Thursday, January 23, 2014

Adelaide (Intro)

Penutup 2013 kami ke Adelaide.  Sementelah pengurus terpaksa membenarkan saya cuti atas arahan bigger boss (ye cuti saya mencecah lebih 30 hari & saya hanya boleh bawa sebanyak 10 hari ke 2014), maka saya mengambil cuti panjang iaitu kurang lebih 3 minggu

Semasa membuat booking tiket flight saya lupa yang baby SJ sepatutnya dah bersekolah mulai 2014 (ikut tahun dia 4 tahun, tapi hakikatnya 1 jan 2014 dia baru akan berusia 3 tahun 10 hari).  Sib baik tarikh yang di hajati (Jan 04, 2014) tiketnya rege mahal makanya saya terpaksa cut short flight balik kepada Dec 31.  Nasib baik.  Itu pun baby Sj dah terlepas orientasi sekolah  :)

Kesudahnya kami ke Adelaide selama 15 hari.  Kata orang kenapa nak spend sampai 15 hari kat bandar kecik? Redah aje.

Kenapa Adelaide?  Hee.. reason utama tiket Airasia murah.  Reason kedua, plan asalnya  Adelaide hanyalah pit stop untuk ke NZ tapi last minute plan NZ terpaksa di batalkan sebab tak cukup duit.  Plan asal nak drive di South Island NZ selama 3 minggu tapi bila di kira duit tabung, memang tak cukup.  So, postpone lagi plan NZ.  Tapi alang2 dah beli tiket ke Adelaide, maka saya plan sebaiknya.  Kata orang Adelaide tak ada apa, sementelah lagi nak spend 2 minggu.  Cuak jugak sebenarnya tapi bila saya start gugel-gugel untuk informasi, saya rasa saya akan suka Adelaide.  Saya betul.. Saya jenis orang yang tak perlukan bandar besar.

Di pendekkan cerita, saya akan membahagikan entry Adelaide kepada 3 parts untuk memudahkan jalan cerita. Entry ini adalah part pertama, cerita2 general

1. Penginapan
 
Kami menginap di 3 tempat sepanjang di Adelaide

9 hari pertama kami menyewa private room di Adelaide North yang letaknya cuma 2 km dari city centre.  Ini  bermaksud kami hanya menyewa bilik dan owner tinggal sekali dengan kami.  Bagaimanapun kami bebas menggunakan amenities rumah.  Sebenarnya ni adalah kali pertama kami menyewa private room.  Agak cuak tetapi saya dari awal looking forward dengan experience baru.  Yes, owner kami sempoi.  Kerja as a doctor & housematenya, Kyle yang banyak membantu kami dan kadang2 kami berborak sampai lewat malam. Seriously, I love the stay.. The house was nice, peralatan lengkap dan bonusnya dia orang ada arnab.  Terubat rindu saya pada anak2 berbulu yang di tinggalkan di Malaysia.  Si arnab yang bernama Buddy, sangat rapat dengan saya dan baby SJ dan dia makan apa sahaja yang kami makan.  Bila kami menonton TV dia akan datang duduk bersama kami.

Semuanya lengkap di sini.

Kami kemudian berpindah ke Ambassador hotel di city centre.  Hotel kecik dan setting lama tapi sangat bersih. Saya suka cuma tak habis nak tergelak sebab bilik kami, Room 207 tak ada wardrobe tapi ada kabinet serupa kitchen kabinet.  Overall, ok cuma kami tak bernasib baik kerana internet down semasa kami kat sini.
Room 207.

Dari Ambassador hotel, kami menyewa studio apartment semasa kami ke Barossa Valley.  Ini yang paling best sebabnya studio kami terletak di tengah2 ladang anggur.  Studio kami terletak jauh dari rumah dan memang kelas.  Superb.
 Nampak dari luar macam hodoh aje tapi kat dalam superb. Top left - studio dari luar.  
Top right-  buah-buahan and ginger biscuits menyambut kami. Middle right - bedroom.  
Bottom right & bottom left - living

Kami tidur dikelilingi benda2 cantik. Top three - bahagian depan studio. 
Middle left to right - anggur muda, tractor &anggur lagi. 
Bottom three - bahagian belakang studio

2 malam terakhir kami di Adelaide, kami balik ke Ambassador hotel.  Kali ni kami dapat bilik yang ada wardrobe tapi tak ada kitchen kabinet. Miss pulak kat makcik kitchen kabinet :)

Room 205.  Bersih dan selesa.
Juga ada selimut geli-geli (bak kata baby SJ)


2. Transportation
 
Kami banyak guna public transport for the first part.  Bus dan Tram dan most of it adalah f.o.c.

Ada free shuttle bas dari penginapan kami ke hampir semua part di dalam bandar Adelaide.  Tak perlu bayar apa-apa.   Shuttle bus boleh di dapati setiap 30 min sekali dan setiap driver bus yang saya jumpa, semuanya baik dan peramah. Ini adalah kesan dari duduk di bandar kecil, semua orang masih berminat untuk ada human contact dengan orang lain.  Sama macam keadaan kita masa kat kampung kita, berbanding dengan keadaan kita di KL.  Limitationnya perkhidmatan free ni cuma di sebelah siang, tetapi ada khidmat bas berbayar selepas pukul 5 petang.  Selesai masalah.  Kalau tak pun berjalan kaki pun tak ada masalah, 2 kilometer macam keliling shopping kat KLCC dua kali aje.  

Perkhidmatan tram merentasi West North ke South East of Adelaide city menghala ke suburbs of Adelaide.  Hentian terakhir di WN adalah Adelaide Entertaiment Center & di sebelah SE adalah South Glenelg beach.  Dari city centre menghala ke Adelaide Entertaiment centre tak perlu bayar tiket.  Dari city centre  ke Glenelg beach kena bayar ticket fare. Kami ada satu cerita pasal tram ride pergi ke Glenelg.  First time kami ke Glenelg kami cuba membeli tiket di dalam train tapi tak pandai guna machine.  Bila saya try dapat bantuan dari local tak ada sorang pun yang tahu.  Semua yang berdiri di tepi ticket machine menyuruh saya ambik ride yang free.  Ada seorang hamba Allah bagitau kami dengan penuh konfiden bahawasanya  dia belum pernak tengok ticket inspector selama 30 tahun dia naik tram. Saya memang cuak tapi saya ikut nasihat dia orang.  Tetapi bila mahu pulang ke city centre, kami decide untuk beli tiket di Glenelg tram stop.  Kami naik tram berpuluh-puluh kali agaknya sebabnya baby SJ suka sangat naik tram dan tetiap hari ada akan request nak naik tram berkali-kali. Terkena pulak Ambassador hotel betul-betul letak di depan tram stop. Makanya memenuhi permintaan dia kami akan ambik tram ride ke destinasi yang kami tak perlu bayar berkali-kali.

 Top and 2 bottom photos - tram. Middle left photo - normal bus bukan shuttle bus.  
Saya terlupa nak  capture gambar shuttle bus tapi saiznya sebesar bas mini kita dulu-dulu.  
Inner city shuttle bus saiz sama macam rapid KL kita.  Middle right photo - baby SJ dengan 
muka bosan didalam shuttle bus sementara menunggu driver berenti 5 minutes break.

Part kedua trip, kami menyewa kereta.  Sila ingat sewa sekali GPS dan baby seat (jika ada anak macam kami).  Kanak-kanak di bawah 4 tahun wajib duduk di car seat.  Kami pernah di tahan polis kerana biarkan baby SJ bebas tanpa mengunakan car seat.  Nasib baik tak kena saman.  Kalau kena, wajib AUD240 akan melayang.  Memandu di Oz tak perlukan lesen international, cukup sekadar lesen Malaysia yang masih valid.  Yang penting ikut peraturan jalan raya terutama had laju.  Jangan sesekali bawak perangai kiasu orang Malaysia kalau drive di oversea. Cara memandu adalah sama seperti Malaysia iaitu kita memandu di sebelah left lane.

 Kereta yang kami sewa agak berusia tapi conditionnya masih tip top.  
Yang penting conditionnya ok & jimat minyak.  Kami cuma spend 
AUD140 untuk minyak selama 8 hari menggunakannya. Walaupun kami guna  
agak extensive, maybe 1000 km selama 8 hari, ternyata minyak sangat jimat.  

Selain dari bus, tram dan kereta, kenderaan-kenderaan yang pernah kami guna di Adelaide adalah tractor, steam train, kereta kuda kayu, boat, kereta lamborghini dan kereta bomba.  Sila refer bukti kami kat gambar2 kat bawah
:)
 
Sementelah bercakap pasal transport, satu benda yang menarik perhatian saya di Australia iaitu nombor plat.  Apa yang saya perhati dia orang kat sini bebas memilih nomber plat ciptaan sendiri ataupun mungkin yang di providekan secara standard.  Telehan saya lah. Saya pernah ternampak satu kereta dengan plat nombor IlovU. Kiki.  
 Antara yang berjaya saya capture.  Yang paling saya suka plat JF & ER.


