Berlaku last weekend. Semasa kami membeli cat di mall berhampiran rumah. Sesambil itu saya sempat masuk FOS mencari seluar katok untuk menggantikan seluar katok saya yang banyak MIA semenjak2 akhir2 ni.
Lalu saya ternampak satu seluar katok yang mencuri pandangan. Semua yang tinggal cumalah saiz 28. Lalu berkata saya pada pada sang Encik D.. sayangnya sebab saiznya besar sikit dari saiz ai. Kata Encik D, pergilah try di fitting room. Saya membalas, tak apalah, ai nak ambik juga walau besar sikit, harap2 taklah terlondeh. Setelah di desak berkali2 oleh Encik D sayapun mencuba di fitting room.. Lalu apa? Seluar katok itu ketat rupanya. Kah kah.. perasan tahap gaban ai yang ai masih kurus. Dan dengan penuh tersipu2 saya membeli jua si seluar katok itu sambil Encik D memandang saya dengan sesinis yang mungkin.
Makanya jugalah, adalah jua ai menulis entry ini sambil memakai seluar katok ketat itu.. maka jika tertemu sebarang spelling error maknanya ianya adalah hasil ketidakselesaan seluar katok yang ketat ini.
Dan moral dari cerita; janganlah ada sebarang perasaan riak mahupun takbur sekira anda rasa anda kurus kerana mungkin ianya halusinasi semata. Enjoy your day!! ;-)
hmmmm....mungkin urat yg putus tu "urat perasan" kot kan....haha
ReplyDeletedi kesempatan ini izinkan saya *gelak guling2 sambil berimagine ragam dua suami isteri ini di FOS ditambah lagi memek muka di fitting room..
ReplyDelete