Friday, October 14, 2011

arakiannya

Arakiannya saya cuba menulis.. setelah sekian lama.  Tapikan, saya bukanlah apa.. menulispun, saya cuma ada 2 orang follower. Itupun follower paksaan, yang perlu di paksa barulah membaca entry saya. Hahaha.

Kemana saya menghilang? Tak kemana sebenarnya cuma saya mengaku saya agak overwhelming dengan tugas menjadi parent.  Baby SJ sudah berumur 9 bulan.. sudah pandai meminta perhatian dan di sebabkan masa saya di rumah terhad, saya berusaha untuk bersama2 dia sepanjang masa.  Dan masalahnya kebelakangan ini, apabila baby SJ tidur, saya akan tertidur sama.  Saya cuba untuk  berjaga lebih sedikit dari baby SJ cuma masalahnya baby SJ tidur di antara pukul 12.30 a.m ke 1.00 a.m (ada suatu kejadian dia mula tidur pada pukul 3.00 a.m), so tiada lagi ruang untuk saya tidur lebih lewat. Makanya blog saya terabai.  Ngeh ngeh

Disamping alasan2 di atas, di sebabkan saya sekarang mempunyai 2 blog yang perlukan perhatian, bila saya sempat mencuri masa di office, pasti saya mengisi masa mengupdate blog yang lagi satu.  Blog yang kedua itu agak penting kerana ia akan menjadi tinggalan saya pada baby SJ suatu masa nanti.  Saya mahu baby SJ tahu sejarah hidup dia setakat mana saya mampu meletakkannya di atas penulisan yang tunggang langgang.  heheh.

Apa yang berlaku sejak 3-4 bulan lepas.  Tiada apa sebenarnya. Kerja, balik rumah, kerja lagi, balik rumah, kadang2 berselang seli dengan balik ke kampung Encik D, balik raya ke kampung saya & kemudian kampung Encik D,balik KL, kerja.. itulah rutin saya. tak ada apa yang best sehinggalah very recently.  Saya dan Encik D berpeluang bercuti yang bersungguh selepas hampir dua tahun kami tak ergi bercuti.

Kami memandu ke Hat yai sebelum ke Langkawi.  Keseluruhannya mengambil masa selama 5 hari.  Kami bertolak ke Hat Yai sehari lewat akibat dari masalah technical dan juga faktor baby SJ agak kurang sihat.  Walaupun tripnya agak pendek, saya personally amat bersyukur kami berjaya membuat trip ini kerana ia banyak membantu memulihkan hubungan kami.  Be stuck in routine life is something we should avoid.. jadinya ia akan mengundang kepada banyak perbalahan2 kecik yang kemudiannya akan mengarah ke perbalahan2 besar sehingga ada masanya anda akan teringin lari dari rumah dengan seorang infant yang tak bersalah.

Makanya trip ke Hat Yai ini,  walaupun masih penuh dengan perbalahan2 kecik sepanjang perjalanan tetapi both of us enjoy the trip.  Nekad saya, kami perlu banyak bercuti untuk lebih banyak pendamaian di masa2 akan datang.  Hahaha.. saya suka alasan ini kerana ianya akan mengurangkan rasa bersalah saya kerana ingin sentisa bercuti.

Insyaallah akan saya cerita beberapa perkara menarik berlaku akhir2 ini di entry akan datang.

2 comments:

  1. jommmmmmmmmmmmm cuti2...

    by anonymous a.k.a me_cnor...hhahahaha

    ReplyDelete
  2. saya jugak sudah lama tidak menulis + membaca...ayookkkk

    ReplyDelete