Bermula dengan salah seorang penghuni di kawasan apartment saya. This young couple pada mulanya meng'adopt' satu family kucing ( ibu & dua anak yang ala2 berkasta tinggi iaitu half persian). Saya selalu mengintai dari bilik rumah saya & kadang2 saya feed dia orang kalau terserempak. Dalam 2 bulan lepas si ibu melahirkan lagi 4 ekor anak.
Suatu weekend saya perasan anak2 kucing ni menangis sepanjang masa dan saya juga perasan tuan kucing tiada di rumah sejak 2 hari sebelumnya. Saya pujuk husband untuk pergi investigate keadaan sebenar. Hasilnya kami nampak yang kucing2 ni di kurung di dalam cage kecik di luar balcony apartment dan si ibu kucing cuma dapat perhati anak2 dari luar. Bayangkan 2 hari tanpa air dan makanan. Saya nekad melepaskan anak2 kucing walaupun boleh di kira menceroboh territory jiran. Si ibu nampak cukup berterimakasih.
Si jiran yang teruk ni mengulangi lagi perangai buruk dia orang 3 minggu yang lepas. Dan tak lama selepas tu dia orang decide untuk melepaskan kucing2 berkeliaran di kawasan apartment. At the moment, anak kucing ni (4 ekor), kakak2 dia orang (2 ekor ) dan emak dia orong hidup atas simpati orang2 lain. Saya membekalkan makanan secara regular tetapi bagi saya tidak adil untuk kucing yang satu masa dulu di layan seperti raja (dulu siap dipakaikan dengan cat colar) tetapi tiba2 di biar mencari makan sendiri.. they look lost. Dan apa akan jadi kalau anak2 kucing ini di tangkap oleh management & di hantar entah ke mana2?
Moral dari sini: Apabila kita mula memikul tanggungjawab, jangan lah di lepas sewenang2nya sebab selagi ia membabitkan nyawa walaupun nyawa seekor haiwan, ia tetap nyawa. Yang membezakan adalah kita di kurniakan akal fikiran yang kita boleh gunakan untuk membantu makhluk Tuhan yang lain.
No comments:
Post a Comment