agar Muezza pulang ke pangkuan saya.  I miss him so much.


3.  Niji

Another one.  Dua minggu selepas Muezza hilang, satu kucing jalanan saya juga menghilangkan diri.  Saya rasa sangat ralat sebabnya dia hilang selepas beberapa hari cat collar yang saya pakaikan padanya hilang.  Memakaikan cat collar adalah cara saya menipu cat haters.  Biasanya kucing with cat collars tak akan di kacau (or relocated).  Hajat nak gantikan cat collar pada Niji tak kesampaian sebab belum sempat beli yang baru, dia dah hilang.  Harap2nya dia selamat di adopt.  Niji agak special pada saya.  I help her to fight Parvo, I spayed her & dia sangat attached dengan saya.  Dulu ada seorang rakan almost adopt dia tapi biasalah, kucing local ni selalu nasib mereka tak baik.  Tetiba rakan saya senyap.  Masa tu saya kata pada diri, biarlah, mungkin nasib dia lebih baik di besarkan saya.  Anak2 jalanan saya makan minum cukup, cuma tak ada tempat baik untuk berteduh selain dari bawah kereta penghuni & belakang tong sampah.  Kasih sayang walaupun tak banyak tapi saya cuba yang terbaik untuk menitipkan kasih sayang. Dan semua street cats saya bernama sebab saya rasa every soul need a recognition.

Niji (depan)

4.  Cabaran bermusim

Every now and then, saya akan face cat haters condemning my feeding.  Biasanya bangsa cinalah.  Nak kata menganggu tak juga,  my streets cats stay behind the big garbage building.  Most of them do the nature call outside apartment compound ( I saw this often enough).  Tapi itulah, kalau dah benci tu, tengok kelibat haiwan tak berdosapun dah marah.  Samalah macam sesetengah melayu yang bencikan anjing.  So, ceritanya a day before MH370 reported missing, saya telah di marahi lagi oleh cina semasa saya bagi anak2 jalanan makan malam.  Seorang security guard di hantar untuk memarahi saya sedangkan cina tu cuma berdiri kurang dari 10 meter dari saya.  Terkebil-kebil saya.  Segala tip menjawab yang di beri oleh a fellow  rescuer hilang segitu je.  So sekarang ni, back to the old routine.  Saya terpaksa sembunyikan tempat makanan, to somewhere yang terdedah hujan (sebelum ni saya sediakan satu tempat yang cantik jugalah untuk anak-anak makan).  Terpaksa berjegil mata menunggu orang tidur baru buat feeding walk & terpaksa bangun sebelum orang bangun for another feeding walk.  Letih tapi memikirkan hanya sayalah tempat dia orang menumpang kasih, gagahkan jugalah.  


Makanya,  dicampur dengan kes mengikuti perkembangan kes MH370, saya memang kekurangan tidur lately.  Tapi apalah sangatnya ujian pada diri saya berbanding pada suami, isteri, ibu, ayah dan anak-anak yang menunggu kepulangan kesayangan masing-masing pulang ke pangkuan mereka.  Please, keep on praying for MH370 passengers and crews.

Saturday, February 15, 2014

Muezza

Muezza kucing saya.

Saya jumpa Muezza kat tengah2 highway Bukit Jalil-Puchong pada 19/12/2012, 2 hari sebelum birthday baby SJ. Some sort of additional birthday gift to Baby SJ. 

Saya pernah post cerita tentang Muezza, cuma pada ketika saya post Muezza masih belum bernama. Kalu nak baca kisah bagaimana saya jumpa Muezza, boleh klik sini muezza.  Saya kemudiannya decide nak jaga Muezza (plan asalnya nak cari adopter tapi saya dah sayang sebelum saya jumpa adopter).  Muezza joined 5 ekor furry siblings dan another 1 human sibling jadi anak saya.

Saya sangat sayang dia, mungkin sebab dia datang dengan cara yang paling special atau mungkin juga sebab dia sangat keletah.  Seperti yang lain-lain, Muezza 100% indoor.  Baby SJ & Muezza sangat rapat dan sedangkan dua2nya masih fasa kanak-kanak, selalu saya nampak mereka berebut mainan.  Mainan baby SJ, Muezza cuba main.  Mainan Muezza, baby SJ cuba main.

