Sambungan dari entry Update- part 1
2 minggu yang tunggang langgang
6. Down with cold and asthma. Akibat dari hectic activities the week before, both of us down with cold with additional asthma attacks buat saya. Saya yang mempunyai sedikit cita-cita untuk "2010 -tahun tanpa medical leave" berusaha datang ofis. Saya bernasib baik kerana cik pengurus kecil sedang bercuti bersama bakal mertua, dan ini bermakna workload saya sedikit berkurang. Dan saya juga bernasib baik kerana saya hanya perlu bekerja 3 hari dalam minggu itu. Pharmacy, private clinic dan akhirnya Emergency deparment Hospital Putrajaya. Kami masih stuggle (tapi sudah di tahap manageable) dengan kesihatan diri hingga ke hari ini.
7. Almost down with sakit mata. Mungkin akibat dari antibodi yang lemah, saya telah terjangkit sakit mata dari adik Encik D yang sama-sama balik ke kampung minggu sebelumnya. Saya bernasib baik kerana saya sedar dari peringkat awal & atas nasihat mereka yang dah sekeluarga sakit mata, saya membeli ubat yang kekuatannya tinggi dari pharmacy. Tak di sangkal, kekuatannya memang tinggi, 1 titis ubat ke dalam mata, rasanya seperti kena membuka mata di dalam rendaman cloroc. Tetapi, masuk hari kedua mata saya kembali normal. Alhamdullilah.
8. Isu kunjung mengunjung. Emak & adik-adik encik D sampai dari kampung untuk menghadiri kenduri kahwin dan bermalam di rumah kami. Saya cuma mampu memberitahu saya tidak dapat memasak atas alasan kurang sihat. Semuanya dalam bentuk belian. Hari kedua emak encik D di rumah saya, kami berkunjung ke rumah adik Encik D yang baru mendirikan rumahtangga. Masalah saya ialah saya kurang berminat untuk berkunjung lebih dari 2 jam ke rumah orang tetapi itulah adat resam keluarga encik D. Selepas 5 jam, saya mengajak Encik D balik ke rumah. Dengan terpaksa Encik D memenuhi permintaan saya. Ngeh! Ngeh! Pesanan emak Encik D yang tinggal bermalam di rumah adik Encik D- esok kita sama-sama pergi ke kenduri kahwin!
8. Isu skip dari kenduri kahwin. Based on isu nombor 6, saya down with asthma di hari sepatutnya saya ke kenduri. Encik D mengizinkan saya skip menghadiri kenduri dan Encik D menyertai ahli keluarga yang lain. Balik dari kenduri, Encik D membawa saya ke klinik, seterusnya ke Hospital Putrajaya selang beberapa jam. Pulang dari hospital sudah melangkaui tengah malam dan saya membuat keputusan untuk mengambil Emergency leave keesokannya.
9. Berita dari kampung. Di hari isnin, hari saya merancang untuk mengambil emergency leave untuk berehat di rumah, kami di kejutkan dengan berita nenek saya telah meninggal dunia di Hospital Kuantan. Jenazah akan di bawa pulang ke kampung halaman untuk di semadikan bersama arwah datuk. Saya membiarkan encik D membuat keputusan samada balik ke kampung saya atau tidak. Encik D berkeputusan mahu balik. Kami bertolak dari KL kira-kira jam sebelas pagi dengan menumpang kereta abang ipar dan berjaya sampai di kampung sejurus sebelum sembahyang jenazah di mulakan. Quite a sad moment.. saya banyak terkenang kenangan bersama arwah semasa saya kecil. Saya lebih rapat dengan arwah datuk semasa hayatnya tetapi nenek saya juga mempunyai banyak peranan dalam mencorak kehidupan kanak2 saya dan sepupu-sepupu. Jenazah selamat di kebumikan jam 6 petang. Kami perlu bertolak balik ke KL di hari yang sama kerana kakak saya terpaksa menghadiri course penting keesokannya. Kami bertolak pukul 11 malam dan sampai di KL pukul 5 pagi. Badan sungguh letih akibat perjalanan yang lebih dari 1000 km dalam masa 18 jam. Saya menyambung emergency leave untuk berehat di rumah.
10. Hari ini, tahap kesihatan semakin improve walaupun masih ada kesannya lagi. Saya terpaksa bekerja di hari cuti umum & hari minggu kerana saya baru di beri tugasan baru yang memerlukan banyak masa & fokus. Saya perlu menyiapkan report dalam masa 2 minggu. Saya sebenarnya seronok bekerja di hari minggu kerana keadaan pejabat yang sunyi membolehkan saya lebih fokus pada kerja. Satu lagi sebab kenapa saya mengambil keputusan berkerja adalah kerana di hujung minggu depan saya, encik D dan Cik Kentang akan bercuti selama 2 hari [di tempat yang sama dengan tempat keluarga Encik D bercuti sebelumnya. Harapan saya, rahsia kami ingin bercuti ke tempat sama tak terbocor kerana jika terbocor pasti mengundang syak wasangka sedangkan percutian ini adalah hadiah dari Cik Kentang beberapa bulan lepas :-) ]
11. Dan esok, saya perlu menyertai keluarga Encik D ke kenduri lagi.. mungkin saya terpaksa pergi kerana saya sudah kekeringan alasan. Ngeh! Ngeh!
Sekiranya Encik D suatu hari membaca blog saya, saya mohon maaf sekiranya dia terasa. Saya cuma cuba menjadi diri saya seadanya dan kadang-kadang saya sungguh tak mampu memenuhi kemahuan orang lain.
...selamat maju jaya...!
ReplyDelete