Sunday, November 24, 2013

Bali 2013

2013 bukan tahun travel bagi saya. Mungkin atas sebab kerja saya datang bertubi-tubi.  Demam sekalipun saya ke office.  Cuti tak usah ceritalah.  Sengih aje lah tengok orang office bersilih ganti pegi holiday sedangkan saya di office ada masanya sampai ke tahap menangis sebab stress kerja.  The first 10 months dalam 2013 adalah tempoh yang paling stress sepanjang bertahun2 alam karier saya. Setakat bulan Nov ni, saya cuma mengambil 4 hari cuti semenjak awal tahun.  Nasib saya baik sebab baby SJ jarang sakit, demam sikit2 Encik D lah yang menjaga.  Encik D pun cuma sekali aje kena admit hospital. Lain2 clear selain dari kami terpaksa lari sana sini masa arwah mak cik saya sakit, arwah pakcik Encik D meninggal dan emak saya koma kat ICU.  Kadang2 within 2 days (weekend) kami travel beribu kilometer (KL-KT-KL) untuk menjengah mak dan arwah mak cik. Setiap minggu.

Sebab sampingan adalah kewangan kurang memberangsangkan.  Duit tabungan banyak keluar atas sebab2 lain yang lebih memerlukan perhatian.  Nak berangan pun tak berani.  Takut meleleh air liur di hujung hari.

Baru seminggu dua ni saya bebas dari kerja teruk.  Sedang meraikan freedom.  Bukan bermakna saya langsung takde kerja, cuma sekarang saya bolehlah hidup normal seperti mana orang berkarier yang lain.  Sy boleh dtg pukul 8-9 a.m, balik selewat2nya pukul 6 p.m, bukan lagi pukul 10 atau 11 p.m. Rasa yang cukup best.

Arakiannya, saya yang mmg tak boleh duduk diam berjaya jugak mencelah-celah short trip bulan May tu hari.  Kekononnya sempena 5th anniversary tapi punya suka bercuti, kami terlupa nak celebrate bila sampai harinya.  Saya cuma teringat beberapa minit sebelum jam nak masuk pukul 12 malam untuk hari berikutnya.  Takpelah, asalkan niat tu ada.

This is our 2nd trip (kali pertama buat baby SJ) ke Bali.  Kali pertama honeymoon dulu .  Baby SJ ok aje.  Asalkan naik flight aje, dah cukup untuk dia.  Mak pak yelah yang kopak duit sebab dia dah melepasi 2 tahun dan harus di bayar tiketnya. Dan kena lenyek masa dalam flight.

Kali ni kami tak buat banyak aktiviti macam kali pertama dulu. Sebabnya driver kami tak nasihatkan kami bawa baby SJ ke temple2 lama.  Keras katanya.  Jadinya kami banyak lepak sini sana aje.  Paling best naik motor keliling bandar Kuta.  Baby SJ tergelak sana sini.  Ini adalah trip baby SJ
 
 Tak Balilah kalau takde gambar ini kan.

 Saya memang suka Bali.. dari bangunannya, ke tamannya hinggalah orangnya

Aktiviti hari kedua.  Cuma satu tertinggal, anniversary dinner di pantai Kintamani.  Cuaca tak mengizinkan

As mentioned before, trip ni adalah trip baby SJ.  He loves pool.  Macamlah kat rumah takde

Di Tanah Lot, di akhir ke 4 (hari terakhir)

Macam tak cukup 4 hari. A very simple trip, yet this is all I need.. get away with them. Yang pastinya kami akan kembali..

Recap to a more comprehensive visit back in 2009

Yet, the best among the best will always be the sunset.. in both trips



2 comments:

  1. Saya sangat sangat sangat sukakan bali. Dari kaler oren, ke baju kebaya pendek, the sound, the smell & everything! ♥

    ReplyDelete