Tuesday, October 22, 2013

Amsterdam #2

Destinasi terakhir kami di 2012 Europe.

Kami cuma singgah di Amsterdam untuk 2 hari sebelum berangkat balik ke Malaysia.  Agak menyesal sebenarnya tapi masa buat iternary saya risaukan budget tak cukup untuk travel lebih lama.  Tapi kami berkesudahan ada lebihan duit Euro & pound agak banyak juga.  Tak apalah, ada rezeki insyaallah next time nak spend dalam seminggu di Holland and it must be in spring sbb saya nak baring atas batas pokok bunga tulip.

Hari yang sedikit basah.  Hujan renyai2 tetapi ok lah.  Redahkan aje.  Breakfast di hotel & kemudian bergerak keliling Amsterdam Central.  Saya mencari I Amsterdam logo tapi tak jumpa.  Frustlah jugak sebab itu salah satu iternary.

 Sekitar Amsterdam Central. The canal city

 Sempat meninjau2 souvenir untuk di bawa balik

Kami kemudian naik bas ke satu tempat nama Szaanse Schans- a place where we can see lots of windmill, satu lagi kemashyuran Holland.  Perjalanan ambik masa setengah jam.  Tak silap saya bas no 361, dari depan station Amsterdam Central.

 Kami di sambut dengan scenery yang cantik.  Juga bau processed cheese yang menusuk hidung.  Sama macam bau yeast tapi lebih kuat. 

 Windmills.  It's like a dream comes true

 Kami singgah di clog workshop. 

Di sambut dengan beratus kalau tak beribu terompah kayu.  Kami tak beli apa sebab mahal sangat.  Siapa nak beli kalau satu terompah kayu harganya Euros 40 (RM160).  Bukan boleh pakai pun. Baik saya beli kasut Timberland.  Untuk souvenir kami bercadang beli di Amsterdam central sahaja.

 Singgah minum di kafe dan sempat bercerita mengenai Santa Claus Holland dengan waiter.  Menurut waiter, tarikh krismas di Holland berbeza dengan negara-negara lain.  Tak silap saya mereka sambut di pertengahan November instead of Dec 25th. Teringat saya cerita seorang rakan yang pernah tinggal di Holland yang memberitahu Santa Claus Holland adalah lelaki berkulit hitam. Tak pasti kesahihan cerita kawan saya.

Pemandangan semasa perjalanan balik.  Tak banyak gambar sebabnya baby SJ duduk di atas riba saya.

Kami sampai di city centre dah petang.  Kami mencari restoran halal dan sebaiknya restoran Malaysia.  Kami jumpa satu restoran Malaysia.  Tapi bila tengok harga nasi goreng, tak sampai hati nak makan (kira-kira RM 80 sepinggan).  Encik D cakap tak perlulah sebab besok kami dah nak balik ke Malaysia.  Kemudian kami jumpa restoran Indonesia yang juga tiada chop halal tapi pemiliknya orang Islam (pasinya takde pork).  Kami makan nasi putih berlaukkan tempe & sambal telur.  Kosnya RM80 untuk 2 orang.  Ok lah.  Kemudian, balik ke hotel untuk berehat dan kami keluar balik di sebelah malamnya.

 Amsterdam at night. Our hotel showed in the top photo

 Amsterdam is incomplete without bicycle

Same as without poppy which is sold legally


Another tiring day, yet also a super awesome day

Dia masih bertenaga biarpun saya & Encik D dah pancit.


No comments:

Post a Comment