2 minggu yang tunggang langgang
1. Isu jalan sesak di lebuhraya. sebagaimana yang di persetujui (dengan berat hati), kami balik ke kampung Encik D (refer to entry isu-isu semasa). Sebagaimana yang telah di tetapkan, saya diminta memandu kereta adik encik D secara solo & Encik D memandu keretanya. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 setengah jam telah mengambil masa selama 6 jam. Arghhh....
2. Isu bercuti keluarga Encik D yang separuh tak menjadi. Encik D akhirnya akur dgn permintaan emaknya supaya mengikut saya balik ke KL sedangkan apa yang disetujui dari awal adalah sebaliknya. Maka seluruh plan saya untuk berpoya2 bersama Cik Kentang semasa ketiadaan Encik D hancur berkecai. Dan ini juga bermakna yang saya telah menjadi orang jahat.. saya secara tak langsung menjadi batu penghalang untuk Encik D bermesra bersama ahli keluarganya.. something yang agak menganggu dan membuatkan saya rasa bersalah sebenarnya
3. Isu transporter. Sekembalinya kami ke KL keesokannya (masih di hari cuti umum), kami bergegas menjemput anak-anak saudara A & S yang baru pulang melawat ibubapa mereka di Jakarta (juga refer to entry isu-isu semasa). Ketangkasan saya & Encik D adalah hampir serupa dengan ultraman hari itu. Pagi subuh bangun. Breakfast. Berkejar ke LCCT. Jemput anak-anak saudara A & S. Bawa pulang anak-anak saudara A & S ke rumah. Hantar anak saudara A ke Puduraya untuk dia pulang ke sekolah di Melaka. Hantar barang2 kepunyaan anak-anak saudara A & S ke rumah Mak Ngah di Bukit Beruntung. Hantar anak saudara S ke sekolahnya di KKB. Akhirnya. acara selesai lebih kurang 3 petang. Fuhhh.. sungguh lega
4. Isu keracunan makanan. Selepas berjaya menamatkan acara marathon pengangkutan, saya dan Encik D dah agak kebulur, mengambil keputusan menikmati juadah tengahari di KKB. Kami ke sebuah kedai mamak dan Encik D dengan riang ria mengambil kari kepala ikan yang agak besar saiznya. Dalam proses menyudahkan makanan, Encik D bersuara yang dia dapat rasakan kepala ikan tak fresh lagi dan mintak jauh dari sakit perut kemudiannya. 5 jam selepas, Encik D mula ke tandas setiap setengah jam. Saya dengan bongkak berkata yang saya mempunyai antibodi yang kuat. Tepat pukul 5 pagi, saya di kejutkan oleh perut saya yang meronta-ronta. Giliran saya tiba.. hinggakan saya terlewat masuk ke pejabat. Nasib baik pengurus kecil sedang bercuti bersama bakal mertua.
5. Isu kereta terkunci
Selepas menghantar anak saudara S dan makan tengahari, kami merayau2 sekitar KKB. Encik D mengambil keputusan menyusuri jalan ke Fraser's Hill. Kami singgah di satu empangan yang letaknya di tepi jalan. Saya yang memandu meninggalkan kereta dengan enjin 'on' dan sekembalinya kami ke kereta, kereta kami terkunci dengan sendirinya. Muka saya pucat, bantuan agak sukar di sebabkan laluan ke Fraser's hill agak lenggang. Akhirnya datang satu pasangan yang niatnya meninjau kawasan empangan seperti kami. Kami mohon bantuan & bantuan di hulur. Dapat di selesaikan selepas setengah jam.. menggunakan kaedah cubaan mencuri kereta. Mungkin mereka bekerja di workshop. Selepas berbuih-buih mulut mengucapkan terima kasih, kami beredar. Encik D masih bersemangat berjaya mencari sumber air ke empangan berjaya menemui sebuah jeram yang cantik. Encik D dengan riang ria bermandi manda. He had a very good time & he deserve it, after di tinggalkan family yang pergi bercuti :-)
No comments:
Post a Comment