Pertengahan tahun 2013 saya foster 1 kucing untuk seorang kenalan yang sampai sekarang masih dengan saya.  Tampu (the foster kitten) tak di sukai yang lain-lain tapi Muezza menerima Tampu sebaiknya.  Mungkin sebab dia pun menempuhi fasa yang sama semasa saya mula-mula adopt dia.  Muezza & Tampu jadi kawan baik sampai sekarang.  

Muezza hilang pada 10/02/2014, waktu kami semua tidur.  Sebelum saya masuk tidur rutin saya mengira jumlah anak2.  Semua cukup.  Saya sempat menegur Muezza & bercakap-cakap.  Seperti biasa Muezza jawab.  Takde apa yang pelik. Saya kemudian masuk bilik.  Rutin saya setiap pagi bangun, mandi, kemas satu rumah, solat subuh dan bersiap-siap pergi kerja.  Saya kira jumlah anak2, Muezza tak ada.  Saya panik.  Kejutkan encik D, cari seluruh rumah, turun cari sekeliling rumah & kemudian naik solat subuh sebelum turun cari lagi sekali,  Sambil2 tu dah siap2 menangis.  Saya syak dia terjatuh dari balcony yard.  Puas keliling kawasan tapi xjumpa.

Hari ni hari ke 5 Muezza hilang.  Saya dah cuba segala-gala yang saya mampu.  Cari sekitar rumah, buat poster dan tampal sehingga ke pasar area rumah, offer rewards & solat hajat   Saya berusaha untuk tak give up tapi jauh di dalam, saya sangat takut.  Saya dah tak mampu nak nangis lagi. Saya sangat takut akan kehilangan dia yang selama-lamanya.  Semasa menaip ni saya menunggu masa untuk keluar mencari lagi sementara nak tunggu hari sedikit redup dan baby SJ bangun dari tidur.

Satu sahaja yang saya mohon dari semua.. please pray for his return.  Saya miss dia sangat-sangat

 Muezza sehari selepas di rescue. masih cinonet

brotherhood


Jun 2013

Nov 2013



Jan 2014.  Masa ni Muezza namapak cengkung sikit sebab rupanya dia hilang selera 
makan masa kami tinggalkan dia selama 2 minggu.  Bila saya balik dia tak nak 
berenggang dengan saya selama beberapa hari.  Dimana ada saya di situlah dia.  
Saya masak pun dia tunggu 

Thursday, January 23, 2014

Adelaide (Intro)

Penutup 2013 kami ke Adelaide.  Sementelah pengurus terpaksa membenarkan saya cuti atas arahan bigger boss (ye cuti saya mencecah lebih 30 hari & saya hanya boleh bawa sebanyak 10 hari ke 2014), maka saya mengambil cuti panjang iaitu kurang lebih 3 minggu

Semasa membuat booking tiket flight saya lupa yang baby SJ sepatutnya dah bersekolah mulai 2014 (ikut tahun dia 4 tahun, tapi hakikatnya 1 jan 2014 dia baru akan berusia 3 tahun 10 hari).  Sib baik tarikh yang di hajati (Jan 04, 2014) tiketnya rege mahal makanya saya terpaksa cut short flight balik kepada Dec 31.  Nasib baik.  Itu pun baby Sj dah terlepas orientasi sekolah  :)

Kesudahnya kami ke Adelaide selama 15 hari.  Kata orang kenapa nak spend sampai 15 hari kat bandar kecik? Redah aje.

Kenapa Adelaide?  Hee.. reason utama tiket Airasia murah.  Reason kedua, plan asalnya  Adelaide hanyalah pit stop untuk ke NZ tapi last minute plan NZ terpaksa di batalkan sebab tak cukup duit.  Plan asal nak drive di South Island NZ selama 3 minggu tapi bila di kira duit tabung, memang tak cukup.  So, postpone lagi plan NZ.  Tapi alang2 dah beli tiket ke Adelaide, maka saya plan sebaiknya.  Kata orang Adelaide tak ada apa, sementelah lagi nak spend 2 minggu.  Cuak jugak sebenarnya tapi bila saya start gugel-gugel untuk informasi, saya rasa saya akan suka Adelaide.  Saya betul.. Saya jenis orang yang tak perlukan bandar besar.

