Sempena cuti panjang, Tahun baru Cina, beberapa hari akan datang akan jadi hari yang mencabar bagi saya, dan generally ia dah bermula beberapa hari lepas. Isu2 yang bakal & telah timbul
Isu_1. Balik kg Encik D tapi tamau ikut bercuti
Isu_2. Menjemput anak2 saudara sebelah saya; A & S dari sekolah masing2 & di hantar airport utk bersama2 parents dia di Jakarta sepanjang cuti Tahun Baru
Isu_3: Ke Puduraya untuk membeli tiket bas bagi anak saudara A pulang ke sekolah selepas habis cuti Tahun baru
Isu-4: Balik ke KL awal dari schedule awal; hanya saya & bukan Encik D
Isu-5: Menjemput anak2 saudara A & S dari airport & di hantar ke Puduraya & sekolah anak saudara S
Isu-1
- separuh berjaya.. sekurang2nya saya berjaya membincangkan isu ni tanpa rasa takut. He he.. isu balik ke kampung mana tetap menjadi masalah utama bila cuti panjang. Kami adalah kanak2 riang yang belum lagi berjaya cari kata putus keluarga mana yang lebih perlukan perhatian kami. Saya tetap merasakan keluarga saya, & Encik D tetap merasakan keluarga dia. Dan adakalanya saya perlu mencari alasan untuk compensate perasaan kecewa saya. Encik D belum memberi kata putus terhadap request saya iaitu mengikut dia balik ke kampungnya tetapi saya akan balik ke KL lebih awal manakala Encik D akan pergi bercuti bersama2 ahli keluarganya. saya memang mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mengikut.. jadi saya berani standing tall buat masa ini, tatau lah esok kot2 jatuh terjelepuk
Isu-2
- Past tense. kejadian semalam sehinggalah pagi tadi & cik kentang terseret sekali. Plan asal, saya atau Encik D akan menjemput anak saudara S dari sekolahnya di KKB dan di bawa balik ke rumah saya. Plan kedua, anak saudara A akan menaiki bas dari sekolahnya di Melaka & saya akan menjemputnya di Puduraya. Apa yang sebenarnya terjadi, kakak saya mevolunteer dirinya jemput anak saudara S di sekolah memandangkan rumah kakak saya & sekolah anak saudara S lebih dekat dr rumah saya. Kemudiannya Encik D mevolunteer untuk menjemput anak saudara S dari rumah kakak dan membawa pulang anak saudara S ke rumah kami. Kemudian datang berita dari anak saudara A, melalui panggilan kepada Encik D. Anak saudara A tidak berjaya membeli tiket bas kerana tiket bas sudah kehabisan. Encik D membuat keputusan supaya kami bertolak ke Melaka & menjemput anak saudara A. Saya berjaya memujuk Cik Kentang serta dalam ekpedisi kami. Pukul 8.30pm kami bertolak ke Melaka, jemput anak saudara A, singgah makan malam di R&R Air Keroh (kiranya kalau dikira timing jaman makpak saya muda dulu, dah kira macam makan sahur), bertolak balik ke KL. Anak saudara A (yang menjadi kesukaan saya jugalah sejak akhir2 ini) berkali meminta maaf kerana menyusahkan kami. Kami sampai ke Nilai hampir-hampir pukul 2 pagi & Encik D decide yang kami perlu hantar anak saudara A and S terus ke LCCT untuk mengelakkan anak saudara A & S tertinggal flight sekiranya kami tak berjaya bangun dari tidur. Kami sampai di LCCT pukul 2.30 a.m & memandangkan anak2 saudara hanya boleh check-in pukul 4a.m, maka kami beramai2 tidur di dalam kereta di parking lot LCCT. Selesai menguruskan check-in anak2 saudara, kami membawa mereka breakfast sebelum melepaskan mereka ke balai berlepas. Kami sampai balik di rumah pada pukul 6.45 a.m, hanya sempat mandi, sembahyang dan tukar baju sebelum bergerak ke ofis. Paling kasihan adalah Encik D yang langsung tak dapat lelap di parking lot. Saya sungguh terhutang budi pada Encik D & juga Cik kentang. Hari ini, saya juga rasa yang saya seperti zombie.
Isu-3:
- Past tense. Saya telah berjaya membeli tiket bas utk anak saudara A pulang ke Melaka selepas cuti Tahun Baru. Dalam keadaan zombie, saya memaksa Cik kentang menemankan saya ke hentian Puduraya & berjaya mendapat tiket walaupun traffic jam berjaya mengetarkan kaki zombie ini.
Isu-4 & Isu-5:
berkaitan dengan Isu-1. Saya perlu pulang awal ke KL atas alasan saya perlu menjemput anak2 saudara A & S dari Airport. Dan menggunakan tiket yang di beli pada Isu-3, saya perlu menghantar anak saudara A ke hentian Puduraya dan kemudiannya menghantar anak saudara S ke sekolahnya di KKB. Saya harap Encik D faham & saya juga tidaklah menghalang untuk Encik D bersuka ria bersama keluarganya, malahnya saya menggalakkan Encik D berturut serta dalam percutian keluarganya. Saya harap ini tidaklah menjadikan saya orang yang jahat walaupun dari awal lagi saya tidaklah teringin nak berserta sama.
Itulah cerita saya.. jalan cerita mungkin berubah dari semasa ke semasa. mintak saya, biarlah jalan cerita ini kekal sebegitu.
oooooo.....baru tau citer nape ada org merewang sampai ke malaka di malam hari kijer....kisahnyerrrrrrr.....
ReplyDeleteitulah kesahnya..
ReplyDeletemana updte baru nih????????
ReplyDelete