Yesterday was not my day..
1. My brother turn his back on me..
A normal proposal to bring out our amma to celebrate her 75th birthday (actually more to family gathering and no tiup2 lilin punya plan) turn to be a heated argument. Should I blame myself sebagai tukang proposed? Hehe.. entahlah.
Nampaknya my noble intention (noble sangatlah kan) dah mengkacau bilaukan keadaan. Habis keluar issue pembaziran & Palestine di Gaza bagai. Saya sudah takut maka saya menchicken-outkan diri saya dari perbincangan email yang berbalas2 dan semakin panas. Bukan saya tak kesihankan Palestine di Gaza cuma I believe my amma deserve some celebration for herself. So today, I still made the reservation di hotel for small group of us (bukan lagi the whole pack as planned).
As it was at that time.. yesterday was the day I hope to erase from my Calender
2. Saya seperti bekerja 2 hari dalam masa 24 jam
Kerananya saya tertinggal barang di surau building office. Semalam saya beria2 nak membawa balik hadiah birthday untuk baby SJ yang sudah saya beli beberapa hari lepas. Baby SJ akan celebrate his 2nd birthday dalam masa 2 hari lagi tapi kenapa saya gatai sangat nak bawak balik semalam pun saya tak tahu. Dalam fikiran tengah serabut lepas kena marah dengan abang saya, itulah masanya saya pilih untuk mengusung barang ke surau sebelum ke kereta. Tut-tut, selepas menunaikan solat asar, terus aje saya usung diri saya aje ke kereta dan bertolak balik sebelum menjemput Cik Kentang di depan officenya. Saya ada rekod hilang telekung sebanyak 2 kali di surau office yang ini buatkan saya risau jika saya tak buat u-turn ke office, hadiah baby SJ juga lesap.
Semasa saya tersadar yang saya tertinggal barang, kami (Cik Kentang & saya yang memang ber car pooling setiap hari) sudah dalam 80% of the journey nak balik ke rumah. Saya decide to buat U-turn dan bayar toll lagi sekali and yang paling nazaknya menempuhi jam sebanyak 2 kali. Itu sebabnya saya menggelarkan semalam adalah hari yang 2 hari bekerja dalam masa 24 jam.
Nasib baik lah hadiah baby SJ masih setia di lantai surau.
Hari sudah bertukar malam semasa kami dalam perjalanan pulang kali kedua dan trust me, kaki saya sudah longgar menekan pedal minyak. An hour journey turned to be 3 jam. 3 jam tu sama jaraknya mahu ke Ipoh tau.. ketaq lutut cet.
BUT this little fella fate has changed due to what i called my unlucky day
Bagi sesiapa yang biasa dengan stray cat akan faham how feral the cats can be.. Akibatnya dapat lah kami beberapa gigitan yang hingga lewat malam tadi berdenyut macam first time kena injection rubella sebelum dia lari masuk menyorok di celah2 stering kereta. Saya meneruskan perjalan balik dengan berdebar2. Pertamanya saya takut setiap kali saya membelok, dia akan tersepit di celah mechanism stering. Keduanya memikirkan what bring the kitten in the middle of highway and where is his mother? Ketiga, memikirkan bagaimana nak sampaikan berita pada Encik D yang sekali lagi saya membawa balik kucing ke rumah.
After sent Cik Kentang home, saya menelefon Encik D dengan aksi yang sedikit suspen. Bercakap dengan selemah lembut yang mungkin adalah senjata saya & sahutan Encik D hanyalah Hmmmmmmm yang panjang untuk setiap baris ayat saya saya habiskan. Tak suka lah tu, heheh. But at the same time, that kind of humming tu maknanya tak suka tapi tak apalah kalau sudah terpaksa. It's better than tak suka & dont ever do that punya humming.
Sesampai ke rumah, kami ada tetamu. Luckily, saya dapat memujuk anak kucing ni masuk ke dalam carrier untuk di bawa naik ke rumah dengan mudah. Dan sejurus selepas saya sampai Encik D ada janji temu dengan rakan2 band dia. Ini bermakna tinggal lah saya keseorangan melayan tetamu, baby SJ yang sungguh girang melihat kucing yang kerdil, 5 ekor kucing yang stress dengan kehadiran tetamu & seekor lagi rival dan finally seekor anak kucing yang menangis2 sebab takutkan environment baru.
Sepanjang malam ke semua 6 ekor kucing saya stress dan saya hanyalah mampu tidur-tidur kucing. I pray hard moga2 keadaan akan bertambah baik sehari dua lagi
So now, saya sedang merangka apa yang perlu saya buat dengan this little fella.. hope that someone sudi adopt dia di masa depan. Ada berani? Jika tiada yang sudi, insyaalah ada ruang untuknya di sini. Maybe this is the way my Mimi send us her love (Mimi was one of my cats who went out for walks but never come back about 3 months ago. I never blog about her missing as it was too sad for me to consider that she is no longer with us. Sila ketip di sini Mimi & the rest untuk mengenali Mimi (she is the 5th from above)
Welcome Bambi.. ecece, tengok. Siap dah bagi nama.
After all, I'm grateful for what had happened to me as I found the beauty of twist fate..


No comments:
Post a Comment