Friday, December 25, 2009

Hari ini

Hari ini.. 7 hari terakhir tahun 2009.

Hari ini.. 7 hari pertama 1431 Hijrah.

2009 and 1430 Hijrah sebenarnya tahun yang agak istimewa & tahun yang agak menyedihkan.  Tahun di mana saya merasai kehilangan, tahun saya mula berhajat bertukar tempat kerja dan tahun yang mana kewangan saya bukan berada di tahap yang membanggakan.  Tapi, 2009 / 1430 Hijrah jugalah saya berjaya bangun bertatih selepas jatuh.  Tak teruk bukan.. sekurang2nya saya masih ada orang yang saya sayang & sayangkan saya di sekeliling

Hari ini.. saya berazam untuk belajar berjalan dan kemudian berlari untuk tahun2 akan datang.  Hari ini saya berazam akan terus bangun setiap kali saya jatuh. 

Harapan besar dan kecil saya untuk 2010 / 1431 Hijrah
1.  Happiness - Husband, extended family and friends
1. Anak
2. Tukar kerja
2. EOS 5D atau EOS 7D atau sekurang2nya EOS 50D :-)
3. Sambung belajar barangkali

Tapi apapun hari ini hari yang special.. 7 hari sebelum 2010 dan 7 hari selepas 1431 Hijrah.

1 comment:

  1. i wish everyday will be special from now on :D
    santeknya background...

    ReplyDelete