Wednesday, January 20, 2010

Misi yang lebur

Menjelang weekend lepas, saya dan Encik D membuat plan untuk beriadah di bukit belakang rumah (not exactly belakang, tapi bukit yang sama sebab kami notice lately ini ramai orang berjunggle trekking kat situ) dan seterusnya berbasikal. Tamak haloba adalah sikap kami, jadi atas alasan itulah kami plan untuk buat dua2 sekali tanpa mengambil kira stamina kami yang ciput. Maka kami dengah gahnya ke laluan hutan simpan berkenaan di pagi ahad dengan niat me'reiki' laluan.  Sesampai kami disana, sebaik saja turun dari kereta (junggle trail tu dekat dengan jalan), kami telah dihalang (ayat drama!) oleh sekumpulan orang2 yang tak dikenali..  Rupa-rupanya mereka adalah kaktitangan dari satu universiti yang paling kerap bertukar nama kat malaysia. Kami di halang di atas alasan orang awam tidak di benarkan masuk ke hutan simpan tu dan jika melanggar peraturan, kami boleh di denda $10,000.  Lahhh.. siapa suruh tak letak singnage no entry.  Saya kurang bersetuju sebab saya rasa sebagai rakyat malaysia, orang awam perlu di beri peluang to get close to our nature.

Kemudian, kami yang masih tak berputus asa untuk beriadah, pulang untuk membaiki & mencuci basikal kami.  Membaiki sebab banyak spareparts basikal kami dah di curi beberapa bulan kebelakangan ni.  Mencuci sebab dah beberapa bulan basikal tu tak di sentuh.  Tetapi, kemudiannya  Encik D yang selaku ketua rombongan ke tempat mencuci basikal di kawasan rumah kami (iaitu hanya dalam 100m dari pintu rumah) telah tumbang (zzzz) selepas kegiatan mencuci.  Itu baru cuci basikal, belum lagi cuci kereta.  Selepas late lunch, Encik D yang masih bercita2 untuk beriadah mengajak saya ke pusat membeli belah berhampiran rumah untuk membeli stokin baru untuk beriadah.  Sudahnya 2 jam untuk membeli sepasang stokin.  Kali ni saya yang tumbang sehinggalah 6.30 pm.  Tapi atas dasar usaha tangga kejayaan, kami berjaya juga berbasikal walaupun cuma kira-kira 20 minit sebelum masuk waktu maghrib di dalam hujan renyai di sekitar rumah kami. Haha.  Paling saya tak faham, kenapa Encik D mengambil keputusan tak mau pakai stokin barunya..

Moral 1.. jangan beli stokin kalau tak mau pakai
Moral 2.. kami akan mencuba lagi di masa depan..

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tak bermoral 1 : kegiatan beriadah tak ajak org seberang bukit ni...

    tak bermoral 2 : beli stokin sampai 2 jam

    ReplyDelete
  3. tak bermoral 3: siapakah yang bersalah kalau hari minggu bangun pukul 10 dengan alasan tengok chuck marathon? Siapakah? siapakah?

    ReplyDelete
  4. tak bermoral 4 : sapa suruh xbaca suatkabar; mmg le bebudak u tersebut ada research ke hapa benda ntah kat utan simpanan tu...

    ReplyDelete
  5. orang part can be part of the research apa.. bagaimana manasia boleh menganggu keseimbangan alam.. haha

    ReplyDelete
  6. cantik layout!!
    mmg hutan simpan takleh masuk beriadah ke??? sambungan soklan jakun dari previous post....hehe

    ReplyDelete
  7. rasanyer hutan simpan leh masuk la cuma takleh la nak tebang pokok tuh..pendapat hamba la..

    ReplyDelete