Di pendekkan cerita, saya akan membahagikan entry Adelaide kepada 3 parts untuk memudahkan jalan cerita. Entry ini adalah part pertama, cerita2 general

1. Penginapan
 
Kami menginap di 3 tempat sepanjang di Adelaide

9 hari pertama kami menyewa private room di Adelaide North yang letaknya cuma 2 km dari city centre.  Ini  bermaksud kami hanya menyewa bilik dan owner tinggal sekali dengan kami.  Bagaimanapun kami bebas menggunakan amenities rumah.  Sebenarnya ni adalah kali pertama kami menyewa private room.  Agak cuak tetapi saya dari awal looking forward dengan experience baru.  Yes, owner kami sempoi.  Kerja as a doctor & housematenya, Kyle yang banyak membantu kami dan kadang2 kami berborak sampai lewat malam. Seriously, I love the stay.. The house was nice, peralatan lengkap dan bonusnya dia orang ada arnab.  Terubat rindu saya pada anak2 berbulu yang di tinggalkan di Malaysia.  Si arnab yang bernama Buddy, sangat rapat dengan saya dan baby SJ dan dia makan apa sahaja yang kami makan.  Bila kami menonton TV dia akan datang duduk bersama kami.

Semuanya lengkap di sini.

Kami kemudian berpindah ke Ambassador hotel di city centre.  Hotel kecik dan setting lama tapi sangat bersih. Saya suka cuma tak habis nak tergelak sebab bilik kami, Room 207 tak ada wardrobe tapi ada kabinet serupa kitchen kabinet.  Overall, ok cuma kami tak bernasib baik kerana internet down semasa kami kat sini.
Room 207.

Dari Ambassador hotel, kami menyewa studio apartment semasa kami ke Barossa Valley.  Ini yang paling best sebabnya studio kami terletak di tengah2 ladang anggur.  Studio kami terletak jauh dari rumah dan memang kelas.  Superb.
 Nampak dari luar macam hodoh aje tapi kat dalam superb. Top left - studio dari luar.  
Top right-  buah-buahan and ginger biscuits menyambut kami. Middle right - bedroom.  
Bottom right & bottom left - living

Kami tidur dikelilingi benda2 cantik. Top three - bahagian depan studio. 
Middle left to right - anggur muda, tractor &anggur lagi. 
Bottom three - bahagian belakang studio

2 malam terakhir kami di Adelaide, kami balik ke Ambassador hotel.  Kali ni kami dapat bilik yang ada wardrobe tapi tak ada kitchen kabinet. Miss pulak kat makcik kitchen kabinet :)

Room 205.  Bersih dan selesa.
Juga ada selimut geli-geli (bak kata baby SJ)


2. Transportation
 
Kami banyak guna public transport for the first part.  Bus dan Tram dan most of it adalah f.o.c.

Ada free shuttle bas dari penginapan kami ke hampir semua part di dalam bandar Adelaide.  Tak perlu bayar apa-apa.   Shuttle bus boleh di dapati setiap 30 min sekali dan setiap driver bus yang saya jumpa, semuanya baik dan peramah. Ini adalah kesan dari duduk di bandar kecil, semua orang masih berminat untuk ada human contact dengan orang lain.  Sama macam keadaan kita masa kat kampung kita, berbanding dengan keadaan kita di KL.  Limitationnya perkhidmatan free ni cuma di sebelah siang, tetapi ada khidmat bas berbayar selepas pukul 5 petang.  Selesai masalah.  Kalau tak pun berjalan kaki pun tak ada masalah, 2 kilometer macam keliling shopping kat KLCC dua kali aje.  

Perkhidmatan tram merentasi West North ke South East of Adelaide city menghala ke suburbs of Adelaide.  Hentian terakhir di WN adalah Adelaide Entertaiment Center & di sebelah SE adalah South Glenelg beach.  Dari city centre menghala ke Adelaide Entertaiment centre tak perlu bayar tiket.  Dari city centre  ke Glenelg beach kena bayar ticket fare. Kami ada satu cerita pasal tram ride pergi ke Glenelg.  First time kami ke Glenelg kami cuba membeli tiket di dalam train tapi tak pandai guna machine.  Bila saya try dapat bantuan dari local tak ada sorang pun yang tahu.  Semua yang berdiri di tepi ticket machine menyuruh saya ambik ride yang free.  Ada seorang hamba Allah bagitau kami dengan penuh konfiden bahawasanya  dia belum pernak tengok ticket inspector selama 30 tahun dia naik tram. Saya memang cuak tapi saya ikut nasihat dia orang.  Tetapi bila mahu pulang ke city centre, kami decide untuk beli tiket di Glenelg tram stop.  Kami naik tram berpuluh-puluh kali agaknya sebabnya baby SJ suka sangat naik tram dan tetiap hari ada akan request nak naik tram berkali-kali. Terkena pulak Ambassador hotel betul-betul letak di depan tram stop. Makanya memenuhi permintaan dia kami akan ambik tram ride ke destinasi yang kami tak perlu bayar berkali-kali.

 Top and 2 bottom photos - tram. Middle left photo - normal bus bukan shuttle bus.  
Saya terlupa nak  capture gambar shuttle bus tapi saiznya sebesar bas mini kita dulu-dulu.  
Inner city shuttle bus saiz sama macam rapid KL kita.  Middle right photo - baby SJ dengan 
muka bosan didalam shuttle bus sementara menunggu driver berenti 5 minutes break.

Part kedua trip, kami menyewa kereta.  Sila ingat sewa sekali GPS dan baby seat (jika ada anak macam kami).  Kanak-kanak di bawah 4 tahun wajib duduk di car seat.  Kami pernah di tahan polis kerana biarkan baby SJ bebas tanpa mengunakan car seat.  Nasib baik tak kena saman.  Kalau kena, wajib AUD240 akan melayang.  Memandu di Oz tak perlukan lesen international, cukup sekadar lesen Malaysia yang masih valid.  Yang penting ikut peraturan jalan raya terutama had laju.  Jangan sesekali bawak perangai kiasu orang Malaysia kalau drive di oversea. Cara memandu adalah sama seperti Malaysia iaitu kita memandu di sebelah left lane.

 Kereta yang kami sewa agak berusia tapi conditionnya masih tip top.  
Yang penting conditionnya ok & jimat minyak.  Kami cuma spend 
AUD140 untuk minyak selama 8 hari menggunakannya. Walaupun kami guna  
agak extensive, maybe 1000 km selama 8 hari, ternyata minyak sangat jimat.  

Selain dari bus, tram dan kereta, kenderaan-kenderaan yang pernah kami guna di Adelaide adalah tractor, steam train, kereta kuda kayu, boat, kereta lamborghini dan kereta bomba.  Sila refer bukti kami kat gambar2 kat bawah
:)
 
Sementelah bercakap pasal transport, satu benda yang menarik perhatian saya di Australia iaitu nombor plat.  Apa yang saya perhati dia orang kat sini bebas memilih nomber plat ciptaan sendiri ataupun mungkin yang di providekan secara standard.  Telehan saya lah. Saya pernah ternampak satu kereta dengan plat nombor IlovU. Kiki.  
 Antara yang berjaya saya capture.  Yang paling saya suka plat JF & ER.


3. Makanan halal
  
Makanan halal tak susah nak dapat di Adelaide.  Paling senang nak tahu, bila jumpa student Malaysia kat mana-mana, tanya dia orang.  Student Malaysia kat sini baik-baik dan yang saya jumpa kebanyakannya sudi membantu.  Sampaikan ada seorang student perempuan ni siap bagi saya numbor telefon dia incase saya tak jumpa restoran yang dia cakapkan.  Nasib baik lah baby SJ kecik lagi, kalau dah besar harus-harus saya try matchkan dengan baby SJ, buat menantu. Pendek kata malu bertanya sesat jalan.

