Friday, January 29, 2010

Rahsia Encik D

Tajuk entry macam gempak tapi sebenarnya biasa aje.. saya cuma ingin membongkarkan rahsia Encik D yang ramai orang tatau termasuklah family saya.

Rahsianya adalah kebelakangan ni Encik D siang malam asyik memukul di sana sini; kat bantal, kat atas lantai & kadang2 kat atas saya.  Kasihan betul. Tapi jangan salah faham, Encik D bukanlah pendera.. marahpun jarang sekali, inikan pulak mendera.

Encik D sebenarnya tengah praktis sesuatu.  Rahsianya dulu masa muda remaja, Encik D & kawan2 sekampung dia menubuhkan satu band yang bergenre kan konsep "pekak telinga & tak faham apa yang vocalist kata (nyanyilah dalam erti kata diaorang)".  Tapi bukan jenis2 yang puja syaitan tu.  Encik D merupakan pemain drum utk band dia.  Dia orang ni kiranya macam underground atau indie  (perkataan underground ini pun saya belajar dari dia.. saya ni buta muzik, Cik Kentang dalam bab ni boleh lah berlagak dengan saya) & dulu selalu jugalah buat Gig (inipun perkataan orang orang underground).  Dan selepas masing-masing mula bekerja dan merantau secara serius, band diaorang jadi sangat2 suam kuku lah.. yang ada cuma nama.  Maka segala skill Encik D jadilah bubur.  Pertama kali Encik D membongkarkan rahsia dia pada saya, saya dengan lancarnya bagitau dia yang nasib baik saya belum kenal dia lagi di waktu itu.  Jangan salah faham tuantuan dan puanpuan, saya bukan anti-musicians tetapi saya ni buta muzik & saya selesa life yang simple macam sekarang.. jauh dari limelight (melebih2 pulak saya, Encik D cumalah main drum untuk underground, bukannya artis yang kena2 kejar papparazzi.. hehe)

Kelemahan bagi drummer ni ialah apabila band berkubur, self-practice macam hampir tak wujud.. kecualilah yang jenis2 ada studio kat rumah.  Sudahlah set drum tu ribu-riban, besar gedabak lak tu.. dan tak lupa, sekali ketuk bolehlah buat jiran sebelah melompat.  Lompatan pertama sebab terkejut, kedua sebab dah marah, ketiga sambil capai parang. 

Selepas lebih dari 15 tahun, tiba2 kawan2 Encik D berhajat besar nak meneruskan legacy konon-kononnya.  Encik D di paksa (tapi dia suke) join band balik.  Dari tahun lepas, dia orang re'kick-off' semula; mula menulis lagu, menulis lirik, jamming, record lagu (semua guna teknology internet, sedar2 semua dah siap..saya lah yang pening tengok Encik D terbongkok2 setiap hari mencipta note untuk drum).  Saya sendiripun menjadi mangsa.  Saya di paksa mendengar cerita-cerita tentang drum.  Saya di paksa menonton youtube pasal2 drum.  Dan paling tak bestnya, saya selalu kalah bila berebut internet connection di rumah.

Walaupun Encik D agak teruja tetapi saya juga tahu yang pada masa yang sama Encik D mula risau sebab dia yang paling terbelakang berbanding yang lain. Banyak yang dia tertinggal di sebabkan beberapa tahun merantau, 2 tahun keluar masuk hospital, pindah menetap di KL dan kurang praktis.

Esok band dia akan ada Gig pertama selepas 15 tahun menyepi.. saya tak di jemput ye.. jadi simpan2 lah rasa nak tengok dia perform.  Anyway, saya sendiri tak rasa nak pergi.  Kalau jadi drummer untuk abang anuar jaing boleh lah jugak saya meronta-ronta (dan harusnya Cik Kentang & me cnor akan terlentang sebab cemburu).  Dengan itu saya juga dengan sukarianya me'volunteer'kan diri sendiri balik ke kampung saya sementara Encik berkugiran bersama rakan2 di KL.

Apapun, Saya tetap berharap Encik D akan berjaya dengan show dia besok.. harap2 takde mistake di buat & harap2 dia dapat main untuk semua lagu mereka.  Cayyoo! Cayyoo!

3 comments:

  1. ehhhh....kalau encik D main utk abang nuar tu; tanpa segan silu saya akan meronta2 peluk kaki nak ikut ye...

    ReplyDelete
  2. ceh tak malu.. tak peluk kaki pun tak apa.. asalkan seminggu sekali datang rumah tolong mop lantai boleh lah

    ReplyDelete
  3. boleh gak tu...kita tukar suka sama suka...mau? tapi kat rumah tu extra kerja la kan...

    ReplyDelete