Monday, May 20, 2013

London #9 (Final)

Hari Terakhir di London sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Dulu masa buat iternari rasa macam cukup spend 10 hari di London.  Bila sampai hari terakhir rasa macam tak cukup.. rasa sedih pulak nak meninggalkan London.  Entah bila nak ke sini lagi.

Kami decide ke Greenwich centre yang tak kesampaian beberapa hari lepas.  Hujan renyai2  semasa kami sampai.  Dahlah kena jalan agak jauh,  agak lencun jugalah baby SJ.  Kesian dia.  Satu yang bagus dengan baby SJ, walaupun dia ni teramat lasak tetapi apabila kami travel, dia seperti faham kesulitan kami dan jarang buat perangai kecualilah dia terlalu bosan duduk di atas stroller (kadang2 seharian suntuk kami paksa dia di atas stroller)

 Greenwich centre.  Kena bayar 7 pound utk masuk. kepenatan selepas berhujan


 Sah, kami bangga dapat memijakkan kaki ke sini, sementelah lagi saya ni banyak bekerja dengan projection system :)))))

Kami kemudiannya menyinggah di Science Museum of London.  Apa nak buat, Encik D kan suka museum.  Hati saya sudah bergolak2 nak pegi last minute shopping tetapi terpaksalah juga menjaga keutuhan rumah tangga.

 Canggih juga science museum depa ni. Baby SJ sangat teruja dengan virtual ripple.  Saya juga sebenarnya.  Ini kali kedua sebenarnya kami jumpa virtual ripple, kali pertama di CDG Airport, Paris tapi masa tu tak sempat nak enjoy sangat sebab kami hilang luggage.

Then, dengan masa berbaki kira-kira 3 jam, kami ke Oxford street untuk last minute shopping.  Muka saya dah separuh masam masa ni sbb Encik D berjanji separuh hari akan di peruntukkan untuk shopping, ini cuma 3 jam.  Apa yang boleh buat dengan 3 jam?  Makan waffle aje dah 30 minute.

Akhirnya dapatlah saya sambar dua 3 helai baju untuk baby SJ, handbag mini untuk saya & CIk Kentang.  Bila saya nak beli kasut, Encik D kata beg dah penuh & minta saya tunggu sampai kami di destinasi terakhir iaitu Amsterdam, baru shopping betul2. Sedih taww.. memanglah saya ni bukan kaki shopping tapi ini sudah melampau.  Pegi ke kedai speedmart kat tepi rumah pun ada beli barang sikit2, ini datang London langsung xshopping (ok! ok! dapat sikit).  Sorry takde gambar sebab kelam kabut fokus nak shopping.

Bila kedai start tutup kami merayau2 sekitar city sebelum bertolak balik ke Barking untuk pack luggage untuk destinasi seterusnya.

Verdict?  Ibu jari naik.  I love the city.. I will come back some other time.  Mungkin tanpa Encik D supaya saya boleh shopping.  Hahaha.




Tamat sudah cerita London.  Satu cerita berbaki adalah tentang penulis buku yang saya cari-cari sepanjang saya di London.  Akan di cerita di satu hari yang indah.



2 comments: