Monday, October 24, 2011

Sequel

Sequel dari entry saya adalah lalang, klik sini untuk membaca entry tentang itu

Suatu hari.  Baby SJ sedang belajar memegang barang dan suatu hari dia memegang makanan dengan sebelah tangan dan cuba memasukkannya ke dalam mulut.  Saya ternampak baby SJ memegang makanan dan pada saya, baby SJ memegang dengan tangan kiri.  Saya memberitahu baby SJ yang dia menggunakan tangan yang salah dan saya mengambil makanan dari tangannya dan menukar ke tangan sebelah satu lagi.  Encik D yang duduk berhampiran selama itu memerhati kami berkata dengan gaya cool yang agak kronik bahawasanya saya ni adalah ketam.  Haha, rupa-rupanya baby SJ dari awal memegang makanan di tangan kanan bukannya tangan kiri.  Bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.
Moral dari kisah di atas?  Saya adalah ketam.  Saya memang mempunyai masalah dari mengenali  kiri & kanan.  Dari mula kehidupan saya sehinggalah saya sudah mahu masuk angka 40, saya masih belum terrer dengan kiri dan kanan.  Kepada yang tertanya2, apa yang susahnya mengenali kiri & kanan, saya sendiri tidak tahu jawapannya kerana itulah soalan yang saya tujukan pada diri saya juga selama hampir 40 tahun ni. 

Selain dari isu kiri & kanan, saya juga bermasalah mengecam sign close & open di pintu lift (saya pernah hampir mengepit seorang hamba allah sehingga dia mengecam saya & sejak itu yang sudah berhenti mencuba menolong orang membuka pi ntu lift).

Moral kedua, saya amatlah berharap moga2 baby SJ tidaklah mendapat bahagian kecacatan saya yang ini.  Ngeh Ngeh!

Friday, October 14, 2011

arakiannya

Arakiannya saya cuba menulis.. setelah sekian lama.  Tapikan, saya bukanlah apa.. menulispun, saya cuma ada 2 orang follower. Itupun follower paksaan, yang perlu di paksa barulah membaca entry saya. Hahaha.

Kemana saya menghilang? Tak kemana sebenarnya cuma saya mengaku saya agak overwhelming dengan tugas menjadi parent.  Baby SJ sudah berumur 9 bulan.. sudah pandai meminta perhatian dan di sebabkan masa saya di rumah terhad, saya berusaha untuk bersama2 dia sepanjang masa.  Dan masalahnya kebelakangan ini, apabila baby SJ tidur, saya akan tertidur sama.  Saya cuba untuk  berjaga lebih sedikit dari baby SJ cuma masalahnya baby SJ tidur di antara pukul 12.30 a.m ke 1.00 a.m (ada suatu kejadian dia mula tidur pada pukul 3.00 a.m), so tiada lagi ruang untuk saya tidur lebih lewat. Makanya blog saya terabai.  Ngeh ngeh

Disamping alasan2 di atas, di sebabkan saya sekarang mempunyai 2 blog yang perlukan perhatian, bila saya sempat mencuri masa di office, pasti saya mengisi masa mengupdate blog yang lagi satu.  Blog yang kedua itu agak penting kerana ia akan menjadi tinggalan saya pada baby SJ suatu masa nanti.  Saya mahu baby SJ tahu sejarah hidup dia setakat mana saya mampu meletakkannya di atas penulisan yang tunggang langgang.  heheh.

Apa yang berlaku sejak 3-4 bulan lepas.  Tiada apa sebenarnya. Kerja, balik rumah, kerja lagi, balik rumah, kadang2 berselang seli dengan balik ke kampung Encik D, balik raya ke kampung saya & kemudian kampung Encik D,balik KL, kerja.. itulah rutin saya. tak ada apa yang best sehinggalah very recently.  Saya dan Encik D berpeluang bercuti yang bersungguh selepas hampir dua tahun kami tak ergi bercuti.

Kami memandu ke Hat yai sebelum ke Langkawi.  Keseluruhannya mengambil masa selama 5 hari.  Kami bertolak ke Hat Yai sehari lewat akibat dari masalah technical dan juga faktor baby SJ agak kurang sihat.  Walaupun tripnya agak pendek, saya personally amat bersyukur kami berjaya membuat trip ini kerana ia banyak membantu memulihkan hubungan kami.  Be stuck in routine life is something we should avoid.. jadinya ia akan mengundang kepada banyak perbalahan2 kecik yang kemudiannya akan mengarah ke perbalahan2 besar sehingga ada masanya anda akan teringin lari dari rumah dengan seorang infant yang tak bersalah.

Makanya trip ke Hat Yai ini,  walaupun masih penuh dengan perbalahan2 kecik sepanjang perjalanan tetapi both of us enjoy the trip.  Nekad saya, kami perlu banyak bercuti untuk lebih banyak pendamaian di masa2 akan datang.  Hahaha.. saya suka alasan ini kerana ianya akan mengurangkan rasa bersalah saya kerana ingin sentisa bercuti.

Insyaallah akan saya cerita beberapa perkara menarik berlaku akhir2 ini di entry akan datang.