Thursday, January 5, 2012

Update pertama 2012

Ini adalah cubaan kedua saya mengupdate dalam masa 2 hari.

Malam tadi gagal kerana cubaan bangun dari katil di pukul 1 malam untuk membuat sedikit update gagal akibat dari baby SJ sama2 buat cubaan yang serupa.  Beginilah hidup saya lately, di tambah lagi anak saya memang hantu labtop.  Malam tadi saya mulanya berjaya bangun secara perlahan, 'on' labtop tanpa teringat yang labtop saya ada keluarkan bunyi bila mahu start window, kemudian ke toilet & apa bila saya balik ke bilik baby SJ sedang bertepuk tangan sambil memandang labtop yang sudah 'on'.  Misi saya gagal selepas setengah jam memujuk tanya sebarang tanda mahu berjaya, makanya saya shut down labtop & sama2 tidur dengan baby SJ.  Iye, anak saya memang sangat pantang dengan komputer sejak dari dia berumur 5,6 bulan lagi.  Saya mengaku saya jarang berpeluang ber'online' di rumah dan inilah sebabnya juga saya amat jarang mengupdate.  Malam ini adalah antara malam bertuah saya kerana baby SJ tidur awal dan sekarang saya ber'online' di meja makan di dapur, bukannya di bilik tidur.

2012 baru hari ke 5, tak banyak update selain dari saya baru menyambut birthday yang 39 beberapa hari lepas.  Tiada hadiah, tiada sambutan malahan Encik D pun lupa birthday saya.  Wish untuk melihat baby SJ mula berjalan pun gagal kerana baby SJ belum mahu berjalan.  But overall, 2012 bermula dengan baik.  Saya masih di kelilingi rakan2 sekerja yang baik, family yang sempurna (walaupun kes kecik hati dengan kelupaan Encik D masih belum surut :-)), anak yang sihat & tak banyak ragam & kawan2 yang baik.

Kami masih berada di Norway, menghirup angin sejuk sepanjang masa sehinggakan saya yang cukup pantang berselubung kaki di kala tidur sekarang bukan sahaja berselimut malahan berstokin semasa tidur (saya jenis yang cepat merasa lemas & ruang sempit boleh buat saya rasa sesak nafas.. contohnya kaki yang terkurung di dalam selimut, terperangkap dalam lif yang rosak).  Suhu setakat hari ini adalah dalam minus 8 degree tetapi alhamdullillah overallnya kami berjaya menyesuaikan diri dalam masa yang agak cepat. 

Sudah hampir dua bulan kami di sini dan jika tidak ada aral, kami akan berangkat balik ke Malaysia hujung bulan januari.  Saya paling rindukan kucing-kucing saya dan bebelan Cik Kentang.  Kucinglah yang buat saya teringatkan kampung halaman setiap hari.  Walaupun saya masih mendengar Cik Kentang membebel secara maya, rindu pula melihat reaksi & gaya joyah Cik Kentang di kala mengumpat.  Klu; mulut sedikit herot, mata di bulat-bulatkan, hidung sedikit merah.

Bercakap tentang tahun baru, teringat pula tentang azam baru.  Saya seperti biasa tiada azam.  Tak sempurna pun tidak mengapa. 
aktiviti masa lapang kami di cuti tahun baru 2012.  Lokasi: belakang rumah kami. 

2 comments: