Friday, January 11, 2013

New year & Red Velvet cup cake

Kisah di hari tahun baru..

Saya yang berkobar-kobar membuat cake red velvet.  Barang2 sudah lengkap ditangan sejak beberapa hari lepas & kununnya mahulah bake dalam jumlah yang berlebihan sedikit untuk di bawa ke office keesokkannya

Inilah masanya untuk meng'test' mixer k-mix yang dibeli semenjak setahun lepas.  Memandangkan oven saya sudah didermakan kepada omak beberapa bulan lepas, Cik Kentang yang baru sahaja merenovate rumahnya secara besar-besaran meminjamkan saya oven lamanya.

Saya mula membancuh bahan2 & sesambil itu saya memanaskan oven.  5 minit berlalu tetapi oven masih belum panas.  Hairan.  Bancuhan kek sudah mahu ready.  20 minit berlalu.  Oven masih sejuk kedi.  Saya call Cik Kentang kot-kot saya tersalah laku.  Cik Kentang kata oven itu ok sebelum di serahkan pada saya.  Setengah jam berlalu.  Omak saya mencadangkan saya mengukus cup cake tadi tetapi memandangkan ini kali pertama saya bake red velvet saya berkeras mahu membakar.  Cik Kentang mencadangkan saya  membakar kek di rumahnya.  Makanya saya mengusunglah cup cake di dalam dulang ke rumah Cik Kentang.  Baby SJ pula mahu mengikut, sarat tangan saya memegang dulang sambil memimpin tangan baby SJ.

 Sesampai di rumah Cik Kentang (Cik Kentang masih belum berpindah balik selepas renovation selesai tapinya saya memang ada kunci), saya buka suis oven baru Cik Kentang.  Pulas tombol sana sini tetapi 5 minit masih juga belum panas.  Saya call Cik Kentang & selang 20 minit Cik Kentang sampai.  30 minit, 1 jam masih juga sejuk. Aisheh.. oven baru pun rosak juga.  Akhirnya saya terpaksa menyerah kalah kerana saya menerima panggilan bahawasanya ada tetamu akan datang kerumah.  Saya meninggalkan Cik Kentang bersama bancuhan kek.

3 jam selepas itu selepas tetamu balik, saya bergegas sekali lagi ke rumah Cik Kentang.  Kali ini untuk mengambil bancuhan red velvet yang masih belum berjaya di bakar.  Hehe.  Sampai di rumah, saya mengukus cup cake tadi.  Ke situ juga :).

Tetapi yang hebatnya, bila kek yang dah jadi macam rupa apam bila siap di kukus, saya dapati saya allergic dengan coloring red velvet.  Terlupa pulak yang saya memang alah dengan preservative & artificial coloring.  Dan yang pastinya saya tidak akan membawa kek ke office keesokkannya.  Tak sanggup ai.  Huaaa.. tak terbanding aktiviti tahun baru saya untuk 2013 dengan 2012.  Tahun lepas saya menyambut dengan main slider di Norway.  Tahun ni bake red velvet pun gagal.

Ini aktiviti tahun baru 2012.  Untuk aktiviti tahun baru 2013, gambar pun tarra

2 comments: