Kata Encik D saya adalah lalang. Tuduhan sebegini kedengaran semenjak WorldCup bermula. Dan saya sendiri telah membenarkan diri saya menjadi lalang. Kepada Cik OrangeChandelier yang mungkin tak faham istilah lalang, silalah rujuk kepada kamus dewan bahasa.
Tahun2 worldcup sebelum ini saya tidak pernah menjadi lalang kerana dulu saya adalah penyokong Perancis in general dan penyokong Zinadine Zidane in specific. Makanya isu lalang tidak pernah timbul. Encik D menyokong England dari mula saya kenal dia (dia adalah penyokong MU, jadinya seperti yang kita tahu, penyokong MU ini ada sikap hanya mahu sokong England atas sebab2 setia pasukan konon.. sungguhlah tidak mencabar). Apabila Zidane bersara, saya pada mulanya berhajat terus menjadi penyokong Perancis tetapi slowly angin2 lalang muncul. Saya kemudian beralih ke arah Germany sebelum WorldCup bermula. Tetapi beberapa bulan sebelum WorldCup bermula, tiba2 perasaan benci pada salah seorang mamat Jerman di pejabat saya mula berputik dan saya mula berpaling ke arah lain. Saya mulanya ingin menyokong Netherland tetapi kemudiannya tanpa di duga saya beralih arah ke Portugal tanpa sebarang alasan, walhal saya benci pada lagak Christiano Ronaldo.
Bermulanya WorldCup, saya tidak menyokong secara spesifik mana2 pasukan.. saya cuma mengambil aksi tengok perlawanan antara siapa dengan siapa. Sekiranya salah satu team datang dari Asia maka saya akan sokong team tersebut. Sekiranya team itu berjumpa Serbia, saya akan sokong lawan Serbia kerana Serbia suatu ketika dulu menindas orang islam & juga issue ethnic cleansing. Sekiranya team itu berjumpa dengan Denmark, saya akan sokong lawan Denmark kerana Encik Padang orang Denmark. Dan kadang2 saya membantu Encik D menyokong England demi keharmonian rumah tangga.
Beberapa hari lepas saya menyuarakan pada Encik D yang saya terasa seperti ingin menyokong Brazil kerana Brazil semakin kuat dan dengan suara tegang Encik D membalas "awak ni lalang betul lah".. haha, seperti yang saya kata tadi, sikap lalang adalah di benarkan di dalam WorldCup sebabnya negara kita tak layak untuk masuk WorldCup. Hari ini (& juga semalam) saya cuma ingin menjadi penyokong Portugal. Adakah kerana Portugal menang 7-0 dengan North Korea 2 hari lepas? Harus...
Indahnya menjadi lalang..
saya x tengok satu game pun lagi, jeling pun idak. walaubagaimacamanasekalipun...saya cuma akan menyokong dua pasukan je, iaitu : malaysia & bangladesh ...bulehhh??? hehe...
ReplyDeletepeghh.. main guli aje lah
ReplyDeletesaya penyokong tegar klate..ngeh ngeh...dlm situasi ini saya sokong PK ..main guli aje la eh cik kentang!!
ReplyDeleteelehhh...guli pun sokan jugak...
ReplyDeletekan kan cnor.. ada ke tak tengok langsung satu match pun.. ish, tak paham budak2 zaman sekarang. takde semangat kesukanan langsung. Alah, kelantan apa barang, bukan masuk worldcup pun.. ngeh ngeh
ReplyDelete**off topic...
ReplyDeletetetiba terpk lak..kenapakah blog ini dinamakan 2langkahdibelakang?? adakah langkah anda tidak sebesar langkah CK semasa di tesco puchong maka anda ketinggalah 2 langkah di belakang???
ooo...dia memang kaki pendek, sentiasa tertinggal. lagipun dia selalu lupa benda, so kena patah balik ke belakang. selain drp tu, dia jugak jenis suka jalan mengundur :p
ReplyDeletesemua salah.. jawapannya, sebab saya seorang yang suka berjalan sambil pejam mata
ReplyDeletebila pejam mata automatic langkah jadi pendek iye..muahahhaha...pejam mata taknak tertukar kiri n kanan la tuh...ikut jek kaki melangkah mana..
ReplyDelete