Friday, November 27, 2009

Update

Selepas hampir 2 bulan (53 days in exact), Saya sudah ok. Walau ada masanya saya masih struggle, tapi keperitan dah slowly berkurang. Maybe semua ini normal. Maybe semua ini di rasa oleh semua parents yang kehilangan anak. Tuhan hanya menguji mereka yang kuat untuk menerima ujianNya. Dan insyaallah saya sekuat itu.

Banyak soalan terjawab tetapi banyak juga yang masih menjadi teka teki. Saya rasa ada perkara yang perlu sebegitu.. biarlah masa menjawabnya. Yang pastinya penerimaan datang secara perlahan dan sudah sampai masa kami melihat ke depan dan yang paling penting adalah menyediakan diri kami untuk masa hadapan.

Dan saya pasti tak selamanya kami akan diuji.

Sebulan lepas saya bermimpikan anak saya.. mainan syaitan kah? Semoga ia datang dari Allah yang memakbulkan doa saya setiap kali selepas sembahyang. Ia mampu buat saya tersenyum kerana di beri peluang melihat wajah anak pertama kami. Kalaulah itu mainan syaitan, semoga satu hari Tuhan akan memakbulkan doa saya..

No comments:

Post a Comment