It was sunday dn buat kali pertamanya semenjak di Brussel, cuaca menyebelahi kami. Very sunny day. Everything was perfect, kecuali sejuk sikit.
Kami menaiki keretapi ke city centre. Bandar sedikit sunyi di sebabkan hari minggu. Melawati bangunan parliment Belgium, kemudian park di depannya, tak silap namanya Royal Garden atau Brussel Park kerana dia terletak in between bangunan parlimen & istana. Sedikit tak terjaga tapi saya bayangkan tempat ni mesti cantik di masa summer.
Bangunan parlimen
The royal Palace
Sana sini bandaraya Brussels
Dah namanya Belgian waffle. Mana ada tempat
lain boleh challenge. Biasanya dijual bersama eskrim.
Kami kemudiannya berjalan ke Cinquantenaire Park. Park terbesar & terfamous di Brussels. Tengok map macam dekat tapi berjalan punya jalan, ada la 3 km agaknya baru sampai. Nak patah kaki rasa.
Saya suka tempat ni. Daun maple bertabur sebab kebanyakan
pokok kat taman ni adalah pokok maple.
Sebagaimana di tunjuk kat map, ada masjid di dalam park Cinquantenaire. Kami berjaya jumpa & menumpang solat.
Besar jugak masjid dia. Berbentuk bulat & ramai orang keturunan arab kat situ.
Orang2 local beriadah. Saya berjaya tutup mata baby SJ masa kami lalu playground :)
Clockwise dari atas kiri: arch lama, Triumpal arch, Bordiau Hall
dan statues atas Triumpal arch
View bahagian utama park. Saya tak pernah jemu dengan autumn.
Keluar dari Cinquantenaire kami kelaparan sebab jam dah pukul 5 kami belum jumpa tempat makan yang halal. Kami ambik underground ke Brussel Nord sekejap untuk check tiket train untuk ke Amsterdam besoknya.
Kemudiannya kami ambil train lagi sekali ke Grand Palace untuk makan, shopping diapers untuk baby SJ & cuci mata selamat tinggal. Saya melihat satu persembahan busking oleh native dari Peru. Sangat best & saya beli CDnya. Nak share kat sini pun tak boleh sebab video file sangat besar.
Dari situ kami mengambil train pulang ke rumah. Satu hari yang cukup penuh & kami keletihan. Apapun syukur di panjatkan di atas cuaca yang sangat baik. Makan malam - kebab lagi.





.jpg)

.jpg)





...still reading with eyes full of hatred...
ReplyDeletehahaha.. saya sedang berguling2 di lantai.
ReplyDelete