3. Makanan halal
  
Makanan halal tak susah nak dapat di Adelaide.  Paling senang nak tahu, bila jumpa student Malaysia kat mana-mana, tanya dia orang.  Student Malaysia kat sini baik-baik dan yang saya jumpa kebanyakannya sudi membantu.  Sampaikan ada seorang student perempuan ni siap bagi saya numbor telefon dia incase saya tak jumpa restoran yang dia cakapkan.  Nasib baik lah baby SJ kecik lagi, kalau dah besar harus-harus saya try matchkan dengan baby SJ, buat menantu. Pendek kata malu bertanya sesat jalan.

Halal meat boleh dapat di Central Market (menurut student sini bila saya tanya) .  Bila saya ke central market saya memang perasan ada 2,3 butcher yang jual halal meat.  Saya takde masak secara serius kat Adelaide sebab senang nak dapat ready cooked food di sini, so saya takde belilah.

Saya juga banyak refer pada satu community blog untuk cari makanan & tempat2 yang menarik di Adelaide; ketip sini weekendnotes.com.

Antara yang pernah kami makan
1.  The swingging Bowl.  Restoran melayu dan makanannya memang sangat sedap dan harga sangat berpatutan. Terletak di Rundle Mall area.  Ini hampir menjadi makanan ruji kami dan menjelang weekend kami biasanya akan tapau stok untuk 2 hari.  Sambal belacan & sotong goreng dia memang kaw. Below AUD10 untuk satu meal.



2.  Warong di Rundle place foodcourt.  Makanannya lebih kepada Malaysian Chinese.  Saya struggle sikit sebab kurang pedas.  Satu sebab saya suka makan di sini kerana cozy. A five star foodcourt.  Ada sofa & ada satu hari baby SJ nap kat sini sementara kami makan. Since foodcourtnya terletak di open basement, maka senang lah kami nak kawal pergerakan baby SJ yang tak pandai duduk diam. Baby changing room pun sangat ok, so sesiapa yang travel dengan anak kecik, please consider this place. AUD 8-12 per meal.

3. Rashan stall di Adelaide Central mall di Rundle street.  Chinese Malaysian tapi makanannya boleh tahan sedap. Ada noodle, ada rice dengan pilihan 1-3 lauk pauk.  Below AUD10 untuk satu medium size meal

4.  Yiros & kebab stall di dalam David Jones juga. Sedap.  Saya dapat tahu dari adik student ada banyak franchise Yiros & Kebab di Adelaide tapi bukan semuanya halal.  Kalau ragu-ragu tanya pada jurujual.  Kami pernah makan di 2 franchise, kami ambil pendekatan tanya.  Harga in between AUD 8-14 kalu tak silap.

5.  Burger di Harvey Norman foodcourt (tak ingat nama stall dia). Sekali lagi student Malaysia yang suggest kami try burger ayam.  Boleh tahan sedap.  Burger daging saya tak pasti halal ke tak. Harganya pun berpatutan.  Below AUD10 untuk satu set meal. Saya juga perasan ada Malaysian mamak di foodcourt yang sama.

4.  Mekong restaurant di Hindley street.  Kami makan tom yum kat sini. Bagi yang kurang tahan pedas, sini mungkin tempatnya.  AUD 13-20++ per meal.

5.  North Indian Cuisine di Hindley street.  Ada satu pengalaman kelakar di sini.  Saya minta small size rice dengan 3 lauk.  Lauknya memang banyak tapi masalahnya dia bagi saya nasi yang di tambah ketiga-tiga lauk di atasnya di dalam piring cawan.  Macamana nak makan.  Sudahnya saya tak makan sebab saya rasa geli tengok nasi bercampuk aduk dengan kuah yang banyak.  Encik D yang order nasi medium dapat dalam piring kuih.  Ok lah dari saya. 

6. Domino pizza.  Biasanya pizza akan jadi pilihan kami kalau tak jumpa restoran yang terang-terang halal.  Kami pilih makan pizza seafood.  Sedap dari Domino di tempat kita.  Price start from AUD 8.

7.  Nandos.  Nandos di OZ adalah halal menurut student Malaysia.  Nandos di sini juga jauh lebih murah dari Nandos di KL.  Price starts from AUD 8.

Bila kami travel outside Adelaide kami biasanya bawa bekal, samada masak yang simple ataupun tapau terlebih dahulu dari The Swingging Bowl.  Oklah, sepanjang 15 hari di Adelaide, makanan bukanlah masalah bagi kami.



3. Lain-lain
  
Tak ada apa lagi yang saya nak highlightkan secara general.  Apa yang saya boleh kata, kami mengamalkan cara redah jaya seperti biasa dengan sedikit prepration & study.  Mungkin komen saya secara general dapat membantu jika ada yang berhajat ke sini iaitu Adelaide bukan tempat terbaik untuk shopping tapi if we look for nature.. karriappa!!!

No comments:

Post a Comment