Wednesday, December 15, 2010

Impian yang tercedera

Kisah mengenai impian yang tak kesampaian.. impian bercuti ke melben.

Ada yang menanya kenapa saya pilih melben.. saya pun sebenarnya tak berapa tahu.  Saya agak kerana ostolia adalah negara mat salih yang terdekat dan airasia ada flight ke sana, makanya sesuailah dengan poket saya yang nipis.  Walaupun Perth ialah bandar yang paling dekat tapi since saya dah pernah ke sana, itu sebablah saya memilih melben.

Tapi akhirnya impian nak ke melben tahun depan terpaksa di leburkan kerana ada lagi tawaran yang lebih menarik.  AirAsia baru aje membuka laluan baru ke NewZealand dan saya memang lebih terkinja-kinja mahu ke NZ berbanding ke Ostolia  Saya tahu encik D yang selaku peminat tegar Lord of the Rings akan berasa teruja jika berpeluang melawat tempat pengambaran cerita LOTR.  Sebaik sahaja mendapat kabaran AirAsia melancarkan laluan ke NZ, saya terus mencuba untuk meng'ushar' harga tiket tanpa melihat tarikh mula promosi.. heran juga, setipa tarikh yang saya masukkankan, jawabannya sold out.. terdetik di dalam hati, ish, ramai jugaklah org macam saya ni.  Rupa2nya bila saya mengkabarkan berita ni kepada Cik Kentang.. jawaban yang saya dapat adalah.. promosinya akan bermula 2 hari dari hari tu. Kui Kui

Sayapun mula merancang secara lebih teratur.  Tiba2 saya teringat yang salah seorang abang saya juga agak terkinja2 mahu ke NZ.  Hasil perbincangan dengan abang, kami bersetuju untuk pergi berempat (berlima kalau di kira si budak kecik yang akan di include kendian atau berenam jika Cik Kentang akhirnya berubah fikiran untuk sertai kami).  Abang saya mengofferkan dirinya menjadi juru beli tiket AirAsia.

Akhirnya hari yang di tunggu2 sudah tiba.  Abang saya bangun di awal pagi & memulakan tugasnya.  Akhirnya abang saya berjaya mendapatkan kami tiket murah.  Saya yang berada di hujung sini mulalah tersenggih-sengih berangan.  Selang setengah jam saya mendapat perkabaran yang semasa membuat bayaran, bayarannya pending.  Abang saya mengesyaki yang card creditnya bermasalah, mencuba buat kali kedua dengan menggunakan kad kredit kakak ipar saya, masalah yang sama terjadi.

By the time saya nak mencuba, semua tiket murah dah sold out.  Saya selaku adik yang memahami ketensionan yang di hadapi oleh abang saya (kan pernah jadi pada saya juga), menjadi orang tengah memanggil service centre menanyakan hal ini & setelah membazir hampir 15 minit mendengar pelbagai promosi yang kita boleh dpatkan secara percuma di mana2 (dengan di charge RM1.95 seminit ok), jawaban yang saya dapat dari operator yang agak tak berapa cukup ajar, maybe by the time payment di submit, tiket sudah sold out.  Begitulah ceritanya, walaupun pedih akhirnya saya dapat jawaban, itupun selepas hampir Rm30-40 duit terbang untuk bercakap dengan service centre.

Makanya di sini sekiranya lah ada di kalangan kita yang bersaudara dengan Tony Fernandes, tolonglah sampaikan pada dia yang jika mahu mengaut untung biarlah berpada2.  Saya agak suatu hari pasti AirAsia akan  mula mengutip bayaran jika kita mahu mengguna tandas di dalam flight.  Dan kepada sesiapa yang kerja dan jawatannya adalah operator telefom, silalah bersopan sedikit dengan pelanggan kerana itulah kerjaya yang anda pilih.

Berbalik kepada impian saya yang tak kesampaian tadi, saya tidak akan berputus asa bila ada promosi lagi di masa depan.  Kali ini biarlah saya pula memikul tugas berat lagi stress itu.. jadi tukang juru beli.  Harap saya biarlah semuanya berlaku secara adil & saksama. Dengarlah Tony Fernandes.. inilah luahan hati dari kami2 rakyat jelata yang berpoket nipis tetapi berhati besar ni.  Jikalah kami ini berpoket tebal, haruslah kami sudah menjejaki NZ lima tahun lepas.

3 comments:

  1. ewah...ewahhhhhh... rajinnya hapdate ye...

    ReplyDelete
  2. byknyerrr update..baguih baguih!!!
    pe lagi..update la psl kekembangan diri anda disertakan gambo skali..hamba tak sempat nak tgk live lorrr......
    19hb ni ada promosi lg, kot2 NZ ada..gambatte ne!

    ReplyDelete
  3. Haha.. sajalah nak bagitau satu dunia yang hamba ini sungguh percuma di kala ini.. menghapdate entry sambil terbaring tergolek di atas katil, di selangi dengan memakan oreo ataupun kurma pemberian makmetua hamba sekembali dia dari mekah. mesti ramai yang dengki..

    iskh.. senang aje nak mengenali hamba di ketika ini, bayangkan seekor ikan buntal sedang berjalan sambil mendukung seekor benda berbulu menuju ke arah litter box.. itulah hamba :-)

    19 hb ada promosi lagi? bereh.. tankiu.. tankiu atas info

    ReplyDelete