Halal meat boleh dapat di Central Market (menurut student sini bila saya tanya) .  Bila saya ke central market saya memang perasan ada 2,3 butcher yang jual halal meat.  Saya takde masak secara serius kat Adelaide sebab senang nak dapat ready cooked food di sini, so saya takde belilah.

Saya juga banyak refer pada satu community blog untuk cari makanan & tempat2 yang menarik di Adelaide; ketip sini weekendnotes.com.

Antara yang pernah kami makan
1.  The swingging Bowl.  Restoran melayu dan makanannya memang sangat sedap dan harga sangat berpatutan. Terletak di Rundle Mall area.  Ini hampir menjadi makanan ruji kami dan menjelang weekend kami biasanya akan tapau stok untuk 2 hari.  Sambal belacan & sotong goreng dia memang kaw. Below AUD10 untuk satu meal.



2.  Warong di Rundle place foodcourt.  Makanannya lebih kepada Malaysian Chinese.  Saya struggle sikit sebab kurang pedas.  Satu sebab saya suka makan di sini kerana cozy. A five star foodcourt.  Ada sofa & ada satu hari baby SJ nap kat sini sementara kami makan. Since foodcourtnya terletak di open basement, maka senang lah kami nak kawal pergerakan baby SJ yang tak pandai duduk diam. Baby changing room pun sangat ok, so sesiapa yang travel dengan anak kecik, please consider this place. AUD 8-12 per meal.

3. Rashan stall di Adelaide Central mall di Rundle street.  Chinese Malaysian tapi makanannya boleh tahan sedap. Ada noodle, ada rice dengan pilihan 1-3 lauk pauk.  Below AUD10 untuk satu medium size meal

4.  Yiros & kebab stall di dalam David Jones juga. Sedap.  Saya dapat tahu dari adik student ada banyak franchise Yiros & Kebab di Adelaide tapi bukan semuanya halal.  Kalau ragu-ragu tanya pada jurujual.  Kami pernah makan di 2 franchise, kami ambil pendekatan tanya.  Harga in between AUD 8-14 kalu tak silap.

5.  Burger di Harvey Norman foodcourt (tak ingat nama stall dia). Sekali lagi student Malaysia yang suggest kami try burger ayam.  Boleh tahan sedap.  Burger daging saya tak pasti halal ke tak. Harganya pun berpatutan.  Below AUD10 untuk satu set meal. Saya juga perasan ada Malaysian mamak di foodcourt yang sama.

4.  Mekong restaurant di Hindley street.  Kami makan tom yum kat sini. Bagi yang kurang tahan pedas, sini mungkin tempatnya.  AUD 13-20++ per meal.

5.  North Indian Cuisine di Hindley street.  Ada satu pengalaman kelakar di sini.  Saya minta small size rice dengan 3 lauk.  Lauknya memang banyak tapi masalahnya dia bagi saya nasi yang di tambah ketiga-tiga lauk di atasnya di dalam piring cawan.  Macamana nak makan.  Sudahnya saya tak makan sebab saya rasa geli tengok nasi bercampuk aduk dengan kuah yang banyak.  Encik D yang order nasi medium dapat dalam piring kuih.  Ok lah dari saya. 

6. Domino pizza.  Biasanya pizza akan jadi pilihan kami kalau tak jumpa restoran yang terang-terang halal.  Kami pilih makan pizza seafood.  Sedap dari Domino di tempat kita.  Price start from AUD 8.

7.  Nandos.  Nandos di OZ adalah halal menurut student Malaysia.  Nandos di sini juga jauh lebih murah dari Nandos di KL.  Price starts from AUD 8.

Bila kami travel outside Adelaide kami biasanya bawa bekal, samada masak yang simple ataupun tapau terlebih dahulu dari The Swingging Bowl.  Oklah, sepanjang 15 hari di Adelaide, makanan bukanlah masalah bagi kami.



3. Lain-lain
  
Tak ada apa lagi yang saya nak highlightkan secara general.  Apa yang saya boleh kata, kami mengamalkan cara redah jaya seperti biasa dengan sedikit prepration & study.  Mungkin komen saya secara general dapat membantu jika ada yang berhajat ke sini iaitu Adelaide bukan tempat terbaik untuk shopping tapi if we look for nature.. karriappa!!!