Wednesday, January 13, 2010

Tentang Cipoi

Di sekitar awal December 2003, semasa saya dan Cik Kentang bekerja di Perak, kami jumpa seekor anak kucing kat pasar Kampar, yang later kami namakan Cipoi.  Cipoi sangat kecik dan kurus semasa kami jumpa dia dan berumur sekitar 1 bulan.  Cik Kentang masih belum gemarkan kucing pada masa itu dan kerana kasihankan Cipoi, saya merayu pada Cik Kentang untuk benarkan saya adopt Cipoi (juga saya sebenarnya jatuh hati pada that small creature sebaik saya set my eyes on her).  Saya sangat bernasib baik, Cik Kentang setuju.  Cipoi bukanlah kucing pertama saya tetapi yang pertama buat Cik Kentang.  Saya bawa Cipoi balik ke rumah, mandikan dia dan iye, kami perasan ada lebih dari seratus ekor kutu melekat pada Cipoi.  Dek kerana kutu, saya mandikan Cipoi 3 kali sehari untuk beberapa hari pertama.  Kerja gila.  Kenapa namanya Cipoi?  Di ambil sempena nama kucing salah seorang kawan rapat kami, Cimoi.  Kami kemudiannya juga menamakan Cipoi dengan nama kedua; Nurul Huda yang mana Cipoi kurang suka (kenkononnya to make her more feminine).  Setiap kali saya memangil dia dengan nama Nurul Huda, mesti Cipoi datang gigit saya kuat2.. sampailah sekarang ini.

Malam pertama bersama kami, Cipoi tidur di dalam rambut saya sambil memakan rambut saya.  Esoknya saya jumpa banyak rambut saya yang putus kat atas bantal.  Hari2 pertama bersama Cipoi lebih di fokus kepada membersihkan and menambahkan berat badan dia.  Cipoi adalah kucing 3 warna dan seperti mana kelazimannya kucing ber3 warna, Cipoi memang nakal.  Kenakalan Cipoi memang dari awal2 lagi. Cik Kentang kemudiannya mula jatuh hati pada Cipoi dan Cipoi sebenarnya adalah punca sebenar Cik Kentang mula sukakan haiwan bernama kucing.


                                                            gambar Cipoi masa dia kecik, di ambil guna camera
                                                            tanpa jenama kami (2.0 MP lagi), jadi maaflah kalau
                                                            terpaksa mengadjust mata nak tengok gambar2 ni

Kurang lebih seminggu saya adopt Cipoi, saya balik ke kampung dan oleh sebab Cik Kentang juga balik ke kampung saya, kami ambik keputusan bawak Cipoi bersama.  Bayangkan kami travel sejauh 600km bersama seekor anak kucing yang roamed freely di dalam kereta.  Sekejap kat atas dashboard depan, sekejap di atas dashboard belakang, sekejap di atas bahu saya, sekejap di bawah seat dan yang paling tak tahan bila Cipoi blocked pandangan mata ke depan saya.  100 km terakhir Cipoi mula bosan dan mula mengamuk.. iye, mengamuk dan akhirnya tertidur.  Sampai kat kampung Cipoi marahkan kucing persian emak saya dan cuba mengusai rumah mak saya.  Haha.. sungguh tak sedarkan diri.  Selepas pengalaman travel pertama bersama Cipoi, hampir setiap kali saya dan Cik Kentang travel, kami cuba mengangkut Cipoi, kecuali jika kami pergi bercuti.  Suatu masa, saya balik ke kampung secara solo, Cipoi duduk di bahu saya dari Perak hinggalah Terengganu. Lenguh sungguh badan saya. 

Pertemuan pertama Cipoi dan encik D (formely known as Encik Belanda) juga ada menariknya.  Pertama kali berjumpa, Cipoi jual mahal..dia datang berlari ke arah Encik D, sentuh kaki Encik D dan lari macam tak ada apa.  Sampailah hari ini, Cipoi masih jual mahal dengan Encik D dan berakhir bila setiap kali Encik D dukung dia.  Saya agak Cipoi sayangkan Encik D dengan cara dia sendiri.  Cipoi jugak bagi effect yang banyak pada Encik D dan paling mengejutkan tak lama lepas kami adopt Cipoi, Encik D ambik keputusan untuk adopt dua ekor anak kucing padahal Encik D bukan datang dari keluarga yang sukakan kucing.  Dan kemudian, stray cats yang lain-lain mula datang dan di adopt kami. 

Kenakalan Cipoi memang melebihi mana2 kucing saya & Cik Kentang yang lain.  Dia pakar meloloskan diri dari rumah sewa kami dan dia juga suka memanjat.  Satu masa saya terpaksa mengetuk pintu rumah jiran kami sebab Cipoi terperangkap di atas bumbung jiran kami & yang harunya saya terpaksa memanjat bumbung rumah orang untuk menurunkan dia.

Dan Cik kentang ada hubungan yang sangat istimewa dengan Cipoi.  Dulu, semasa tinggal di Kampar, setiap pagi & setiap petang tanpa gagal Cik Kentang akan bawa Cipoi bersiar2 dengan kereta sebab Cipoi suka tengok burung liar dan sekarang ni, Cik Kentanglah ibu Cipoi.  Their bond amaze me.  Semasa saya ke negara matahari diwaktu malam, Cik kentang membawa Cipoi ke office dia setiap malam untuk berskype dengan saya.  Cik Kentang selalu kata Cipoi dan saya banyak persamaan; kami sama2 cerewet memilih makanan, kami ada temperament yang sama dan kami juga sama2 kasar. Saya fikir di waktu saya di negara matahari tengah malam dan Encik D di hospital, Cipoi pengubat kesunyian Cik Kentang.

Hari ini, cipoi dah berusia 6 tahun lebih, masih bertenaga dan masih nakal.  Mengikut kiraan umur manusia, Cipoi sekarang berumur sekitar 40 tahun.  Betulkah?  Kalau betul, she's very energetic 40s lady.  Apa yang pasti dia masih Cipoi kami.  The same Cipoi that we found 6 years ago.


lagi gambar2 cipoi juga menggunakan camera tanpa jenama kami


                                                       gambar cipoi yang terbaru, tido bersama saya semasa saya
                                                      tertidur kat rumah cik kentang 2 minggu lepas. Sila fahami
                                                      ada masalah komposisi gambar di sini, photographernya
                                                      adalah cik kentang :-)  

I must say here that our life journey would be less colourful without her and she shows us how many life can one cat touch

4 comments:

  1. Cats aren't something to be 'got'. They turn up in people's lives when they're needed, and with a purpose that probably won't be understood to begin with...

    ReplyDelete
  2. hmm.. betul tu.. walapupun payahnya nak faham

    ReplyDelete
  3. sila la melawat belog saya on my version of her ye...;p

    ReplyDelete