Minggu ni saya melakukan satu aktiviti yang baru. Satu benda yang saya sendiri tidak terfikir nak buat selama ni. Saya bersama-sama Encik D dan Cik kentang mengunjungi Istana Budaya (IB) dan menonton teater. Kami berhajat menonton teater Cuci The Muzical (CTM) akibat dari pengaruh rakan2 sebaya yang dah menonton. Walaupun CTM ni kiranya teater yang ringan tapi sesungguhnya mengunjungi IB adalah satu langkah yang besar bagi budak kampung, anak orang susah macam saya. Reasonnya utamanya adalah kerana saya ni anak orang susah, makanya saya jarang sekali sampai hati berbelanja untuk aktiviti2 hiburan yang mahal. Contohnya, saya tidak pernah masuk dewan philharmonic, saya juga tidak pernah mengunjugi tempat2 hiburan golongan elit (setakat kelab murahan adalah lah, itupun di zaman muda sesangat), ditambahlah lagi saya adalah orang yang sangat buta seni.
Tiket untuk show hujung minggu sudahlah kehabisan semasa kami membuat tempahan. Nak tak tak, kami beli tiket di malam weekday walaupun kami sudah di beritahu shownya akan memakan masa selama 3 jam. Dan kami hanyalah membeli tiket yang paling murah yang ada di pasaran, maka bayangkanlah betapa tingginya tempat duduk kami di dalam dewan dan betapa jauhnya kami dari pentas. Memandangkan shownya bermula pukul 8.30 malam, & kami perlu berada di dewan 15 minit sebelum show, maka saya & Cik kentang ambik keputusan untuk stay back di office dan terus ke IB pada pukul 7nya dan bertemu Encik D di IB. Sungguh jakun rupa kami bertiga.. tersengih tak sudah2, maklumlah ini kali pertama ke tempat seni macam gitu.
Show di mulakan dengan nyayian negaraku, ish sempatlah sebaklah sekejap memandangkan inilah kali pertama selepas meninggalkan sekolah, saya berdiri & menyanyi lagu negaraku. Kemudian pengumuman bahawa bekas PM iaitu Pak Lah sampai. Terjengok2 lah kami yang jakun ni nak tengok rupa Pak Lah dari dekat. Usahkan nak nampak muka Pak Lah, bau dia pun tak sampai ke halwa hidung kami, maklumlah Pak Lah duduk di tempat VVIP, kami duduk di level paling atas. Bila show start, kami semakinlah terjengok2 di celah-celah kerusi orang2 depan cari sudut terbaik, maklumlah saiz pelakon hanyalah setinggi batang mancis berdiri senget pada pandangan mata kami, itupun sekali sekala di halang oleh kepala org2 di depan kami. Nasib baiklah IB membekalkan sound system yang sangat baik maka dapatlah kami mengikuti jalan cerita dengan cukup baik.
Bagi saya, CTM adalah show yang sangat baik.. penuh dengan ketawa & penuh dengan tepukan penonton. Saya betul2 enjoy masa saya menonton CTM walaupun adalah amat jarang sekali saya menonton wayang melayu ( kecuali di masa rayalah sebab kena berebut Tv dengan anak2 saudara yang tak jemu2 nak tengok movie zombie kampung pisang). Kami terleka selama 3 jam kerana asyik sangat melayan show. Bagi saya, pelakon2 terutama Afdlin Shauki, Hans, Nabil & Awie & juga krew-krew deserve a very big applause. Jikalah harga tiketnya sama macam harga tiket wayang, teringin saya menontonnya lagi. Saya percaya kedua2 Encik D dan Cik Kentang juga enjoy. Sementelahlah lagi Encik D yang meminati Hans Issac (sampaikan saya pernah melawak kalaulah Encik D tu gay, mesti dia teringin nak jadikan Hans Issac boifren dia).
Kami sampai di rumah pukul 2 pagi dan pukul 3 baru lah berjaya menyelesaikan urusan anak2 yang berlima yang kena tinggal di rumah. Maklumlah, anak2 kami kecik, susu pun masih mahu minum botol dan pantang sekali di tinggalkan lama sikit, maka banyaklah cerita yang nak di ceritakan masing2.
Moral dari ceritanya.. Cik Kentang yang sekarang ni dah berkira2 nak pergi menonton teater Natrah december nanti, simpanlah duit untuk belanja kami juga :-). Kalau nak dapatkan clearer view, simpan2 lah duit lebih sikit untuk beli tiket grand stand. Iyelah teringin jugak kami masuk ke dewan menggunakan sama pintu dengan VIP dan teringin jugak kami menengok muka VIP dari dekat. Ngeh ngeh
sesungguhnya cerita tersebut adalah 4 jam ye, campur 15min break. walaupun mereka nampak sebesar batang mancis, tapi saya tetap seronok. kesimpulannya, marilah kita jakun lagi di teater akan datang :)
ReplyDelete