Entry ni saya mula menulis seminggu lepas tapi iyelah.. manakan sama saya dengan Cik me_cnor yang boleh menulis berkajang2.. ada aje yang membantutkan hasrat saya mengepos entry saya.
Cerita yang di tulis dari minggu lepas
Hari ni, hasil dr cerita Cik Kentang yang bersungguh-sungguh bercerita tentang jualan murah syarikat penerbangan, makanya saya di celah2 kesibukan kota & kesibukan keje sempatlah juga mencelah mencari tiket murah. Memikirkan tahun ini kami cuma berpeluang pergi Penang sahaja,saya berjaya meng'suggest' pada Encik D membeli tiket untuk ke Melbourne. Jangan ingatkan senang nak menyakinkan hati Encik D.. siap merayu, terbaring tergolek barulah Encik D termakan pujuk. Memang sudah lama saya mengigau utk pergi sana tetapi iyelah saya bukanlah dari golongan kaya raya, baik sikit aje dari kais pagi makan pagi. Kali ini saya nekad dan setelah di kira2, di bajet2 MAYBE kami akan sempat mengumpul duit menjelang jun tahun depan ( dengan menolak kira yang kereta dah menjerit2 minta ditukar baru). Takpe, takpe pujuk saya di dalam hati, kereta blh tgu.. Lagipun manalah tahu tahun depan berpeluang naik kereta baru Cik Kentang.. Makanya bolehlah saya menuggu setahun dua lagi untuk menukar kereta. Ngeh! Ngeh!
Bertanya kepada seorang rakan, saya di beritahu tiket untuk si Kecik boleh di beli kemudian hari kerana si Kecik tidak memerlukan tempat duduk di dalam flight. Memujuk Cik Kentang untuk turut serta, tetapi baru kami teringat yang jika kedua2 kami bpergi bercuti serentak.. anak2 berbulu kami akan kehilangan catsitter. Hmmm..
Jadinya saya dengan pertolongan Cik Kentang berjaya mendapat tiket murah walaupun bukanlah di tahap murah melampau. Dalam tahap kesibukan yang maha gaban (saya sedang sediakan satu survey proposal yang perlu di finalizekan hari ni jugak), saya memulakan dgn langkah pertama; login. Tak berjaya.. Tak tahu kenapa. Kata Cik Kentang sbb websitenya dah jam. Tak putus asa, saya mengisi particular manually. Darah dah mula membuak2 sebab alamat kediaman kami di pertikaikan. Ceh, siapa yang lebih tahu alamat kami kalu tak kami sendiri kannn. Selepas di beri warning yang saya perlu mengisi dalam jangkamasa tertentu, saya pulak terlupa no passport kami, terpaksa pula membuat panggilan kepada encik D untuk menghulurkan khidmat. Encik D pulak dengan berlenggang kangkungnya macam kebiasaan dia sampaikan saya terpaksa merayu dia berlari2 anak mendapatkan nombor passport kami. Sesudah selesai mengisi saya teringat akan satu perkara yang melampau mengecewakan diri iaitu pasport saya akan expire bulan march depan, makanya saya perlu memperbaharui dulu sebelum saya dapat membeli tiket tetapi saya cuba juga untuk mengsubmit borang yang sudah saya isi tu tetapi saya dah terlewat submit borang dimana tempoh yg di beri sudah tamat. Double kecewa. Arghhh. Saya cuba menelefon service centre untuk bertanyakan hal pasport, udahlah di casnya dengar kadar panggilan yang mahal (RM 1.95/minute), 3 minit pertama saya terpaksa dengar suara mesin sahaja dengan menekan butang se sana sini.. akhirnya lansung saya tak dapat bercakap dengan operator yang sebenar.
Saya yang sudah kecewa di tahap gaban meminta pula khidmat Cik Kentang untuk cuba juga membelikan tiket ke Melbourne bagi pihak saya. Cik kentang yang mana barangkali officenya menggunakan khidmat package internet yang termurah di pasaran agaknya, masih beria-ria memberitahu saya yang screen internetnya masih menunjukkan harta tiket yang murah. Cik kentang cuba membeli di pihak saya tetapi sebaik saya dia cuba submit borang pembelian, dia pun di update yang tawaran murah sudah tidak lagi murah. Huhuhu.. Terasa sungguh diri di anaiya oleh internet di pejabat Cik Kentang.
Terpikir saya, tak apa lah tiket mahal sikit, saya tetap juga mahu ke sana tahun depan dan apabila saya mengadu kepada seorang rakan, dia mengofferkan untuk menolong di mana kawannya ada bekerja di jabatan imegresen katanya. Kawan ini meberitahu dia akan minta pertolongan kawannya mempercepatkan proses membuat pasport baru sekiranya saya tidak dapat beratur lama di pejabat imegresen.. tapi akhirnya saya terpaksa akur yang saya memang betul2 kena lupakan niat beli tiket murah di jualan murah kali ini di sebabkan saya betul2 tiada masa hinggakan appointment dengan doktor pun saya terpaksa postpone
sehingga 3 kali. Inikan pulak nak beratur di pejabat kerajaan.
Cerita yang di tulis hari ini
Hari ini, seminggu selepas kejadian. Saya sudah menyimpan beberapa wawasan iatu:
1. Saya akan beli tiket ke Melbourne jika ada lagi tiket murah di masa akan datang.
2. Saya akan berusaha memperbaharui pasport sebaik sahaja saya dapat mencelahkan masa saya
3. Sebaik sahaja si kecik lahir saya akan buatkan passport untuk si kecik
harap2 plan menjadi.. aminnnn
xleh gi melben, mari la kita gi melaka je ke bersama...
ReplyDeletemuahahhahah...takpe next time...thn ni takde..thn depan ada..klu takde gak maybe thn kesepuluh buleh dapat..muahahhahah..
ReplyDeletebtw sy dapat tiket murah tp idokla ke obersea nun di sana ..obersea dlm mesia je..jommmmm!!!!
ishhh....sungguh riak pompuan itu... mentang2 le dia dapat tiket singgit tu (* sambil menjuih bibir tanda dengki...)
ReplyDeletedengki nampak!!!!!!!!!! nak bagi dengki lagi nih!! tgh berdebar2 tunggu time jengjalan ke obersea !!!muahahhahahah..dengki tak? dengki tak?
ReplyDeleteguling2 dengki ni... mau tak tido langsung ni teringat2
ReplyDeletemuahahahha...disebabkan pc sy nih mmg menyokong penuh sy g jenjalan..pe kata CK ambik sume perticular PK siap2...bila ada je tiket murah mohla kita book sesungguh ati..huhuhu
ReplyDeleteIsh.. Bergaduhlah pulak..marilah kita sesama menanam cecita gi melben. Meronta2 ni.
ReplyDelete